Anda di halaman 1dari 33

UJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHASA

Selepas tamatnya sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, samada


mengenai sesuatu tajuk atau unit pembelajaran ataupun yang berkaitan dengan
seluruh isi kandungan sukatan pelajaran. Guru tentunya ingin mengetahui
keberkesanan pengajarannya, Ingin mengetahui adakah murid-muridnya sudah
menerima dan memahami isi-isi pelajaran yang telah disampaikannya, murid-
murid manakah yang telah dan yang belum menerima, memahami dan
menguasai apa yang telah diajarkannya, apakah daerah-daerah kelemahan
murid-murid dan lain-lain lagi. Untuk menjawab soalan-soalan ini, seseorang
guru perlulah menjalankan ujian dan penilaian dalam proses pengajarannya.
Hanya dengan berbuat demikian sahajalah guru dapat mengetahui setakat mana
kemampuan dan pencapainnya dan dimanakah pula kekurangan dan kelemahan
murid-muridnya.

Dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, kita mengandaikan


bahawa akan berlaku perubahan perlakuan di kalangan murid-murid. Yang
dimaksudkan dengan perlakuan di sini ( dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa) ialah penguasaan kemahiran dan penerimaan ilmu pengetahuan
sebagai hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan
kemahiran dan penerimaan pengetahuan tadi akan dimanifestasikan oleh
sesuatu bentuk perlakuan ( behaviour) oleh murid-murid. Sebagai contoh,
apabila seseorang murid itu telah menerima dan memahami pengetahuan
tatabahasa yang telah diajarkan kepadanya, maka dia akan menggunakan
bahasa dengan betul dan gramatis. Apabila dia telah menguasai kemahiran
lisan, maka dia boleh memahami pertuturan orang lain, boleh menyebut sesuatu
dengan betul, bercakap dengan lancar, gaya dan intonasi yang betul. Sekiranya
sebelum proses pengajaran dan pembelajaran ia tidak menguasai kemahiran-
kemahiran tersebut tetapi setelah melaluinya, maka dia menguasai kemahiran-
kemahiran itu, ini bererti telah berlaku suatu perubahan perlakuan pada diri
murid tadi. Keadaan ini membuktikan suatu kejayan hasil daripada proses
mengumpulkan maklumat yang dibuat secara sistematik, berdasarkan beberapa
cara dan alat yang tertentu untuk memastikan adakah wujud perubahan
perlakuan di kalangan murid sebagaimana yang telah ditentukan oleh matlamat
sukatan pelajaran atau perancang pelajaran. Sekiranya perubahan itu berlaku,
setakat manakah keberkesanannya dan sekiranya tidak berlaku perubahan atau
berlaku perlakuan pada kadar minimum, apakah puncanya dan bagaimanakah
pula cara untuk mengatasinya? Semuanya terangkum dalam tugas penilaian.

Dalam usaha membuat penilaian terhadap perlakuan murid-murid,


beberapa alat dan cara boleh digunakan di antaranya ialah pemerhatian, latihan-
latihan pratikal, pelaksanaan projek, kerja kursus dan yang paling umum
diamalkan di sekolah-sekolah selama ini ialah ujian. Jadi, jelaslah bahawa ujian
merupakan satu daripada cara bagaimana penilaian boleh dibuat. Bahan-bahan
ujian merupakan alat yang dibina secara sistematik untuk digunakan bagi
mendapatkan maklumat tentang perubahan perlakuan murid-murid. Dengan
demikian dapatlah disimpulkan bahawa terdapat perbezaan di antara penilaian
dan pengujian. Penilaian membawa pengertian yang lebih luas, merangkumi
penggunaan, penyelenggaran dan pentafsiran ujian sementara pengujian
hanyalah satu daripada cara untuk membuat penilaian.
Definisi dan konsep

Mengikut Tuckman (1975 : 2), ujian boleh dijelaskan sebagai satu jenis atau
kumpulan alat pengukuran yang biasanya digunakan untuk mengetahui tentang
seseorang. Ia adalah alat pengukuran yang dapat memberikan sampel tingkah
laku seseorang dengan cara menjawab soalan atau menyelesaikan masalah.
Gagne (1970 : 3) pula memberikan definisi ujian sebagai cara yang sistematik
untuk mengukur tingkah laku seseorang individu kerana pembelajaran telah
dikaitkan dengan perubahan tingkah laku. Jadi jelaslah bahawa ujian adalah satu
cara yang sistematik dan harus dijalankan dengan baik mengikut peraturan-
peraturan tertentu.

Proses pembelajaran pelajar-pelajar tidak berakhir dengan penyampaian


pelajaran oleh guru-guru sahaja malah di akhir sesuatu pelajaran itu pihak guru
seharusnya tahu sejauh mana sesuatu pelajaran itu telah diresapi oleh pelajar-
pelajar mereka. Salah satu daripada cara-cara untuk mendapatkan maklumat
ialah melalui ujian.

Dalam mengendalikan ujian, guru-guru bahasa perlu mengetahui


kemahiran-kemahiran di dalam keempat-empat aspek bahasa itu ; pendengaran,
pertuturan, bacaan dan kefahaman dan gerak kerja bertulis. Mereka juga harus
mengetahui kekuatan dan kelemahan dan sebagainya. Ini boleh menolong guru-
guru merangka pengajaran mereka secara yang lebih berkesan.
Jenis-jenis ujian

Dalam pengajaran bahasa, biasanya terdapat enam jenis ujian yang sering
dilaksanakan di dalam kelas :
a) ujian pencapaian
b) ujian penempatan
c) ujian bakat
d) ujian diagnostik
e) ujian formatif
f) ujian binaan guru

Ujian pencapaian
Ujian ini juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi
setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia
diberi untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk
mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.

Ujian penempatan
Ujian ini adalah bertujuan untuk menempatkan pelajar-pelajar ke dalam
kursus atau kumpulan-kumpulan tertentu. Dalam pengajaran bahasa, ujian ini
diberi untuk mengasingkan calon-calon mengikut kebolehan mereka dan ini
adalah semata-mata untuk tujuan strategi dan perancangan pengajaran.

Ujian bakat
Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelaah prestasi seseorang pelajar
dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.

Ujian diagnostik
Ujian jenis ini dijalankan untuk mengesan kelemahan-kelamahan atau
masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran.
Tujuannya yang utama ialah mengesan daerah-daerah kelemahan dan
merancang serta menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan.

Ujian formatif
Ujian bentuk ini pula dilaksanakan untuk menentukan kemajuan pelajar-
pelajar dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Ujian-ujian
seperti ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk
mempercepatkan proses pembelajaran.

Ujian binaan guru


Ujian jenis ini adalah ujian yang ringkas yang dibina oleh guru-guru kelas
untuk penggunaan kelasnya sahaja. Ujian seperti ini adalah terhad skopnya dan
tidak mempunyai sifat-sifat yang bermutu tinggi.
Jenis dan bentuk penilaian

Pada umumnya ada dua jenis penilaian, iaitu penilaian formatif dan
sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk mengesan perkembangan atau
kemajuan murid-murid dalam pembelajaran. Penilaian ini dijalankan secara
berterusan oleh guru dan direkodkan denga begitu rupa supaya dapat dilihat
perkembangan pencapaian murid dengan jelas.

Penilaian ini dibuat dalam setiap pengajaran untuk melihat kelemahan dan
kekuatan murid-murid dalam mengikuti sesuatu unit atau isi pelajaran atau
sesuatu kemahiran yang ingin disemaikan oleh guru. Daripada penilaian yang
dibuat secara berterusan dalam setiap pengajaran yang berikutnya supaya
murid-murid yang lemah, yang tidak dapat mengikuti atau menguasai sesuatu
yang diajar, dapat dibantu, agar mereka tidak terus ketinggalan. Tegasnya tujuan
formatif ialah untuk memperbaiki kelemahan murid-murid dan penilaian ini
dijalankan sepanjang masa. Penilaian yang dibuat tidaklah berdasarkan markah
atau gred sebaliknya hanya dengan memberikan tanda-tanda tertentu bagi
menunjukkan seseorang murid itu sudah mencapai tahap kemajuan yang
diharapkan. Borang rekod kemajuan haruslah disediakan untuk tujuan dan
berikan tanda (√ ) bagi setiap kemajuan yang ditunjukkan oleh murid.

Penilaian boleh dibuat pada bila-bila masa dalam waktu pengajaran sama
ada di awal (permulaan pelajaran), di tengah iaitu semasa pelajaran disampaikan
atau di akhir pengajaran, iaitu semasa pelajaran disampaikan atau di akhir
pengajaran, iaitu semasa guru menutup atau mengakhiri pengajarannya.

Satu lagi jenis penilaian ialah penilaian sumatif. Penilaian ini merupakan
penilaian yang memang biasa diamalkan oleh guru-guru di sekolah dan memang
lazimnya apabila ujian diadakan, secara langsung atau tidak langsung itu bersifat
sumatif. Penilaian jenis ini dijalankan untuk melihat taraf pencapaian murid-murid
secara keseluruhan setelah tamatnya sesuatu tajuk atau unit pembelajaran
dalam sesuatu tempoh yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian penilaian ini
tidaklah dibuat secara berterusan sebaliknya secra berkala, misalnya setelah
satu bulan, dua bulan, sepenggal setengah stahun dan seterusnya. Penilaian
dibuat dengan markah dan gred tertentu kemudiannya hasilnya direkodkan untuk
simpanan pihak sekolah dan juga laporan kepada ibu bapa. Hasil ujian ini
dengan jelas dapat memperlihatkan prestasi murid-murid dalam sesuatu jangka
waktu pengajaran dan dapat dijadikan landasan oleh guru untuk meningkatkan
kemajuan murid-muridnya secara keseluruhan. Murid-murid dapatt melihat
kemampuan pembelajaran mereka dalam tempoh masa tersebut dan boleh
berusaha memperbaiki prestasi mereka.

Contoh:

Kemahiran Mengenal Membunyikan Menggabungkan Membaca Membaca


huruf dan suku kata suku kata untuk perkataan ayat-ayat
bunyinya membentuk pendek.
Nama perkataan
murid

Mariam mohd √ √ √ √
Ali Akhbar √ √ √ √
Nordin Arshad √ √ √
Goh Siew Leng
√ √ √ √
Anadurai
√ √ √
Lim Ah Tong
√ √ √ √
Daripada segi bentuk penilaian pula, ada dua bentuk penilaian, iaitu
penilaian secara pemerhatian; dalam mana guru memerhatikan perkembangan
kemajuan murid-murid dalam pembelajaran di bilik darjah baik secra formal
mahupun tidak formal (penilaian ini biasanya berupa penilaian formatif) dan
penilaian dengan menggunakan pen dan kertas. Penilaian secara bertulis dan
formal biasanya dijalankan untuk tujuan sumatif. Walau bagaimanapun, tidaklah
bererti penilaian formatif hanya bolh dilaksanakan secara pemerhatian sahaja.
Penilaian formatif juga boleh dibuat dengan menggunakan pen dan kertas
khususnya bagi kemahiran menulis. Begitu juga sebaliknya bagi penilaian
sumatif. Bagi penilaian kemahiran lisan, misalnya guru tidaklah begitu perlu
menggunakan pen dan kertas.
TUJUAN UJIAN DAN PENILAIAN BAHASA

Pada umumnya, tujan ujian dan penilaian bahasa adalah untuk mengenal
pasti aspek-aspek bahasa dan daerah-daerah yang menjadi masalah kepada
murid-murid. Ia juga diadakan adalah untuk membantu guru menilai kaedah
pengajarannya, iaitu menilai setakat manakah keberkesanan pengajarannya. Ia
juga membantu guru merancang strategi-strategi baru dalam proses P&P.
Melalui uijan dan penilaian, guru dapat menentukan tahap pencapaian murid-
murid dalam pembelajaran bahasa. Ia dapat menilai kefasihan murid dalam
bahasa yang dipelajari. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menempatkan
murid-murid kepada kumpulan, aliran-aliran atau peringkat-peringkat yang
sesuai dengan kebolehan dan pengetahuan bahasa mereka. Ujian dan penilaian
yang diadakan juga dapat memulihkan murid-murid yang lemah supaya mereka
tidak terus ketinggalan. Selain itu, ujian yang dijalankan dapat meramlkan bakat,
kemampuan atau kebolehan seseorang dalam menguasai sesuatu bahasa.
Mellui ujian dan penilaian juga, guru dapat menentukan apakah murid-murid
telah mengikuti apa yang diajarkan dengan jayanya. Guru juga dapat mengenal
pasti keistimewaan yang ada pada murid, contohnya daripada ujian, guru dapat
mengenal pasti murid-murid yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan.
Mereka boleh digalakkan dan dan didorong untuk melibatkan diri dalam bidang
yang bersesuaian dengan kebolehan mereka. Guru juga dapat memastikan
bahawa objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa dapat dicapai dengan
sebaik-baiknya.
KEGUNAAN UJIAN DAN PENILAIAN BAHASA DALAM BILIK DARJAH

Ujian dan penilaian merupakan aspek penting dalm proses P&P bahasa
kerana melaluinya, guru dan murid mendapat maklum balas mengenai
keberkesanan P&P mereka. Secara khusus, dapat dirumuskan bahawa
kepentingan ujian dan penilaian bahasa dalam bilik darjah adalah seperti berikut,
iaitu ujian yang diadakan sebelum guru memulakan pengajaran (praujian yang
dibuat pada awal penggal-sebelum guru mengajar di sebuah kelas) akan
memudahkan guru membuat persediaan untuk pengajarannya. Melalui ujian itu,
guru dapat melihat sejauh manakah pengetahuan dan prestasi murid-murid
dalam pengajaran bahasa dan maklumat ini dapat dijadikan asas oleh guru untuk
merancang pengajarannya. Guru-guru boleh mengesampingkan kepada
kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai murid dan menumpukan penekanan
kepada aspek-aspek yang belum dikuasai.

Berdasarkan ujian dan penilaian, guru dapat mengenallpasti murid-murid


yang pandai, sederhana dan lemah dalam pembelajaran bahasa. Bagi
memudahkan pengajaran dan memberikan tumpuan yang sepatutnya kepada
murid-murid yang berlainan kemampuan itu, guru boleh mengelompokkan
mereka kepada beberapa kumpulan, sesuai dengan kebolehan dan prestasi
bahasa mereka, kemudian melaksanakan pengajaran berdasarkan kehendak
dan keperluan setiap kumpulan tersebut.

Melalui ujian dan penilaian, guru dapat melihat pencapaian murid-murid


terhadap isi-isi pelajaran yag disampaikan dan kemahiran-kemahiran yang
disemaikan. Perkembangan kemajuan murid-murid dalam pembelajran bahasa
dapat direkodkan dan dapat dilihat adar kepantasan penguasaan bahasa
mereka. Ini amat berguna kepada guru dalam merancang pengajarannya.

Daripada ujian bahasa juga, guru dapat mengesan bakat murid-murid. Ini
penting bagi menyalurkan mereka kepada aliran-aliran tertentu, misalnya aliran
sastera, sains, vokasional dan sebagainya. Selain daripada mengesan bakat
murid-murid dalam penguasaan bahasa, keistimewaan-keistimewaan mereka
dalam bidang-bidang tertentu juga boleh dikesan. Contohnya, guru boleh
mengenal pasti murid-murid yang berkebolehan dalam bidang lisan seperti
bersyarah, berlakon dan lain-lain serta bidang penulisan. Mereka boleh
dibimbing untuk diasah dan meningkatkan bakat mereka serta didiorong untuk
menceburi bidang kerjaya yang sesuai dengan mereka.

Melalui ujian, guru dapat menilai keberkesanan pengajarannya dan


memikirkan strategi-strategi baru untuk memperbaikinya. Hasil ujian akan
menyedarkan murid-murid terhadap kekuatan dan kelemahan mereka dan
menimbulkan motivasi untuk mereka terus belajar. Keputusan ujian akan
membuktikan apakah objektif pengajaran (sukatan pengajaran) dapat dicapai.

Satu perkara mustahak yang perlu diambil perhatian ialah


memandangkan begitu pentingnya ujian dan penilaian dalam P&P, setiap ujian
hendaklah dijalankan mestilah dirangka dan dirancang dengan baik dan
sistematik, ditentukan matlamat dan kandungannya serta dikendalikan dengan
licin dan teratur supaya terjamin kebolehpercayaan. Ujian yang tidak bersifat
kebolehpercayaan tidak akan membawa sebarang erti malah merugikan dan
membuang masa.
JENIS DAN BENTUK UJIAN BAHASA

Ujian Objektif

Ada dua jenis ujian objektif yang biasa digunakan iaitu ujian objektif yang
memerlukan gerak balas bebas dan gerak balas tetap.

Soalan objektif – gerak balas bebas

1. Menjawab soalan langsung dengan menggunakan satu atau

dua perkataan. Contoh :


a) Siapakah yang menerima hadiah itu?
_________________________
b) Imbuhan apakah yang terdapat di dalam perkataan “permainan”?
_________________________
c) Apakah lawan bagi perkataan “untung”?
_________________________

2. Melengkapkan sesuatu kenyataan atau ayat yang dikosongkan


pada bahagian-bahagian tertentu. Contoh :
a) Yang menerima hadiah itu ialah___________________________
b) Imbuhan dalam perkataan “permainan” ialah_________________
c) ______________ialah lawan bagi perkataan “untung”

3. Mengenal pasti dan memadankan. Contoh:


Aini berlari-lari mendapatkan ibunya. Dengan ketawa riang, dia
menyerahkan hadiah yang baru diterimanya kepada ibunya. Mak tjah
menyambut hadiah itu dengan senyum bangga. Tidak sia-sia usaha gigihnya
selama ini dalam mendidik anak-anaknya. Pak Amir, suaminya tak tahu ke mana
menghilang.
Encik Tamrin yang mengekori Aini dari belakang memerhatikan gelagat
mereka. Dia lantas menghampiri Mak Tijah dan berjabat salam. “Tahniah atas
kejayaan Aini! Saya mengajar Aini sejak dia dalam darjah satu lagi. Dia seorang
murid yang cerdik.”

Berdasarkan petikan di atas, tuliskan nama-nama orang yang memainkan


peranan berikut :
Ibu :___________________
Anak :_________________
Bapa :_________________
Guru :_________________
(Pak Amir, Mak Tijah, Aini, Tamrin)

4. Kloze : Ujian bentuk ini adalah ujian mengisi tempat-tempat kosong


Bagi suatu perenggan. Tempat-tempat yang dikosongkan itu
Dipilih secara rawak, misalnya bagi setiap perkataan yang
kelima, kesepuluh dan sebagainya. Contoh:
________________________________________________________
Memperuntukkan, oleh, anak-anak, menubuhkan, kekurangan.
________________________________________________________
Kerajaan negeri Johor sedia___________________sedikit bantuan
yang diperlukan_________________pihak persendirian dalam
usaha_____________bangunan tambahan di kawasan
rumah_____________yatim di situ untuk
menampung_________________mereka.
Soalan objektif – gerak balas tetap

1. Bentuk soalan betul – salah


Bentuk soalan ini dapat dipecahkan kepada lima bahagian, iaitu:
a) secara langsung, contoh :
Sikap acuh tak acih masyarakat terhadap penggunaan bahasa
yang betul merupakan satu daripada punca pencemaran
bahasa.
Benar / Tidak
b) betul atau salah, contoh :
Simpulan bahasa ‘kaki bangku’ bermaksud orang yang berjalan
tanpa kasut.
Benar / Tidak
c)ya atau tidak, contoh :
Penutur jati perlu mempelajari nahu secara formal.
Ya / Tidak
d)membetulkan / menggantikan, contoh :
Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi yang

tunggal pada tahun 1957.


___________
e) klaster / pelengkap, contoh
Imbuhan ‘ber’ menunjukkan maksud_______________
A melakukan perbuatan untuk diri sendiri Betul / Salah
B mengeluarkan sesuatu Betul / Salah
C mempunyai atau ada Betul / Salah
D darjah paling tinggi Betul / Salah
E perbuatan sedia ada Betul / Salah

2. Soalan objektif berbilang pilihan


Istilah-istilah penting
a) Item berbilang pilihan : Item atau soalan yang disediakan
dengan beberapa pilihan sebagai jawapan dan calon
dikehendaki memilih jawapan yang betul. Biasanya empat atau
lima pilihan disediakan dan pilihan itu disenaraikan mengikut
abjad A – E
b) Item diskrit : Satu soalan berbilang pilihan yang lengkap,
termasuk pilihan-pilihannya sekali.
c) Stem : Stem ialah bahagian awal sesuatu item atau soalan yang
di dalamnya dinyatakan atau ditentukan tugas yang perlu dibuat
oleh calon. Stem mungkin berupa soalan, arahan ataupun
kenyataan yang tidak lengkap, petikan, graf, carta dan
sebagainya.
d) Opsyen : Opsyen ialah semua pilihan bagi sesuatu item
e) Petunjuk : Petunjuk ialah pilihan atau jawapan yang betul
f) Penganggu : Penganggu ialah opsyen-opsyen yang bukan
merupakan jawapan
g) Set item : Beberapa item yang dikemukan berdasarkan satu
petikan, masalah, graf, carta dan sebagainya
h) Ilustasi satu item

Bentuk-bentuk soalan objektif berbilang pilihan

1. Pernyataan Daripada cerita di atas, nyata - opsyen bermula


tidak bahawa Mak Tijah adalah dengan huruf kecil
lengkap seorang yang - semua opsyen
A) sabar sejajar bentuknya
B) rajin - opsyen dimulai
C) tabah dengan huruf besar
D) penyayang - tidak diakhiri
E) bertanggungjawab dengan noktah
kerana ayat tidak
Berdasarkan pendapat lengkap
pengarang dalam petikan,
apakah langkah yang wajar
dilakukan untuk menjalin
perpaduan di antara penduduk
di sesebuah negara berbilang
bangsa?
A) mewujudkan sistem
pemerintahan
demokrasi
B) membentuk kebudayaan
kebangsaan - opsyen bermula
C) membaiki sistem dengan huruf besar
perhubungan - opsyen diakhiri
D) mengiktiraf kebudayaan dengan tanda
semua bangsa noktah kerana ia
E) menyemai perasaan merupakan ayat
persaudaraan lengkap

Apakah tanggapan anda


terhadap Za’ba?
A) beliau merupakan
seorang guru bahasa
B) beliau merupakan
seorang pejuang
kemerdekaan
C) beliau adalah seorang
ahli bahasa
D) beliau adalah seorang
tokoh politik
E) beliau adalah seorang
ahli sejarah
2. Bentuk negatif Di antara perkataan-perkataan - tuliskan dengan
a) tidak berikut, perkataan manakah huruf besar atau
yang TIDAK boleh mengisi gariskan perkata-
tempat kosong dalam ayat ” an TIDAK di dalam
Dia berjalan ____ menuju ke stem
arah kami.” - opsyen dimulai
A) kuat dengan huruf kecil
B) pantas
C) lambat - perkata-an BUKAN
D) terburu-buru ditulis dengan
E) perlahan-lahan menggunakan
huruf besar
- opsyen bermula
dengan huruf besar

b) bukan Manakah di antara contoh- - perkataan


contoh berikut yang BUKAN KECUALI ditulis
contoh akronim? dengan huruf besar
A) Dubes - opsyen bermula
B) Pawagam dengan huruf besar
C) Kubis dan diakhiri
D) Berdikari dengan tanda
E) Jentolak noktah

c) kecuali Semua ayat berikut adalah - sesuai untuk


salah KECUALI ayat soalan tatabahasa,
A) upacara itu telah Sains dan Sejarah
dirasmikan oleh - jumlah soalan
Perdana Menteri bergan-tung
B) mereka yang berkenaan kepada jumlah
diminta membela diri opsyen, maksimum
C) ramai kanak-kanak soalan adalah 5
menghidap sakit gigi
D) kebanyakan orang kita
telah terpengaruh
dengan kebudayaan
Barat
E) perkara itu akan
dibincangkan di dalam
agenda ”Lain-lain hal”

3. Klasifikasi A) Gilang-gemilang
B) Labi-labi
C) Keretakan
D) Gambarajah
E) Berdikari

Contoh pergandaan murni


ialah __________
Contoh akronim ialah
__________
Contoh pemajmukan ialah
___________

4. Memadankan Tentukan golongan perkataan


1-5 set sebagaimana di dalam
ayat ” Dia dan adik adiknya
membeli sepuluh buah buku
baru di kedai itu.”
1. Dia – A Kata Kerja
2. Membeli – B Kata Ganti
Diri
3. Baru – C Penjodoh
Bilangan
4. Buah – D Kata Tunjuk
5. Itu – E Kata Sifat

Walaupun kita telah merdeka


tetapi di dalam beberapa segi
kita masih belum terlepas
daripada _______ mental yang
telah terasa pada zaman
_______ dahulu.
A) ikatan _______ kuno
B) genggaman _____
Inggeris
C) aliran _______ penjajah
D) kepungan _____ Jepun
E) kongkongan _____
penaklukan
5. Cantuman – Manakah di antara ayat-ayat - stem biasanya satu
roman numeral berikut yang merupakan ayat kenyataan yang
aktif? lengkap
I. Adik bermain pingpong - pastikan bahawa
II. Kain ibu basuh tidak semua
III. Mereka sedang opsyen menjadi
bernyanyi jawapan apabila
IV. Pintu terbuka sejak tadi menggunakan
lagi perkataan ”sahaja”
V. Abang mandi di kolam - seelok-eloknya
A) I dan II sahaja jangan mulakan
B) I, II dan III sahaja dengan perkataan
C) I, III dan V sahaja yang sama untuk
D) II, III, dan IV sahaja semua opsyen
E) III, IV dan V sahaja

6. Urutan Lojik Susun kenyataan-kenyataan


berikut berdasarkan urutan
atau persambungan peristiwa-
peristiwanya supaya dapat
dijadikan sebagai sebuah
cerita.
I. Pemandu itu membuka
pintu kereta
II. Dia memandu keretanya
dengan laju
III. Beberapa minit
kemudian dia berasa
mengantuk
IV. Dia menutup pintu
keretanya semula dan
menghidupkan enjin
V. Ia menyedari dirinya
sudah berada di dalam
semak di tepi jalan
A) I, II, IV, III dan V
B) I, III, II, IV dan V
C) I, IV, III, II dan V
D) I, II, III, IV dan V
E) I, IV, II, III dan V

Panduan – panduan Membina Item

1. Setiap item mestilah :


mempunyai jawapan yang betul dan hanya satu jawapan yang betul;
dibina dalam bentuk bahasa yang mudah, jelas dan tidak mengelirukan;
dibentuk di dalam ayat- ayat yang gramatis kecuali bagi pengganggu –
pengganggu bagi item yang sememangnya bertujuan untuk menguji
kemahiran tatabahasa;
menguji apa yang sebenarnya hendak diuji dan berpusat kepada satu
perkara atau masalah sahaja;
tidak mengandungi konsep yang kabur atau yang boleh ditakrifkan
dengan pelbagai takrif ;
sesuai dengan kumpulan yang diuji daripada segi bahasa dan kandungan
ujian ;
tidak menggunakan bahan atau isi kandungan buku teks;
merupakan satu item yang tersendiri , tidak berkaitan dengan item yang
lain dan tidak menjadi ‘clue’ kepada item lain di dalam ujian yang sama ;
mengandungi arahan yang jelas khususnya bagi set item yang
berdasarkan kepada satu petikan, gambarajah, carta, graf dan
sebagainya.
berdasarkan kandungan yang telah ditetapkan di dalam Jadual
Penentuan Ujian (JPU)
tidak bias atau memihak kepada sesuatu golongan tertentu ;
bukan menguji ‘ obscure’ ( sesuatu yang mengelirukan atau yang sukar
difahami ) dan ‘ esoteric’ ( sesuatu yang hanya diketahui oleh beberapa
orang). Sekiranya penggubal ingin membina item yang sukar , item itu
seharusnya menguji calon pada peringkat kemahiran kognitif yang tinggi,
bukan menguji perkara di atas;
tidak terkeluar daripada isi yang ada di dalam petikan ( bagi Kefahaman
Bacaan).

2. Stem bagi sesuatu item mestilah :


terdiri daripada satu soalan lengkap atau satu kenyataan yang tidak
lengkap;
tidak mengandungi unsur- unsur bahasa asing yang tidak difahami oleh
calon;
dijalin dengan kemas supaya tidak terdapat pengulangan perkataan,
frasa atau klausa yang sama di dalam opsyen – opsyen;
mengandungi maklumat yang mencukupi untuk dijadikan asas bagi
memilih opsyen yang betul;
tidak mengandungi ‘ clue’ bagi jawapan yang betul ;
tidak mengandungi perkataan – perkataan double negative
menyatakan dengan jelas apakah tugas yang perlu di buat oleh calon;
mengandungi bahagian yang dikosongkan ( bagi item melengkapkan
ayat) dan bahagian yang penting;
tidak mengandungi terlalu banyak bahagian yang dikosongkan sehingga
calon tidak dapat mengetahui apakah yang sebenarnya dikehendaki oleh
penguji ;
sama panjang garis bahagian- bahagian yang dikosongkan dan sama
pula bentuknya, iaitu sama ada tanda ____________ atau -------------------

3. Opsyen- opsyen bagi sesuatu item mestilah :


ditandai dengan huruf besar A-E untuk membezakannya dengan nombor
item;
disusun dalam senarai dari atas ke bawah bukan sejajar;
ditulis dengan lengkap , misalnya kalau opsyen itu berupa unit ukuran ,
maka unit ukuran itu mestilah dituliskan dalam setiap opsyen;
konsisten dan bersesuaian dengan stem daripada segi tatabahasa;
setara di antara satu sama lain daripada segi maksud;
disusun dengan mendahulukan opsyen yang lebih ringkas diikuti dengan
opsyen yang panjang;
ditulis dengan jelas san tepat serta mempunyai hubungan isi dengan
kenyataan di dalam stem;
tidak menggunakan perkataan- perkataan yang seluruhnya sama
sebagaimana di dalam stem atau di dalam petikan ;
sama panjang di antara satu sama lain;
tidak bersifat percuma( give- away);
tidak mengulang perkataan, frasa atau klausa yang sama dalam
bahagian awal tiap- tiap opsyen;
bersesuaian dengan kehendak atau arahan di dalam stem . Misalnya ,
kalau stem meminta calon memilih jawapan ‘ yang paling baik’, ‘paling
utama’, ‘paling kurang’, ‘tidak’, ‘bukan’, ‘kecuali’ dan sebagainya, opsyen –
opsyen yang dikemukakan mestilah memperlihatkan sifat- sifat tersebut-
jangan hanya ada satu sahaja opsyen yang betul sementara yang lainnya
salah;
mempunyai maksud yan tersendiri- tidak bertindan- tindan dengan
opsyen- opsyen yang lainnya atau maksud salah satu daripada opsyen
merangkumi maksud opsyen- opsyen yang lainnya. Opsyen- opsyen itu
mestilah menunjukkan perbezaan yang paling minimum;
tidak selalu sangat atau terlalu banyak menggunakan kenyataan ‘ semua
yang di atas’ atau ‘ tidak ada satu pun daripada yang di atas’;
menggunakan huruf kecil , huruf besar dan tanda- tanda bacaan yang
sesuai dengan stem. Tanda di akhir tiap- tiap opsyen mestilah konsisten ,
sama ada dengan atau tanpa tanda noktah;
disusun mengikut urutan yang lojik sekiranya ada dan perlu , kecuali bagi
item yang mengkehendaki sebaliknya.

4. Jawapan bagi sesuatu item mestilah ;


hanya satu sahaja bagi sesuatu itm dan sememangnya jawapan yang
betul;
perkataan, klausa, frasa atau ayat- ayatnya tidak seratus – peratus sama
seperti kenyataan dalam petikan , sebaik- baiknya ayat – ayat diolah
semula;
maksud atau pengertiannya jelas;
panjang atau pendeknya hampir – hampir sama dengan opsyen- opsyen
yang lain;
tidak bersifat give- away;
tidak terdapat dalam mana- mana bahagian di dalam ujian itu, misalnya
tidak menjadi penganggu bagi item yang lain;
tidak jelas bertentangan dengan opsyen- opsyen yang menjadi
pengganggu;
tidak terdapat clue di dalamnya.
Contoh Soalan Mengikut Aras Kemahiran Kognitif

Peringkat pengetahuan

1. Lawan bagi perkataan “ lembam” ialah:


A. petah
B. mahir
C.pintar
D. pantas
E. fasih

2. Proses morfologi yang paling produktif di dalam bahasa Malaysia ialah :


A. pengimbuhan
B. penghilangan
C. pemajmukan
D. pergandaan
E. pengakroniman

Peringkat kefahaman

1. Fungsi pergandaan dalam contoh “ seorang mata- mata sedang menjalankan


tugasnya “ ialah :
A. membentuk kata nama
B. membawa maksud jamak
C. melemahkan darjah sifat
D. menguatkan darjah sifat
E. menunjukkan maksud “ kesemua”

2. Pekara pokok yang dibentangkan oleh pengarang dalam petiakn di atas ialah :
A. ________________
B.________________
C._________________
D._________________
E. ________________

Peringkat aplikasi

1. Pilih alomorf yang sesuai sekiranya perkataan “ cat” diberikan imbuhan “me-I”,
A. me- i
B. men- i
C. menge- i
D. mem- i
E. menye -i

2. Pilih imbuhan yang sesuai dengan konteks ayat “ Dalam meniti batas- batas
hidup kita terpaksa __________________ berbagai- bagai pancaroba”
A. dihadapkan
B. berhadapan
C. menghadapi
D. dihadapi
E. menghadapkan

Peringkat analisis

1. Kata dasar bagi perkataan “ mempetiairbatukan” ialah


A. peti
B. air
C. batu
D. air batu
E. peti air batu
2. Dalam ayat “ Adiknya yang berumur dua tahun itu sudah pandai membaca”,
yang dalam huruf italik ialah
A. subjek D. keterangan predikat
B. predikat E. keterangan sifat
C. keterangan subjek

Peringkat sintesis

1. Tajuk yang PALING sesuai bagi petikan di atas ialah


A. _________________________________________
B._________________________________________
C. _________________________________________
D. _________________________________________
E. __________________________________________

2. Pendapat pengarang dalam perenggan kedua dan ketiga boleh dirumuskan


sebagai berikut :
A._________________________________________
B. ________________________________________
C. ________________________________________
D. ________________________________________
E. ________________________________________

Peringkat penilaian

1. Berdasarkan cerita di atas, manakah watak yang paling ideal ?


A.____________________________________________
B.____________________________________________
C.____________________________________________
D. ____________________________________________
E. ____________________________________________
Ujian subjektif ransangan terhad

Dalam ujian subjektif jenis ini murid-murid diminta menulis beberapa


contoh perkataan sebagai gerak balas kepada soalan–soalan yang
dikemukakan. Contoh soalan adalah penjodoh bilangan bagi perkataan payung
ialah sekaki.

Sementara ujian subjektif rangsangan terbuka adalah ujian yang


menghendaki murid-murid menulis jawapan yang lebih panjang tetapi tidaklah
sepanjang sebuah karangan. Jawapan yang diminta mungkin empat hingga lima
ayat sahaja.

Contoh
a) Perbandingan
- Bezakan antara frasa nama dan frasa kerja?
- Apakah persamaan di antara kata majmuk dengan simpulan
bahasa

b) Mengesan sebab dan akibat


- Nyatakan dua sebab mengana bahasa Malaysia perlu di
standardisasikan?

c) Memberikan pandangan
- Bagaimanakah pandangan anda mengenai disiplin murid-murid
di sekolah ini ?

d) Meringkaskan
- Buatkan kesimpulan mengenai pendapat pengarang

e) Membuat generalisasi
- Apakah rumusan anda terhadap data-data yang diberikan

f) Membuat pengelasan
- Huraikan persamaan di antara kedua-dua tokoh yang
dinyatakan itu

g) Membuat cadangan
- Berikan dua cadangan untuk memperluaskan penggunaan]
Bahasa Malaysia.

h) Membuat aplikasi
- Berdasarkan prinsip-prinsip yang telah dihuraikan,
bagaimanakan masalah ini boleh diselesaikan.

i) Menganalisis
- Senaraikan ciri-ciri utama sebuah komputer

j) Membuat síntesis
- Sediakan laporan ringkas mengenai kejadian itu

k) Menyusun semula fakta-fakta


- Aturkan peristiwa-peristiwa dalam dalam teks mengikut urutan
kronologi

l) Menyatakan masalah
- Apakah persoalan-persoalan yang timbul dalam fikiran anda
berhubung masalah ini.
Uian esei

Ujian esei adalah ujian yang menghendaki murid-murid menulis dengan


panjang lebar mengenai sesuatu. Ujian ini dapat mengukur kefahaman, sikap,
minat, pemikiran, kreativiti dan keupayaan bahasa murid-murid. Ujian ini juga
dapat mencungkil bakat murid-murid dalam bidang penulisan dan dapat
meninjau sejauh manakah mereka dapat melahirkan buah fikiran dengan kemas,
jelas dan bernas. Tegasnya ujian esei mampu menguji sesuatu yang tidak dapat
diuji oleh ujian objektif.

Terdapat beberapa panduan dalam membina ujian esei. Pertama adalah


dengan menentukan apakah bentuk atau model penulisan yang mahu diujikan
lepada murid-murid. Penulisan itu mungkin berbentuk perbincangan,
perbahasan, huraian, memberi pendapat, mengulas, mengkritik, menilai,
membuat perbandingan, kreatif dan sebagainya. Kedua adalah soalan mestilah
ditulis dengan berhati-hati supaya jelas, khusus, tepat dan tidak mengelirukan.
Ketiga adalah jangan mengemukakan soalan yang boleh membawa dua
pengertian bagi mengelakkan kekeliruan lepada murid-murid.

Panduan seterusnya adalah aspek masa. Masa harus ditentukan untuk


murid-murid berfikir bagi memilih tajuk dan mencari isi yang sesuai. Selain itu,
segala arahan ujian mestilah ditulis dengan jelas. Aspek yang dinilai dalam ujian
itu dinyatakan misalnya nahu, tulisan, perbendaharaan kata, gaya, Jean dan
sebagainya.

Keenam, tajuk-tajuk yang dikemukakan haruslah diketahui dan boleh


dijawab kebanyakan murid-murid.Soalan janganlah berbentuk ‘’ Ya atau Tidak’’
kerana secara psikologi ia dapat menyekat dan menghadkan idea murid-murid.
Panjang esei mestilah bersesuaian dengan masa yang telah ditetapkan. Tajuk-
tajuk yang dikemukakan juga haruslah bersesuaian dengan latar belakang,
pengetahuan, pengalaman dan suasana kehidupan murid-murid.
Selain itu juga guru haruslah mengkhususkan apakah kehendak tajuk dan
jangan mengemukakan soalan yang terlalu umum misalnya ‘’ Air ‘’. Tajuk ini
amat umum yang mana daripada aspek apakah ia dilihat, adakah dari segi
kejadian, kegunaan, kemerbahayaan dan sebagainya.

Sekiranya beberapa tajuk yang dikemukakan, pastikan bahawa aras


kesukaran tiap-tiap tajuk hampir-hampir sama kerana kalau tidak semua akan
tertumpu hanya lepada satu atau dua soalan sahaja. Juga harus dielakkan
daripada menggunakan tajuk-tajuk yang cliche sifatnya sebaliknya
kemukakanlah tajuk yang kemaskini. Sebagai panduan untuk memeriksa pula
haruslah disediakan contoh-contoh karangan yang cemerlang, baik, sederhana
dan lemah dan ciri-cirinya ditentukan.

Terdapat beberapa teknik pemarkahan dalam ujian esei iaitu secara


keseluruhan dan secara perincian atau analytical. Dengan pemarkahan secara
keseluruhan bererti sesebuah esei itu dinilai berdasarkan kesan keseluruhannya
lepada pemeriksa. Sekiranya sesebuah esei itu baik kandungannya, idea yang
dikemukakan meyakinkan, tidak ada kesalahan bahasa yang serius, tiada
kesalahan Jean, gaya penyampaian bahasa yang baik dan huraiannya yang
jelas dapat meninggalkan kesan tanggapan yang positif lepada pemeriksa.
Berdasarkan kesan secara keseluruhan esei seperti ini bolehlah diberikan
markah cemerlang.

Dalam pemarkahan esei mengikut teknik ini unsur perincian seperti Jean,
bentuk tulisan, tatabahasa, perbendaharaan kata dan lain-lain tidak perlu
diasingkan pembahagian markahnya kerana yang dinilai oleh pemeriksa adalah
kualiti keseluruhan esei berkenaan. Namur begitu, sebelum pemarkahan
dijalankan, guru haruslah terlebih dahulu menentukan apakah ciri-ciri esei yang
dikatakan cemerlang, baik, sederhana dan lemah serta mempunyai model esei
bagi setiap kategori tersebut.
Kebaikan dan kelemahan teknik pemarkahan esei

TEKNIK KEBAIKAN KELEMAHAN

1. Keseluruhan 1. Semua aspek penulisan 1. Kemungkinan bias


diberikan pertimbangan semasa memeriksa
yang sama rata 2. tidak ada maklumat
2. Dapat menilai kebolehan diagnostik yang khusus
am dalam bidang kerana itu murid tidak
penulisan dapat melihat
3. Pemeriksaan boleh dibuat kelemahan dan
dengan lebih cepat, oleh kekuatan mereka
itu lebih banyak latihan 3. Sekiranya pemeriksaan
dijalankan memerlukan ramai guru,
4. Murid-murid lebih bebas kordinasi sukar
menulis kerana mereka dilaksanakan
sedar bahawa menulis
esei merupakan suatu
kemahiran yang
memerlukan gabungan
beberapa proses

2. Perincian 1. Kesalahan murid-murid 1. Dengan mengasingkan


dapat diperhatikan dengan aspek-aspek yang
jelas dinilai, kemahiran
2. Esei hanya boleh diperiksa penulisan seolah-olah
dengan hanya sekali baca terasing kepada
3. Orang yang kurang mahir perkara-perkara
dalam bidang penulisan tersebut. Penulisan
boleh menjalankan tugas bukan lagi merupakan
pemeriksaan paduan beberapa
4. Murid-murid dapat melihat proses secara natural
di mana dan apa 2. Pemeriksaan
kelemahan mereka memerlukan masa yang
5. Murid-murid dapat panjang
memahami markah yang 3. Kebolehan penulisan
mereka perolehi secara keseluruhan
sukar dilihat
4. Kemungkinan
penekanan kepada
‘mencari kesalahan’
adalah lebih daripada
mencari kekuatan
sesebuah esei yang
diperiksa itu

Anda mungkin juga menyukai