Anda di halaman 1dari 5

REKOD PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tahun 4 Masa 60 minit Tajuk Berkelah di kawasan air terjun Hasil Pembelajaran : Fokus Utama: 7.0 Membaca,menaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca Fokus Sampingan: 7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat i. ii. iii. iv. Meneliti bahan untuk menyatakan andaian tentang sesuatu perkara tersirat berdasarkan maklumat tersurat Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar dan dibaca Menjalankan aktiviti yang dijalankan dalam kumpulan yang ditugaskan Mengenal pasti dan menyenaraikan imbuhan akhiran i yang terdapat dalam petikan yang dibaca

Pengisian Kurikulum Sistem Bahasa : Tatabahasa : Akhiran i KBT : Kecerdasan pelbagai : Logik Matematik, interpersonal, muzik, kinestatik dan visual ruang Kemahiran Generik : Kemahiran belajar dan berfikir, kemahiran mentaksir dan menilai, kemahiran teknologi maklumat Strategi P&P : Direktif,Mediatif , Koperatif / Kolaboratif , Generatif, Konstektual dan Kajian masa depan

Penekanan konsep 5P : Penggabungjalinan: mendengar dan bertutur , membaca dan menulis Penyerapan : Sistem bahasa (akhiran i) Penilaian : kendiri dan rakan sebaya Penggayaan : Laman web guru untuk mendapatkan maklumat dan kerja Susulan Pemulihan : Kerja susulan

Bahan Sumber P&P : Perisian ( gambar + VO + bunyi ), borang maklumat, kad tugasan/kad arahan,borang penilaian aktiviti dan borang penilaian pengalaman pembelajaran

Pengetahuan Perlu Ada : 1. Murid perlu tahu maksud isi tersirat berdasarkan penyertaan/ maklumat tersurat 2. Murid perlu tahu membentuk kumpulan secara koperatif dan dapat memilih aktiviti yang sesuai dengan kecerdasan pelbagai mereka berdasarkan BBB yang disediakan oleh guru 3. Murid mengenal akhiran -i

CADANGAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN LANGKAH/MASA Set Induksi ISI KANDUNGAN Bayangan minda tentang seekor ikan berenang di dalam sungai AKTIVITI Guru menyuruh murid memejamkan mata dan menjalankan aktiviti bayangan minda - Murid buka mata, guru bersoal jawab berdasarkan aktiviti bayangan minda itu tadi Contoh soalan: 1. Apa yang kamu fikirkan? 2. Pada pendapat kamu, apa yang remaja itu buang? 3. Apa kesannya pada manusia? Aktiviti 1 Murid diberi borang maklumat untuk diidi dengan maklumat tersurat yang terdapat dalam cerita yang akan ditonton nanti Murid menonton perisisan kursus yang ditayangkan dan membaca petikan teks di skrin Secara berpasangan murid diminta mengenal pasti maklumat tersirat dan mencatatkannya di dalam ruanagn yang disediakan Murid menyemak jawapan berdasarkan cadangan jawapan guru yang dipaparkan dengan menggunakan power point CATATAN

Langkah 1

Kandungan perisian: Petikan cerita teks + gambar + VO yang bertajuk Berkelah di kawasan air terjun Memberi isi tersirat dan tersurat berdasarkan bahan bacaan (borang maklumat tersirat dan tersurat berdasarkan cerita)

Langkah 2

Tugasan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh murid dalam kumpulan

Aktiviti 2 : Membentuk 5 kumpulan berdasarkan pelbagai kecerdasan dank ad tugasan yang disediakan pada setiap stesyen Aktiviti dalam kumpulan

Kumpulan 1 : Menyatakan andaian tentang perkara tersirat secara lakonan Kumpulan 2: Menyatakan andaian tentang perkara tersirat ke 2 dengan cara membuat lakaran didalam grafik yang disediakan Kumpulan 3: Mencatat dan menyatakan andaian sebab-sebab tentang perkara tersirat 3 di dalam borang pengurusan grafik membuat andaian yang disediakan Kumpulan 4 : Mencatat dan menyatakan kemungkinan akibat membuang sampah ke dalam sungai secara berterusan Kumpulan 5 : Mendendangkan lagu berdasarkan puisi bertemankan alam sekitar

Langkah 3

Langkah 4

Penilaian : Aktiviti 3 : Isi, bahasa dan gaya penyampaian,persembahan - Murid hasil tugasan membentangkan tugasan untuk dinilai oleh rakan sebaya berpandukan borang penilaian aktiviti yang disediakan - Penilaian guru berdasarkan secara holistic (kognitif,psikomotor dan afektif) Penilaian pengalaman Aktiviti 4: pembelajaran / refleksi kendiri - Murid menyenaraikan akhiran i berdasarkan petikan yang didengar - Murid menandakan ya atau tidak pada borang penilaian pengalaman pembelajaran / refleksi kendiri Membuat rumusan Guru membuat rumusan dan penerapan nilai Kerja susulan

Penutup

Anda mungkin juga menyukai