Anda di halaman 1dari 16

KISAH PAR A SAHAB AT BY

SAUDA RA HA FIZUL

Islamnya Abu Zar Ghifari

.
Contoh Takwa Yang Dipertunjukkan Oleh Umar
ISLAMNYA ABU ZAR
GHIFARI

Kata Ali r.a.hu.

“ Abuzar ialah penyimpan jenis-


jenis ilmu pengetahuan yang tak
dapat diperolehi oleh orang lain ”
Apabila dia mula-mula mendengar khabar tentang
kerasulan Nabi SAW,dia telah menghantar saudara
lelakinya menyiasat dgn. lebih lanjut mengenai
orang yang mendakwa menerima berita dari
langit.Setelah puas menyiasat,saudaranya pun
melaporkan kepada Abu Zar bahawa Nabi
Muhammad SAW itu seorang yang bersopan santun
dan baik budi pekertinya.Ayat-ayat yang dibacakan
kepada manusia bukannya puisi dan bukan pula
kata-kata ahli syair.
Laporan yang disampaikan itu masih belum memuaskan hati
Abu Zar.Dia sendiri keluar utk. mencari kenyataan.Setibanya di
Makkah,dia terus ke Baitul Haram.Pada masa itu dia tidak kenal
Nabi SAW,dan memandangkan keadaan pada masa itu dia
merasa takut hendak bertanya-tanya darihal Nabi SAW.Apabila
menjelang malam,dia dilihat oleh Ali RA.Oleh kerana ia seorang
musafir,Ali terpaksa membawa Abu Zar ke rumahnya dan
melayani Abu Zar sebaik-baiknya sebagai tetamu.Ali tidak
bertanya sesuatu apa pun dan Abu Zar bagi dirinya tidak pula
memberitahu Ali tentang maksud kedatangannya ke
Makkah.Pada keesokkan harinya,Abu Zar pergi sekali lagi ke
Baitul Haram untuk mengetahui siapa dia Muhammad.Sekali lagi
Abu Zar gagal menemui Nabi kerana pada masa itu orang-orang
Islam sedang diganggu hebat oleh orang-orang kafir
musyrikin.Pada malam yang keduanya,Ali membawa Abu Zar
kerumahnya.Pada malam itu pun Ali tidak bertanya hal diri Abu
Zar.Tetapi pada malam ketiga,Ali bertanya:
"Saudara,apakah sebabnya saudara datang ke kota ini?"

Sebelum menjawab Abu Zar meminta Ali berjanji bercakap benar.


Kemudian dia pun bertanya Ali tentang Nabi SAW.

Ali berkata:

"Sesungguhnya dialah pesuruh Allah.Esok engkau ikut sahaja aku


dan aku akan membawamu menemuinya.Tetapi awas,bencana yang
buruk akan menimpa kamu kalau perhubungan kita diketahui
orang.Semasa berjalan esok,kalau aku dapati bahaya mengancam
kita,aku akan berpisah agak jauh sedikit dari kamu dan berpura-pura
membetulkan kasut aku.Tetapi engkau terus berjalan supaya orang
tidak mengesyaki perhubungan kita."
Pada keesokkan harinya,Ali pun membawa Abu Zar bertemu
dgn. Nabi SAW.Tanpa banyak soal jawab,dia telah memeluk
agama Islam.Kerana takut dia diapa-apakan oleh musuh,Nabi
SAW menasihatkannya supaya cepat-cepat balik dan jangan
mengistiharkan pengislamannya di khalayak ramai.Tetapi Abu
Zar menjawab dgn. berani "

"Ya Rasullulah,aku bersumpah dengan nama Allah yang jiwaku


di dalam tanganNya,bahawa aku akan mengucap dua kalimah
syahadah di hadapan kafir-kafir musyrikin itu."

Janjinya kepada Rasulullah SAW ditepatinya.Selepas ia


meninggalkan baginda,dia mengarah langkah kakinya ke Baitul
Haram di mana dihadapan kaum musyrikin dan dengan suara
lantang dia telah mengucapkan dua kalimah syahadah.

"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku


bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah."
Apatah lagi,demi mendengarnya ucapan Abu Zar itu,orang-orang
kafir pun menyerbunya lalu memukulnya.Kalau tidak kerana
Abbas(bapa saudara Nabi yang ketika itu belum Islam)tentulah Abu
Zar menemui ajalnya disitu.

Kata Abbas kepada orang-orang kafir musyrikin yang menyerang


Abu zar:

"Tahukah kamu siapa orang ini?Dia ialah dari puak Ghifar.Khafilah-


khafilah kita yang berulang-alik ke Syam terpaksa melalui
perkampungan mereka.Kalaulah ia dibunuh,sudah tentu mereka
menghalang perniagaan kita dengan Syam."

Pada hari berikutnya,Abu Zar sekali lagi mengucapkan dua kalimah


syahadah dihadapan orang-orang kafir Quraisy dan pada kali ini
juga ia telah diselamatkan oleh Abbas.
Kegairahan Abu Zar mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan kafir
Quraisy sungguh-sungguh luarbiasa jika dikaji dalam konteks larangan
Nabi SAW kepadanya.Apakah dia boleh dituduh sebagai telah mengingkari
perintah Nabi?Jawapannya-TIDAK.

Dia tahu bahawa Nabi SAW sedang mengalami penderitaan yang berbentuk
gangguan dalam usahanya ke arah menyebarkan agama Islam.Dia hanya
hendak mencontohi Nabi SAW walaupun ia mengetahui,dengan berbuat
demikian dia mendedahkan dirinya dalam bahaya.Semangat keislamannya
yang beginilah yang telah membolehkan para sahabat mencapai kemuncak
kejayaan dalam alam lahiriyah serta batiniyah.

Keberanian Abu Zar ini selayaknya menjadi contoh kepada umat Islam
dewasa ini dalam merangka usaha mereka menjalankan dakwah Islamiyah.

Kekejaman,penganiyaan serta penindasan tidak semestinya melemahkan


semangat mereka yang telah mengucapkan dua kalimah syahadah.
TAKWA SAIDINA UMAR

Umar r.a.hu kerap memegang sehelai jerami sambil berkata:

"Alangkah baiknya kalau aku dapat menjadi jerami seperti ini."

Kadang-kala dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak


dilahirkan oleh ibuku!“

Pada suatu ketika Umar sedang sibuk dengan urusan yang penting.
Tiba-tiba datang satu hamba Allah dengan satu pengaduan yang
berkehendakkan pembetulan. Oleh Umar dicemetinya orang itu di
bahagian bahunya. Umar berkata: "Bila aku duduk hendak menerima
pengaduan engkau tidak datang tetapi bila aku sibuk dengan urusan
penting engkau datang mengganggui aku."
Tanpa berkata apa-apa orang itu pun meninggalkan Umar. Sejurus
kemudian ia dibawa ke hadapan Umar sekali lagi. Sambil
mengunjukkan cemeti tadi padanya Umar berkata: "Pukullah aku
sebagai membalas perbuatan tadi." "Kata orang itu: "Saya
mengampuni awak kerana Allah s.w.t.“

Kekesalan Umar tidak dapat dibayangkan. Dengan cepat dia kembali


ke rumahnya lalu mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Dia
mengkritik dirinya sendiri seperti berikut: "Wahai Umar, dahulu
kedudukanmu rendah tetapi kini telah ditinggikan oleh Allah s.w.t..
Dahulu kamu sesat tetapi kini telah dipimpin oleh Allah s.w.t. dan Dia
telah memberi kamu kuasa ke atas hamba-hambaNya. Apabila salah
seorang daripada mereka datang untuk mendapat keadilan ia dipukul
dan disakiti. Apakah alasan yang hendak kamu berikan di hadapan
Allah s.w.t.?"
Soalan ini dihadapkan kepada dirinya bukan sekali malah beberapa
kali. Pada suatu malam Umar sedang meronda di suatu tempat
dipersekitaran kota Madinah dengan hambanya Aslam. Tiba-tiba
kelihatan cahaya api tidak jauh dari tempat mereka berada. Dia
berkata: "Nun di tengah-tengah padang pasir nampaknya ada khemah,
mungkin kepunyaan suatu khalifah yang tidak dapat memasuki kota
kerana kegelapan malam. Mari kita uruskan perlindungan mereka.“

Setibanya mereka di tempat perkhemahan itu, yang kelihatan


hanyalah seorang perempuan dengan beberapa orang anaknya. Si ibu
tadi sedang menjerang secerek air, sambil memberi salam dia
meminta izin untuk mendekatinya.
Umar: "Mengapa kanak-kanak ini menangis“

Perempuan: Kerana mereka lapar“

Umar: "Apa yang ada di dalam cerek itu?“

Perempuan: "Hanya air untuk memperdayakan mereka supaya


mereka tidur dengan sangkaan yang makanan sedang disediakan
untuk mereka. Ah, Allah s.w.t. akan mengadili pengaduanku
terhadap Umar pada hari kiamat nanti kerana membiarkan aku
didalam keadaan begini.“

Umar (Menangis)"Semoga Allah s.w.t. mengampuni kamu tetapi


bagaimanakah Umar hendak mengetahui tentang penderitaan
kamu!“

Perempuan:"Orang yang menjadi Amir patut tahu akan keadaan


setiap rakyatnya.“
Umar balik kekota dan terus ke Baitulmal. Dia mengisikan sebuah
karung dengan tepung, buah tamar, minyak dan kain baju. Dia
mengeluarkan juga sedikit wang. Apabila karung tadi telah penuh
Umar pun berkata kepada Aslam:

"Letakkan karung ini keatas belakangku Aslam“

Aslam: "Tidak, tidak, ya Amirul Mu'minin! Biar saya yang


memikulnya“

Umar: "Apa! Adakah engkau yang akan memikuli dosaku dihari


kiamat kelak? Aku terpaksa memikulinya kerana akulah yang akan
dipersoalkan nanti mengenai perempuan ini“

Dengan perasaan serba salah Aslam meletakkan karung itu diatas


belakang Umar. Dengan diikuti oleh Aslam dia telah berjalan dengan
pantas menuju khemah perempuan itu. Dia memasukkan sedikit
tepung, buah tamar dan minyak kedalam cerek tadi lalu
mengacaunya. Dia sendiri meniup bara untuk menyalakan api. Kata
Aslam:

"Saya melihat asap mengenai janggutnya"


Sebentar kemudian makanan itu pun siaplah. Umar sendiri
menghidangkan kepada keluarga miskin itu. Selepas kenyang perut
kanak-kanak itu, mereka pun bermainlah dengan gembiranya. Melihat
keadaan anak-anaknya, perempuan itu pun berkata:

"Semoga Allah s.w.t. memberi ganjaran kepada kamu kerana


kebaikan hatimu. Sesungguhnya kamu lebih layak memegang
jawatan khalifah daripada Umar.“

Umar melipurkan hati perempuan itu lalu berkata:

" Apabila kamu datang berjumpa dengan khalifah, kamu akan


menjumpai aku disana.”

Setelah melihat kanak-kanak itu bermain beberapa ketika, Umar pun


beredar dari situ. Dalam perjalanan pulang Umar telah bertanya
kepada Aslam:

"Kamu tahu tak mengapa aku duduk disitu beberapa ketika?"Aku


ingin melihat mereka bermain-main dan gelak ketawa kerana
kesukaan setelah melihat mereka menangis kelaparan."
Mengikut riwayat ketika mengerjakan solat fajar Umar sering
membaca SURAH "KAHF, TAHA" dan lain-lain surah yang hampir-
hampir sama dengan surah-surah itu. Waktu inilah dia kerap
menangis sehingga tangisannya jelas kedengaran beberpa saf
kebelakang. Pada suatu subuh ketika membaca ayat SURAH "YUSUF"
yang bermaksud:

Hanya aku mengadukan kesusahanku dan kedukacitaanku kepada


Allah. (SURAH YUSUF-86)

Dia telah menangis teresak-esak sehingga tidak dapat meneruskan


pembacaannya.
Wahai kaum muslimin, kisah-kisah Umar yang baru saja diceritakan
sepatutnya dijadikan bahan rujukan oleh kita bersama. Umar
diketahui umum merupakan kesatriaan Islam yang terkenal kerana
gagah beraninya. Namanya saja sudah dapat mengecutkan perut
pemusuh-pemusuh Islam. Namun demikian dihadapan Allah s.w.t.
dia menangis ketakutan. Dimanakah seorang Raja atau Pemimpin
negara yang bersedia menunjukkan belas rahimnya kepada
seorang hamba rakyatnya yang hina seperti mana yang telah
ditunjukkan oleh Umar? Demikianlah kesucian, kemurnian dan
ketinggian sopan santun yang dikehendaki oleh Islam, Agama yang
kita semua akui sebagai penganut-penganutnya.

Anda mungkin juga menyukai