Anda di halaman 1dari 4

Adab Menegur Kemungkaran Pemerintah

Edited by: Brother Nawawi

Sikap Terhadap Pemerintah

‫ﻲ ٍء َﻓ ُﺮدﱡو ُﻩ‬
ْ ‫ﺷ‬
َ ‫ﻋ ُﺘ ْﻢ ﻓِﻲ‬
ْ ‫ن َﺗﻨَﺎ َز‬
ْ ‫ل وَأُوﻟِﻲ اﻷ ْﻣ ِﺮ ِﻣ ْﻨ ُﻜ ْﻢ َﻓِﺈ‬ َ ‫ﻦ ﺁﻣَﻨُﻮا َأﻃِﻴﻌُﻮا اﻟﻠﱠﻪَ َوَأﻃِﻴﻌُﻮا اﻟ ﱠﺮﺳُﻮ‬ َ ‫ﻳَﺎ أَ ﱡﻳﻬَﺎ اﱠﻟﺬِﻳ‬
( ) ‫ﻦ َﺗ ْﺄوِﻳﻼ‬ ُ‫ﺴ‬ َ‫ﺣ‬ ْ ‫ﻚ ﺧَ ْﻴ ٌﺮ َوَأ‬َ ‫ﺧ ِﺮ َذِﻟ‬
ِ ‫ن ُآ ْﻨ ُﺘ ْﻢ ُﺗ ْﺆﻣِﻨُﻮنَ ﺑِﺎﻟﱠﻠ ِﻪ وَا ْﻟ َﻴ ْﻮ ِم اﻵ‬
ْ ‫ل ِإ‬
ِ ‫ﺳﻮ‬
ُ ‫ِإﻟَﻰ اﻟﱠﻠ ِﻪ وَاﻟﺮﱠ‬
Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan
Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang
Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-
bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah)
RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang
demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula
kesudahannya. (an-Nisa’: 59)

“Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar r.aanhuma, daripada Nabi s.a.w., Baginda


bersabda: Dengar dan taat )kepada pemerintah) adalah kewajiban setiap
individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak
diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintah melakukan
maksiat, maka tidak perlu lagi dengar dan taat (akan perintah maksiat
itu).” (Riwayat Bukhari, jil.: 6, no.: 2612 dan Muslim, jil.: 3, no.: 1469)

“Daripada ‘Abdullah Bin Mas’ud katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:


Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah)
mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu
ketahui ia mungkar (pada pemerintah).

Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai


Rasulullah?

Sabda Baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada
Allah hak kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari, jil: 6, no.: 2588 dan Muslim,
jil:3, no.: 1472)

Al-Imam an-Nawawi r.h. (w.: 676 H) berkata:

“Berhubung dengan keluar menentang pemerintah dan memerangi


mereka, ia diharamkan menurut ijmak dan memerangi mereka, ia
diharamkan menurut ijmak kaum Muslimin walaupun mereka fasiq lagi
zalim. Hadith-hadith yang telah aku sebutkan amat jelas. Ahli sunnah
sepakat bahawa pemerintah tidak boleh digulingkan disebabkan fasiq
(melakukan maksiat).” (an-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, jil.: 12, m.s.:
540)

Menasihati Pemimpin Adalah Tanggungjawab Umat

Daripada abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah meredhai kamu dalam tiga perkara dan memurkai


kamu dalam tiga perkara. Dia meredhai kamu jika kamu beribadah
kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya sedikit pun, berpegang teguh
pada tali Allah dan menasihati orang yang Allah jadikan sebagai
pemerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu jika banyak bercakap
(perkara yang tiada faedah) membazirkan harta dan bayak bertanya
(yang bukan-bukan).” (Hadis Riwayat Malik, jil.: 2, no.: 169)

Adab menasihati Pemimpin

“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang berkuasa, janganlah


melakukannya secara terang-terangan. Sebaliknya dia hendaklah
memegang tangannya (penguasa itu) dan bersendirian dengannya
(menasihati tanpa mendedahkan aibnya secara terbuka). Jika diterima,
maka dia berjaya. Jika tidak, dia (penasihat itu) dianggap telah
menunaikan kewajibannya.” (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah.
Sanadnya sahih, Hal ini dinyatakan oleh al-Albani ketika mentahqiq kitab
al-sunnah, m.s.: 507)

Menasihati Dengan Berterusan

Al-‘Azhim al-Abadi r.h. berkata:

“Para ulama berpendapat, kewajiban amar ma’aruf nahi mungkar tidak


gugur hanya disebabkan ia tidak memberikan sebarang kesan. Bahkan
dia wajib melakukannya kerana peringatan itu memberi manfaat kepada
orang mukmin.” (al-‘Azhim al-Abadi, ‘Aun al-Ma’bud, jil: 11, m.s.: 330)

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:

“Jihad yang paling afdhal ialah perkataan yang adil – dalam riwayat yang
lain: Yang benar – terhadap pemerintah yang zalim ayat ketua yang
zalim. (Riwayat an-Nasai’e, jil.: 7, m.s.: 161, Abu Daud, jil.: 4, m.s.: 124,
al-Tirmidzi, jil.: 4, m.s.: 471 dan ibn Majah, jil.: 2, m.s.: 1329. Juga
disahihkan oleh al-Albani)

Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz r.h. berkata:

“Mengheboh dan memburukkan pemerintah di atas mimbar tidak


termasuk dalam Manhaj al-Salaf. Hal ini kerana ia boleh membawa
kepada porak peranda dan hilang ketaatan dalam perkara ma’aruf.

Ia membawa kekecohan yang memberi mudharat, bukan manfaat.

Sebaliknya jalan yang diikuti oleh golongan salaf ialah nasihat antara
mereka dengan pemerintah (secara semuka), menulis surat (untuk
menegur) mereka atau melalui ulama yang menjalinkan hubungan baik
dengan mereka.”

Dr. Soleh bin Fauzan berkata:

“Orang yang paling layak menasihati para pemerintah ialah ulama, cerdik
pandai, dan ahli majlis syura pemerintahan.”

Firman Allah s.w.t.:

‫ل َوِإﻟَﻰ أُوﻟِﻲ اﻷ ْﻣ ِﺮ ِﻣ ْﻨ ُﻬ ْﻢ‬ ِ ‫ف َأذَاﻋُﻮا ِﺑ ِﻪ َوَﻟ ْﻮ َردﱡو ُﻩ ِإﻟَﻰ اﻟ ﱠﺮﺳُﻮ‬ ِ ‫ﺨ ْﻮ‬


َ ‫ﻦ َأ ِو ا ْﻟ‬
ِ ‫ﻦ اﻷ ْﻣ‬ َ ‫َوِإذَا ﺟَﺎ َء ُه ْﻢ أَ ْﻣ ٌﺮ ِﻣ‬
( ) ‫ن إِﻻ َﻗﻠِﻴﻼ‬ َ ‫ﺸ ْﻴﻄَﺎ‬
‫ﺣ َﻤ ُﺘ ُﻪ ﻻ ﱠﺗ َﺒ ْﻌ ُﺘ ُﻢ اﻟ ﱠ‬
ْ ‫ﻋَﻠ ْﻴ ُﻜ ْﻢ َو َر‬
َ ‫ﻞ اﻟﱠﻠ ِﻪ‬
ُ‫ﻀ‬ْ ‫ﺴ َﺘ ْﻨ ِﺒﻄُﻮ َﻧ ُﻪ ِﻣ ْﻨ ُﻬ ْﻢ َوَﻟﻮْﻻ َﻓ‬
ْ ‫ﻦ َﻳ‬
َ ‫َﻟ َﻌِﻠ َﻤ ُﻪ اﱠﻟﺬِﻳ‬
Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan
atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka
kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah (as-Sunnah) dan kepada -
"Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal
itu dapat diketahui oleh orang-orang Yang layak mengambil keputusan
mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia
Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas)
menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang Yang teguh
imannya dan Luas ilmunya di antara kamu). (an-Nisa’: 83)

Tugas ini bukanlah tanggungjawab setiap individu. Cara menggembar-


gemburkan kemungkaran (kesalahan) pemerintah bukanlah suatu
nasihat dan bukan juga manhaj salafus soleh.

Walaupun niat pelakunya itu baik, iaitu untuk membantah kemungkaran


namun perkara itu lebih mungkar daripada maksiat yang dibantah. Ini
kerana, bantahan yang dilakukan itu tidak mengikut apa yang
disyari’atkan melalui al-Qur’an dan as-Sunnah. (Ibid, m.s.: 124)

Kemungkaran itu dibenci. Tetapi untuk memastikan ia lenyap, cara yang


berkesan mesti digunakan. Jika sekadar melepaskan perasaan marah, hal itu
hanya menyukarkan lagi tugas menghapuskan kemungkaran itu.

Para ulama dahulu juga tegas ketika membantah kemungkaran yang dilakukan
oleh pemerintah. Namun, mereka tidak pernah mamki hamun, mempersenda dan
mencerca pemerintah.

Kata-kata mereka padat, tegas dan kadangkala keras. Ia dilakukan secara


bersemuka.

Allah memerintahkan Musa dan Harun agar menasihati Firaun dengan cara yang
baik.

Jika firaun yang melampaui batas itu pun diseru dengan cara yang baik, apatah
lagi jika berhadapan dengan pemerintah muslim pada masa kini.

( ) ‫ﺨﺸَﻰ‬
ْ ‫( َﻓﻘُﻮﻻ َﻟ ُﻪ ﻗَﻮْﻻ َﻟ ِّﻴﻨًﺎ َﻟ َﻌﱠﻠ ُﻪ َﻳ َﺘ َﺬ ﱠآ ُﺮ َأ ْو َﻳ‬ ) ‫ن ِإﻧﱠ ُﻪ ﻃَﻐَﻰ‬
َ ‫ﻋ ْﻮ‬
َ ‫ا ْذهَﺒَﺎ ِإﻟَﻰ ِﻓ ْﺮ‬

"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui


batas Dalam kekufurannya. "Kemudian hendaklah kamu berkata
kepadaNya, Dengan kata-kata Yang lemah-lembut, semoga ia beringat
atau takut". (Taha: 43-44)

Landasan inilah yang dipelopori oleh para ulama muktabar sejak zaman dahulu.
Mereka sentiasa sabar dalam menghadapi karenah pemerintah dan bekerjasama
dalam perkara baik.

Sejarah telah merakamkan watak tegas mereka ini. Walaupun mereka


mempunyai kekuatan dan mendapat sokongan rakyat namun para imam ahli
sunnah tidak pernah menentang pemerintah secara terbuka. Sekalipun ada di
kalangan mereka yang diseksa. Antaranya Imam Ahmad bin Hanbal r.h.

Golongan ekstrim mungkin menganggap mereka lemah. Tetapi perbuatan mereka


itulah yang dituntut oleh sunnah dan himah. Ini kerana pemerintah yang dicerca
secara terbuka disebabkan perkara agama, mungkin menyebabkan akan
memusuhi agama itu.
Caci maki hanya mengundang keburukan. Bahkan tidak berfaedah kepada Islam.
Jika mereka dinasihati dengan baik, jelas, tegas, dan tidak menggadaikan prinsip
agama, pemerintah mungkin akan memikirkan perkara itu dan menerimanya.

Pemerintah umat ini masih ketandusan nasihat-nasihat yang hebat seperti yang
pernah diberikan oleh para ulama suatu ketika dahulu. Sehinggakan para
pemerintah yang mendengarnya menitiskan air mata.

Para ulama yang berpegang pada manhaj al-Sunnah tidak menjadikan kesalahan
dalam pemerintahan sebagai modal untuk menghentam pemerintah. Mereka
mengharapkan kebaikan kepada para pemerintah.

Mereka hanya menasihati pemerintah demi masa depan agama. Dalam masa
yang sama, mereka bertegas terhadap kesalahan yang dilakukan oleh
pemerintah.

Tidak Bersubahat Dengan Kezliman Pemerintah

Para ulama dan cendekiawan muslim yang berkesempatan untuk duduk bersama
pemerintah hendaklah menjaga diri mereka agar tidak dijadikan alat untuk
mengharuskan tindakan-tindakan salah pemerintah. Mereka hendaklah
membimbing pemerintah. Bukan dipengaruhi pemerintah ke jalan yang salah.

Ramai pemerintah sukakan para ulama. Namun, tujuan mereka tidak sama. Ada
pemerintah yang bertujuan mengambil manfaat daripada ilmu para ulama dan
ketaqwaan mereka dan ada juga yang bertujuan mempergunakan mereka untuk
kepentingan sendiri.

Keadaan ini menuntut para ulama berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat


dan fatwa agar mereka tidak dijadikan bahan mainan para pemerintah.

“Susungguhnya selepasku ini akan ada para pemimpin yang melakukan


kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu
membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka,
maka dia bukan daripadaku dan aku bukan daripadanya dan dia tidak
akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenarkan
pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia
daripada kalanganku dan aku daripada kalangannya dan dia akan
mendatangi telaga (di syurga).” (Riwayat ahmad, ji.: 14, m.s.: 78, an-
Nasai’e, jil.: 7, m.s.: 160 dan al-Tirmidzi. Disahihkan oleh al-albani)

Dalam berdakwah kepada pemerintah, kita banyak terpengaruh dengan


pendekatan dan budaya politik yang tidak bersumberkan al-Qur’an dan sunnah.
Panduan berdakwah terhadap pemerintah terlalu banyak termaktub dalam
sunnah. Namun ia tidak diendahkan. Akhirnya kita gagal menuju matlamat yang
hendak dicapai.

Setiap muslim khususnya para ulama hendaklah mengikuti adab dan etika yang
betul dalam berdakwah kepada pemerintah. Kegagalan mematuhi tunjuk ajar
Rasulullah s.a.w. bukan sahaja menjadikan kita gagal. Bahkan juga boleh
menjadikan dakwah itu sendiri bersifat mungkar.

Anda mungkin juga menyukai