Anda di halaman 1dari 3

ISL KE-3

TAJUK

:CARTA GARIS MASA TENTANG PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU

TARIKH

: 18 JANUARI 2011

LAPORAN:

CARTA GARIS MASA TENTANG PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU

Menurut al-Attas, pengaruh Hindu-Buddha tidaklah begitu mendominasi masyarakat di Alam Melayu berbanding dengan kekuatan pengaruh ajaran Islam.Antara bukti bagi perkara ini, tiada kitab-kitab klasik mereka yang membincangkan secara meluas dan mendalam aspek-aspek falsafah, metafizik, sistem sosial dan sebagainya.Namun, dalam beberapa aspek pengaruhnya agak jelas, seperti dalam aspek kesusasteraan dan pemerintahan Faktor perdagangan menjadi punca wujud hubungan dua hala antara Cina dan India.Alam Melayu telah menjadi tempat utama persinggahan bagi kedua-dua pihak.Keadaan ini tanpa disengajakan telah mewujudkan pluraliti di Alam Melayu.

Kemuncaknya, Alam Melayu pada abad ke 7M, telah menjadi pusat pengajian dan perkembangan ilmu pengetahuan Orang-orang Cina dan India terutamanya dibawa masuk ke Alam Melayu adalah demi kepentingan ekonomi dan politik Inggeris. Mereka dibawa masuk oleh Inggeris tanpa disertai kaum keluarga seperti isteri dan anak mereka. Oleh kerana tumpuan dan hasrat kedatangan mereka ialah untuk memenuhi keperluan ekonomi-politik Inggeris maka asimilasi budaya dan cara hidup di antara masyarakat tidak berlaku.

Era Melaka adalah kemuncak keagungan kerajaan Melayu, dianggap Venice of The East.Masyarakat plural yang wujud dapat hidup dengan aman dan damai, hasil dari sistem pemerintahan yang adil.

REFLEKSI: Penjajahan sememangnya telah memberikan impak yang besar kepada tanah air kita iaitu Malaysia. Dengan berlakunya penjajahan oleh bangsa asing,kita dapat menyaksikan bagaimana perubahan yang ketara telah berlaku terhadap semua aspek penting seperti pemerintahan,ekonomi,social,pendidikan dan sabagainya. Satu daripada kesan penjajahan yang ketara ialah berlakunya zaman pluralistik di Malaysia yang telah melahirkan masyarakat pluralistik atau plural.Pembentukan masyarakat berubah kpd bercirikan pemaksaan dan perbezaan.Masyarakat Plural memperkenalkan masyarakat migran yg dipaksa datang dan dipaksa bergaul dgn masyarakat & sistem yg sedia ada dlm masyarakat peribumi.

DISEDIAKAN OLEH : NURUL AINA BINTI NAZRI DISEMAK OLEH :

Anda mungkin juga menyukai