Anda di halaman 1dari 10

Bism il la h.. ..

“ L arangan Me la nggar B ata s


dan H ak Alla h T a’a la "

Disa mp aikan oleh : Saudara


Tar mizi

ck 2005
ck 2005
Dari Abu Tsa’labah Al Khusyanni Jurtsum bin
Nasyir, dari Rasulullah SAW bersabda : “
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah
memfardhukankan beberapa kewajipan, maka
janganlah kamu mengabaikannya. Dan ia telah
menetapkan beberapa hudu (batasan), maka
janganlah kamu melampauinya dan telah
mengharamkan beberapa persoalan, maka
janganlah kamu melanggarnya, serta telah
mendiamkan beberapa persoalan sebagai
rahmat atas kamu bukan kerana lalai, maka
janganlah kamu mempersoalkannya.

ck 2005
(2)

 (1) Setiap mukmin dituntut supaya mematuhi titah perintah Allah SWT sama ada
berbentuk suruhan
 fardhu mahupun larangan haram. Hadis tersebut mengingatkan setiap mukmin agar
memelihara dengan
 baik segala amalan fardhu yang Allah SWT fardhukan, jangan sampai dipersiakan
atau dihilangkan
 begitu sahaja.
 (2) Demikian pula Allah menentukan beberapa batasan dan beberapa perkara haram,
maka setiap
 mukmin dituntut agar benar-benar menjaga sempadan halal haram ini, jangan
sampai dia mencabuli
 perkara haram apatah lagi kalau sampai menghalalkan perkara haram.
 (3) Di samping itu, Allah SWT mendiamkan beberapa perkara iaitu tidak menyatakan
halal haramnya
 secara jelas, maka janganlah kita menyusahkan diri mencari hukumnya. Allah
berbuat demikian bukan
 kerana lupa, bahkan sebagai rahmat buat umat manusia demi memberi kemudahan
bagi manusia.
 Hukum perkara yang ditinggalkan hukum halal haramnya adalah harus, iaitu boleh
dilakukan.Mengucap

ck 2005
 Hari ini, 15 Mei 2008 adalah hari ulang tahun ke 60 penubuhan secara rasmi negara haram Israel. Penghijrahan Yahudi telah pun berlaku beberapa
tahun sebelumnya. Bahkan persediaan ke arah penubuhan ini telah pun berlaku lebih awal pada iaitu 1917 (perjanjian Balfour). Jika Barat dan
seluruh dunia merayakan hari ulang tahun ini samada secara terang-terangan (seperti Australia) atau secara sembunyi, umat Islam sebaliknya harus
menzahirkan sikap berbeza.
 Negara Israel adalah lambang kesatuan permusuhan dunia terhadap umat Islam. Mengikut catatan Dr. Toriq Suwaidan, pengisytiharan penubuhan
negara Israel ini sebenarnya dilakukan bukan pada 15 Mei 1948 (tarikh yang dijadualkan pada asalnya), tetapi sehari sebelumnya iaitu pada 14 Mei
1948. Sejurus selepas wakil British meninggalkan Palestin, pengumuman penubuhan negara haram Israel itu dilakukan oleh Ben Guorion pada pukul
4 petang hari yang sama di Tel Aviv. Catatan yang menarik juga adalah; tidak sampai 11 minit selepas pengisytiharan tersebut, Harry S Truman,
Presiden Amerika ketika itu mengisytiharkan pengiktirafan Amerika terhadap penubuhan negara haram tersebut.
 Semua kita mesti meningkatkan keazaman untuk memberikan sumbangan ke arah pembebasan Palestin. Saya nukilkan di sini wasiat Dr. Sayyid Nuh
berkenaan isu Palestin sebelum beliau kembali ke rahmatullah.
 “Al-Aqsa adalah amanah di atas leher umat ini bermula sejak peristiwa Rasulullah s.a.w. isra’ dan mikraj. Ia adalah amanah yang kita tanggung dan
kita masih menanggungnya. Sebarang kecuaian di dalam amanah ini akan membuka pintu kejahatan yang tiada batasnya di dunia. Ada pun di
akhirat kita akan ditanya oleh Tuhan, Empunya segala kemuliaan tentang ilmu yang kita ketahui dan kewajipan kita terhadap al-Aqsa.
 “Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka semuanya (pada hari kiamat kelak) terhadap apa yang mereka ketahui.” (Al-Hijr: 92).
 Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak akan berganjak kedua-dua kaki seorang hamba di hari kiamat sehingga ditanya tentang empat perkara; Tentang
umurnya ke mana dihabiskan? Tentang masa mudanya ke mana dihabiskan? Tentang hartanya dari mana hasilnya dan ke mana dibelanjakan?
Tentang ilmunya apa yang diamalkan dari ilmu itu.” (Riwayat Tobroni)
 Saya berharap agar kamu meletakkan perhitungan terhadap apa yang akan saya katakan. Saya tahu kamu mengetahuinya tetapi saya hanya ingin
mengingatkan sahaja.
 Saya mengingatkan kamu semua tentang kewajipan menerangkan kepada manusia nilai al-Aqsa, kedudukannya di dalam jiwa umat dan kewajipan
umat terhadapnya. Jangan jemu jika kamu terpaksa memberikan ceramah sekali atau dua kali atau tiga kali, khutbah sekali atau dua kali atau tiga
kali dan kelas pengajian sekali atau dua kali atau tiga kali. Apa yang penting adalah kamu mesti bersungguh-sungguh menerangkan isu ini sehingga
manusia mengetahui nilai al-Aqsa.
 Kamu mesti menerangkan kepada manusia bahaya yang menunggu jika kita kehilangan al-Aqsa dan Palestin. Pintu kejahatan akan terbuka. Negara,
harta, jiwa dan maruah umat Islam akan dicabuli di hadapan musuh perampas yang tidak akan merahmati sesiapa pun. Umat Islam mesti
memahami bahaya tersebut. Selagi mana mereka tidak memahaminya, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan bangun menunaikan
tanggungjawab mereka.
 Perlu disedarkan para pemerintah. Mereka adalah orang-orang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap diri mereka dan diri anak-anak umat
ini dan terhadap bumi yang suci. Tanggungjawab mereka berat di hari kiamat nanti. Mereka perlu bersegera menunaikan tanggungjawab ini. Kita
perlu mengingatkan mereka bahawa walau pun mereka berlembut dan berdiplomasi dengan musuh dan mengorbankan agama ini, akhirnya mereka
akan dipijak juga oleh kaki musuh. Itu yang akan berlaku selagi mana mereka tidak kembali kepada agama Allah dan tidak berusaha untuk
memelihara bumi yang suci ini.
 Saudara-saudara kita mesti berkata kepada umat Islam: “Tunjukkan kemarahan anda sekarang.” Jika kemarahan ini tidak ditunjukkan sekarang, bila
ianya akan ditunjukkan? Demonstrasi adalah hak yang dibenarkan bagi semua bangsa di dunia. Umat Islam mesti menunjukkan kemarahan mereka.
Bukan sekadar emosi yang akan mati selepas sehari dua, tetapi kemarahan yang didasari oleh hujah dan bukti. Kita akan terus teguh begini
sehinggalah para pimpinan sedar dan akan bangkitlah orang-orang yang tidur, pemalas dan manusia yang lalai dari kalangan umat ini memainkan
peranan mereka. Demi Allah jika kita berterusan menunjukkan pendirian kita dan berdiri teguh, tidak ada jalan lain bagi musuh selain dari
mengubah pendirian mereka. Musuh ini tidak akan mampu dikalahkan kecuali dengan kekuatan. Inilah kekuatan yang terbesar. Kekuatan ini
melebihi kekuatan peluru berpandu dan bom. Umat mesti berdiri teguh. Musuh akan tahu dengan siapa mereka berhadapan dan berinteraksi jika
umat menunjukkan kemarahannya.
 Kita juga perlu mengingatkan umat tentang kewajipan mereka memberikan sumbangan kewangan untuk membangunkan kawasan ini dan sebagai
duit sara hidup pejuang-pejuang yang mempertahankannya. Di sana terdapat sekelompok manusia yang mana bangun dan tidur mereka tidak ada
perkara lain yang mereka fikirkan kecuali untuk mempertahankan al-Aqsa dengan jasad dan ruh mereka. Kepentingan peribadi mereka terabai.
Tiada apa yang mereka lakukan untuk anak-anak dan keluarga mereka. Semua ahli keluarga bersabar menanggungnya dan berkorban untuk itu.
Mereka memerlukan wang. Kita perlu mengingatkan umat tentang kewajipan mereka untuk memberi sumbangan kewangan. Bahkan sebenarnya ia
bukan sumbangan, sebaliknya ia adalah kewajipan kewangan. Sesungguhnya setiap orang Islam wajib mempertahankan agama Allah dengan dua
perkara; nyawanya dan hartanya. Jika dia tidak mampu mempertahankan dengan nyawanya, lakukanlah denga hartanya dan gantikanlah bahagian
nyawa tersebut dengan sumbangan tambahan harta yang lain. Dengan itu wajib ke atasnya dua bahagian; bahagian harta yang sepatutnya dan
bahagian harta yang menggantikan bahagian nyawanya. ck 2005
 Pelarian Palestin 1948. Hari ini kanak-kanak tersebut berumur 70an di kem pelarian
luar Palestin atau telah meninggal dunia tanpa sempat pulang ke kampung halaman
mereka yang asal. Bagi kebanyakan mereka tiada harapan melainkan kepada Allah
dan Gerakan HAMAS (Ikhwan Muslimin cawangan Palestin) untuk mereka pulang.
Adapun kebanyakan pemimpin dan umat Islam lain di dunia, mereka samada sedang
dibuai mimpi atau takut hilang kerusi.
 <Ayuh Demo di Pej PBB, Damansara, KL 10am 16/5/2008. Lihat
Lampiran><Updated 15/5/2008 +Penyelesaian> Pada hari Khamis 15/5/2008 ini,
genap 60 tahun umat Islam belum dapat membebaskan bumi berkat Palestin dari
penjajahan Yahudi. Ini sekaligus tanda yang jelas betapa umat Islam hari ini berada
di dalam keadaan yang paling lemah dalam sejarah 1400 tahunnya yang panjang.
 Penjajah British yang mula menawan Palestin pada tahun 1917, setelah membuat
penghijrahan Yahudi secara terancang masuk membanjiri Palestin, akhirnya
menyerahkan bumi Islam ini kepada pendatang Yahudi pada tahun 1947 dan
tertubuhlah negara haram “Israel”. PBB mengiktiraf “Israel” pada tahun 1948.
Peristiwa pedih bersejarah ini dikenali sebagai “AN-NAKBAH” bermakna malapetaka,
berlaku pada 15/5/1948. Selepas itu bagi memastikan bilangan pendatang Yahudi
mengatasi bilangan pribumi Palestin, pembunuhan dan pengusiran beramai-ramai
dilakukan seperti tragedi Dier Yassin, Shabra Shatila dan banyak lagi. Hasilnya hari
ini, 6 juta pelarian Palestin merempat di negara-negara jiran seperti Jordan, Lubnan,
Syria dan di merata dunia termasuk negara-negara Barat..

ck 2005
ck 2005
(5)

Mengucap
La haula wala kuwwata illa billah
jika menghadapi sesuatu tak disukai
dan tak diingini.
 Penyelesaian isu Penjajahan Keatas Palestin secara sangat ringkas adalah seperti berikut :
 Masyarakat Islam kembali menghayati Islam sepenuhnya, memenuhi masjid dan surau bersolat jemaah 5 waktu
sehari, membenteras kelucahan dan maksiat yang mengotori persekitaran berupa majallah, rancangan TV, akhbar,
mengutamakan balasan di Akhirat dari pulangan kebendaan segera di dunia. Sebab utama Yahudi Zionis dan Barat
menguasai dunia adalah kerana umat Islam jauh dari hidup menghayati Islam yang hakiki.
 Umat Islam kembali menghayati Islam yang syumul (menyeluruh) mencakupi kesatuan dan kepimpinan umat
seluruh dunia, bukan terbatas kepada sempadan bangsa, geografi dan bahasa ke arah menegakkan kembali
Khilafah Islam yang telah dilenyapkan Barat pada tahun 1924. Sebab utama umat Islam lemah di persada
antarabangsa ialah kerana negara-negara mereka berpecah, tiap satu hanya lebih berfikir dalam ruang lingkup
sempadan geografi yang dicipta Penjajah Barat sebelum merdeka. Kesannya agenda memertabatkan kembali
Khilafah Islam Antarabangsa belum menjadi agenda dan buah mulut mana-mana dikalangan pemimpin mereka.
 Masyarakat Islam yang saleh memilih pemimpin mereka dari kalangan orang-orang yang saleh, berkelayakan dan
prihatin menyebarkan Islam ke pelusuk rantau dan dunia.
 Negara-negara Islam dan Khilafah Islam yang bakal tegak nanti akan memimpin kekuatan umat ke arah
pembebasan tanah bumi Islam yang dijajah dan seterusnya menyebarluaskan Dakwah Islam ke seluruh penjuru-
penjuru dunia.
 Dengan kepimpinan dunia dibawah Islam dan umat Islam yang saleh dan terdidik, seluruh umat di dunia, bahkan
seluruh makhluk akan bahagia sejahtera di bawah naungan Islam, satu-satunya sistem Allah yang diredhaiNya.

ck 2005
(7)

Mengucap
La ilaha illa Allah Muhammad
Rasulullah
sepanjang siang malam sehingga tak
terpisah dari lidahnya.

ck 2005
Sekarang anda mempunyai 2 pilihan
1.Biarkan E-mail ini tetap dalam
mailbox anda. Insya Allah tidak
akan ada sesuatu yang terjadi pada
diri anda.
2.Forward E-mail ini ke sejumlah
orang yang anda kenal dan Insya
Allah, redha Allah akan
dianugerahkan kepada setiap orang
ck 2005

Anda mungkin juga menyukai