Anda di halaman 1dari 1

Sang Kerbau Yang Dungu

Pada zaman dahulu tinggal beberapa jenis haiwan di sebuah hutan. Antara haiwan-haiwan di situ, Sang Tupailah yang sering menjadi penghibur kepada mereka semua. Ia melakukan pelbagai aksi seperti melompat dari dahan ke dahan, meloncat turun ke tanah dan beraksi seperti dalam sarkas. Semua haiwan rasa terhibur, kecuali Sang Kerbau yang sangat iri hati melihat gelagat Sang Tupai. Ia berasa lebih besar dan lebih hebat daripada Sang Tupai. Pada suatu hari Sang Kerbau mempelawa semua haiwan di situ menyaksikannya menari. Sang arnab dan rakan-rakannya pun bermain muzik. Sang Kerbau mula berjoget sambil mengangkat kedua-dua belah kakinya ke atas. Ia berasa amat letih selepas menari sedangkan muzik baru saja dimainkan. Tariannya juga tidak menarik kerana tubuhnya yang besar itu. Semua haiwan lain berasa lucu dan mentertawakan Sang Kerbau. Sudahlah Sang Kerbau,kasihan kami melihat kamu. Janganlah cuba meniru orang lain. Ubahlah sikap kamu dan kami akan berkawan dengan kamu, kata Sang Badak. Sang Kerbau berasa malu lalu pergi dari situ.

Anda mungkin juga menyukai