Anda di halaman 1dari 3

Laporan Ahli Jawatankuasa Persembahan dan Kebudayaan Kursus Bina Insan Guru (BIG) Siri Ke 3 2011

Pada 4 April 2011 hingga 7 April 2011 yang lepas, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menganjurkan Kursus Bina Insan Guru (BIG) untuk siri ketiga 2011 yang dijalankan di Kem Alapong, Lundu selama empat hari tiga malam. Sebanyak tiga kumpulan PISMP Ambilan Januari 2011 yang menyertai BIG untuk siri ketiga ini antaranya ialah PISMP BI, PISMP BM dan PISMP KS. Bagi BIG siri ketiga ini, malam persembahan dan kebudayaan telah diadakan pada malam ketiga iaitu malam terakhir BIG. Malam itu juga dikenali sebagai malam mesra antara para guru pelatih. Terdapat persembahan dan pertandingan kareoke yang dijalankan bagi memenuhi malam mesra tersebut. Bagi kumpulan PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011, kami sentiasa membantu dan bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing ketika membuat, mengolah dan melakukan persembahan yang telah pun dibahagikan. Persembahan yang dibuat rata-ratanya amat mantap dan sentiasa menjadi jeritan dan sorakan guru pelatih lain. Selain itu, ada juga diantara kami yang mewakili kumpulan masing-masing dalam pertandingan kareoke iaitu Mohd.Yassin Bin Yahya dan Amberlea. Mereka masing-masing menunjukkan kebolehan dalam menyanyikan lagu pilihan sendiri dengan semangat dan gembira. Kesimpulannya, para guru pelatih PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 masing-masing bekerjasama untuk memeriahkan lagi malam persembahan dan kebudayaan yang sentiasa menajdi wadah untuk para guru pelatih bergembira dan mengeratkan lagi sillaturahim antara sesama sendiri. Disediakan oleh,

................................................. (MOHD.YASSIN BIN YAHYA) AJK Persembahan dan Kebudayaan BIG, PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011, IPG Kampus Batu Lintang.

Gambar-gambar para guru pelatih PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 pada malam persembahan dan kebudayaan BIG Siri 3 2011.

Gambar 1: Kumpulan Semangat membuat persembahan. Mohd.Yassin dan Suzanna merupakan guru pelatih PISMP KS dalam kumpulan tersebut.

Gambar 2: Syuhairah dan Patricia dari PISMP KS membuat persembahan bersama kumpulan mereka.

Gambar 3: Mohd.Yassin dari PISMP KS mewakili kumpulan Semangat untuk pertandingan kareoke kategori lelaki.

Gambar 4: Joseph, Wong dan Shaza bersama kumpulan mereka membuat persembahan dikir barat.

Anda mungkin juga menyukai