Anda di halaman 1dari 6

Perbandingan ciri-ciri serta masalah bahasa dan komunikasi MURID PERTAMA

y y y y y

Sangat lemah dalam komunikasi kerana pertuturan bahasa yang lemah Sukar memahami sesuatu perkataan atau suku kata. Lemah dalam bacaan , kiraan, dan ejaan. Kekeliruan b/d, p/q, m/w, n/u, y/j/g, s/z Berangan angan dalam kelas.

MURID KEDUA

y y y y y

Mempunyai masalah sebutan perkataan iaitu masalah artikulasi Menyebut huruf k sebagai t;Kuku disebut sebagai TUTU Bunyi tertentu sesuatu perkataan diganti dgn bunyi lain. Tidak dapat memahami soalan yang senang Tidak banyak bercakap dan diam dalam kelas.

Perbincangan ciri-ciri dan masalah komunikasi yang dihadapi oleh kedua-dua kanak-kanak berkeperluan khas.

Saya telah memilih dua kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai masalah komunikasi yang berbeza yang belajar dalam kelas pemulihan di SJK(T) St.Philomena,Ipoh,Perak untuk melaksanakan tugasan kerja kursus Masalah Bahasa Dan Komunikasi yang telah diberikan oleh pensyarah saya iaitu Pn.Hjh Norazzam. Daripada hasil kajian saya, saya mendapati bahawa murid pertama mempunyai masalah dalam proses berkomunikasi kerana dia lemah dalam bahasa. Dia mempunyai kesukaran dalam memahami sesuatu perkataan atau suku kata. Dia lemah dalam bacaan, kiraan dan ejaa. Dia jua selalu berangan-angan dalam kelas. Manakal murid kedua pula menghadapi masalah artikulasi iaitu menyebut huruf-huruf dengan salah. Dia juga selalu menggantikan huruf yang sebenar dengan uruf yang lain.Dia selalu tidak faham dengan soalan yang ditanya. Dia juga seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap dalam kelas. Dia sukar menumpukan perhatian di dalam kelas dan kerap kali dimarahi. Perangai yang dipaparkan adalah seperti murid yang bermasalah keperluan khas;namun masalah ini tidak dikenalpasti oleh semua pakar. Dia gemar menyendiri dan seringkali dipulau dan dibuli oleh kelompok murid yang lain. Kebisingan yang berlaku di dalam kelas adalah dilakukan oleh murid yang lain; dan kelompok sebegini terkecuali daripada seorang murid.

Strategi intervensi dan pendekatan yang digunakan untuk meningkatkan tahap komunikasi dan masalah bahasa kanak-kanak berkenan.
Murid-murid yang telah saya kaji sedang mengalami masalah bahasa dan artikulasi. Kedua dua kanak-kanak ini perlulah diberi perhatian yang serius untuk menangani masalah mereka yang membantutkan perkembangan komunikasi mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pelbagai strategi intervensi haruslah dicadangkan dan dilaksanakan dalam usaha meningkatkatkan tahap pencapaian bahasa serta komunikasi murid-murid ini. Sebenarnya masalah yang dihadapi oleh murid pertama adalah disleksia yang ringan iaitu tida dapat mengenalpasti perkataan-perkataan dan huruf-

huruf.Justeru, strategi intervensi pertama yang dapat digunakan terhadap dia ialah pengajaran melalui pelbagai deria seperti sebutan , pendengaran,rasa dan sentuhan. Misalnya kita bolehlah menulis huruf yang selalu dikelirukannya itu dengan menggunakan tanah liat untuk menunjukkan perbezaannya dengan lebih jelas dan konkrit. Juga guru bolehlah mempertontonkan apa yang bakal diajar di dalam vcd, computer , LCD ataupun radio. Katakanlah guru tersebut ingin memperkenalkan nama buah-buahan kepada kanak-kanak disleksia ini, guru itu boleh mengaplikasikan cara ini dalam proses pengajarannya. Justeru murid ini dapat mendengar perkataan atau nama buah tersebut dengan jelas dan melihat paparannya dalam skrin komputer. Dia juga boleh mengenal pasti ejaan nama buah-buahan yang berbeza dengan mudah dan mengelakkan dirinya daripada keliru akannya. Seterusnya adalah cara pengulangan. Guru bolehlah berkali-kali ajar murid ini tentang benda yang diajar dan suruh murid itu untuk menulisnya berkali-kali. Guru haruslah berdekatan dengan murid itu dengan lebih rapat dan menolong dia menulis perkataan atau huruf yang diajar. Melalui cara ini murid iu akan dapat menghafal perkataan atau huruf yang diajar. Seperti mana yang kita semua sedia mengetahui bahawa kanak-kanak disleksia ini kurang kemahiran mengingati sesuatu perkara. Namun kita bolehlah mengambil inisiatif yang efektif yang dapat meningkatkan tahap ingatan mereka iaitu dengan penggunaan carta , peta minda , graf dan lukisan yang

penuh berwarna warni. Maka dengan berbekalkan bantuan daripada bahan bantu belajar sebegini kanak-kanak ini akan giat dan aktif dalam proses pembelajaran mereka. Manakala bagi murid kedua pula, strategi intervensi yang dapat digunakan ialah pengunaan ICT dan pendekatan kepada pakar pathologi. Guru haruslah menggunakan pelbagai jenis ICT seperti program-program perisian yang baru yang membantu untuk mengatasi masalah salah sebutan bunyi-bunyi pertuturan. Misalnya program sebegini akan mempunyai pelbagai permainan bahasa dan murid bermasalah ini dapat mempelajari sebutan perkataan yang betul dengan mudah. Mereka akan mengulangi perkataan dan huruf yang disebut oleh kartun atau animasi yang ditayangkan melalui program perisian ini di computer.Biasanya murid sebegini harus diajar dengan cara yang kreatif dan juga secara animasi. Dengan suntikan yang diberi melalui cara ini, murid ini akan dapat mengulangi perkataan yang disebut kerana ianya akan dapat menarik perhatian dia. Selain itu, cara lain seperti pendekatan oleh pakar pathologi juga merupakan salah satu cara yang efektif. Guru haruslah mengambil inisiatif dan mendekati pakar terapi pertuturan untuk memberikan latihan khas kepada murid yang bermasalah ini untuk meningkatkan potensi dan kualiti pertuturan. Lazimnya pakar terapi ini akan

memberikan pelbagai jenis aktiviti dalam bentuk permainan dan latihan yang berkesan supaya masalah sebutan ini dapat diatasi. Sebagai contoh, permainan yang sangat popular dalam terapi ini ialah permainan patung atau boneka yang mulutnya dapat dikawal oleh tangan kita. Dengan itu, kanak-kanak ini dapat memerhatikan gerakan bibir dan mulut patung mengikut bunyi sebutan tersebut dan mengikuti boneka itu dan memperbaiki bunyi sebutan mereka dengan baik.

Strategi Intervensi

pengajaran menggunakan pelbagai deria

pengulangan

penggunaan ICT

pendekatan pakar pathologi

Anda mungkin juga menyukai