Anda di halaman 1dari 12

Tajuk Tutorial 1: PERANAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM P&P

Definisi teknologi
Mengikut Galbraith (1967) technology is the systematic application of scientific or other organised knowledge to practical tasks. Systematic application bermaksud teknik yang digunakan harus ada kerangka reka bentuk untuk menghasilkan satu total system pengajaranpembelajaran. Application of scientific knowledge bermaksud teknik harus menggunakan ide (teori) yang telah diuji dan didapati berjaya dan aplikasinya telah disahkan melalui ujian. Kerangka atau templat yang dihasilkan melalui ujian perlu distruktur supaya guru dapat mengggunakan pola instruksional berulang kali.

Selain pandangan di atas, teknologi mengikut Finn (1960) Heinich, Molenda dan Russell (1989) dan Romizowski (1988) membawa dua maksud: Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji. Teknologi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses-proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projektor (perkakasan) dan film, (perisian) adalah hasil teknologi.

Penjelasan teknologi sebagai proses dan produk ini sama seperti yang dimaksudkan oleh Saettler (1968, 1990) iaitu teknologi bukan bererti penggunan mesin sahaja, tetapi meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik. Bagi Saettler (1990), teknik lebih penting daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu memerlukan proses. Proses pula perlu dilihat dalam konteks menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
1

Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo- Sheila Nurul- -Izyan | G4.6

Definisi teknologi pengajaran

Tumpuan kepada beberapa definisi teknologi pengajaran dari tahun 1960an hingga kepada tahun 1994 yang di sarankan oleh Seels dan Richey dan Jawatan Kuasa Association for Educational Technology (1994) dan Reiser dan Dempsey (2002).

Instructional technology is the theory and practice of design, development, utilization, management and evaluation of processes and resources for learning (Seels dan Richey, 1994, p.1)

Penjelasan lima domain dalam definisi teknologi pengajaran atau teknologi instruksional meliputi teori dan malan reka bentuk, pengembangan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses dan sumber untuk pembelajaran.

Domain Reka Bentuk Domain Pengembangan Domaian Penggunaan Domain Pengurusan Domain Penilaian

Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo- Sheila Nurul- -Izyan | G4.6

Domain Reka Bentuk

Domain yang pertama dalam teknologi instruksional adalah domain reka bentuk. Reka bentuk adalah proses untuk menentukan komponen sistem instruksional, ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran. Dalam domain reka bentuk terdapat empat bidang utama iaitu: Reka bentuk sistem instruksional Reka bentuk mesej Strategi instruksional dan Ciri-ciri pelajar

Reka bentuk sistem instruksional merupakan satu tatacara yang teratur atau sistematik untuk menganalisis, mereka bentuk, membina, melaksana dan menilai bahan instruksional, satu unit pelajaran, satu kursus atau satu kurikulum agar dapat membantu atau menambahbaik pelajar belajar dan guru mengajar. Bidang kedua iaitu reka bentuk mesej melibatkan perancangan untuk menentukan cara dan format media yang paling berkesan untuk menyampaikan mesej kepada pelajar. Bidang ketiga iaitu strategi instruksional melibatkan proses memilih dan menyusun aktiviti pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran seperti urutan, kandungan, domain pembelajaran, kaedah dan media yang paling sesuai untuk mengukuhkan proses pembelajaran. Bidang terakhir dalam domain reka bentuk ialah menganlisis ciri-ciri pelajar seperti menentukan kemahiran, pengetahuan, sikap yang sedia ada yang memberi kesan terhadap proses pembelajaran.

Domain pengembangan

Domain

yang

kedua

dalam

teknologi

instruksional

ialah

domain

pengembangan atau pembinaan. Domain ini melibatkan proses menterjemahkan spesifikasi reka bentuk.untuk menghasil bahan instruksional. Bahan instruksional terdiri dari bahan cetak, bahan pandang dengar, bahan berasaskan komputer dan bahan multimedia.
Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo- Sheila Nurul- -Izyan | G4.6 3

Domain penggunaan

Domain

ketiga

dalam

teknologi

instruksional

ialah

domain

penggunaan.

Penggunaan adalah tindakan menggunakan kaedah dan model instruksional, bahan dan perkakasan media dan persekitaran untuk meningkatkan suasana pembelajaran.

Domain Pengurusan

Domain keempat iaitu domain pengurusan melibatkan kawalan ke atas teknologi instruksional menerusi perancangan, penyusunan, penyelarasan dan penyeliaan pusat sumber/teknologi pendidikan untuk membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan tersusun dan berkesan.

Domain Penilaian

Domain kelima dalam teknologi instruksional ialah domain penilaian. Penilaian adalah proses untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran atau program pendidikan seperti penilaian pencapaian pelajar, penilaian penggunaan media, penilaian reka bentuk dan pembinaan bahan pengajaran dan penilaian program atau projek media pendidikan. Dalam domain penilaian terdapat empat kategori iaitu penilaian analisis masalah pengajaran, penilaian kriteria, penilaian formatif dan penilaian sumatif.

Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo- Sheila Nurul- -Izyan | G4.6

Teknologi pengajaran bukan sahaja memberi tumpuan kepada produk atau penggunaan alat pandang dengar sahaja tetapi meliputi proses reka bentuk pengajaran dan bukan pengajaran untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dan prestasi dalam tempat kerja, Reiser dan Dempsey (2002) telah mengemukakan definisi berikut:

Instructional design and technology encompasses the analysis of learning and performance problems, and the design development, implementation, evaluation and management of instructional and non-instructional processes and resources intended to improve learning and performance in a variety of settings, particularly, educational institutions and work place (p. 12)

Definisi 2002 telah menampilkan beberapa konsep baru yang tidak terdapat dalam definisi lama teknologi instruksional. Konsep baru seperti teknologi prestasi dan penyelesaian masalah seperti suasana tempat kerja dan sebagainya untuk

meningkatkan prestasi kerja telah mempengaruhi proses reka bentuk instruksional konvensional. Ini bererti untuk meningkatkan prestasi kerja bukan hanya bergantung kepada intervensi reka bentuk instruksional tetapi faktor bukan instruksional seperti suasana tempat kerja dan lain-lain faktor manusia juga dipertimbangkan. Tetapi apa

yang lebih penting mengikut Reiser (2002), definisi baru menggunakan istilah reka bentuk instruksional dan teknologi untuk menggantikan istilah teknologi instruksional yang dikaitkan dengan alat atau media seperti komputer, projektor overhed, television, video, CD-ROM dan lain-lain jenis peralatan dan perisian yang dikaitkan dengan media instruksional.
5

Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo- Sheila Nurul- -Izyan | G4.6

Pengenalan Peranan Dan Kepentingan Teknologi Dalam P & P Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk samada bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit. Perkembangan teknologi maklumat telah mencapai suatu tahap di mana ia mula menampakkan pengaruh tertentu di dalam kehidupan manusia terutamanya penduduk bandar. Pada asalnya, teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya. Peranannya sebagai agen perubahan tidak pernah berkurang tetapi semakin bertambah lebih-lebih lagi dengan kewujudan komputer. Dewasa ini, ia telah berevolusi kepada bentuk yang menampakkan pengaruh yang lebih mendalam ke atas kehidupan manusia. Contohnya penggunaan rangkaian internet telah dan berupaya

menyebabkan perubahan yang besar ke atas aspek fizikal, ekonomi dan sosial melalui globalisasi serta berkembangnya modal antarabangsa kapitalis. Teknologi maklumat akan membezakan sebuah negara maju dengan sebuah negara sedang membangun (Arun, 1999). Aspek fizikal yang dimaksudkan di atas termasuklah corak penggunaan ruang bandar, rangkaian lalulintas dan pengangkutan, ruang virtual dan sebagainya. Di samping itu, aspek sosial pula meliputi cara dan corak berinteraksi, pergerakan manusia, aktiviti manusia, cara hidup manusia, kualiti hidup manusia, taraf kesihatan manusia dan lain-lain. Selain itu, rangkaian internet juga membolehkan pelbagai urusan perniagaan dijalankan secara digital dan ini mempunyai implikasi yang besar terhadap proses pembandaran pada masa akan datang.

Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo- Sheila Nurul- -Izyan | G4.6

Pengaruh Teknologi Maklumat dan Peranannya dalam Pendidikan


Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Komputer boleh direkabentuk supaya ia dapat membantu pelajar secara individu dan secara berkumpulan. Ini dapat dijalankan dengan menggunakan Arahan Program, pelajar akan diajar mengikut kadar dan tahap yang boleh diterima oleh mereka. Ini adalah penting supaya pelajar tidak tercicir dan putus asa. Merujuk kepada sistem pendidikan konvensional, kesemua pelajar terpaksa mengikuti sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira samada mereka dapat mengikuti pelajaran tersebut. Justeru itu, arahan program dapat memberi peluang terutamanya kepada golongan pelajar "lemah" untuk membaiki kelemahan dia. Dalam arahan program ini, pelajar akan mengikuti langkah-langkah tertentu dalam pembelajaran mereka, langkah tersebut akan diteruskan asalkan pelajar dapat memberi jawapan yang sesuai dan boleh diterima. Namun sekiranya jawapan tersebut tidak memuaskan, mereka akan dipandu kepada langkah terdahulu dan ditunjukkan bahan rujukan yang berkaitan bagi memperbaiki kelemahan tersebut. Pengajaran sedemikian biasanya tidak dijalankan di dalam kelas yang terdiri daripada ramai pelajar, tambahan pula pelajar Asia yang kurang bertanya akan memburukkan lagi proses pembelajaran pelajar. Selain itu, pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
7

Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo- Sheila Nurul- -Izyan | G4.6

Justeru itu, sistem pendidikan perlu membekalkan kemahiran interaksi asas pada awal persekolahan dan menggunakan teknologi maklumat pada masa yang sama. Dengan itu, pelajar mempunyai kemahiran lebihan dan pilihan untuk menggunakan teknologi maklumat atau cara konvensional sesuai dengan keadaan tertentu. Hal ini mampu memperkayakan pengalaman pelajar kerana media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid di samping kejadian atau keadaan yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.

Reformasi Sistem Persekolahan Cara pengajaran konvensional di Amerika Syarikat misalnya memberi kuliah didapati tidak mendatangkan keputusan yang baik. Ini adalah kerana pelajar hanya duduk dan mendengar kuliah tersebut tanpa penyertaan yang menggalakkan. Ini merupakan senario yang kerap di dalam mana-mana institusi pengajian sendiri terutamanya dalam kuliah sarjana muda. Walaupun terdapatnya usaha pensyarah untuk menggalakkan penyertaan pelajar namun penyertaan yang diharapkan adalah amat kurang. Namun dengan wujudnya rangkaian maklumat yang membolehkan

pelajar memberi pandangan dan maklum balas secara rawak dan dengan cepat maka penyertaan tersebut akan mempunyai kadar yang lebih tinggi. Alasan seperti tidak dapat berjumpa dengan pensyarah akan dihapuskan sama sekali memandangkan faktor masa dalam rangkaian maklumat tidak sama dengan masa sebenar. Menurut teori pergerakan ruang, ruang aliran akan menentukan masyarakat rangkaian maklumat. Segala maklumat yang disalurkan merupakan penyebab yang secara kumulatif menjanakan ruang tersebut. Aktiviti menghantar dan menerima maklumat tersebut merupakan tindakan sosial yang dibawa dalam ruang aliran. Asalkan seseorang peka terhadap rangkaian tersebut, segala maklumat dan maklum balas akan
Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo- Sheila Nurul- -Izyan | G4.6 8

dapat disampaikan mahupun diterima secara tidak langsung konsep pembelajaran maksimum, penggunaan masa minimum dapat diwujudkan.

Kepentingan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Keseluruhan Secara keseluruhanya, dapatlah dilihat bahawa teknologi mempunyai peranan dan kepentingan tertentu dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran menerusi Pendidikan. Antaranya ialah dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan, mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep (melihat, mendengar/ menyentuh) selain mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar untuk lebih memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang akan disampaikan. Hal ini kerana ia melibatkan pelbagai deria pelajar dengan memberi kelainan dan kepelbagaian kaedah mengajar dan secara tidak langsung dapat menghiburkan pelajar. Contohnya, penggunaan bahan rangsangan yang melibatkan teknologi seperti penggunaan visual diikuti oleh audio yang mana melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin juga deria sentuh. Hal ini penting bagi penglibatan deria seseorang yang mampu meningkatkan daya ingatan dan tahap kognitif pelajar itu tersendiri. Dengan adanya teknologi sebegini, ianya mampu untuk membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian. Selain itu, teknologi dalam pendidikan juga penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian kerana ia lebih menjimatkan masa, tenaga dan wang. Dengan wujudnya teknologi maklumat yang membolehkan pemindahan maklumat dengan cepat dan tepat, kebanyakan pekerjaan boleh dijalankan di rumah. Ini bermakna waktu kerja yang lebih bebas serta pendek dapat diwujudkan. Ini adalah kerana seseorang tidak perlu meluangkan masa untuk pergi ke sesebuah destinasi, tersesak atas jalanraya, makan di luar dan sebagainya mereka hanya menggunakan hujung jari sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang diigini dengan hanya klik. Kesannya masa rekreasi
Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo- Sheila Nurul- -Izyan | G4.6 9

penduduk

akan

bertambah dan

ini

akan

mempengaruhi

penawaran

jenis

perkhidmatan pada masa depan.

Prinsip menggunakan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran Penggunaan tekonologi dalam P&P merupakan sebagai bahan bantu mengajar akan tetapi ianya tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia berfungsi untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan. Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa. Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu Sebelum kegunaan iaitu merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran. Kedua semasa kegunaan iaitu merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran. Ketiga ialah selepas kegunaan iaitu merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian. Seterusnya, ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah. Sehubungan itu, mesti juga digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada: -pengenalan topik -perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep -penutup dan kesimpulan topik pelajaran -penilaian kefahaman terhadap topik

Selain itu, teknologi juga digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang pembelajaran sebagai rujukan bukan untuk dipamer begitu sahaja.

Akhir sekali, selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya. Tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin kelas.
Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo- Sheila Nurul- -Izyan | G4.6

10

Ciri-ciri dan jenis teknologi yang baik Pemilihan teknologi dalam p&p perlu dititikberatkan sebelum ianya digunakan. Sebaiknya, jenis teknologi yang dipilih mestilah merupakan alat yang dapat

menjelaskan idea - idea yang kabur dan menrangkan isi-isi pelajaran. Sebagai contoh penggunaan cek terbuka dan tertutup yang telah diperbesarkan Seterusnya ialah alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar. Contohnya seperti tulisan dan angka yang ditulis dalam transperensi mestilah besar dan jelas. Ciri lain ialah tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya seperti menggunakan pelbagai warna pen untk memberi penekanan kepada perkataan-perkataan dalam topik yang ingin diajar.

Akhir sekali ialah bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan tuntas bahan menunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri.

11

Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo- Sheila Nurul- -Izyan | G4.6

RUJUKAN
http://www.hbp.usm.my/methods/RPK534/Information%20Technology.html

12

Oleh: Rizuan-Syahiran-Teo- Sheila Nurul- -Izyan | G4.6

Anda mungkin juga menyukai