Anda di halaman 1dari 1

ISL1 ::Carian maklumat daripada pelbagai sumber berkenaan situasi di sekolah berdasarkan salah satu daripada aspek berikut:

- psikososial, fizikal, komuniti pembelajaran.::

1. Psikososial Semasa seorang guru sedang mengajar, terdapat beberapa orang pelajar yang mahu minum air tetapi guru tersebut tidak membenarkan pelajar-pelajar meminum air atau makan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan pelajar di dalam kelas berkenaan tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya atas apa yang diajar oleh guru tersebut. Masih terdapat segelintir guru yang tidak membenarkan pelajar-pelajarnya minum air sewaktu sesi P&P berjalan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana pelajar-pelajar akan mudah hilang fokus di dalam kelas tersebut. Air diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang secukupnya. Pelajar akan takut untuk minum air di dalam kelas kerana bimbang didenda atau dimarahi oleh guru tersebut. Ini menjadikan pelajar mula tidak menyukai guru tersebut lantaran peraturan yang dikenakan ke atas mereka. Hasilnya, objektif pembelajaran mungkin sukar untuk dicapai oleh guru tersebut pada akhir sesi pembelajaran dan pembelajaran.

2. Fizikal Bilangan kerusi atau meja yang tidak cukup di dalam sesebuah kelas menyusahkan pelajar dan guru. Hal ini berlaku apabila sesi persekolahan bermula. P&P yang sepatutnya digunakan oleh guru tersebut terpaksa ditangguhkan untuk beberapa minit bagi mengambil atau mencari meja atau kerusi untuk pelajarnya.

Anda mungkin juga menyukai