Anda di halaman 1dari 4

EDU3104 Rahsia Pengajaran: Pelajar-Pelajar Berkelakuan Baik Apabila Guru Menarik Perhatian

Saya mula mengajar pada sekolah menengah di Oakland, Calif., kira-kira 20 tahun yang lepas. Tahun pertama saya sangat rumit. Saya telah ditugaskan untuk mengajar Sains tetapi pada semester awal saya diberi dua masa permulaan bahasa Sepanyol, satu masa bahasa Bahasa Inggeris dan dua masa Sains. Kelayakan program saya sebenarnya tidak memenuhi kriteria subjek-subjek tersebut. Idea ini telah dapat meningkatkan kurikulum, dan pengurusan akan berlaku dengan sendirinya. Jika kamu telah mengajar, kamu tahu ia tidak selalu berkesan. Pada tahun pertama atau kedua, saya berusaha lebih sedikit, dan saya meminta pertolongan di mana-mana sahaja. Sumber terbaik saya datang daripada kawan sekerja. Mereka telah mengajar di sekolah tersebut beberapa mengetahui strategi-strategi yang lebih berkesan. Di sini terdapat beberapa perkara yang telah saya belajar: Saya belajar untuk membuat senarai pendek yang lebih jelas, peraturan yang tetap dan menguatkuasakannya secara konsisten. Perkara ini kelihatannya senang untuk dilaksanakan tetapi hakikatnya tidak, dan ia mengambil masa beberapa tahun untuk menguasainya. Saya telah belajar betapa pentingnya untuk menghubungi ibu bapa pada awal tahun, dengan segala kemungkinan yang positif. Panggilan pertama bukannya datang daripada saya yang mengadu tentang sikap anak-anak mereka. Ibu bapa yang saya hubungi pada September yang lepas memberitahu saya panggilan yang saya buat adalah panggilan positif pertama yang pernah dia terima berkenaan anaknya. Apabila saya perlu menghubungi tentang beberapa masalah pada beberapa bulan kemudian, dia menyokong saya 100%. Saya telah belajar untuk menyeimbangkan panggilan telefon yang negatif dan positif beberapa hari selepas saya membuat panggilan. Pelajar selalu datang dan bertanya saya,kenapa kamu hubungi rumah saya? Ia hebat untuk tahun dan telah

EDU3104 mengatakan bahawa saya bekerjasama dengan ibu bapa mereka demi kebaikan pelajar tersebut, dan saya akan membuat panggilan positif apabila tingkah laku mereka menjadi lebih baik. Saya juga mendapati personaliti saya menjadi lebih baik selepas saya membuat panggilan yang positif. Saya belajar untuk menyimpan rekod kelakuan pelajar bersama sebarang rujukan untuk kegunaan pejabat. Oleh itu, masalah yang saya hadapi bersama sesetengah pelajar telah didokumenkan dengan jelas. Saya telah menyimpan nombor telefon rumah dalam buku yang sama. Saya telah belajar bagaimana cara pengajaran yang mudah untuk menjadi penghibur tetapi dialog bersama murid tidak berhasil apabila saya telah mencuba menguatkuasakan peraturan. Cara pengajaran itu mengambil waktu, tetapi akhirnya saya telah belajar cara yang terbaik untuk memberi peringatan atau akibat secara jelas, dan membenarkan perbincangan hanya waktu selepas waktu kelas. Saya mempelajari bahawa ianya penting bagi pelajar untuk memahami bahawa saya mengambil berat tentang keadaan mereka, dan saya sentiasa di sisi mereka. Hal ini dapat dilakukan melalui komunikasi yang berkesan dan memberi perhatian terhadap minat dan keupayaan mereka. Dan juga melalui tugasantugasan yang pastinya membolehkan mereka untuk mengaplikasi pengetahuan yang sedia ada. Sesetengah pelajar menyerlah apabila bercakap di hadapan kelas, sesetengah pula cemerlang dalam penciptaan projek bagi

menggambarkan pelajaran yang telah dipelajari. Saya juga cuba memberi kuiz di dalam buku mendapati pelajar saya teks dan ujian, namun saya

memberi jawapan yang kurang baik. Ujian ini untuk

merangkumi 40 soalan aneka pilihan yang mana memerlukan pelajar

menghafal. Pelajar saya pula enggan untuk menghafalnya dan mengatakan bosan dengan segala hafalan dan pastinya segala tingkah laku mereka menunjukkan kebosanan. Jadi, saya mula berfikir tentang fakta utama yang ingin saya sampaikan dan mencari strategi yang menarik untuk mengekalkan fakt tersebut dalam ingatan mereka. Kemudian, saya menguji keupayaan pelajar saya dan mendapati mereka melaksanakan ujian dengan lebih baik. Saya juga

EDU3104 cuba mencari cara yang berbeza supaya pelajar saya dapat menunjukkan kefahaman mereka melalui penciptaan projek yang kreatif dan saya mendapati pelajar saya terlibat dengan lebih aktif. Sebagai contoh, apabila pembelajaran tentang keadaan jirim, saya telah mengarahkan murid untuk membuat kumpulan bersama rakan-rakan yang lain dan merancang eksperimen mereka sendiri berfokuskan kepada tajuk pengeringan ais. Mereka telah mengetengahkan idea seperti pengukuran masa yang diambil terhadap pengeringan ais untuk bertukar menjadi wap dalam keadaan cecair yang berbeza; mencuba untuk menyukat suhu pengeringan ais; atau pengumpulan dan ujian terhadap wap yang terhasil daripada pengeringan ais. Selepas proses perbincangan, kumpulan murid tersebut telah menjalankan eksperimen mereka. Kemudian, setiap kumpulan mencipta satu pameran dan membentangkan keputusan mereka kepada rakan-rakan sekelas. Dalam proses ini, mereka semua mempelajari tentang ciri-ciri pengeringan ais dan di mana ais tersebut bertukar menjadi wap lebih cepat di dalam air berbanding di udara, di mana pembekuan karbon dioksida adalah lebih sejuk daripada air yang berais, dan wap tersebut adalah lebih berat daripada udara dan dapat memadamkan api lilin. Hasil dapatan mereka menjadi panduan kepada kami terhadap penerokaan tentang keadaan jirim. Sekiranya mereka tidak menjaga tingkah laku, mereka akan menjadi terlalu seronok. Rahsia untuk pengurusan tingkah laku sebenarnya memerlukan pelajar untuk sepenuhnya terlibat dalam proses pembelajaran dan ianya melibatkan lebih daripada satu peraturan dan kegunaan pejabat. Kesimpulannya, perkara utama bagi

mendapatkan perhatian kelas adalah dengan melaksanakan pembelajaran bermaknauntuk mencapai pemahaman yang baru, membina pengetahuan dan membina kemahiran-kemahiran yang baru. Tetapi, kita harus tahu bagaimana untuk menjaga hubungan antara guru dan pelajar bagi mencapai segala matlamat tersebut.

EDU3104 Isi tersurat: 1. Kerjasama ibu bapa dan guru penting untuk kejayaan pelajar. 2. Setiap kerja perlu direkodkan. 3. Cara terbaik proses pengajaran adalah dengan memberikan peringatan atau akibat secara jelas dan membenarkan perbincangan berlaku hanya selepas kelas. 4. Melaksanakan aktiviti secara berkumpulan dengan rakan-rakan lain dan merancang eksperimen sendiri.

Isi tersirat: 1. Sesuatu yang baik akan memberikan hasil yang baik. 2. Sokongan rakan sekerja dapat membantu menyelesaikan masalah. 3. Penyimpanan rekod penting untuk rujukan pada masa hadapan. 4. Peringatan atau peraturan yang jelas kepada pelajar adalah supaya pelajar tidak terleka semasa pembelajaran. 5. Pelajar dapat berkongsi idea antara rakan-rakan sekumpulan mereka.

Anda mungkin juga menyukai