Anda di halaman 1dari 5

Jenis Pembelajaran Gagne

Strategi Kognitif
kemampuan seseorang untuk mengatur proses belajarnya sendiri, mengingat dan berfikir Untuk membolehkan kemahiran intelek ini diperoleh, pelajar perlu menguasai pelbagai strategi seperti strategi mengingat, strategi berfikir dan strategi mengingat kembali perkara yang telah dipelajari.

Kemahiran psikomotor
seseorang belajar melakukan gerakan secara teratur dalam urutan tertentu (organized motor act). melibatkan beberapa tahap iaitu pelajar akan belajar urutan yang berkenaan, kemudian mengamalkan pergerakan psikomotor tersebut dan akhirnya pemurnian pergerakan tersebut berasaskan maklum balas daripada persekitaran mereka.

Sikap
merujuk kepada keadaan dalaman yang mempengaruhi pilihan tindakan seseorang. Sikap seseorang dapat diperlihatkan melalui tingkah laku yang ditunjukkannya. Sikap boleh dipelajari dan dikuasai melalui pengalaman dan pemerhatian.

Untuk memupuk sikap yang diingini, guru perlu mengaitkan kejayaan dengan sikap yang tertentu atau penggunaan model yang boleh memupuk sertai mengukuhkan tingkah laku positif. Selain itu, perlu pengukuhan supaya tingkah laku yang diingin dapat dimanifestasi.

Anda mungkin juga menyukai