Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

PKU 3102 ISL 1 TAJUK


1. 2. : Bincangkan peranan komunikasi dan bahasa dalam pencapaian akademik. : Bagaimanakah masalah komunikasi dan bahasa boleh menjejaskan prestasi akademik di sekolah. : MOHD SHAFUAN BIN ZULKAFLI 901018-11-5091 901018 : MOHAMAD FIRDAUS BIN RASHID 880729-09-5103 880729 KUMPULAN PISMP : PK 1(BM)/PJ/BI : PK 3(BM)/KS/PJ TARIKH HANTAR : 19 JANUARI 2010

NAMA

PENSYARAH : PUAN SURAYA BINTI BAI

PKU3102 : BAHASA DAN KOMUNIKASI

Komunikasi ditakrifkan sebagai proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain. Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan kedua duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama. Menurut Green Berg & Baron (1996), komunikasi didefinasikan sebagai satu proses di mana individu, kumpulan dan organisasi yang bertindak sebagai penyampai menyampai maklumat kepada individu, kumpulan dan organisasi lain yang bertindak sebagai penerima mesej. Manakala Johns (1996) pula berkata, komunikasi sebagai proses pertuturan maklumat diantara penyampai dan penerima maklumat dikalangan pelbagai pihak. Bahasa pula ditakrifkan sebagai suatu sistem dari lambang bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia dan dipakai umum oleh masyarakat untuk berhubung dan berkomunikasi. Ferdinend de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada abad ke- 20 telah menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat. Selain itu, Wilhelm Von Humbodt seorang sarjana jerman telah mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi. John B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan urutan bunyi. Kamarudin Husin, (1993) pada umumnya bahasa dianggap sebagai alat yang digunakan oleh anggota sesuatu masyarakat untuk berhubung. Kepunyaan berbahasa adalah satu kebolehan asasi manusia. Lazimnya, komunikasi dan bahasa saling mempunyai perkaitan yang rapat diantara satu sama lain. Umumnya juga kedua dua aspek ini sering hadir dalam kehidupan kita. Oleh sebab itu, komunikasi dan bahasa juga mempunyai peranan yang tersendiri dalam pencapaian akademik. Komunikasi dilihat sebagai satu elemen yang sangat penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik. Hal ini kerana teknik komunikasi yang dan interaksi yang berkesan antara guru dan pelajar akan banyak memberi pengaruh kepada kecemerlangan pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, guru wajar mendalami kemahiran perhubungan interpersonal iaitu kemahiran berinteraksi dan komunikasi dengan individu yang lain.

Antara bukti komunikasi memainkan peranan yang penting dalam pencapaian akademik ialah interaksi antara guru dan pelajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). P&P adalah proses pemberian dan penerimaan. Proses ini memerlukan guru berkomunikasi dengan pelajar untuk memberi dan menerima ilmu. Maka dengan ini akan terbantutlah proses P&P jika tiada komunikasi dalam proses ini. Selain itu, komunikasi dilihat amat berkesan dalam mempengaruhi pencapaian akademik kerana dengan teknik komunikasi yang betul, guru mampu memujuk dan mendorong pelajar agar belajar dengan tekun dan sistematik agar mencapai pencapaian akademik yang cemerlang. Bahasa juga memainkan peranan yang amat penting dalam pencapaian akademik. Hal ini kerana dengan bahasa yang baik dan berhemah boleh membantu pelajar mencapai pencapaian yang cemerlang. Bahasa amat penting kerana tanpa bahasa maka tak mungkin kita boleh berkomunikasi dan maklumat pun tidak dapat disampaikan. Ini jelas membuktikan fungsi bahasa sebagai penghubung. Bahasa yang tertib dan menjurus terus ke arah maklumat yang ingin di sampaikan mampu memudahkan pelajar menghadam ilmu yang disampaikan dan seterusnya memudahkan mereka mengaplikasikannya dalam peperiksaan hingga mencapai pencapaian akademik yang disasarkan. Komunikasi yang berkesan dan bahasa yang berhemah akan membuatkan pelajar senang mendampingi guru untuk bertanyakan sesuatu yang tidak difahami dan meminta tunjuk ajar. Selain itu teknik memujuk oleh guru juga boleh diklasifikasikan sebagai komunikasi dan penggunaan bahasa yang berkesan kerana dengan cara ini, pelajar akan lebih terdoring untuk berusaha belajar dan mengelakkan diri dari masalah sosial yang akan menggangu pencapaian akademik mereka. Masalah dalam komunikasi adalah masalah yang biasanya menyebabkan kanakkanak itu dirujuk kepada pakar untuk disaring, dilakukan diagnosis ke atasnya dan diberi tindakan. Dalam domain komunikasi itu sendiri terdapat pelbagai kecacatan lain, malah masalah komunikasi ini mungkin adalah gejala bagi kecacatan lain seperti terencat akal ataupun autisme. Komunikasi normal biasanya bergantung kepada pertuturan dan bahasa. Pertuturan ialah kemampuan mengeluarkan bunyi-bunyi yang difahami seperti perkataan dan ayat. Manakala bahasa merangkumi apa yang orang lain nyatakan dan kemampuan menggambarkan dalam pemikiran bentuk-bentuk simbolik seperti dalam perkataan atau pergerakan yang mewakili perkataan. Masalah komunikasi mungkin timbul daripada masalah pertuturan, masalah bahasa ataupun kedua-duanya sekali.

Masalah perkembangan bahasa mungkin wujud dalam bahasa reseptif, ataupun bahasa ekspresif ataupun kedua-duanya sekali. Bahasa reseptif ialah kemampuan memahami dan mengingat apa yang diperkatakan oleh orang lain. Manakala bahasa ekspresif ialah kemampuan memahami dan mengingat apa yang diperkatakan oleh orang lain. Manakala bahasa ekspresif ialah kemampuan untuk menyatakan idea dalam perkataan ataupun simbol. Masalah dalam aspek bahasa ini terbahagi kepada dua. Masalah pertama ialah perkembangan lambat yang melibatkan kemahiran

berbahasa yang berkembang dalam kadar yang lambat tetapi dalam urutan normal bagi aspek-aspek bahasa seperti pembentukan ayat, perbualan dan permahaman. Kebanyakan perkembangan lambat berkaitan dengan peluang yang terhad untuk belajar. Keadaan persekitaran di rumah yang tidak menyumbang kepada perkembangan bahasa yang baik juga adalah faktor bagi perkembangan bahasa yang lambat. Pertuturan kanak-kanak dalam kategori ini adalah seperti pertuturan kanak-kanak yang lebih kecil, dengan ayat yang pendek dan mudah serta tatabahasa yang tidak tepat. Mereka juga mengalami kesukaran mengikut arahan yang bersesuaian mengikut tahap umur. Masalah yang kedua adalah kecacatan berbahasa. Masalah ini dapat dikesan sama ada dalam kemahiran yang dipelajari yang tidak berada dalam susunan yang tidak betul dan juga terdapat perbezaan yang ketara dalam perkembangan aspek bahasa. Misalnya, ayat itu yang dituturkan oleh kanak-kanak tertentu itu terlalu panjang dan kompleks tetapi tidak dapat memberi makna terhadap perbualan dengan orang lain. Kanak-kanak dalam kategori bermasalah pertuturan dan bahasa tidak dapat mengikut arahan ataupun tidak dapat memahami penerangan dan ini menimbulkan masalah tingkah laku. Oleh itu penjaga dan guru perlu memahami keadaan kanak-kanak itu dan cuba elakkan dari timbulnya masalah tingkah laku. Guru yang efektif ialah yang sedar kemahiran yang ada pada kanak-kanak yang mengalami masalah perkembangan bahasa ini dan memberi sokongan dalam pelbagai bentuk termasuklah dari segi pergerakan, isyarat, gambar, dan demonstrasi bagi membantu kanak-kanak memahami dan berkomunikasi. Masalah komunikasi dan bahasa sememangnya menjejaskan prestasi akademik di sekolah. Pelajar tidak mampu untuk menerima ilmu yang diajarkan oleh guru-guru dengan sepenuhnya. Disebabkan masalah komunikasi dan bahasa, ilmu yang diajar sukar untuk difahami kerana mereka tidak mampu untuk menafsir maksud sebenar atau memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru. Masalah ini menyebabkan perkembangan kognitif mereka terhad dan berkembang dalam kadar yang lambat.

Kanak-kanak yang bermasalah komunikasi dan bahasa memerlukan metodologi pengajaran yang menggalakkan mereka berinteraksi (Nind san Hewett 1998) dan ini bergantung pada keupayaan guru bagi mengenal pasti cara murid itu bertingkah laku. Kanak-kanak ini juga sememangnya memberi tekanan emosi pada guru dan ini mencabar dari segi tingkah laku mereka (Kiernan dan Kiernan 1994). Kajian mengenal pasti senarai tingkah laku yang sukar dikawal oleh guru iaitu sikap agresif dari segi fizikal, mencederakan diri sendiri, menjerit dan membuat bising, mengganggu dan hiperaktif, terlalu obsess dan melakukan perbuatan yang sama, tidak berminat untuk belajar (Harris dan colleagues 1986). Daripada senarai itu, perbuatan sikap agreasif dari segi fizikal adalah menyukarkan dan memberi tekanan (Pimm 1998). Guru yang mengajar kanak-kanak ini perlu menggunakan pelbagai strategi yang efektif. Konklusinya komunikasi dan bahasa amat memainkan peranan yang mustahak dalam pencapaian akademik. Tanpa komunikasi dan bahasa, sesuatu maklumat tidak mampu disampaikan dengan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai