Anda di halaman 1dari 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, KOTA PUTRA, KG.RAJA, 22200 BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN.

KERJA KURSUS PENDEK

BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL BMM 3311D1

NAME

: AHMAD IZZUL IRFAN BIN HASHIM : MUHAMMAD SAFWAN BIN SUDIN

NOMBOR I/C

: 920123-11-5281 : 92

UNIT MATA PELAJARAN NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR

: PPISMP TESL 1 SEM 3 : BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL : PUAN AZRIZAN BINTI ABU BAKAR : 5 SEPTEMBER 2011

Halaman Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis

: .. : ..

Tarikh

: .

Penghargaan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kami panjatkan kesyukuran kerana dengan limpah kurnia dan hidayatNya dapatlah kami menyiapkan tugasan yang dipertanggungjawabkan ini dengan sebaik mungkin.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah Pendidikan Islam bagi PPISMP unit TESL semester 3 iaitu Puan Azrizan binti Abu Bakar kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat dan juga bimbingan yang terbaik kepada kami dan juga kawan-kawan sekelas dalam menyempurnakan tugasan ini.

Selain itu, terima kasih ini juga kami tujukan kepada kedua ibu bapa dan keluarga di kampung yang selama ini telah banyak memberikan semangat dan dorongan kepada kami supaya menyiapkan sebarang tugasan yang diberikan oleh para pensyarah.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang telah banyak berkongsi ilmu pengetahuan, sudi menghulurkan sebarang kerjasama, bantuan dan komitmen dengan seikhlas hati mereka dalam menyempurnakan tugasan yang diberi ini dengan jayanya.

Senarai Kandungan

Kandungan HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN SENARAI KANDUNGAN 1.0 PENGACARAAN MAJLIS 1.1 1.2 1.3 1.4 2.0 3.0 BENTUK CIRI-CIRI PENYAMPAIAN YANG BAIK STRATEGI PENYAMPAIAN YANG BAIK ALAT BANTU DALAM PENYAMPAIAN

Halaman 2 3 4 5

CERAMAH REFLEKSI

BIBLIOGRAFI BORANG KOLABORASI

Pengacaraan Majlis

Terdapat

beberapa

jenis

kemahiran

menyampai

iaitu

seperti

pengumuman,

pembentangan kertas kerja, dan pembentangan laporan. Pengacaraan majlis juga merupakan salah satu daripada kemahiran menyampai. Kemahiran menyampai bagi pengacaraan majlis ini dapat dihuraikan dari segi bentuk, ciri- ciri, strategi dan alat bantu dalam penyampaian agar penyampaian dapat dilakukan dengan baik dan berkesan.

Bentuk Pengacaraan Majlis Menurut Siti Hajar Abdul Aziz, 2008, Bahasa Melayu 1 muka surat 243, bentuk pengacaraan majlis bergantung kepada jenis majlis yang diadakan. Secara umumnya, terdapat tiga jenis majlis, iaitu majlis rasmi, majlis separuh rasmi dan majlis tidak rasmi. Majlis rasmi dan separuh rasmi atau disebut majlis formal atau separuh formal ialah majlis yang mempunyai peraturan- peraturan tertentu yang perlu dipatuhi bagi majlis itu seperti prosedur undangan, tempat majlis yang ditentukan, sisitem panggilan, peraturan pakaian, sambutan tetamu, tempat duduk dalam majlis dan sebagainya. Peraturan seumpama ini adalah umum terdapat dalam semua majlis rasmi. Namun demikian, majlis yang bersifat rasmi sepenuhnya seperti majlis- majlis yang dihadiri oleh raja- raja atau menteri- menteri mempunyai system protocol yang lebih ketat dan terperinci, misalnya majlis penganugerahan pingat, majlis sambutan kemerdekaan Malaysia, majlis pertunangan atau perkahwinan kerabat diraja, majlis pertabalan dan sebagainya. Majlis sedemikian biasanya mempunyai dua taraf hadirin iaitu tetamu yang hadir dalam majlis seperti ini terdiri daripada dua peringkat. Peringkat pertama terdiri daripada Raja- raja yang memerintah dan Raja Muda atau Tengku Mahkota, manakala peringkat kedua terdiri daripada pemimpin- pemimpin peringkat menteri, orang- orang kenamaan, ketua- ketua jabatan dan sebagainya.

Majlis separuh formal atau majlis rasmi yang biasa ialah majlis yang tidak melibatkan barisan orang kenamaan yang ramai dan hanya mempunyai satu taraf hadirin sahaja iaitu tetamu yang hadir dalam majlis ini terdiri daripada pemimpinpemimpin yang berpangkat menteri, orang- orang kenamaan, pegawai- pegawai tinggi kerajaa atau swasta dan lain- lain. Contohnya ialah majlis perasmian, majlis persaraan, majlis pengyampaian sijil atau diploma, majlis perkahwinan, majlis penyampaian anugerah perkhidmatan dan sebagainya. Majlis tidak rasmi pula ialah majlis yang berlangsung dalam suasana tidak formal iaitu majlis yang agak longgar dari segi peraturan berpakaian, ucapan, sisitem panggilan, tempat duduk tetamu dan sebagainya. Majlis seumpama ini berlangsung dalam suasana santai seperti majlis perhimpunan, majlis sukan, majlis penyampaian hadiah, majlis pertandingan, majlis hari keluarga, majlis jamuan akhir tahun, majlis hari jadi dan sebagainya. Majlis seperti ini biasanya tidak melibatkan menteri- menteri, orang kenamaan atau pegawai- pegawai berpangkat tinggi. Dengan kata lain, majlis seumpama ini bersifat dalaman, iaitu dilaksanakan pada peringkat jabatan, institut, universiti, kolej, sekolah dan kampung. Majlis ini hanya melibatkan kakitangan, warga atau penduduk setempat sahaja. Secara lebih khusus, majlis di Negara ini dapat dikategorikan kepada lima jenis iaitu yang pertama, Majlis Penuh Isitiadat, merupakan beberapa majlis yang dijalankan di istana sepeti istiadat pertabalan dan istiadat penganugerahan darjah kebesara negeri atau majlis yang di luar kawasan istana seperti pembukaan rasmi siding penggal parlimen. Pakaian bagi menghadiri majlis ini ialah pakaian istiadat atau pakaian rasmi kebangsaan. Kedua, Majlis Rasmi Dan Formal iaitu seperti majlis jamuan makan oleh Perdana Menteri bagi meraikan ketua- ketua kerajaan asing atau majlis perasmian anjuran kerajaan seperti konvensyen dan seminar. Seterusnya, Majlis Rasmi Tetapi Tidak Formal iaitu majlis anjuran kerajaan yang tidak mematuhi protokol sepenuhnya seperti majlis jamuan teh oleh Perdana Menteri. Yang keempat pula Ialah Majlis Tidak Rasmi Tetapi Formal iaitu majlis anjuran swasta yang mematuhi protokol dan melibatkan menteri seperti perasmian bangunan, acara pecah tanah, dan pertunjukan. Yang terakhir pula ialah Majlis Tidak Rasmi Dan Tidak Formal iaiitu

majlis biasa anjuran organisasi tertentu dan protokol yang diikuti adalah yang ditetapkan oleh organisasi masing- masing seperti jamuan akhir tahun.

Ciri- Ciri Penyampaian Yang Baik Pengacara majlis diibaratkan sebagai nadi sesebuah majlis. Tanpa pengacara majlis, sesebuah majlis akan menjadi hambar. Hal ini kerana fungsi utama seorang pengacara adalah untuk menghidupkan sesuatu majlis dan mengawal agar majlis itu berjalan dengan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Pengacara majlis atau juruacara atau Master Of Caremony (MC) juga sebenarnya mempunyai peranan yang berbeza mengikut majlis yang diadakan. Juruacara merupakan orang yang memimpin sesuatu acara atau majlis sama ada majlis formal atau tidak formal sebagai satu panduan kepada mereka yang hadir supaya mengetahui apa acara atau tindakan yang sedang berlaku dan seterusnya. Untuk memastikan penyampaian majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan, pengacara majlis perlulah mempunyai kriteria- kriteria yang tertentu tidak kira sama ada dari segi kebolehan fizikal, kebolehan intelektual atau pun ciri- ciri

keperwakan yang dimiliki. Pengacara majlis hendaklah terdiri daripada mereka yang berkebolehan, tidak kekok tampil ke hadapan dan mampu berkomunikasi dengan yakin. Mereka perlulah peka dengan situasi majlis, termasuk sebarang perubahan yang berlaku pada saatsaat akhir. Mereka juga perlu sentiasa bersedia untuk memngumumkan atau memaklumkan apa- apa yang akan berlaku mengikut urutan majlis kepada para hadirin. Mempunyai suara yang jelas, ceria, kreatif dan mampu melahirkan ujaran yang spontan sekiranya terdesak dapat membantu pengacara majlis atau juru acara untuk menghidupkan lagi suasana majlis. Mereka juga haruslah tidak kaku dan tidak juga berbicara dengan aksi- aksi yang keterlaluan. Selain berketerampilan dan dapat membezakan kelainan yang terdapat dalam sesuatu majlis seperti majlis rasmi,

separuh rasmi atau tidak rasmi, juruacara juga perlu tahu mneyusun pengucapan bertatasusila mengikut prosedur dan etika sosial. Disamping itu, seorang pengacara majlis atau juruacara juga perlulah memiliki ciri- ciri kebolehan fizikal seperti fasih dalam penggunaan bahasa, mudah mesra, mahir dalam bidang protokol, empati, tidak gagap, mempunyai emosi yang stabil, sedia bekerjasama, tidak cacat anggota, sabar dan tenang, tidak berpewatakan serius, mempunya sense of humor , dan mahir mengawal suara dengan baik. Mempunyai kebolehan intelektual seperti kebolehan mengira, mengingat dan taakulan serta memiliki ciri- ciri keperawakan seperti perawakan muka yang menarik, pakaian yang bersesuaian, hiasan wajah yang mesra, gaya diri yang bersesuaian dan mempunyai teknik mengawal gemuruh juga adalah amat penting bagi seorang juruacara. Kesimpulannya, seorang pengacara majlis perlulah memenuhi dan memiliki beberapa kriteria sebagai pengacara yang berwibawa daripada setiap segi. Mereka hendaklah berpengetahuan tentang latar belakang majlis yang diacarakan, orangorang yang terlibat dalam najlis itu, hadirin yang berada di dalamnya, tujuan majlis, individu yang akan memberikan ucapan dan acara- acara yang dilangsungkan. Dalam membuat sebarang ulasan dan pandangan pula, pengacara haruslah menjurus pada majlis hari itu dan mengandungi nilai- nilai positif yang tidak keterlaluan.

Strategi Penyampaian Yang Baik Menurut laman web scribd (http://www.scribd.com/doc/19142470/teknik-

pengucapan-awam), sebelum berucap seseorang penyampai perlu mempunyai niat dan azam untuk berucap di hadapan orang ramai.Niat dan azam dapat mencetuskan semangat yang akan memberikan satu getaran tenaga bagi menghadapi apa jua halangan semasa kita berucap dan melalui proses kematangan. Jika kita sentiasa mengelakkan diri, maka sampai bilapun kita akan berasa takut. Justeru itu, sifat berani untuk berucap di hadapan khalayak ramai perlu diterapkan dalam diri penyampai agar dapat mengurangkan rasa gugup ketika berucap.

Selain itu, penyampai juga perlu mula membuat pemerhatian pada perucapperucap lain untuk dijadikan sebagai penduan. Dengar nada pertuturan dan ucapan dari aspek nada tinggi rendah serta lihat pergerakan tubuh badan dan mimik muka mereka agar boleh dijadikan sebagai ikutan ketika ingin berucap. Tambahan pula, penyampai perlu mengetahui cara-cara untuk menarik perhatian para pendengar agar perkara yang ingin disampaikan didengar oleh mereka. Di samping itu, penyampai perlu menyediakan rangka dan isi yang ingin disampaikan. Penyampai juga harus mengenal pasti sasaran khalayak dan apa keperluan mereka mendengar isi ucapan tersebut agar penyampaian dapat dilaksanakan dengan baik. Penyampai juga perlu membuat latihan dengan menggunakan rangka isi dan cuba mempraktikkan latihan tersebut di hadapan cermin. Isi-isi yang hendak disampaikan harus disusun supaya penyampaian tersebut menjadi lebih berkesan. Penyampai yang baik tidak akan melihat dan membaca petikan teks semata-mata. Jika penyampai masih baru, dan tidak mempunyai pengalaman, pastikan penyampai mempunyai kad kecil sebagai catatan rangka isi untuk berucap. Bagi persediaan mental pula, penyampai perlu membuat raptai mental sebelum berucap seperti berucap dahulu dalam pentas minda. Lihat, dengar dan rasa kehebatan ketika berucap. Ulang tayang apa yang telah dilihat, didengar dan rasaan emosi walaupun dari aspek realiti penyampai belum berucap. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2000) dalam bukunya yang bertajuk Kemahiran Interpersonal pada muka surat 43, penyampai juga boleh mengamalkan petua-petua agama bagi mengurangkan rasa gemuruh ketika berucap. Sebagai contoh, terdapat ayat-ayat doa yang boleh diamalkan untuk membantu penyampai menjadi lebih yakin. Selain daripada itu, penyampai haruslah berucap dengan fikiran dan emosi yang positif. Pastikan sebelum berucap emosi penyampai berada dalam mood yang positif. Jika mereka berasa dukacita, stress,kecewa, kurang bersemangat dan bimbang, tukarkan pada keriangan, bersemangat, sayang, gembira, unggul dan sebagainya kerana mood penyampai sama ada positif atau negatif akan juga turut dirasai oleh para pendengar.

Menurut

laman

web

scribd

(http://www.scribd.com/doc/19142470/teknik-

pengucapan-awam), semasa berucap penyampai perlu mengambil berat mengenai aspek cara berpakaian yang sesuai dan pastikan mereka mulakan dengan senyuman. Penyampai perlu menyukai semua pendengar mereka. Kata-kata yang menunjukkan atau memberi tanda yang mereka amat menyenangi pendengar perlu diutamakan. Mulakan dengan ice breaking dan bina hubungan dengan pendengar supaya dapat mewujudkan keserasian. Di samping itu, penyampai juga perlu menyatakan objektif yang jelas mengenai isi ucapan dan kemudian barulah dikembangkan dengan isi serta bahagian penutup. Mukadimah 15%, isi 70% dan penutup 15%. Selain itu, penyampai perlu bijak mengawasi perasaan terutamanya apabila merasai debaran, maka jangan berlawan dengan perasaan. Terima ia seadanya dan beritahu pada diri : pendengarku ingin mendengar ucapanku yang terbaik maka aku akan berikan yang terbaik setakat yang aku mampu pada masa ini. Tarik nafas dalamdalam, tahan dan lepaskan dengan harapan perasaan debar hilang bersama hembusan nafas tadi. Katakan : Aku sudah benar-benar bersedia dengan ucapan ini. Penyampai juga perlu memastikan bahawa mereka tidak berucap seperti menaburkan peluru. Bercakap dengan jelas dan lantang, jangan terlalu cepat dan pastikan setiap kata-kata yang dikeluarkan berserta dengan roh, jiwa, emosi dan fikiran. Ini dapat memastikan ucapan mereka penuh dramatik dengan nada-nada yang pelbagai yang menjadikan ucapan anda 'HIDUP'. Gunakan pergerakan tangan, kaki dan mimik muka yang sesuai untuk mengambarkan emosi dan menjelaskan maksud ucapan mereka.

Menurut Maimunah Osman (2000) dalam bukunya yang bertajuk Komunikasi Berkesan Hubungan Interpersonal, mukasurat 23, hubungan mata(eye contact) dengan pendengar adalah antara yang terpenting bagi seorang penyampai. Penyampai menggunakannya untuk mendapatkan gambaran melalui penglihatan, menilai melalui first impression dan menyampaikan atau mengukuhkan maklumat melalui perasaan yang disalurkan bersama pandangan. Pandangan sepintas lalu biasanya tidak memberi impak yang dikehendaki. Pertembungan mata yang dianggap normal adalah dalam

jangkamasa lima saat. Ia memberi gambaran komitmen penyampai dalam menjalinkan perhubungan manusia melalui perbualan atau percakapan. Percakapan yang tidak membabitkan pertembungan mata biasanya menggambarkan sama ada kurangnya rasa percaya, rasa hormat penyampai dan akibatnya akan mengurangkan kepercayaan orang terhadap mereka. Kesimpulannya, terdapat pelbagai strategi yang boleh digunakan oleh

penyampai untuk menjadikan penyampaian mereka menjadi lebih baik. Strategi penyampaian yang baik terbahagi kepada dua, iaitu strategi sebelum dan strategi selepas berucap. Penyampai dapat menjadi lebih yakin jika disuruh berucap di hadapan orang ramai dan dapat mengawal emosi dengan baik apabila mempraktikkan strategistrategi tersebut.

Alat Bantu Dalam Penyampaian Bagi memastikan pengacaraan majlis berjalan dengan lancar, alat atau bahan bantu adalah amat diperlukan. Alat bantu bukan sahaja dapat memudahkan penyampaian malah dapat menarik minat dan perhatian para hadirin yang hadir dalam majlis yang dilangsungkan. Antara alat bantu yang baik ialah memaparkan paparan persembahan slaid yang menarik sepanjang pengacaraan berlangsung. Ini bukan sahaja dapat menarik minat para tetamu yang hadir malah dapat memberikan informasi kepada mereka mengenai acara yang sedang berlangsung dan yang akan berlangsung seterusnya. Selain itu, latar belakang yang menarik juga boleh digunakan. Latar belakang yang menarik dan bersesuaian dengan majlis bukan sahaja dapat memberikan ketenangan dan menarik perhatian tetamu yang hadir tetapi dapat memberikan ketenangan. Sebagai contoh, sekiranya majlis yang diadakan ialah majlis jamuan teh yang diadakan oleh perdana menteri. Latar belakang bunga- bungaan adalah sangat sesuai dengan majlis ini kerana latar belakang bunga- bungaan boleh mendatangkan ketenangan dan keselesaan kepada para tetamu yang hadir.

Disamping itu, gambar- gambar yang berkaitan dengan majlis juga boleh dipaparkan sepanjang majlis tersebut berlangsung. Sebagai contoh, sekiranya majlis seperti majlis persaraan berlangsung, gambar orang yang bersara boleh dipaparkan. Dengan ini, semua yang hadir akan berasa terhibur, sedih dan juga teringat kembali akan kenangan sepanjang bekerjasama dengan orang yang hendak bersara itu. Oleh itu, majlis ini akan menjadi lebih bermakna bukan sahaja kepada orang yang hendak bersara itu tetapi mereka yang hadir juga turut merasakan kenangan tersebut. Tambahan pula, alat bantu yang boleh digunakan untuk penyampaian yang baik ialah memaparkan video- video yang berkaitan dengan majlis. Sebagai contoh, videovideo mengenai perjuangan tokoh- tokoh kemerdekaan yang terdahulu boleh dipaparkan dan ditayangkan kepada mereka yang hadir sekiranya majlis yang diadakan ialah majlis menyambut ulang tahun kemerdekaan Negara. Dengan ini, majlis akan menjadi lebih terhibur dan seronok. Semua pihak juga boleh mendapat iktibar dan pengajaran berdasarkan setiap video yang dipaparkan. Alunan irama lagu yang bersesuaian dengan majlis juga membolehkan pengacaraan bejalan dengan baik. Sekiranya pengacara majlis menyampaikan sesuatu pengumuman kepada hadirin dan diikuti dengan alunan muzik yang sesuai, majlis tersebut akan menjadi lebih hangat seperti majlis- majlis penyampaian hadiah dan sebagainya. Semua hadirin akan berasa semakin ingin tahu siapa pemenang bagi sesuatu pertandingan atau acar yang dipertandingkan sekiranya mereka mendengar muzik yang mendebarkan. Akhir sekali, alat bantu yang boleh digunakan oleh juruacara atau pengacara majlis ialah catatan atau nota penting yang berkaitan dengan majlis seperti catatan mengenai atur cara majlis yang berlangsung. Justeru itu, semua bentuk, ciri- ciri, strategi penyampaian dan alat bantu penyampaian berkesan perlulah diketahui agar penyampaian dapat dilakukan dengan lebih mudah, menarik dan berkesan.

Ceramah

Refleksi 1

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illlahi kerana akhirnya tugasan kerja kursus bahasa melayu kontekstual ini berjaya juga disiapkan tepat pada waktu yang ditetapkan meskipun menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Meskipun menghadapi kesukaran untuk mencari maklumat mengenai tugasan ini pada awalnya, saya dan ahli kumpulan berjaya juga mendapatkan buku- buku dan bahan- bahan yang bersesuaian dengan jenis kemahiran menyampai yang kami pilih iaitu pengacaraan majlis. Tugasan kerja kursus ini banyak memberikan ilmu pengetahuan yang berguna serta pengalaman- pengalaman baru kepda saya. Berdasarkan rujukan yang saya lakukan, saya mendapati bahawa terdapat beberapa jenis kemahiran penyampaian iaitu pengumuman, pembentangan kertas kerja, pengacaraan majlis dan pembentangan laporan. Saya dan ahli kumpulan memilih untuk menghuraikan mengenai bentuk, ciriciri, strategi penyampaian dan alat bantu dalam penyampaian bagi pengacaraan majlis. Bentuk pengacaraan majlis bergantung kepada jenis majlis yang diacarakan iaitu sama ada rasmi, tidak rasmi atau separuh rasmi. Ciri- ciri penyampai yang baik adalah bergantung kepada pengacara majlis atau juruacara itu sendiri. Strategi penyampaian yang baik pula adalah bermula sebelum majlis dan juga semasa majlis. Juruacara ataupun pengacara majlis perlulah bijak mengatur strategi agar penyampaian dapat dilakukan dengan baik dan berkesan. Alat atau bahan bantu dalam penyampaian juga penting . Selain itu, melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari lebih mendalam lagi mengenai cara- cara untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai secara berkesan. Hal ini sangat membantu dan berguna kepada saya memandangkan saya merupakan salah seorang daripada bakal guru pada masa hadapan.

Akhir sekali, saya sangat gembira dan bersyukur mentiapkan tugasan ini dan berharap agar maklumat dan pengalaman yang saya peroleh sepanjang proses menyipakan tugasan ini dapat membantu saya dan orang lain pada masa hadapan.

NAMA UNIT

: AHMAD IZZUL IRFAN BIN HASHIM : PPISMP TESL 1 SEMESTER 3

Refleksi 2

Bibliografi

Buku : 1. Maimunah Osman 2000. Komunikasi Berkesan Hubungan Interpersonal : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). 2. Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 2000. Kemahiran Interpersonal Untuk Guru Bestari : Utusan Publications & Distributors SDN.BHD. 3. Siti Hajar Abdul Aziz 2008. Bahasa Melayu 1 : Oxford Fajar SDN. BHD. Internet: 1. http://www.scribd.com/doc/19142470/teknik-pengucapan-awam 2. http://www.slideshare.net/sompoton/pengucapan-awam 3. http://www.scribd.com/doc/20953574/CERAMAH

Anda mungkin juga menyukai