Anda di halaman 1dari 2

ARNAB DENGAN KURA-KURA

Suatu masa dahulu, ada


seekor kura-kura yang riang
berjalan-jalan melalui hutan,
menikmati cuaca dan udara segar.

Tidak lama kemudian, seekor arnab melompat keluar dari


semak ke arahnya.

Sambil mentertawakan kura-kura, arnab itu berkata,


"Aku pasti tiada sesiapa pun di dunia ini yang bergerak
perlahan seperti kamu!"

Kura-kura tidak menyukai perangai arnab.


Dia berkata,
"Mari kita berlumba untuk melihat siapa yang pantas."

"Jangan berguraulah!" ketawa arnab.


Dia ketawa sehingga menggulingkan badannya.

Apabila dia berdiri semula, dia berkata,


"Baklah, mari kita lihat siapa dulu yang akan sampai di
puncak bukit itu."

Sambil sekali lagi ketawa,


arnab pantas berlari pergi.
Kura-kura itu ditinggalkan
jauh di belakang dengan
diselubungi debu.
Kura-kura terus merangkak perlahan.
Dia hanya mahu melakukan yang terbaik untuk perlumbaan
itu.

Tiba-tiba, arnab terlanggar batu besar semasa berlari dengan


pantas dan tidak dapat mengelak. Lalu, dia terjatuh dan
bangun untuk berlari semula.
“Aduh! Sakitnya kakiku!”

Arnab tidak boleh berdiri kerana kaki yang sakit.


“Tolong! Tolong! “ arnab menjerit meminta tolong.
Malangnya, tiada siapa pun yang berada di situ.
Arnab kesakitan dan tidak dapat bergerak.

Kemudian, kura-kura pun sampai


berhampiran arnab dan membantu arnab untuk bangun.
Perlahan-lahan, mereka bergerak bersama-sama.

Arnab berasa malu dengan kura-kura kerana bersikap


sombong dan angkuh.
Arnab meminta maaf kepada kura-kura kerana bersikap
sombong dengan kelebihannya dan berterima kasih kepada
kura-kura yang sanggup menolongnya.

Anda mungkin juga menyukai