Anda di halaman 1dari 19

SIRI DIALOG BERSAMA PADERI - BENARKAH NABI

ISA DISALIB
Oleh: Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid

BENARKAH NABI ISA DISALIB

BAB PERTAMA : DOSA WARISAN


BAB KEDUA : PENEBUSAN DOSA? (PENYALIBAN DAN KEBANGKITAN)
BAB KETIGA : TRINITI (ANAK TUHAN DAN KETUHANAN JESUS)

Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada satu kalimah


(ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita
sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan
tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai Tuhan
selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka:
“Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada
Allah)”. (Surah Al-Imran 3: 64)

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang telah menjadikan Islam sebagai
Agama yang benar, Selawat serta Salam buat Nabi Junjungan, Sayyidina
Muhammad s.a.w, Ahli Al-Bait, Sahabat-sahabat Baginda serta pengikut Sunnah
Baginda hingga ke hari Kiamat.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Dialah yang telah mengutuskan Rasulnya (dengan membawa)


petunjuk (Al Quran) dan Agama yang benar (Islam) untuk dimenangkannya di
atas segala agama, walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin. (Surah at
Taubah 9: 33)

Di dalam arus kemodenan ini, gerakan Kristianisasi telah menggunakan


bermacam-macam cara dalam menyalurkan akidah mereka kepada Umat Islam.
Selain dari menterjemahkan Bibble mereka ke dalam 2000 bahasa yang berbeza
ke seluruh dunia, mereka juga telah ‘menodai’ kesucian Al Quran dan Hadis milik
pusaka umat Islam di dalam memesongkan akidah kita. Dan menjadi kewajipan
kita untuk mempertahankan Agama Islam yang suci ini dari fitnah musuh-musuh
Islam.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan orang-orang Yahudi serta orang-orang Nasrani (Kristian) tidak


akan sekali-kali redha kepada engkau (Wahai Muhammad) sehinggalah engkau
mengikuti agama mereka. Katakanlah; “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah
petunjuk (yang benar)”. Dan sekiranya kamu mengikuti kemahuan mereka
setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak akan menjadi pelindung
dan penolong bagimu. (Surah Al Baqarah 2: 120)

Buku ini adalah buku kecil di antara jutaan buku-buku berbentuk ‘Comparative
Religion’ dan ia diolah dengan cara yang ringkas sebagai titik awal untuk menarik
minat pembaca dalam menghayati ilmu perbandingan agama ini. Saya amat
mengalu-alukan teguran dari pihak pembaca sekalian demi usaha dakwah untuk
mempertahankan kesucian akidah Islam yang dibawa oleh junjungan Nabi
Muhammad s.a.w.

Jazakumullah...
Muqaddimah

Ketika minum petang bersama dengan guru Kristologi saya, Pak Engku, beliau
telah menghulurkan kepada saya sebuah buku yang bertajuk, ‘Rahsia jalan yang
lurus’. Buku yang bersaiz ‘booklet’ itu cukup menarik minat saya. Selain
keceriaan gambar sebatang jalan lurus yang dipenuhi dengan pokok-pokok yang
menghijau di sepanjang jalan itu, gaya bahasa penulis ketika menceritakan detik
kematian manusia juga, amat menyentuh hati saya.

Buku yang dimulakan dengan kalimah Bismillah dan Assalamualaikum itu,


dipenuhi juga dengan ayat-ayat suci Al Quran dan Hadis Nabi, sebagai
perangsang supaya manusia mencari ‘Jalan keselamatan’ yang hakiki agar tetap
selamat selepas mengalami kematian.

Namun, setelah membelek halaman demi halaman berikutnya, saya amat


terkejut apabila ‘Jalan Keselamatan’ yang dinyatakan itu, amat bertentangan
dengan ajaran Islam.

Dan akhirnya, barulah saya menyedari, rupa-rupanya buku yang ‘berwajah Islam’
itu adalah hasil tulisan seorang Paderi Kristian !

Di atas dorongan serta semangat yang diberikan oleh Pak Engku supaya
menjawab fitnah-fitnah Kristian tersebut, maka melalui buku kecil ini, saya
berusaha untuk menjelaskan kepada umat Islam yang terpengaruh dengan
ajaran ‘Jalan Keselamatan’ , tadi agar meneliti kembali ‘Jalan Keselamatan’ yang
telah mereka yakini dan seterusnya kembali kepada Islam.

BAB PERTAMA: DOSA WARISAN

Apakah dia Dosa Warisan?

Dosa warisan atau “Original Sin” adalah antara rukun iman yang utama di dalam
Agama Kristian. Orang-orang Kristian percaya bahawa Nabi Adam lah yang
menyebabkan terjadinya dosa warisan ini. Ini adalah kerana baginda telah
melanggar perintah Allah dengan memakan buah dari pohon larangan setelah
terpedaya dengan godaan Iblis. Ini telah dinyatakan di dalam Perjanjian Lama
(Kejadian 3:6):

Perempuan itu melihat pokok itu sangat cantik dan buahnya enak
dimakan. Dia berfikir betapa eloknya jika dia menjadi bijaksana. Maka
dia memetik buah itu dan memakannya serta ia juga memberikan pada
suaminya lalu suaminya memakan buah itu.

Oleh kerana seluruh manusia itu berketurunan Adam, maka manusia turut sama
menanggung dan mewarisi dosa Adam. Bahkan bayi yang baru lahir pun, turut
sama mempunyai dosa warisan ini. Di sini bermulanya asal usul dosa warisan dan
orang-orang Kristian mesti meyakininya untuk membenarkan penyaliban Jesus
sebagai penebus dosa warisan.

Berterima kasihlah pada Adam!

Setelah kita faham konsep dosa warisan ini, kita dapati seolah-olah Adam telah di
‘set up’kan untuk membuat dosa yang telah mengakibatkan seluruh manusia
mendapat dosa warisan secara automatik. Maka dengan itu, barulah Allah dapat
mengirimkan Anak-Nya yang tunggal ke dunia ini, untuk menebus dosa warisan
tadi.
Bertepatan dengan apa yang telah ‘dirancang terhadap Adam’ ini, di dalam
(Yohanes 3:16) telah menyatakan:

Allah sangat mengasihi manusia di dunia ini sehingga Dia memberikan


Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak
itu tidak akan binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.

Dalam (Galatia 1:4) juga menyatakan tentang idea penebusan dosa warisan ini:

Untuk menyelamatkan kita daripada zaman yang jahat ini, Kristus


(Jesus) telah menyerahkan diri-Nya sebagai korban bagi dosa-dosa kita.
Dia melakukannya bagi mentaati kehendak Allah bapa kita.

Tetapi tahukah anda? Sekiranya Adam tidak melanggar perintah Allah dengan
memakan buah dari pohon larangan tadi, tentu Jesus tidak akan dikirim oleh
Allah ke atas dunia ini untuk menebus dosa warisan dan Agama Kristian tidak
akan wujud sama sekali!

Maka orang-orang Kristian mesti berterima kasih pada Adam!

Akal yang waras menolak idea ini.

Saya pernah berbincang dengan seorang Paderi tentang idea dosa warisan ini. Di
dalam perbincangan itu, saya menerangkan kepada beliau dengan berkata :
“Uncle, sungguh menghairankan! Adam yang membuat dosa tetapi kita semua
turut menanggungnya! Inikah keadilan Tuhan?”. Saya meneruskan lagi dengan
berkata: “Kami sebagai Muslim percaya bahawa setiap dosa hanya ditanggung
oleh diri sendiri”.

Di dalam Al Quran Allah telah berfirman:

Maksudnya (lebih kurang):

Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah Allah, maka


sesungguhnya dia berbuat kebaikan itu untuk (keselamatan) dirinya
sendiri dan barangsiapa yang sesat maka kesesatannya itu adalah untuk
(kerugiannya) sendiri. Dan setiap orang yang berdosa (dengan dosanya)
tidak pula dapat menanggung dosa orang lain dan kami tidak akan
menimpakan azab sebelum kami mengutuskan rasul (kepada manusia).
(Surah Al-Isra 17:15)

Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Bahkan, Bible sendiri menyokong Al


Quran! Dalam (Yeremia 31:30) menyatakan:

Tetapi sesiapa yang makan anggur yang masam, dia sendirilah yang akan
merasa masamnya. Setiap orang akan mati kerana dosanya sendiri.

Manakala (Yehezkiel 18:20) juga menyatakan:

Orang yang berdosa akan mati. Seorang anak tidak menanggung akibat
daripada dosa bapanya. Demikian juga seorang bapa tidak menanggung
akibat daripada dosa anaknya. Seorang yang baik akan menerima
ganjaran kerana kebaikannya, dan seorang yang jahat akan menanggung
akibat daripada kejahatannya.

Perhatikan juga di dalam (Matius 16:27):


Anak Manusia sudah hampir tiba bersama–sama para Malaikat-Nya
dengan kemuliaan Bapa-Nya. Pada masa itu Dia membalas tiap – tiap
orang menurut perbuatannya sendiri.

(Matius 19: 14) menyebut:

Yesus berkata kepada pengikut–pengikut-Nya:

“Biarlah kanak–kanak itu datang kepada–Ku. Jangan larang mereka,


kerana orang seperti inilah yang menikmati Pemerintahan Allah”

(Roma 2:5-6) juga menyatakan:

Kamu degil dan keras kepala. Oleh itu, kamu sendiri yang menjadikan
hukuman kamu semakin berat pada hari Kiamat apabila Allah
menyatakan kemurkaan-Nya dan menjatuhkan hukuman yang adil. Hal
yang demikian itu adalah kerana Allah akan membalas setiap orang,
setimpal dengan perbuatannya sendiri.

“Lihat! Bible pun turut membenarkan apa yang dikatakan oleh Al-Quran tadi”.
Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Uncle, pihak Gereja menyatakan adanya
dosa warisan, sedangkan Holy Bible pula menyatakan sebaliknya. Di antara
kedua pendapat ini, (Gereja dan Holy Bible) mana satukah yang patut diikuti oleh
orang–orang Kristian?”.

Setelah beliau mendengar hujah yang saya utarakan, dengan yakin Paderi itu
menjawab: “Sebenarnya, yang dimaksudkan dengan “Original Sin’ (Dosa
warisan) ialah kecenderungan untuk membuat dosa, bukannya dosa yang yang
kita warisi dari Adam.

Setelah mendengar konsep ‘baru’ tentang dosa warisan itu, saya terus
menyatakan lagi: ”Jikalau begitu apa gunanya Jesus disalib kalaulah semata–
mata untuk menebus kecenderungan berbuat dosa, kerana semua manusia diberi
hawa nafsu.”

Bahkan hingga sekarang ini pun, penganut Kristian yang meyakini dosa warisan
mereka telah tertebus pun masih mempunyai kecenderungan membuat dosa.

Amat menakjubkan! Selain daripada akal yang waras, Bible mereka juga menolak
idea dosa warisan ini.

Jadi, siapakah yang sebenarnya telah mencipta idea ini?

BAB KEDUA: PENEBUSAN DOSA?


(PENYALIBAN DAN KEBANGKITAN)

Adakah Nabi Isa disalib?

Orang-orang Kristian menyakini, bahawa Adam adalah penyebab kepada


wujudnya dosa warisan, sebagaimana yang telah saya kupaskan di dalam bab
pertama yang lalu. Mereka juga menyakini bahawa Allah yang Maha Pengasih
telah mengutuskan anak-Nya yang tunggal (Nabi Isa) ke dunia ini, untuk
menebus dosa warisan manusia. Di dalam (Yohanes 3:16) menyatakan:
Allah sangat mengasihi orang di dunia ini, sehingga Dia memberikan Anak-Nya
yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada anak itu tidak akan
binasa tetapi memperolehi hidup sejati dan kekal.

Orang-orang Kristian juga percaya bahawa kisah penyembelihan Ishak oleh Nabi
Ibrahim adalah gambaran awal dari Allah SWT bahawa Jesus akan disalib untuk
menebus dosa warisan manusia.

Ketika berbincang dengan seorang Paderi dan isterinya tentang ‘Benarkah Ishak
yang disembelih?, saya berkata kepada beliau: “Uncle, kami sebagai Muslim
percaya bahawa Ismail yang telah dikorbankan bukannya Ishak sebagaimana
yang dipercayai oleh orang-orang Kristian.

Walaupun Kristian membuktikan hujah mereka melalui Old Testament,


sebagaimana yang dinyatakan dalam buku Kejadian bab 22 ayat 2:

Allah berfirman: “Pergilah ke tanah Moria dengan Ishak, anakmu yang


tunggal, yang sangat engkau kasihi. Di situ, di sebuah gunung yang akan
Ku tunjukkan kepadamu, persembahkanlah anakmu sebagai korban
untuk menyenangkan hati-Ku“.

Namun, Kitab Bible sendiri menolak hujah ini!. Saya meneruskan lagi dengan
berkata: “Cubalah kita lihat di dalam Old Testament, buku kejadian bab 16 ayat
15-16, di mana Bible telah menyatakan:

Kemudian Hagar (Hajar) melahirkan seorang anak lelaki, lalu Abram ( Ibrahim )
bapa anak itu menamakan dia Ismail. Pada masa itu Abram berumur 86 tahun.

dan bandingkan pula dengan Old Testament, buku Kejadian bab 21 ayat 5 ini”.

Ibrahim berumur 100 tahun ketika Ishak dilahirkan

Dengan menggunakan ‘White Board’ yang ada di dalam gereja tersebut, saya
melakarkan ayat–ayat tadi agar beliau dapat memerhatikan dengan lebih jelas
tentang ‘keistimewaan’ ayat– ayat ini!

Ismail atau Ishak ?

Saya berkata kepada beliau: “Uncle, perhatikan ayat-ayat ini. Di antara Ismail
dan Ishak, siapakah yang lahir dulu?” Tanpa menunggu jawapan daripada beliau,
saya menyatakan bahawa Ismail yang dilahirkan dulu kerana ketika Ismail
dilahirkan umur Nabi Ibrahim 86 tahun, sedangkan ketika Ishak dilahirkan umur
Baginda sudah menjangkau 100 tahun. Beliau dan isterinya nampak bersetuju
dengan apa yang saya nyatakan.

Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Tetapi Uncle, jika Ismail yang dilahirkan
dulu, mengapa di dalam Old Testament, buku Kejadian 22:2 di atas menyatakan
Ishak adalah anak tunggal Ibrahim? Sedangkan Ishak mempunyai abang iaitu
Ismail“!

Saya berkata lagi: “Inilah buktinya bahawa kalimah ‘Ishak’ didalam Old
Testament, buku kejadian 22:2 tadi adalah kalimah tambahan dari Ulama Yahudi
yang sememangnya dengki kepada Ismail dan keturunannya”.

Setelah mendengar hujah yang saya kemukakan tadi, beliau terus menjawab
dengan penuh yakin: “Sebenarnya Ishak adalah satu-satunya anak tunggal
Ibrahim yang lahir daripada isteri yang sah!. Manakala Ismail pula bukanlah anak
Baginda yang sah kerana Hagar (Hajar) adalah gundik Ibrahim!”

Dengan segera saya berkata kepada beliau: “Kalau begitu, tunjukkan pada saya
di mana ayat di dalam Bible yang menyatakan Hagar (Hajar) adalah gundik
Ibrahim?”

Beliau yang nampaknya terkejut dengan permintaan saya itu, hanya mendiamkan
diri sambil membelek–belek kandungan Bible di hadapan beliau.

Pada mulanya saya menyangka beliau tentu tahu di manakah ayat yang
menyebut tentang Hagar adalah gundik Ibrahim kerana sememangnya terdapat
di dalam sesetengah versi Bible menyatakan sedemikian.

Namun setelah menunggu agak lama serta yakin beliau tidak dapat
membuktikannya, maka saya berkata kepada beliau: “Uncle, ayat yang
menyatakan bahawa Hagar (Hajar) adalah gundik Ibrahim terdapat di dalam Old
Testament, Kejadian bab 16 ayat 3.”

Ayat tersebut menyatakan:

Maka Sarai (Sarah) memberikan Hagar (Hajar) kepada Abram (Ibrahim)


untuk dijadikan gundik.

Setelah saya menunjukkan ayat tersebut, beliau nampaknya agak lega dengan
‘bantuan’ saya tadi.

Tanpa menunggu ‘kelegaan’ beliau itu berpanjangan, saya meneruskan hujah


dengan berkata: “Uncle, walaupun ayat ini menyatakan Hagar sebagai gundik
Ibrahim, sehinggakan Ismail itu dituduh sebagai anak gundik, namun jika kita
buka di dalam Bible King James Version, terjemahan English terhadap ayat ini
adalah to be his WIFE (untuk dijadikan sebagai isteri) bukannya to be his
concubine (untuk dijadikan sebagai gundik) sebagaimana yang tercatat di dalam
versi TEV (Todays English Version) dan lain-lain versi!”

“Mengapa Bible mempunyai pelbagai versi jika ia adalah benar–benar dari Allah.
Lagipun, kalimah Isteri (Wife) dan Gundik (Concubine) mempunyai perbezaan
dan maksud yang amat ketara. Tentu Allah dapat membezakannya!”

Isteri beliau yang hanya mendiamkan diri sejak awal perbincangan kami cuba
menyatakan kepada saya bahawa pada zaman dahulu, istilah isteri dan gundik
tidak dapat dibezakan dengan tepat. Atas sebab itulah, terdapat kalimah isteri
dan gundik digunakan dalam tempat yang sama dalam sesetengah Bible!

Isteri atau gundik?

Saya tidak faham mengapa isteri beliau menyatakan sedemikian, tapi dengan
segera saya berkata padanya: “Auntie, bukankah menurut kepercayaan Yahudi
dan Kristian bahawa Ibrahim telah berkahwin seramai 3 orang iaitu Sarai, Hagar
dan Ketura?

Ini telah dinyatakan di dalam Old Testament buku Kejadian bab 25 ayat 1 dan 2:

Abraham berkahwin lagi dengan seorang perempuan yang bernama


Ketura. Isterinya itu melahirkan Zimran, Yoksan, Medan, Midian, Ishbak
dan Suah.
Di dalam ayat ini, jelas dinyatakan bahawa Ketura adalah Isteri Ibrahim.

Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Tapi Auntie, cuba bandingkan dengan
apa yang dinyatakan di dalam Old Testament Buku 1 Tawarikh bab 1 ayat 32 ini:

Abraham mempunyai seorang gundik bernama Ketura. Gundiknya itu


melahirkan enam orang lelaki: Zimran, Yoksan, Medan Midian, Ishbak
dan Suah……

Di dalam ayat ini, dinyatakan pula Ketura anak gundik Ibrahim. Bukankah jelas
bahawa kalimah isteri dan gundik mempunyai perbezaan dan penulis serta
periwayat Bible tahu perbezaan ini!.

Apa pula yang hendak Auntie katakan tentang ayat 1 Raja-raja bab 11 ayat 3:

Raja Salomo (Sulaiman) berkahwin dengan Tujuh Ratus orang Puteri


Raja dan mempunyai Tiga Ratus orang Gundik.

Di dalam ayat yang sama, periwayat Bible sendiri menunjukkan bahawa mereka
tahu perbezaan antara kalimah isteri dan gundik!

Dengan muka yang merah padam, isterinya bangkit meninggalkan perbincangan


kami dan saya lihat Paderi tersebut hanya menundukkan mukanya yang
kemerahan.

Lantas saya meneruskan lagi dengan berkata: “Uncle, melalui ayat-ayat yang
saya nyatakan tadi, jelaslah bahawa Ismail adalah anak sah dan Hagar bukanlah
gundik Ibrahim!

Di sinilah buktinya bahawa terdapat perselisihan di dalam ayat-ayat Bible dan


sekaligus membuktikan ia bukan Kalam Allah! Ia dikarang serta dipinda sesuka
hati oleh Ulama Yahudi.

Setelah saya berkata demikian, Paderi tersebut hanya mendiamkan diri dan tidak
lama kemudian, beliau menyatakan pada saya bahawa beliau ada kerja yang
ingin diselesaikan.

Dosa Warisan ciptaan Paulus!

Sebenarnya perintah pergorbanan Ishak (menurut kepercayaan Kristian dan


Yahudi) tidak ada kaitannya dengan gambaran awal Jesus akan disalib! Tetapi
idea penebusan dosa warisan ini telah diprogramkan oleh Paulus atau Paul,
seorang yang dianggap ‘Rasul’ bagi penganut Kristian .

Sekiranya kita lihat di dalam (Galatian 1:4) Paul telah berkata:

Untuk menyelamatkan kita daripada zaman yang jahat ini, Kristus


(Jesus) telah menyerahkan diri-Nya sebagai korban bagi dosa-dosa kita.
Dia melakukan bagi mentaati kehendak Allah bapa kita.

Di dalam ayat lain pula Paul, telah menyifatkan golongan Yahudi yang enggan
menerima ‘berita baik’ penyaliban Jesus ini, sebagai musuh Allah. Ini dapat kita
saksikan melalui kata-kata Paul di dalam (Roma 11:28):

Kerana orang Yahudi tidak mahu menerima berita baik (penyaliban Jesus untuk
penghapusan dosa manusia ) daripada Allah ini, maka mereka menjadi musuh
Allah.
Tetapi di dalam ayat lain, contohnya di dalam (1 Teselonian 2:15) Paul telah
menyatakan sebaliknya pula tentang idea penebusan dosa ini:

Orang Yahudi sudah membunuh Tuhan Jesus dan Nabi–nabi serta


menganiayai kami juga. Mereka memusuhi semua orang dan
menyebabkan Allah sangat murka.

Sungguh pelik! Paul yang mengajar idea penghapusan dosa warisan ini dalam
masa yang sama juga telah mencela orang–orang Yahudi yang ‘membantu’
proses penghapusan dosa ini! Sepatutnya orang–orang Yahudi yang telah
membunuh Jesus ini, diberi pahala dan sanjungan yang besar kerana merekalah
yang telah membunuh dan menyalib Jesus, sehingga dosa warisan yang
membelenggu manusia selama ini, terhapus. Sekiranya Jesus tidak dibunuh dan
disalib oleh mereka, tentu dosa warisan masih lagi membelenggu penganut
Kristian hingga ke hari ini dan Agama Kristian tidak mungkin wujud sama sekali.

Mari kita lihat pula apa kata Paul di dalam (1 Korintus 2:8):

Semua roh yang berkuasa dan yang memerintah dunia ini, tidak tahu
kebijaksanaan itu. Seandainya roh-roh itu mengetahuinya, tentu roh-roh
itu tidak akan menyalib Tuhan (Jesus) Yang Mulia.

Lihatlah! Betapa jelasnya percanggahan kata–kata Paul yang dianggap oleh


orang–orang Kristian sebagai ‘Rasul Kristus’.

Oleh kerana kata-kata Paul sendiri mengandungi percanggahan, maka saksi yang
paling layak untuk kita analisa bagi mencapai kebenaran hakiki tentang idea
penyaliban bagi menebus dosa ini, adalah kata–kata Jesus sendiri.

Apa kata Jesus terhadap idea yang telah dicipta oleh Paul ini?

Jesus sendiri tidak rela disalib !

Jika anda perhatikan di dalam (Yohanes 7:19), Jesus sendiri telah berkata kepada
orang–orang Yahudi yang ingin membunuh dan menyalibnya:

“Bukankah Musa yang memberi Taurat kepada kamu. Tetapi tidak


seorang pun di antara kamu yang mentaati Taurat itu. Mengapa kamu
mahu membunuh aku?”

Lihat pula di dalam (Yohanes 8:37) dimana Jesus sendiri telah berkata:

“Aku tahu kamu keturunan Ibrahim. Namun kamu berusaha untuk


membunuh aku, kerana kamu tidak mahu menerima ajaranku”.

Di dalam (Yohanes 8:44):

“Bapa kamu Iblis dan kamu anak–anaknya. Kamu lebih suka menurut
kehendak bapa kamu. Sejak permulaan, Iblis itu pembunuh..”

Di dalam (Yohanes 19:11):

Jesus telah berdialog dengan Pilatus (Gabenor Kerajaan Rom), dan


berkata: “Kamu tidak berkuasa ke atas aku, kecuali Allah memberikan
kuasa itu kepadamu. Oleh itu, orang yang menyerahkan aku kepadamu,
lebih besar dosanya dari dosamu .
Perhatikan! Jesus sendiri menolak idea penebusan dosa ciptaan Paulus ini!
Bahkan, untuk membuktikan keengganan Jesus menghadapi hukuman untuk
menebus dosa manusia, Matius dan Markus telah menceritakan bagaimana Jesus
telah berusaha melarikan diri dari orang-orang Yahudi dan tentera Rom yang
mahu menangkap dan membunuh baginda. Jika ini adalah perintah Allah,
mengapa Jesus melarikan diri? Perhatikan ayat ini:

“Bangunlah, mari kita pergi! Lihatlah, orang yang mengkhianati aku


sudah datang!” (Matius 26:46)

“Bangunlah, marilah kita pergi! Lihatlah, orang yang mengkhianati aku


sudah datang!” (Markus 14:42)

Bahkan sahabat-sahabat Jesus sendiri melarikan diri ketika Jesus ditangkap! Jadi,
siapakah yang menjadi saksi peristiwa penyaliban ini?

Jika benar penyaliban Jesus ini adalah perintah Allah sebagaimana yang di dakwa
oleh Paul dalam (Galatian 1:4) tadi, sudah tentu sahabat–sahabat baginda akan
membantu menyerahkan baginda kepada orang–orang Yahudi dan tentera Rom.

Perhatikan apa yang telah diriwayatkan dalam (Matius 26:56):

……kemudian semua pengikut Jesus lari meninggalkan Dia.

Dan di dalam (Markus 14:50) meriwayatkan:

Ketika itu, semua pengikut Jesus lari meninggalkan Dia.

Sungguh menghairankan! Jika benar apa yang dikatakan oleh Paul tentang
penyaliban Jesus adalah rancangan Tuhan untuk menebus dosa warisan, maka
kita dapat saksikan bahawa Jesus dan sahabat–sahabat baginda sendiri ‘lari’ dari
perintah Tuhan!

Kisah penyaliban yang berbagai versi!

Kisah penyaliban Jesus telah dirakamkan oleh 4 Gospel yang utama di dalam New
Testament iaitu Matius, Markus, Lukas dan Yohanes. Namun tahukah anda, kisah
penyaliban ini berbeza dan berbagai versi keadaannya?

Rela disalib

Orang-orang Kristian telah menggunakan ayat (Lukas 23:46) ini sebagai tanda
Jesus telah rela disalib untuk menebus dosa warisan manusia. Perhatikan ayat
ini:

Lalu Jesus berseru dengan suara lantang “Ya bapa aku serahkan diriku
ke dalam tanganMu”. Setelah berkata demikian dia pun meninggal.

Perhatikan pula di dalam ( Yohanes 19:28-30 ):

Jesus tahu bahawa sekarang semuanya selesai dan supaya apa yang
tertulis di dalam Al-kitab berlaku, dia berkata “Aku dahaga. Di situ ada
sebuah mangkuk yang penuh dengan wain murah. Bunga karang
dicelupkan ke dalam wain murah itu kemudian dicucukkan ke sebatang
kayu dan dihulurkan ke mulut Jesus. Jesus mengecapnya lalu berkata:
“Telah selesai.” Setelah itu dia menundukkan kepalanya dan meninggal.
Melalui dua ayat ini, orang-orang Kristian berkata dengan megahnya, “Inilah
tanda kasih sayang Jesus. Dia sanggup mati demi dosa kita!”

Apakah ‘Kasih sayang’ itu?

Kepada orang-orang Kristian, saya bertanya: “Apakah maksud kasih sayang di


dalam agama anda? Adakah semata-mata untuk menebus dosa warisan dari
Adam (yang hanya memakan sebiji buah larangan) lalu Tuhan Maha Pengasih
terpaksa membunuh anak-nya yang tunggal, kamu katakan sebagai ‘kasih
sayang’?”

Bahkan ‘Putus asa’!

Sebenarnya, apa yang telah dinyatakan di dalam (Lukas 23:46 dan Yohanes
19:28-30) ini adalah menunjukkan putus asa Jesus! Mengapa tidak? Jesus telah
berusaha melarikan diri dari tangkapan tentera Rom dan orang-orang Yahudi
selama hidupnya, tiba-tiba Bapa di Syurga tidak membantu beliau melepaskan
diri! Maka dengan putus asa beliau mengucapkan : Ya bapa, aku serahkan diriku
ke dalam tangan-Mu.

Bahkan Jika kita perhatikan kalimah ‘Ya bapa, aku serahkan diriku ke dalam
tanganMu’ ini juga, dapat kita perhatikan ada 2 ‘Tuhan’ bukannya Satu seperti
yang didakwa oleh orang-orang Kristian. Pertama, ‘Anak Tuhan’ yang mati di
tiang salib dan yang kedua, ‘Tuhan Bapa’ yang tidak mati bersama anak-Nya.
Dan ‘Tuhan-Tuhan’ ini bercerai tidak bersatu sehinggakan ada Tuhan yang mati
dan ada yang tidak mati!

Tidak rela disalib

Kali ini kita perhatikan pula bagaimanakah dua ayat ini menjelaskan keengganan
Jesus untuk disalib. Perhatikan (Matius 27:45-50):

Pada tengah hari selama tiga jam, Seluruh negeri itu menjadi gelap. Pada
pukul tiga petang, Jesus berseru dengan suara lantang “Eli Eli lama
sabakhtani?” yang bermaksud “Allah Allah mengapa Engkau tinggalkan
aku?”. Beberapa orang di situ mendengar seruan Jesus lalu berkata “dia
memanggil Elia”. Seorang dari mereka mengambil bunga karang, lalu
mencelupkannya ke dalam wain murah. Kemudian bunga karang itu
dicucukkan pada sebatang kayu, lalu dihulurkan ke mulut Jesus. Tetapi
orang lain di situ berkata: Tunggu, mari kita lihat kalau-kalau Elia datang
menyelamatkan dia.” Kemudian Jesus berseru lagi dengan nyaring lalu
menghembuskan nafas terakhirnya.

Keengganan Jesus untuk disalib juga digambarkan oleh (Markus 15:33-37):

Pada tengah hari selama tiga jam, Seluruh negeri itu menjadi gelap. Pada
pukul tiga petang, Jesus berseru dengan suara lantang “Eloi Eloi lama
sabakhtani?” yang bermaksud “Ya Allah Ya Allah mengapa Engkau
tinggalkan aku?”. Beberapa orang di situ mendengar seruan itu lalu
berkata “Dia memanggil Elia”. Seorang dari mereka mengambil bunga
karang, yang dicelup dengan wain murah lalu mencucukkannya pada
sebatang kayu, lalu dihulurkan ke mulut Jesus sambil berkata “Tunggu!
mari kita lihat kalau-kalau Elia menurunkan dia dari salib.” Lalu Jesus
berteriak dan menghembuskan hafasnya yang terakhir.

Bahkan bukan Jesus di tiang salib!


Kalimah “Eloi Eloi lama sabakhtani? yang bermaksud “Ya Allah mengapa
Engkau tinggalkan aku?” di dalam ayat-ayat di atas juga, jelas
menunjukkan bahawa bukan Jesus yang disalib.

Saya pernah memberitahu kepada seorang Pastor berbangsa India di negeri saya
ketika kami berbincang mengenai siapakah yang disalib sebenarnya. Saya
berkata “Uncle, sekiranya Jesus yang disalib, tentu dia tidak akan menggunakan
lafaz ‘Allah, Allah’ tetapi ‘Bapa,bapa’. Ini adalah kerana, Jesus adalah ‘anak
Tuhan’!

Amat menghairankan! Matius dan Markus telah meriwayatkan berita penyaliban


ini dengan perbezaan yang amat ketara berbanding dengan versi yang dibawa
oleh Lukas dan Yohanes. Namun begitu, terdapat persamaan di antara keempat-
empat Gospel ini. Tahukah anda apakah persamaan itu? Ia adalah tentang
Kematian ‘Tuhan’!

Adakah anda percaya Tuhan telah mati?

Saya pernah bertanya kepada seorang Kristian dari Jamaica, yang secara
kebetulan saya temui ketika menunggu KLIA Ekpress . Pada mulanya saya
menyangka beliau seorang Arab Muslim (memandangkan rupanya seperti Arab)
tetapi setelah beliau memperkenalkan dirinya sebagai Roger dan menyatakan
beliau seorang Kristian Protestant, saya segera mengambil peluang keemasan
tersebut untuk bertanya tentang kematian ‘Tuhan’!

Di dalam kesempatan itu saya bertanya: “Uncle, do you believe God (Jesus) died
for three days and three night?” (Adakah tuan percaya bahawa Tuhan (Nabi Isa)
telah mati tiga hari tiga malam?) Beliau tersenyum sambil berkata: “This is a
very interesting question”.

Saya menunggu agar beliau meneruskan jawapannya tetapi apabila saya melihat
beliau seperti ingin lari dari menjawab soalan tersebut, saya ulangi semula soalan
itu untuk kali kedua. Dengan serba salah beliau menjawab: “I do not believe God
(Jesus) died.” (Saya tidak percaya tuhan (Nabi Isa) telah mati).

Apabila saya ingin melanjutkan perbualan kami ke topik yang lebih menarik
berkaitan Kristian, beliau dengan segera menjawab: “Im very tired now and I
have to sleep”. (saya amat letih sekarang dan perlu berehat.)

Bible mengatakan Jesus tidak pernah mati!

Walaupun kita telah membuktikan kepada orang-orang Kristian bahawa Jesus


sendiri ‘tidak merestui’ upacara penebusan dosa bahkan bukan Jesus yang disalib
oleh tentera Rom, namun orang-orang Kristian masih lagi mempertahankan
hujah mereka dengan berkata: “Baiklah! Kami akan membuktikan pada kamu
melalui kata-kata Jesus sendiri tentang kematian dan kebangkitannya!”.

Dalam ( Matius 17:22-23 ):

…Jesus berkata kepada mereka, “Tidak lama lagi Anak Manusia akan
diserahkan ke dalam kekuasaan manusia. Dia akan dibunuh, tetapi pada
hari ketiga, Dia akan dibangkitkan semula”.

Dalam ( Lukas 24:46):


Jesus berkata kepada mereka, “Sudah tertulis bahawa Penyelamat yang
diutus oleh Allah mesti mengalami penderitaan dan mesti bangkit
daripada kematian pada hari ketiga”.

“Lihatlah ayat–ayat ini! Pasti tiada seorang pun Muslim yang mampu menyangkal
tentang kematian dan kebangkitan Jesus!”

Saudara, perhatikan! Sekiranya kita tidak mempersiapkan diri dengan ilmu,


sudah tentu ayat-ayat di atas memutuskan hujah kita sebagai Muslim yang
beryakinan bahawa Jesus ataupun Nabi Isa A.S tidak pernah mati! Mereka
mengutarakan hujah yang diambil dari Holy Bible dan ayat-ayat tersebut
memang terdapat di dalam Bible mereka.

Jesus menjawab ‘bagi pihak’ Muslim

Oleh kerana orang-orang Kristian tidak menerima Al-Quran sebagai ‘Last


Testament’, maka sudah tentu hujah yang terpaksa kita pakai untuk
membuktikan keyakinan Muslim tadi adalah melalui Holy Bible mereka.

Katakan kepada mereka: “Wahai saudaraku, perhatikan apa yang telah dikatakan
oleh Petrus atau Peter dan bandingkan dengan apa yang telah Jesus katakan
tentang ‘kematian dan kebangkitannya’!

Petrus atau Peter menyatakan di dalam ( Petrus 3:18) bahawa, kebangkitan


setelah kematian itu hanya berlaku dalam bentuk ruh atau ‘spirit’ sahaja.
Perhatikan:

…Dia (Jesus) dibunuh dalam keadaan jasmani, tetapi dihidupkan semula


dalam keadaan rohani.

Sedangkan di dalam ( Lukas 24:39-40 ) Jesus pula menyatakan:

Lihatlah tangan-ku dan kaki-ku ini. Inilah aku! Peganglah aku, maka
kamu akan tahu bahawa aku bukan hantu (ruh) kerana hantu (ruh) tidak
mempunyai daging dan tulang, sedangkan aku masih mempunyainya.”
Jesus berkata demikian sambil menunjukkan tangan dan kaki-Nya
kepada mereka.

Perhatikan! Jesus menafikan apa yang telah dinyatakan oleh Petrus dengan
bahasa dan kalimah yang amat jelas!

Bahkan, untuk menyakinkan bahawa Dia belum mati sebagaimana yang diyakini
oleh murid-muridnya ketika itu dan orang-orang Kristian pada hari ini, Jesus juga
telah meminta makanan dari mereka dan memakannya. Perhatikan ayat ( Lukas
bab 24 ayat 41-43):

Mereka masih tidak dapat percaya kerana terlalu gembira dan hairan.
Jesus bertanya kepada mereka, “ Adakah kamu mempunyai makanan di
sini?” Mereka pun memberi sepotong ikan yang sudah dimasak kepada-
Nya. Lalu Jesus memgambil ikan itu lalu makan di hadapan mereka.

Sungguh jelas! Jesus menegaskan bahawa Dia tidak pernah mati kerana Dia
masih mempunyai daging serta tulang. Sedangkan ruh tidak mempunyainya! Dan
demi meyakinkan mereka yang menyaksikan itu, Dia telah memakan makanan
yang diberikan.
Sungguh aneh! Petrus atau Peter memberitahu umat Kristian bahawa Jesus telah
dibunuh dan bangkit dalam bentuk ruh atau ‘spirit’. Sedangkan Jesus menjawab:
‘Wahai Peter dan umat Kristian, Aku tidak pernah mati! Lihatlah aku masih hidup
dan lengkap dengan ruh serta jasad!”

Siapakah yang anda pilih Jesus atau Petrus

Apa jawapan Allah SWT terhadap mereka?

Jika kita perhatikan kepada riwayat yang telah disifatkan oleh empat Gospel tadi,
(Matius, Markus, Lukas dan Yohanes) seolah-olah Jesus sendiri ada kalanya rela,
ada kalanya tidak rela dan ada kalanya putus asa. Sedangkan di dalam Islam,
para Nabi dan Rasul itu bersifat dengan benar dan tidak pula pernah berdusta.
Inilah di antara bukti bahawa terdapat percanggahan yang amat ketara di dalam
kitab Bible serta juga Taurat orang-orang Yahudi . Amat benarlah firman Allah di
dalam Al-Quran:

“Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang–orang yang menulis


(merubah) Alkitab dengan tangan mereka sendiri kemudian mereka
mengatakan: “Inilah dari Allah” (dengan maksud) ingin memprolehi
keuntungan yang sedikit dari perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah
bagi mereka, akibat dari apa yang telah ditulis oleh mereka dan
kecelakaan besarlah bagi mereka, di atas apa yang telah mereka
kerjakan”. (Surah Al-Baqarah 2:79)

Di dalam menjawab fitnah yang telah ditimbulkan oleh orang-orang Yahudi dan
Kristian melalui kitab Taurat dan Bible mereka, maka Allah SWT juga telah
menyatakan secara jelas di dalam Al-Quran :

“Dan kerana ucapan mereka ‘Sesungguhnya kami telah membunuh Al


Masih Isa anak Maryam pesuruh Allah. Dan sebenarnya, mereka tidak
membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, tetapi ( yang mereka bunuh
itu ialah ) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka.
Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang
(pembunuhan) Isa benar–benar di dalam keraguan tentang yang
dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapakah yang
sebenarnya dibunuh itu, kecuali mereka hanya menurut sangkaan
mereka sahaja. Mereka tidak pula yakin bahwa yang mereka bunuh itu,
adalah Isa. Tetapi (sebenarnya) Allah telah mengangkat Isa kepadaNYa.
Dan adalah Allah itu, Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Surah An-
Nisa 4: 157-158)

BAB KETIGA: TRINITI


(ANAK TUHAN DAN KETUHANAN JESUS)

Apakah dia Triniti?

Triniti merupakan Akidah Utama di dalam Agama Kristian. Ia bermaksud Tuhan


itu satu tetapi di dalam tiga keperibadian. Triniti terdiri daripada Tuhan Bapa,
Tuhan Anak dan Holy Spirit. Ketiga-tiga Tuhan ini bersatu dan tidak pernah
berpisah.

Orang-orang Kristian meyakini akidah Triniti ini berdasarkan (Yohanes 5 :7-8):

“Ada tiga saksi: Roh Allah, air dan darah dan ketiga-tiganya memberi
kesaksian yang sama”.
Namun tahukah anda? Ayat ini telah dibuang dari cetakan Bible RSV (Revised
Standard Version) kerana Ulama-Ulama Kristian mengakuinya sebagai ayat
palsu serta ditokok tambah!

Di dalam (Matius 3:16-17) menyatakan:

Setelah Jesus dibaptis, Dia keluar dari air sungai itu. Tiba-tiba langit
terbuka dan Jesus nampak Roh Allah turun seperti burung merpati ke
atasnya. Kemudian terdengarlah suara Allah berfirman: “Inilah Anak-Ku
yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku”.

Di dalam (Lukas 3:21-22):

Setelah semua orang itu dibaptis, Jesus juga dibaptis. Ketika Dia berdoa,
langit terbuka dan roh Allah berwujud burung merpati turun ke atas-Nya.
Lalu terdengar suara dari syurga mengatakan: “Engkaulah Anak-Ku yang
Aku kasihi. Engkau menyenangkan hati-Ku”.

Inilah dalil-dalil yang menyatakan wujudnya tiga kesaksian atau Triniti dalam
Agama Kristian. Ketiga-tiga keperibadian ini tidak terpisah dan mereka adalah
satu. Jika benar Tuhan-Tuhan ini tidak pernah berpisah, mengapa ketika Jesus
mati di tiang salib, Tuhan Bapa dan Holy Spirit masih hidup? Ini menunjukkan
‘Tuhan-Tuhan’ ini bercerai dan mempunyai Tiga keperibadian yang berasingan!

Holy Spirit di Dalam Agama Kristian

Orang-orang Kristian percaya bahawa selain dari Allah sebagai Tuhan Bapa dan
Jesus sebagai Anak Tuhan, mereka juga meyakini bahawa Holy Spirit adalah
oknum ketiga di dalam akidah Trinity mereka. Ketiga-tiga oknum ini adalah
Tuhan dan mereka semua adalah satu.

Holy Spirit adalah pengganti Jesus di bumi ini. Dialah yang mengambil alih tugas
Jesus yang sekarang ini berada di sebelah kanan Tuhan Bapa di langit. Orang-
orang Kristian mendakwa bahawa mereka semua adalah umat ‘kelahiran
kembali’ dan mengakui Holy Spirit atau Ruh Kudus telah menguasai mereka. Di
dalam (Yohanes 3:3) menyatakan:

Jesus menjawab: “Percayalah, tidak seorang pun dapat menikmati


pemerintahan Allah, kecuali dia dilahirkan kembali”.

Bahkan untuk memahami Al Kitab pun, mereka mendakwa harus mempunyai Ruh
Kudus atau Holy Spirit terlebih dahulu. Di dalam (Korintus 2: 13-14)
menyatakan:

Oleh itu, ketika kami menjelaskan hal-hal tentang Allah kepada orang
yang mempunyai Ruh kudus, kami tidak berkata-kata menurut
kebijaksanaan manusia, tetapi menurut ajaran Ruh kudus. Sesiapa yang
tidak mempunyai Ruh kudus, tidak dapat menerima kurnia daripada Ruh
Kudus, kerana orang seperti itu tidak dapat memahaminya dan
menganggapnya sebagai satu kebodohan sahaja. Kurnia daripada Ruh
Kudus hanya dapat dinilai secara rohani.

Inilah dalil yang selalu digunakan oleh orang-orang Kristian ketika menjawab
soalan-soalan tentang percanggahan di dalam kitab mereka. Mereka
mengatakan: “Kamu harus mempunyai Ruh Kudus terlebih dahulu sebelum
memahami kitab kami!”.
Holy Spirit yang membisu!

Ketika berpeluang mengunjungi salah sebuah gereja di Selangor, kenalan Kristian


saya telah menceritakan bahawa terdapat sebuah keluarga Melayu telah
menganut Agama Kristian manakala seorang melayu di Puchong pula, telah pun
menjadi Paderi!

Dengan harapan agar cerita tadi dapat ‘merangsang’ saya untuk menjadi
‘saudara baru’ mereka, maka kenalan Kristian saya yang berbangsa Cina dan
India itu, cuba memberi kefahaman pada saya tentang akidah mereka.
Antaranya, bagaimanakah Jesus di anggap sebagai Anak Tuhan dan Tuhan oleh
Penganut Kristian.

Mereka mengatakan Jesus sebagai Anak Tuhan kerana di dalam Bible sendiri
menyatakan demikian.

Saya bertanya kepada mereka: “Adakah semata-mata kerana Bible


menggunakan kalimah Anak Tuhan maka Jesus dianggap Anak Tuhan?
Sedangkan Jesus juga menggunakan kalimah Anak Manusia di dalam Bible.
Bahkan penggunaan kalimah Anak Manusia lebih banyak berbanding dengan
kalimah Anak Tuhan”.

‘Anak-anak Tuhan’

Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Kalaulah semata-mata penggunaan


kalimah Anak Tuhan ini dijadikan dalil dan bukti untuk menerima Jesus sebagai
Anak Tuhan, maka ramailah Anak Tuhan di dalam Bible”.

Di dalam Old Testament (Kejadian 6:1-4):

…………anak-anak Allah mengahwini anak-anak manusia…………

Di dalam Old Testament (Keluaran 4:22):

……………Israel adalah anak-ku, anak sulung-Ku…………

Di dalam Old Testament (Yeremiah 31:9):

…………Efraim adalah anak-ku yang sulung…………

Di dalam New Testament (Lukas 3:38):

…………menurut pendapat orang… Dia (Jesus) anak Yusuf, anak Eli, anak
Matat…… anak Enos, anak Set, Anak Adam, Anak Allah.

Di dalam New Testament (Roma 8:14):

Orang yang dipimpin oleh ruh Allah, maka mereka itu, anak-anak Allah.

Saya bertanya lagi: “Berapa ramaikah Anak Allah di dalam Bible?”. Mereka
terdiam dan saya dapati salah seorang dari mereka agak tegang dan penuh
emosi. Manakala yang lain pula (kemungkinan) berminat untuk mendengar hujah
saya yang selanjutnya.

Saya tidak pasti mengapa dia tegang dengan situasi perbincangan dan soalan
yang telah saya kemukakan.
Sedangkan jika dia membaca di Dalam New Testament (1 Peter 3: 15-16) telah
menyebut:

“Tetapi dengan tulus hormatilah Kristus sebagai tuhan dalam hidup


kamu, Hendaklah kamu sentiasa bersedia memberikan jawapan kepada
sesiapa sahaja yang meminta kamu menjelaskan harapan yang kamu
miliki. Tetapi lakukanlah hal itu dengan lemah lembut dan hormat.
Hendaklah hati nurani kamu murni, supaya apabila kamu difitnah kerana
hidup dengan baik sebagai pengikut Kritus, orang yang menfitnah kamu
itu akan menjadi malu.”

Tanpa menghiraukan keadaan yang agak tegang tadi, saya meneruskan lagi
dengan berkata: “Sebenarnya kalimah Anak Allah di sini ialah kiasan atau pun
metafora di dalam bahasa Yahudi”.

Dengan memetik kata demi kata dari pidato Allahyarham Syeikh Ahmed Hoosen
Deedat (semoga Allah merahmati beliau), saya membawakan contoh lain bagi
mereka dengan mengatakan: “Saudara, cuba kita perhatikan New Testament
(Yohanes 10:34-36):

Jesus berkata kepada mereka: “Bukankah tertulis di dalam Taurat kamu:


Allah berfirman, ‘kamu Tuhan’? Kita tahu bahawa apa yang tertulis di
dalam Alkitab berlaku untuk selama-lamanya. Allah menyebut, orang
yang menerima firman-Nya sebagai ‘Ilahi’. Aku ini dipilih dan diutus oleh
bapa ke dunia. Adakah kamu mengatakan aku mengkufuri Allah semata-
mata aku mengatakan aku ‘anak Allah’? (Sedangkan dalam bahasa kamu,
kamu dipanggil sebagai ‘Ilahi’)

“Inilah buktinya! Bukankah kalimah Anak Allah yang digunakan oleh Jesus
berdasarkan ayat ini adalah metafora semata-mata dan di sinilah Jesus cuba
memberi faham kepada umat Kristian, bahawa Allah tidak pernah mempunyai
anak dan Jesus bukan Anak Allah seperti yang dipercayai oleh jutaan umat
Kristian pada hari ini”.

Tuhan-Tuhan

Saya berkata lagi: “kalaulah semata-mata kalimah Anak Allah yang telah disebut
oleh Jesus tadi kita menerimanya tanpa memikirkan unsur kiasan atau metafora,
bagaimana pula dengan ayat-ayat ini?”.

Di dalam Old Testament (Keluaran 7:1):

Tuhan berfirman kepada Musa, “Dengarlah, Aku akan menjadikan engkau


Tuhan di depan Firaun, dan Harun sebagai Nabimu.

Di Dalam New Testament (Mazmur 82:6):

“Aku berkata bahawa kamu semua Tuhan, bahawa kamu semua anak
Yang Maha Tinggi”

Di dalam New Testament (2 Korintus 4:4):

……Iblis adalah Tuhan pada zaman ini……

Di dalam New Testament (Yohanes 10:34)


Jesus berkata kepada mereka: “Bukankah telah tertulis di dalam Taurat kamu
bahawa Allah telah berfirman: “Kamu adalah Tuhan?”.

Saya bertanya lagi: “Adakah Tuhan yang disebutkan dalam ayat-ayat ini adalah
Tuhan yang membawa makna hakiki?”. Mereka semua terdiam.

Tanpa menunggu jawapan dari mereka, saya meneruskan hujah dengan berkata:
“Inilah buktinya bahawa kalimah Anak Tuhan dan Tuhan di dalam ayat-ayat yang
saya nyatakan tadi merupakan metafora di dalam Bahasa Yahudi. Bila Jesus
menyebutkan dia sebagai Anak Tuhan sebagaimana yang difahami oleh orang-
orang Kristian. Maha Suci Allah s.w.t dari mempunyai anak atau diperanakkan”.

Seterusnya saya menyambung lagi dengan berkata: “Al Quran telah


menerangkan kepada manusia bahawa Allah SWT tidak mempunyai anak atau
diperanakkan sebagaimana firman-Nya”:

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Dialah Allah yang Maha Esa. Allah


tempat bergantung segala makhluk. Dia tidak beranak dan tidak pula
diperanakkan. Dan tiada satu pun yang setara dengan-Nya. (Surah Al-
Ikhlas 112:1-4)

“Sekarang, cuba anda terangkan kepada saya, dari sudut manakah lagi yang
ingin anda pertahankan bahawa Jesus itu sebagai Anak Tuhan dan juga Tuhan?”

“Jika anda katakan dia memang Anak Tuhan dan juga Tuhan kerana telah
menghidupkan sahabatnya yang telah mati iaitu Lazarus sebagaimana yang telah
dikisahkan dalam (Yohanes 11: 38-44), Elia dam Elisha juga pernah
menghidupkan orang yang telah mati”.

Elia pernah menghidupkan seorang kanak-kanak kecil yang telah mati


sebagaimana yang tercatat di dalam (Old Testament, 1 Raja-Raja 17: 20-22):

Kemudian Elia berdoa dengan suara kuat, “Ya tuhan, Allahku,


mengapakah engkau melakukan perkara yang sedahsyat ini kepada balu
itu? Dia sudah memberikan tumpangan kepadaku, tetapi engkau telah
membunuh anaknya!”. Kemudian Elia menelengkupkan badannya di atas
anak itu tiga kali sambil berdoa, “Ya TUHAN, Allahku, hidupkanlah
semula anak ini!” Tuhan mengabulkan doa Elia. Anak itu mula bernafas
lagi, lalu hidup semula.

Bahkan, cara Elisha menghidupkan orang mati lagi mengkagumkan. Ini adalah
kerana Elisah telah menghidpkan orang mati setelah Elisha sendiri mati dan telah
pun menjadi tulang. Perhatikan (Old Testament, 2 Raja-Raja 13:21):

Pada suatu hari, ketika orang Israel sedang menguburkan orang mati,
mereka nampak gerombolan orang Moab. Oleh sebab ketakutan, mereka
melemparkan mayat itu ke dalam kubur Elisha, lalu melarikan diri.
Sebaik sahaja mayat itu terkena pada tulang-tulang Elisha, mayat itu
hidup semula dan berdiri tegak.

“Dan jika anda katakan dia adalah Anak Tuhan dan juga Tuhan kerana tidak
mempunyai bapa sebagaimana manusia yang normal, bagaimana pula dengan
adam A.S? Adam tidak mempunyai ibu dan juga bapa. Bukankah begitu?”

Dan sudah tentu anda pernah membaca tentang Melkisedik sebagaimana yang
tercatat di dalam New Testament (Ibrani 7: 1-3):
“Melkisedik adalah Raja Salem dan Imam Allah Yang Maha Tinggi. Ia
pergi berjumpa dengan Ibrahim untuk memberkatinya setelah Ibrahim
kembali dari mengalahkan Raja-Raja. Ibrahim memberikan kepada
Melkisedik sepersepuluh dari harta yang dirampasnya. Menurut erti
nama Melkisedik itu ialah, Raja kebenaran. Oleh sebab dia adalah Raja
Salem, maka namanya juga bermakna Raja Kesejahteraan. Ia tidak
mempunyai bapa, tidak mempunyai ibu, tidak ada salasilah keturunan,
harinya tiada permulaan dan hidupnya tiada kesudahan dan ia dijadikan
sama dengan anak Allah, ia tetap menjadi Imam selama-lamanya”.

“Jadi, cuba anda terangkan kepada saya, di atas dasar apakah Jesus itu dianggap
Anak Tuhan dan juga Tuhan?

Salah seorang dari mereka menjawab: “Kamu tidak boleh menggunakan akal
semata-mata dalam memahami Tuhan. Dan yang paling penting seseorang itu
seharusnya mempunyai Holy Spirit terlebih dahulu sebelum menafsirkan ayat-
ayat di dalam Alkitab”.

Saya menjawab: “Mengapa tidak boleh menggunakan akal? Bukankah Tuhan


yang memberikan kita akal? Bahkan di dalam New Testament (Markus 12: 30)
mengatakan:

“Cintailah Tuhan Allah mu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu,


dengan seluruh akalmu dan dengan segala kekuatanmu”.

Dan banyak lagi ayat-ayat di tempat lain yang menyatakan pentingnya akal
untuk menyintai Allah.

Ke mana Menghilangnya Holy Spirit?

Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Orang-orang Kristian mendakwa bahawa


mereka adalah umat yang mempunyai serta dipimpin oleh Holy Spirit. Dan bila
kami sebagai Muslim bertanya kepada kamu tentang percanggahan-
percanggahan di dalam Alkitab, kamu mengatakan pula bahawa seseorang itu
perlu mempunyai Holy Spirit terlebih dahulu untuk memahami Alkitab. Sungguh
menghairankan! Apa yang telah Holy Spirit buat pada kamu sehinggakan kamu
sebagai umat yang telah merasai Holy Spirit, terdiam membisu setiap kali soalan
diutarakan kepada kamu? Ke mana menghilangnya Holy Spirit itu?”

Salah seorang dari mereka menyatakan secara ikhlas kepada saya: “Saya tak
mampu untuk memberikan jawapan tentang apa yang telah kamu timbulkan
tadi, tetapi saya berdoa semoga satu hari nanti, kamu mendapat hidayah dari
Holy Spirit dan beriman dengan ketuhanan Jesus!”.

Lihatlah, betapa mereka masih mempertahankan akidah mereka yang rapuh itu
walaupun segala bukti dan hujah untuk menolak idea dosa warisan ini datangnya
dari kitab suci mereka sendiri!

Mereka meremehkan ajaran Jesus yang mana baginda sendiri telah menafikan
idea dosa warisan dan penebusan dosa ini. Dan amat malang lagi, mereka lebih
mempercayai apa yang dikatakan oleh Paul, Peter dan lain-lain berbanding apa
yang dikatakan oleh Jesus sendiri!

Sedangkan Jesus menyeru mereka supaya mentauhidkan Allah yang Esa


bukannya menyembah makhluk selain Allah SWT atau mensyirikkan-Nya dengan
sesuatu!
Perhatikan apa yang telah dikatakan oleh Jesus terhadap mereka:

Jesus menjawab: “Inilah perintah yang paling utama, “Dengarlah wahai


bangsa Israil Tuhan Allah KITA, Dialah Tuhan Yang ESA’. Kasihilah tuhan
Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan
seluruh akalmu, dan dengan segala kekuatanmu”. (Markus 12: 29-30)

Dan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri telah membenarkan apa yang dikatakan oleh
Jesus melalui Firman Allah s.w.t. di dalam Al Quran yang telah diturunkan
kepada Baginda:

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Dialah Allah yang Maha ESA, Allah


tempat bergantung segala makhluk. Dia tidak beranak dan tidak pula
diperanakkan. Dan tiada satu pun yang setara dengan-Nya.” (Surah Al-
Ikhlas 112:1-4)

Inilah kalimah tauhid yang dibawa oleh para Rasul dan Nabi-nabi dan kaumnya
termasuk Jesus sendiri.

Bagi mereka yang memerhatikan dalil-dalil ini dengan hati yang ikhlas dalam
mencari kebenaran, maka sudah pasti mereka akan memilih Islam sebagai ‘Jalan
Keselamatan’ hakiki, namun bagi mereka yang tertutup pintu hatinya dari
kebenaran, maka mereka tetap mempertahankan akidah mereka walaupun telah
datang cahaya kebenaran melalui utusan-utusan Allah SWT

Di dalam hal ini, Allah SWT telah menggambarkan kepada Muslim tentang sikap
sesetengah mereka yang masih ingin mempertahankan akidah mereka yang
bercanggah dengan apa yang telah diajar oleh Jesus sendiri serta menyeru umat
Islam agar terus berdakwah kepada golongan Ahli Kitab ini. Firman Allah SWT:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia,


menyuruh kepada makruf, dan mencegah dari kemungkaran dan beriman
pada Allah. Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman, tentulah (keimanan) itu
lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman dan
kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah Al-Imran
3:110)

Perhatikan, betapa benarnya Al-Quran dalam menyatakan sifat mereka ini


terhadap Islam dan kita sebagai Muslim wajib menyampaikan dakwah ini kepada
seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w agar terus berakidah dengan akidah yang
sebenar. Dan yakinlah, Allah SWT akan membantu kita yang membantu agama-
Nya.

Firman Allah SWT:

Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (Agama) Allah,


pasti Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu). (Surah
Muhammad 26:7)

Anda mungkin juga menyukai