Anda di halaman 1dari 8

Tutorial 1: Masalah Tulisan Yang Dihadapi Oleh Murid Pemulihan & Strategi Mengatasinya

Disediakan Oleh: Nurfatihah Bt. Muhammad Ariff Fadhillah Ngo Kiah Nee

Masalah: Menulis Mengikut Arah Dari Kanan Ke Kiri


Definisi: - Menulis huruf dalam keadaan terbalik daripada bentuk asal. Cara menulis huruf yang betul sebenarnya adalah dari arah kiri ke kanan. Ada sebahagian murid pemulihan mengalami masalah ini disebabkan kurangnya pengalaman menulis.

Rajah menunjukkan penulisan huruf dari arah kanan ke kiri.

Strategi 1: Membina Latihan Pengukuhan Dengan Menulis Mengikut Arah Dari Kiri Ke Kanan
Sebelum latihan pengukuhan dibina, guru mesti menunjukkan contoh menulis mengikut arah yang betul. Guru mengulang-ulang contoh tersebut dengan lantang. Kemudian, latihan pengukuhan diberikan supaya murid menulis huruf dari arah kiri ke kanan. Guru perlu membimbing murid untuk menulis. Guru juga perlu memastikan kesalahan menulis dari arah terbalik tidak berulang.

Strategi 2: Salah Satu Tangan Diberi Tanda


Untuk murid yang benar-benar disorientasi mengenai kiri dan kanan, salah satu tangannya perlu diberi tanda, misalnya dengan memakai gelang di tangan kiri. Dengan itu, murid dapat tahu tangan yang memakai gelang adalah tangan kiri . Jadi, murid dapat mengingat dari semasa ke semasa bahawa tulisan perlu bermula dari kiri ke kanan.

Strategi 3: Melakukan Permainan Yang Melatih Kemampuan Orientasi Anak


Guru memberikan arahan. Contohnya:Pegang telinga kiri dengan tangan kanan.

Strategi 4: Membuat Latihan Dengan Mewarna Mengikut Arah Turutan Kiri Ke Kanan

Sekian, Terima kasih!

Anda mungkin juga menyukai