Anda di halaman 1dari 27

Undang-undang Dan Peraturan Gelanggang

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

Faul dan kelakuan kurang sopan Tendangan bebas Menyepak atau cubaan menyepak pemain lawan Tersadung pemain lawan Menerpa serta melompat ke arah pemain lawan

Menyerang pemain lawan


Menyerang pemain lawan dari belakang

Menghadang pemain lawan dengan sengaja Menolak pemain lawan Menerpa pemain lawan dengan bahu dengan sengaja Tekel menggelungsur sliding tackle yang membahayakan (sliding at an opponent, i.e; sliding tackle) Memegang bola (kecuali penjaga gol)

Pemain boleh diberi amaran dengan melayangkan kad kuning dan pihak lawan diberi tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan jika berlaku di kawasan penalti. a. Pemain gantian memasuki gelanggang dari tempat yang salah atau pemain yang diganti belum betul-betul meninggalkan gelanggang. b. Melanggar undang-undang permainan berulangkali.

c. Tidak patuh dengan keputusan pengadil.


d. Berkelakuan tidak sopan atau kurang ajar. e. Meninggalkan padang tanpa kebenaran pengadil f. Sengaja melambatkan permulaan semula permainan

Pemain akan dibuang padang serta dilayangkan kad merah untuk kesalahan berikut:
a. Kesalahan permainan yang berat. b. Berkelakuan dan menggunakan perkataan kasar c. Menghalang percubaan gol pasukan lawan dengan tangan (kecuali penjaga gol di dalam kawasan penalti beliau) d. Kesalahan atas kesalahan kedua (2 kad kuning) f. Menghalang peluang jaringan pihak lawan di dalam kawasan penalti dengan sengaja.

Peraturan Buang Padang


a. Seseorang pemain yang dibuang padang akan dikeluarkan terus sehinggakan tidak dibenarkan duduk dibangku simpanan.

b. Pasukan di mana pemainnya dibuang padang boleh diganti selepas 2 minit permainan berjalan atau selepas pihak lawan menjaringkan gol dalam tempoh tersebut. c. Hantaran 2 minit akan dikira dan ditentukan oleh penjaga masa atau penolong pengadil.
d. Pemain gantian tidak boleh terus menggantikannya sehingga permainan diberhentikan serta mendapat kebenaran pengadil.

Tendangan Bebas

a. Jenis : Tendangan bebas terus (direct free kick) dan tendangan bebas tidak langsung (indirect free kick).
b. Dinding wall Sekurang-kurangnya 5 meter dari jarak bola yang akan disepak c. Had masa Tendangan mesti diambil dalam jangka masa 4 saat.

Tendangan Penalti a. Diambil dari titik penalti b. Semua pemain mesti berada di luar kawasan penalti sekurangnya 5 meter dari titik penalti.

c. Penendang tidak boleh memainkan bola pada kali kedua sebelum disentuh oleh pemain lain.

Tendangan ke dalam a. Digunakan untuk menggantikan balingan ke dalam. b. Bola diletak di atas garisan touchline sebelum menyepak. c. Sebelah kaki pemain mesti berada di luar atau di atas touchline kalau tidak tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan. d. Tendangan ke dalam mesti diambil dalam masa 4 saat jika tidak tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan. e. Penendang tidak boleh menyepak bola kali kedua sebelum bola itu disentuh oleh pemain lain jika tidak pasukan lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan. f. Pemain-pemain lawan mestilah berada 5 meter jauh dari tempat sepakan diambil. g. Tidak dibenarkan menjaringkan gol terus dari tendangan ke dalam.

Membebaskan Kawasan Gol


a. Dilakukan menggantikan tendangan gol b. Dari dalam kawasan penalti, penjaga gol membaling bola untuk meneruskan permainan. c. Permainan dianggap belum bermula selagi tidak melepasi kawasan penalti.

Tendangan Sudut a. Bola diletakkan di bucu dua garisan gol dan garisan tepi. Jika bola itu salah letak, tendangan sudut akan diambil alih oleh pihak lawan. b. Mesti diambil dalam masa 4 saat. Jika gagal bererti pihak lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat sudut tersebut. c. Penendang sudut tidak boleh memainkan bola kali kedua. Jika tidak, pihaklawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahantersebut.

d. Pemain lawan mestilah berada sekurang-kurangnya 5 meter jauh dari tempat tendangan sudut dibuat.
e. Gol boleh dijaringkan dari tendangan sudut.

Tendangan Penalti

a. Pengadil utama menentukan gawang gol yang akan digunakan. b. Undian dengan cara lambungan syiling digunakan. c. 5 tendangan diambil oleh 5 orang pemain yang di pilih dari setiap pasukan. Ketua pasukan masing-masing mengumumkan pemain-pemain yang telah dipilih kepada pengadil utama sebelum penalti dijalankan. d. Jika penalti terikat selepas 5 tendangan, tendangan tambahan akan diambil melalui sudden death oleh pemain-pemain yang belum melakukan tendangan penalti. e. Pemain yang dibuang padang semasa permainkan tidak boleh mengambil bahagian. f. Mana-mana pemain boleh mengambil tempat penjaga gol jika perlu. g. Semasa tendangan penalti dilakukan, semua pemain mesti berada di separuh gelanggang yang tidak digunakan. Penolong pengadil akan mengawasi kawasan ini.

SISTEM PERTANDINGAN

Pertandingan

Liga

memberi

peluang

penyertaan

yang

maksimum untuk setiap pasukan yang bertanding. Semua pasukan akan bertanding dengan setiap ahli dalam kumpulan pertandingan. Sistem liga ini dianggap lebih adil kepada pasukan yanng bertanding dan dapat menghasilkan pasukan yang benar-benar baik. Sistem liga sesuai untuk pertandingan

yang mempunyai bilangan peserta atau pasukan yang tidak


begitu banyak kerana ianya memerlukan tempoh kejohanan yang panjang.

Dalam pertandingan Liga, penentuan pasukan-pasukan teratas atau pemenang akan mengikut susunan hirarki berikut: (a) Pasukan yang mendapat mata yang tertinggi (b) Pasukan yang mempunyai perbezaan gol yang terbanyak, jika seri (c) Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol yang terbanyak, jika seri (d) Pasukan yang mendapat jumlah kemenangan yang terbanyak, jika seri (e) Pasukan yang menang dalam perlawanan dengan pihak lawannya, jika seri (f) Jika seri, pasukan pemenang akan diputuskan oleh pihak penganjur dan keputusan ini adalah muktamad.

Pertandingan kalah mati Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Proses ini akan berterusan sehingga

hanya terdapat seorang atau satu pasukan peserta yang


tinggal. Cara ini mudah dan ringkas dikeolakan, kalah mati

bermakna sesebuah pasukan atau peserta yang kalah disingkirkan terus daripada pertandingan.

GELANGGANG FUTSAL

Gelanggang futsal adalah versi mini bola sepak sebesar gelanggang bola baling dan boleh disesuakan.

Permukaan gelanggang biasanya menggunakan rumput


sintetik, alas sintetik, lantai parquet atau simen yang boleh menyerap lantunan.

1. Ukuran : 25-42 m panjang x 15-25 m lebar 2. Ketebalan Garisan: 8 cm luas di sisi, garis gol di hujung,dan di tengahtengah garis rentas, 3 m garis bulatan di tengah. 3. Kawasan penalti: Lengkung berukuran 6 m dari setiap garisan hujung 4. Titik penalti: 6 m dari titik pertengahan garisan gol 5. Titik Penalti kedua: 12 m dari titik pertengahan garisan gol 6. Zon Penggantian: 6 m zon (3 m pada setiap sisi tengah-garisan) 7. Matlamat: 2 m tinggi x 3 m lebar

Anda mungkin juga menyukai