Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS SULTAN MIZAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, TEACHER EDUCATION INSTITUTE, SULTAN MIZAN CAMPUS,

MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA, KOTA PUTRA, 22200 BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN, MALAYSIA.

+609-6957012 +609-6957429 http://www.ipgmksm.edu.my @ email: papengarah@ipgmksm.edu.my

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Pengarah Pendidikan Guru Mizan 10 Oktober 2013 Tuan,

Institut Kampus Sultan Besut, Terengganu

PER : PERMOHONAN PENGECUALIAN KULIAH PADA HARI KHAMIS (17 OKTOBER 2013) Dengan hormatnya perkara diatas dirujuk. 2. Berhubung dengan perkara diatas, telah ditetapkan bahawa cuti Hari Raya Aidil Adha adalah hanya pada 15-16 Oktoberer 2013 dan pelajar-pelajar dikehendaki pulang ke maktab untuk kuliah pada 17 Oktober 2013. 3. Sehubungan dengan itu, kami dari unit PISMP TESL 1 Ambilan Januari 2012 ingin memohon pengecualian kuliah pada tarikh tersebut. Kami berharap perkara ini dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan kerana: i. ii. iii. iv. v. Keperluan jam kredit kami untuk subjek-subjek pada hari itu telah mencukupi Kami telah mendapat persetujuan dan sokongan daripada pensyarah-pensyarah yang mengajar subjek-subjek pada hari tersebut. (Lampiran A) Kami juga mendapat sokongan daripada tutor kami. (Lampiran B) Beberapa orang daripada kami tinggal jauh iaitu Pulau Pinang, Sarawak, Perak serta Pahang. Ramai antara kami yang tinggal jauh telah membeli tiket untuk pulang ke kampung dan jika kami perlu datang kembali pada hari khamis, mungkin kami akan mempertimbangkan untuk tidak pulang langsung ke kampung untuk beraya.

4.

Bersama ini juga kami sertakan senarai nama ahli unit kami. (Lampiran C)

5. Segala kerjasama dan sokongan dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Yang menjalankan tugas,

(..) Unit PISMP TESL 1 Januari 2012 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Terengganu.

Besut,

LAMPIRAN A (i)

Persetujuan Untuk Pelajar Meminta Pengecualian Kuliah

Adalah dengan ini, saya Encik Aminuddin bin Mohd. Yusof, pensyarah Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi unit PISMP Tesl 1 Ambilan Januari 2012, telah membenarkan / tidak membenarkan pelajar-pelajar saya untuk memohon pengecualian kuliah pada hari Khamis, 17 Oktober 2013.

Yang benar,

.. (Encik Aminuddin bin Mohd Yusof) Pensyarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan.

LAMPIRAN A (ii)

Persetujuan Untuk Pelajar Meminta Pengecualian Kuliah

Adalah dengan ini, saya Encik Abdullah bin Deraman, pensyarah Seni Dalam Pendidikan bagi unit PISMP Tesl 1 Ambilan Januari 2012, telah membenarkan / tidak membenarkan pelajar-pelajar saya untuk memohon pengecualian kuliah pada hari Khamis, 17 Oktober 2013.

Yang benar,

.. (Encik Abdullah bin Deraman) Pensyarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan.

LAMPIRAN B Persetujuan Untuk Pelajar Meminta Pengecualian Kuliah

Adalah dengan ini, saya Puan Asmad bin Mohd Salleh, tutor bagi unit PISMP Tesl 1 Ambilan Januari 2012, telah membenarkan / tidak membenarkan pelajar-pelajar saya untuk memohon pengecualian kuliah pada hari Khamis, 17 Oktober 2013.

Yang benar,

.. (Puan Asmad bin Mohd Salleh) Tutor, PISMP TESL 1 Ambilan Januari 2012, Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan.

LAMPIRAN C Senarai Nama Guru Pelatih Unit PISMP TESL 1 Ambilan Januari 2012

Anda mungkin juga menyukai