Anda di halaman 1dari 10

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Bahawasanya
Mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa:

Dan Bahawasanya

tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat: pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik:

Dan Bahawasanya

adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia: Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Dan Bahawasanya

Dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsipprinsip Rukunngera:

Dan Bahawasanya

adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah, untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing:

Perkara yang disentuh dalam FPK

Pendidikan satu usaha berterusan Memperkembangkan potensi individu Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu Insan yang seimbang dan harmonis Unsur intelek, rohani, emosi, jasmani

Perkara yang disentuh dalam FPK

Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Masyarakat Malaysia yang - berilmu pengetahuan - berketrampilan - berakhlak mulia - bertanggungjawab - berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri - dapat memberi sumbangan pada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

Soalan Perbincanngan

Sejauhmana setiap kenyataan itu benar? Sejauhmana kejayaan yang telah dicapai dari kenyataan tersebut? Apakah isu, masalah, rintangan yang mungkin ada yang menyebabkan kegagalan untuk mencapai kenyataam tersebut? Apakah langkah seterusnya yang perlu dibuat oleh Kementerian, JPN, PPD dan sekolah? Apakah peranan pengetua/guru besar dan guru dalam menjaya dan melaksanakan kenyataan tersebut?

Anda mungkin juga menyukai

  • Pemasaran 2
    Pemasaran 2
    Dokumen6 halaman
    Pemasaran 2
    احمد حريس محمد ادريس
    Belum ada peringkat
  • DSP P Moral Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013
    DSP P Moral Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013
    Dokumen23 halaman
    DSP P Moral Tingkatan 1 Tambahbaik - Feb 2013
    Syuhada Izzaty
    Belum ada peringkat
  • Isu Dan Perlaksanaan KV Yahya Husin
    Isu Dan Perlaksanaan KV Yahya Husin
    Dokumen14 halaman
    Isu Dan Perlaksanaan KV Yahya Husin
    احمد حريس محمد ادريس
    Belum ada peringkat
  • Bab 1 (2) - T4
    Bab 1 (2) - T4
    Dokumen1 halaman
    Bab 1 (2) - T4
    احمد حريس محمد ادريس
    Belum ada peringkat
  • Pemasaran
    Pemasaran
    Dokumen8 halaman
    Pemasaran
    احمد حريس محمد ادريس
    Belum ada peringkat
  • Teori Trait
    Teori Trait
    Dokumen12 halaman
    Teori Trait
    احمد حريس محمد ادريس
    Belum ada peringkat
  • Tajuk 8 - Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin
    Tajuk 8 - Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin
    Dokumen19 halaman
    Tajuk 8 - Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin
    احمد حريس محمد ادريس
    Belum ada peringkat
  • Teori Kontingensi
    Teori Kontingensi
    Dokumen8 halaman
    Teori Kontingensi
    احمد حريس محمد ادريس
    Belum ada peringkat
  • Perdagangan
    Perdagangan
    Dokumen5 halaman
    Perdagangan
    احمد حريس محمد ادريس
    Belum ada peringkat
  • Obj. Bab 6
    Obj. Bab 6
    Dokumen2 halaman
    Obj. Bab 6
    احمد حريس محمد ادريس
    Belum ada peringkat
  • Modul Bacaan
    Modul Bacaan
    Dokumen53 halaman
    Modul Bacaan
    احمد حريس محمد ادريس
    Belum ada peringkat
  • PMR Geografi Nota T1 2 3
    PMR Geografi Nota T1 2 3
    Dokumen11 halaman
    PMR Geografi Nota T1 2 3
    kongjixin
    Belum ada peringkat
  • Obj. Bab 1
    Obj. Bab 1
    Dokumen7 halaman
    Obj. Bab 1
    احمد حريس محمد ادريس
    Belum ada peringkat
  • Terakru Dan Terdahulu
    Terakru Dan Terdahulu
    Dokumen3 halaman
    Terakru Dan Terdahulu
    Muhammad Shamizan
    Belum ada peringkat
  • Kerjakursus Geografi 2012
    Kerjakursus Geografi 2012
    Dokumen23 halaman
    Kerjakursus Geografi 2012
    GEOGARANG
    Belum ada peringkat
  • Kalendar Persekolahan 2009
    Kalendar Persekolahan 2009
    Dokumen1 halaman
    Kalendar Persekolahan 2009
    احمد حريس محمد ادريس
    Belum ada peringkat