Anda di halaman 1dari 37

Ustaz Mohd.

Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 1

KONSEP LOVE DALAM TRADISI KEROHANIAN KRISTIAN DAN AL-HUB AL-ILAHI


DALAM TASAWWUF: SATU PERBANDINGAN

1.PENDAHULUAN

Kita sedia maklum bahawa setiap agama dalam dunia ini mengakui adanya Tuhan, kerana ia
merupakan fitrah semulajadi manusia semasa di alam roh lagi. Sebagaimana firman Allah S.W.T:

Maksudnya: ”Dan (Ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak
Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri
mereka sendiri, (sambil ia bertanya dengan firmaNya): ”Bukankah aku Tuhan kamu?” Maka mereka
semua menjawab: ”Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya
kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi
peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.
(al-A’raf 7: 172)

Selain itu juga, semua agama tidak kira Islam, Kristian, Buddha dan lain-lain adalah menyeru
ke arah kebaikan dan menolak segala kemungkaran mengikut acuan agama masing-masing. Oleh
yang demikian, jalan untuk mencapai tahap ketaatan di sisi Tuhan adalah melalui agama yang akan
mendorong manusia dalam melakukan ketaatan mengikut tahap-tahap yang tertentu. Tahap
pencapaian yang tinggi di sisi Tuhan dapat menjadikan seseorang itu berdamping dengan Tuhan
malahan pula dapat meleburkan diri bersama dengan Tuhannya. Jika kita melihat kepada
perkembangan ilmu tasawwuf pada hari ini dan perbandingan dengan agama-agama lain yang
mengamalkan ajaran yang berkaitan dengan ketuhanan, satu konsep yang menjadi penekanan kepada
mereka iaitu kecintaan kepada Tuhan. Dalam agama Islam, konsep ini dikenali dengan ”al-hubb al-
Ilahi”. Manakala, dalam agama lain seperti Kristian ia dikenali dengan ”love”. Untuk mencapai ke
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 2

tahap tersebut, mereka perlu melalui pelbagai peringkat yang memungkinkan mereka itu dapat
mencapai tahap kecintaan yang sebenar kepada Tuhan.

Maka melalui kenyataan yang ringkas ini, penulis cuba meneroka dan mengupas apakah yang
dikatakan dengan konsep ”love” dalam agama Kristian dan konsep ”al-hubb al-Ilahi” dalam ilmu
Tasawwuf. Berikutan itu, penulis telah membuat satu perbandingan di antara kedua-dua konsep
tersebut untuk melihat dari segi persamaan dan perbezaan di antara keduanya. Semoga dengan
adanya perbandingan sebegini, kita dapat melihat dan menilai sejauh manakah pendekatan yang cuba
diamalkan dalam agama Islam dan agama Kristian untuk mendapat tahap kecintaan kepada Tuhan
yang boleh meletakkan mereka kepada tahap keimanan yang tinggi.

2.TEOLOGI DALAM KRISTIAN

Ajaran Kristian pada hari ini dikatakan telah diasaskan oleh Jesus Christ atau dikenali dengan Nabi
Isa A.S dalam dunia Islam. Tetapi jika dilihat secara menyeluruh terutamanya di dalam Bible kita
akan dapati bahawa hampir keseluruhan doktrin yang terkandung di dalam ajaran Kristian kini
adalah berasal daripada ciptaan seorang Yahudi yang bernama Saul of Tarsus yang kemudiannya
dikenali dengan nama Paul atau St. Paul.(Budiman Radhi,1964: 8). Nabi Isa yang sebenarnya
merupakan seorang Nabi Bani Israel yang diutuskan oleh Allah S.W.T sebagai nabi untuk
mengesahkan kebenaran kitab Taurat dan membawa wahyu yang bernama Injil yang datangnya dari
Allah S.W.T seperti yang terkandung firmanNya yang berbunyi:

“Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikut jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani
Israel), untuk membenarkan kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan
kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi pertunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil
mengesahkan benarnya apa yang telah ada dihadapannya dari Kitan Taurat, serta menjadi
pertunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”.
(Al-Maidah 5: 46)
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 3

Baginda juga diutuskan Allah S.W.T untuk menyampaikan perkhabaran tentang kelahiran Nabi
terakhir utusan Tuhan Yang Maha Agung iaitu Nabi Muhammad S.A.W di mana Allah telah
berfirman:

“Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israel,
sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang
diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan
sorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad”. Maka tatkala ia datang
kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah
sihir yang jelas nyata!”
(As-Saff 61: 6)

Berdasarkan ayat di atas menunjukkan akan dibawakan bukti dari Bible yang memberi tahu
mengenai kedatangan Nabi Muhammad itu ada di dalam kitab tersebut. Nabi Isa telah
memperlihatkan mukjizat-mukjizat kenabiannya sebagaimana nabi-nabi yang lain dalam
melaksanakan tugas mengembangkan ajaran Allah yang kemudiannya telah diubah oleh golongan
pendusta yang tak bertangungjawab. Kesemua mukjizat yang diperlihatkan oleh baginda itu adalah
dengan keizinan daripada Allah S.W.T seperti menghidupkan rakannya iaitu Lazarus yang mati itu
adalah atas izin Allah dan mengubati penyakit orang yang terkena penyakit. Kelahiran baginda yang
ajaib tanpa berbapa itu juga  adalah atas kehendak Allah di mana kebanyakan penganut agama
Kristian pada hari ini menolaknya. Baginda telah di selamatkan oleh Allah S.W.T daripada dibunuh
oleh pendita Yahudi yang tidak berpuas hati terhadap baginda pada ketika itu dimana Judas Iscariot
seorang Yahudi telah diubah oleh Allah S.W.T supaya muncul seperti Nabi Isa dan akhirnya dibunuh
di atas tiang salib (http://s13.invisionfree.com/mysahabat/ar/t96.htm 2/10/2006).
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 4

Berikutan itu tadi merupakan antara beberapa gambaran yang telah dicatatkan di dalam "The Last &
Final Testement of God” iaitu al-Qur’an mengenai Nabi Isa yang menjadi pegangan bagi seluruh
umat Islam (http://s13.invisionfree.com/mysahabat/ar/t96.htm 2/10/2006). Namun demikian, Kristian
turut juga memaparkan beberapa perasaan cinta mereka terhadap Nabi Isa sebagaimana cinta seorang
Muslim kepada Allah S.W.T, tetapi dengan cara mereka adalah bertentangan ajaran Islam yang
sebenar. Kita amat sayang dan cinta terhadap Nabi Isa kerana baginda adalah salah seorang Nabi
Allah dan segala mukjizat yang diperlihatkan oleh baginda merupakan bukti bahawa baginda adalah
seorang utusan Allah yang membawa ajaran yang benar. Sebaliknya orang Kristian menyatakan
perasaan cinta dan sayang mereka dengan menyatakan bahawa baginda itu merupakan salah satu
daripada ketuhanan di dalam bentuk Trinity.

3.DOKTRIN-DOKTRIN DALAM KRISTIAN

3.1 Doktrin Dosa Warisan ( The Original Sin )

Menurut ajaran Kristian mempercayai bahawa sejak manusia dilahirkan telah menanggung dosa di
mana Adam dan Hawa telah melanggar perintah Allah dengan memakan buah daripada pohon
larangan yang di sebut di dalam al-Qur’an sebagai Shajarat Al- Khuldi di dalam taman Syurga atau
di dalam Bible disebut “The Garden Of Eden”. Oleh yang demikian, Adam dan Hawa dianggap telah
berdosa dan disingkirkan daripada syurga akibat daripada perbuatan mereka itu melanggar perintah
Tuhan dengan memakan pohon larangan tersebut (http://s13.invisionfree.com/mysahabat/ar/t96.htm
2/10/2006)

Melalui penyingkiran itu, keturunan Adam dan Hawa terpaksa menanggung derita dan
kesengsaraan akibat dari perbuatan mereka dan manusia kemudiannya dikatakan telah berdosa sejak
lahir lagi. Pelbagai cara dibuat untuk menghilangkan dosa ini dan menurut Old Testement orang
Yahudi, mereka mengorbankan lembu dan kambing untuk membersihkan dosa-dosa mereka. Tetapi
melalui cara untuk membersihkan dosa seluruh umat manusia merupakan satu pengorbanan murni
yang perlu dilakukan iaitu dengan pembunuhan anak Tuhan iatu Jesus Christ (Budiman Radhi,1964:
8)
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 5

3.2 Doktrin Anak Tuhan ( The Sonship of God )

Menerusi ruangan doktrin mereka ini adalah bertujuan untuk menyelamatkan manusia daripada
derita dan neraka. Apabila Tuhan telah menurunkan anaknya iaitu Isa ke dalam kandungan Maryam
atau Mary yang akan melahirkan seorang bayi lelaki yang dikenali sebagai anak Tuhan. Menurut
ajaran Kristian, mereka percaya bahawa Jesus Christ yang diutuskan oleh Tuhan itu merupakan anak
Tuhan yang tunggal. Oleh kerana itu, Jesus Christ itu lebih menghampiri Tuhan daripada orang lain
dan menyebabkan Jesus itu telah dilahirkan dengan cara yang ajaib iaitu tanpa melalui proses
kelahiran manusia seperti biasa. Setelah Jesus Christ itu digelar sebagai Anak Tuhan maka Kristian
akhirnya telah menukarkan status Jesus Christ sebagai Tuhan dan mereka mendakwa bahawa Jesus
Christ itu sebenarnya adalah Tuhan yang menjelma (Incarnate) dalam bentuk manusia. Jesus di
dakwa sebagai Tuhan adalah berdasarkan isi kandungan ajarannya, keajaiban yang ditunjukkannya
dan juga kematiannya di atas tiang salib. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah golongan Kristian
yang lain seperti Jehovah’s Witnesses, Christadelphians dan golongan Unitarian bagi mereka tidak
mempercayai doktrin seperti yang dinyatakan itu (http://s13.invisionfree.com/mysahabat/ar/t96.htm
2/10/2006).

3.3 Doktrin Kesucian Trinti (The Holy Trinity)

Perkataan “Trinity” ialah satu istilah falsafah Yunani yang membawa maksud Tuhan yang satu tetapi
ia mengandungi tiga unsur yang berbeza dan ia merupakan salah satu asas di dalam ajaran Kristian.
Berdasarkan doktrin ini Tuhan bagi Kristian adalah tuhan yang mempunyai 3 hubungan yang saling
berkait-rapat atau dikenali dengan Tuhan tiga dalam satu dan satu dalam tiga seperti berikut:

• Hanya ada satu Tuhan


• Bapa, Anak (Isa) dan Roh al-Quds setiap satu adalah Tuhan
• Bapa, Anak (Isa) dan Roh al-Quds adalah tiga peribadi yang berbeza.
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 6

Aliran utama Kristian menyatakan bahawa trinti tersebut adalah Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan juga
Roh Kudus dan ketiga-tiga triniti ini mempunyai persamaan kuasa dan kemuliaan serta ketiga-
tiganya ini adalah satu yang terdapat dalam tiga yang membawa maksud ketiga-tiganya adalah satu
pada hakikatnya. Demikian itu tadi beberapa ajaran Kristian mengenai konsep ketuhanan mereka
yang merupakan doktrin yang tidak pernah diajar oleh bible yang mereka miliki (Shalby,
Ahmad.1966:72).

3.4 Doktrin Penyaliban Jesus (The Cruxifixion of Jesus)

Melalui doktrin ini merupakan salah satu lambang utama di dalam agama Kristian iaitu misteri
Penyaliban Jesus di tiang salib. Penganut agama Kristian mempercayai bahawa Tuhan telah
menghantar anaknya yang tunggal iaitu Jesus ke dunia ini demi untuk menebus segala dosa-dosa
manusia dan juga untuk menyelamatkan manusia daripada api neraka menerusi kaedah penyaliban di
mana kemudiannya dibangkitkan semula (resurrected) atas tujuan yang sama. Ini adalah di antara
beberapa doktrin yang menjadi asas bagi penganut agama Kristian sejak dari dulu hingga sekarang
(Budiman Radhi, 1964: 70).

4. KONSEP LOVE DALAM TRADISI KEROHANIAN KRISTIANITI

4.1 Takrif

Perkataan “Love” George Eliot telah menyatakan bahawa Cinta atau Love itu merupakan satu dunia
dalam semua perkara. Menurut beliau erti kecintaan ialah cinta terhadap semua perkara termasuklah
Tuhan, ibubapa, kanak-kanak, jiran tetangga, suami isteri, pemandangan gunung-ganang, pekerjaan
dan sebagainya. Dalam pemikiran Kristian, hubungan Tuhan dan cinta boleh dilihat dalam New
Testament (Kitab Injil) (John 4,9); Menurut Ruysbroek pula, beliau menghubungkan cinta itu dengan
“Holy Spirit” atau dikenali dengan Roh Al-Quds yang lahir daripada interaksi Tuhan Bapa (Father)
dan juga “Eternal Wisdom” (John Ferguson 1997: 170). Cinta juga merupakan satu matlamat bagi
jiwa di mana matlamat tersebut tidak akan sempurna sehinggalah mereka melakukan apa yang
mereka mampu seperti yang dinyatakan di bawah ini;
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 7

“They were made to love, and are dark and vain and comfortless till they do it “He goes on” God is
present buy love alone. By love alone He liveth and feeleth in other person. By Love alone He
pleasing to himself, by love alone He is rich and blessed.”

Berikutan itu, “The Mirror of Simple Soul” telah menyatakan seperti berikut;

“I am God” says Love, “for Love is God and God is Love. And this soul is God by condition of Love:
but I am God by Devine Nature….” (John Ferguson 1997: 108-109)

4.2 Konsep Love

Dalam membincangkan tentang Love tokoh-tokoh mistik Krsitian mempunyai pandangan yang
hampir sama berhubung dengan konsep love ini. Perkara ini jelas apabila kita melihat pandangan
mereka tentang istilah ini, contohnya pada zaman awal Kristian istilah love dihubungkan dengan
cara-cara bagaimana suatu proses mendekatkan dan memahami Tuhan itu adalah berpunca dari rasa
kecintaan seseorang terhadap Tuhan. St Clement of Alexandaria menyatakan, dalam usaha mencapai
makrifat (Gnostik) yang sebenar yang diusahakan melalui ilmu mistik, seterusnya akan sampai
kepada matlamat agama Kristian yang sebenar adalah dengan merenungi tentang Tuhan
(contemplation of God). Katanya: Ujian yang paling besar adalah dalam semua ujian adalah untuk
mengetahui diri seseorang itu. Apabila seseorang itu kenal dirinya maka ia akan kenal Tuhan, dan
dengan mengetahui Tuhan maka dia akan menjadi seperti Tuhannya. Ilmu pengetahuan tentang
Tuhan ini pula bukannya sekadar berlegar di minda semata-mata tetapi melalui pengorbanan diri
terhadap kehidupan keduniaan yang seterusnya membawa kepada penyucian diri. Semua ini katanya
tidak lain hanya akan diperolehi melalui “cinta” (Smith 1976: 46).

Jika kita melihat kepada pandangan tokoh lain, Origen (185-254AD) pula menyatakan Tuhan
itu sendiri sebagai Love. Hanya para wali (saints) yang dapat memahami hakikat ataupun misteri-
misteri ketuhanan. St. Augustine pula menyatakan bahawa jiwa manusia itu ingin kembali kepada
Tuhannya, iaitu suatu kehidupan yang dirahmati kerana ia mempunyai suatu memori yang jelas
tentang asal usulnya. Oleh itu katanya apabila jiwa seseorang itu ingin berhubungan dengan
Tuhannya maka haruslah seseorang itu kenal terlebih dahulu Tuhannya. Kehidupan yang dirahmati
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 8

tidak akan tercapai melainkan melalui perasaan cinta itu wujud dalam diri seseorang (Smith 1976:
50)

Seorang lagi tokoh mistik awal Kristian yang banyak mempengaruhi penulisan-penulisan
mistisisme Kristian ialah Dionysius. Beliau mengatakan bahawa kecintaan kepada Tuhan ialah “an
eternal circle, from goodness, through goodness and to goodness”. Baginya juga oleh kerana jiwa itu
sendiri bersifat divine kerana ia datang daripada Tuhan maka apabila ia cuba kembali kepada Tuhan
melalui penyucian, illuminisasi dan juga penyempurnaan maka ia seharusnya kembali kepada
Tuhannya iaitu Sumbernya (Smith 1976: 54).

Setelah berlalunya zaman awal, terdapat tokoh zaman pertengahan dalam sejarah Kristian
yang memberi sumbangan tehadap perkembangan mistisisme Kristian. Antara mereka ialah St.
Bernard of Clairvaux (1090-1153AD), beliau banyak mengajar tentang bagaimana untuk mencapai
pengetahuan atau vision tentang Tuhan. Sebagaimana ahli mistik lain, beliau menyatakan bahawa
cara untuk sampai kepada Tuhan adalah melalui purification dan juga illumination dan Love itu
sendiri yang menjadi guru untuk membolehkan jiwa seseorang itu menakluki dirinya dan juga
mengekang dosa-dosa. Katanya:

“God is Love, and the soul is Spouse of Love, who in utter self-renunciation gives herself wholly to
Love, and is thereby able to discern Him Who is Love itself- to love thus is to contract marriage with
God, and they who love God are one Spirit with Him (Smith 1976: 71).

Salah seorang tokoh Kristian yang terkenal, Julian of Norwich cukup jelas membincangkan tentang hubungan
di antara cinta manusia kepada Tuhan dan juga cinta Tuhan kepada manusia. Beliau membincangkan perkara
ini dalam bukunya yang bertajuk Revelations of Divine Love. Beliau menyatakan dalam melihat konsep cinta
ini perlu dilihat hubungannya dengan Tuhan itu sendiri, manusia, dosa dan juga ibadat (prayer).

Dalam konteks hubungan cinta dengan Tuhan, beliau menyatakan bahawa Tuhan mempunyai
sifat-sifat tertentu yang ada kaitan dengan cinta seperti dalam ungkapannya sebagaimana berikut:

“God is all that is good, and gently enfolds us; in comparison with almighty God creation is
nothing ; man can have no rest until he totally denies himself and everything else for love of God”.
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 9

Dalam ungkapan yang lain beliau menyatakan:

“Three attributes of God: life, love and light, our reason agrees; it is God’s geatest gift; our faith is
a light which comes from the Father; it is measured to our need, and leed us through the night; at
the end of our troubles our eyes will be opened suddenly; this full light and clarity is God our
Maker, Father, and Holy Spirit, through Jesus, our Saviour.

Dalam memberi gambaran tentang nature manusia pula beliau menyatakan bahawa manusia
mempunyai sifat-sifat tertentu yang ada kaitan dengan Tuhan seperti benar (truth), hikmah (wisdom)
dan juga cinta (love) sebagaimana kenyataan di bawah:

“Attribute of the Trinity; created man has the same attributes when he does what he was made for;
he sees, gazes and marvels at God,and sees himself to be nothing”.

Melalui kenyataan ini menunjukan bahawa manusia pada pandangannya sentiasa melakukan
perkara mengikut kehendak Tuhan. Kebenaran muncul dengan melihat Tuhan, hikmah muncul
dengan merenung Tuhan dan melalui kedua-dua ini (truth dan wisdom) akan lahir yang ketiga iaitu
cinta. Apabila hakikat sebenar muncul mengenai kebenaran dan juga hikmah maka cinta akan lahir
dari kedua-duanya. Dan semua ini diciptakan oleh Tuhan. Begitu juga dengan jiwa manusia. Ia
adalah ciptaan Tuhan dan mempunyai ciri-ciri dan sifat sama seperti Tuhan (melainkan ianya
diciptakan) dan ianya selalu melakukan apa yang diiginkan oleh Tuhan (Wolter 1966: 130).
Love dalam konteks sebenar adalah merujuk kepada satu keinginan di antara satu sama lain. Cinta
dalam erti kata yang sebenar ialah satu perasaan yang memandu hati kepada suatu perkara yang
cukup ekstrim iaitu cinta yang menjadikan seseorang boleh berbuat apa saja demi kerananya. Dalam
usaha untuk memahami cinta dalam agama Kristian boleh dibandingkan dengan keinginan dan cinta
merupakan satu pengorbanan yang merupakan asas dalam agama Kristian. Tuhan telah
mengorbankan Jesus dan Jesus telah mengorbankan kehidupannya. Menurut Romans Paul telah
menyatakan bahawa Tuhan telah mengorbankan anaknya dan manusia terselamat daripada dosa-dosa
mereka :

“Tetapi Tuhan telah menunjukkan sayangnya kepada kita ddalam keadaan begini ketika mana kita
masih berada dalam dosa “Crise Diesforus” Christ mati kerana kita”(Rom:5:8)
(http://www.loveChrist.htm 1/10/2006).
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 10

Secara keseluruhannya doktrin agama ini adalah berdasarkan kepada pengorbanan Tuhan terhadap
sesuatu perkara yang disayanginya untuk orang lain sebagai membuktikan kecintaannya kepada
mereka bukan kerana dia mengharapkan sesuatu pembalasan daripada mereka. Oleh itu dengan cara
ini konsep pengorbanan adalah sangat penting dalam “Pauline Christian” di mana konsep
pengorbanan ini sering diulang berkali-kali di dalam “New Testament”.

Menurut Mark, Jesus telah menggesa orang ramai supaya meninggalkan perkara keduniaan
dan juga ikatan kekeluargaan. Berikutan itu, menurut Pauline Christian telah menyatakan bahawa
penyelamatan akan tiba apabila seseorang itu menerima Christ (Isa) ke dalam dirinya dan mati
sebagaimana Christ itu mati seperti kenyataan berikut:

“Saya telah disalib dengan Isa dan tidak akan hidup lama tetapi Isa hidup dalam diriku. Kehidupan
yang saya tinggalkan dalam jasad saya, saya tinggalkan dengan beriman kepada “Son of God” yang
menyayangi saya dan memberikan dirinya kepada saya”.

Menurut Paul telah menyatakan bahawa penyelamatan itu datang daripada keimanan terhadap
Isa dimana ia mengandungi pengorbanan kehidupan seseorang dan juga individualiti seseorang itu
akan hilang kerana membenarkan Isa mengambil alih jasadnya iaitu meresap masuk ke dalam
badannya. Oleh itu Pauline Christian berpendapat bahawa jika seseorang itu mahu selamat maka ia
perlu melupakan keluarganya, kekayaannya, masyarakatnya dan yang paling utama ialah identitinya.
Kehilangan ini dapat dibandingkan dengan sifat seseorang hamba di mana ia akan mematuhi segala
kehendak tuannya (http://www.loveChrist.htm 1/10/2006). Persoalannya kenapakah pengikut-
pengikut Jesus itu perlu melakukan pengorbanan sebegitu banyak dan menjadi hamba serta kenapa
mereka melakukan perkara yang sebegitu ekstrim?

Antara jawapannya ialah mereka melakukan begini ialah kerana cinta, sebagaimana Tuhan
mengorbankan Jesus kerana cinta disebabkan Tuhan berkorban untuk manusia, maka manusia perlu
berkorban untuk membalas cinta Tuhan tersebut. Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, cinta
juga akan menyebabkan seseorang itu menjadi hamba (enslaves) dan ia merupakan satu pengorbanan
yang tidak masuk akal iaitu seseorang itu perlu meninggalkan semua perkara demi cinta termasuklah
identiti mereka kerana cinta (http://www.loveChrist.htm 1/10/2006).
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 11

Secara jelasnya tradisi pengorbanan tidaklah unik dalam Kristian tetapi sebaliknya idea tentang
menjadi hamba melalui cinta dan pengorbanan adalah satu perkara yang unik jika dibandingkan
dengan tradisi Hellenic dan Judaism. Jika kita melihat dalam konteks agama Greek dan Roman,
Tuhan itu dihormati bukan kerana pengorbanannya yang keterlaluan terhadap manusia, tetapi
sebaliknya Tuhan tersebut dianggap agung dan kuat. Untuk memenuhi kehendak Tuhan, maka
manusia perlu melakukan pengorbanan terhadapnya.

Pengorbanan ini pula tidaklah seekstrim sebagaimana yang dilakukan oleh Pauline Christian
dan manusia tidak perlu melakukan pengorbanan dengan menyeksakan diri mereka dan
meninggalkan apa saja yang dianggap penting bagi mereka. Tetapi hanya binatang sahaja yang
dijadikan korban kepada Tuhan dan jarang sekali manusia itu dijadikan korban. Malahan menurut
Greek pula, bahawa tiada perbuatan yang boleh menyebabkan seseorang itu perlu meninggalkan apa
yang menjadi kesayangan mereka atau mereka perlu kehilangan identiti mereka atau memberi
kehidupan mereka kerana cinta kepada Tuhan. Tetapi dalam kebanyakkannya kehidupan dikorbankan
kerana kehendak Tuhan tetapi bukan kerana cinta (http://www.loveChrist.htm 1/10/2006).

Dalam tradisi Yahudi berdasarkan dalam teks-teks “Old Testament”, pengorbanan dan
penderitaan turut dinyatakan sebagai contoh “Job” telah mengorbankan keluarga dan hartanya kerana
Tuhan dan beliau telah kehilangan segala-galanya kerana keimanannya. Walau bagaimanapun, beliau
tidak melihat penderitaan ini sebagai suatu gambaran kecintaan Tuhan kepadanya, sebaliknya beliau
melihat penderitaan tersebut sebagai sesuatu yang menyakitkan seperti yang dinyatakan olehnya;

“I am silent, and have no relief. For disaster has worn me out, and suffering has made me wither”
(http://www.loveChrist.htm 1/10/2006)
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 12

Berdasarkan di dalam kitab “Exodus” Yahudi, Tuhan telah menunjukkan kasih sayangnya kepada
manusia dengan membawa mereka keluar daripada perhambaan. Walau bagaimanapun perkara ini
tidak boleh disamakan dengan cinta yang kita dapati di dalam konsep Pauline Christian kerana Tuhan
di dalam Exodus tidak mengorbankan apa-apa terhadap manusia. Tuhan hanya memenuhi janjinya
dan sebagai balasanya, orang Israel perlu memelihara janjinya itu. Sebagaimana Tuhan memberikan
kepada manusia undang-undang supaya diikuti dan memberitahu mereka bagaimana cara untuk
beribadat kepadanya;

“I am the Lord your God, who brought you out of the land of Egypt….I the Lord your God am a
jealous God, punishing children for the iniquity of parents….but showing steadfast love to the
thousandth generation of those who love me and keep my commandments”.(Exodus 20:2-6)
(http://www.loveChrist.htm 1/10/2006)

Menurut cinta di dalam agama ini (Yahudi) lebih kepada memelihara janji, beribadat dan
menyembah Tuhan berpandukan kepada garis panduan. Garis panduan tersebut manusia perlu
mengorbankan binatang-binatang dan garis panduan dibentuk terhadap tingkah laku manusia, tetapi
tidak menyuruh manusia supaya melakukan perubahan dalaman dan mati sepertimana yang
dilakukan oleh Pauline Christian. Tuhan Pauline Christian cuma memberikan kasih sayangnya dan
tidak mengharapkan apa-apa balasan dan ia juga tidak memberikan apa-apa bentuk garis panduan
atau peraturan dan ibadat. Sebaliknya jika orang Kristian ingin membalas kasih sayang Tuhan
mereka, maka mereka perlu melakukan pengorbanan (http://www.loveChrist.htm 1/10/2006).

Melalui pemikiran mereka ini adalah bukan berdasarkan kepada garis panduan yang
sepatutnya mereka ikuti sebagai suatu ibadat kepada Tuhan. Apa yang membezakan kasih sayang di
dalam Kristian ialah ia memerlukan pengorbanan yang ekstrim seperti pengorbanan hidup. Tuhan
telah mengorbankan Jesus dan orang Kristian pula mengorbankan kehidupan mereka kerana cinta
dan pengorbanan ini menjadi simbol kepada cinta dan kasih sayang mereka. Penderitaan yang
terhasil daripada pengorbanan mereka tersebut akan membawa kepada kebahagiaan dan kepuasan
hati seseorang. Jesus telah menyatakan;
“Come to me, for my yoke is gentle and my lordship is mild. And you will find for
yourselves”(Thom.90). Paul said, “but now that you have been set free from sin and become slaves to
God, the benefit you reap leads to holiness, and the result is eternal life”(Rom. 6:22)
(http://www.loveChrist.htm 1/10/2006
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 13

Berdasarkan kitab tersebut, cinta akan membawa penyelamatan dan juga ketenangan dari sudut
dalaman. Melalui definisi Plato Greek, apa yang dianggap baik adalah memberi manfaat dan apa
yang dianggap buruk akan memberi kemudaratan. Penyelamatan dan ketenangan dalaman secara
jelasnya tidak memberi apa-apa kemudaratan tetapi ia merupakan suatu perkara yang memberi
manfaat kepada manusia iaitu merujuk kepada Pauline Christian. Oleh itu, cinta ini adalah baik dan
ia dituntut sebagai satu ibadat kepada Tuhan.

Begitu juga dengan Julian of Norwich yang memberikan gambaran tentang bagaimana
perkembangan cinta manusia terhadap Tuhan dapat dijelaskan. Pada anggapan beliau, kecintaan
kepada Tuhan dapat ditunjukkan melalui penyaliban (Cross). Memang sudah tidak asing lagi bahawa
antara asas utama ajaran Kristian ialah penebusan manusia kerana kematian Isa al-Maseh. Oleh itu
beliau melihat bahawa kecintaan kepada Tuhan dijelaskan dan tergambar melalui kematian Isa.
Konsep Trinity yang ada dalam agama Kristian ini juga memainkan peranan yang sama berhubung
dengan cinta iaitu Individu dalam Trinity tersebut. Walaupun kecintaan ini mempunyai hubungan
dengan sifat baik bagi Tuhan namun bagi manusia ia tidak akan terlepas dari konteks dosa dan juga
penderitaan kerana semua perkara dalam dunia ini adalah ciptaan Tuhan. Namun bagi Julian, cara
untuk untuk berhadapan dengan perkara ini adalah melalui penyaliban (crucifixion) (Wolters 1966:
41).

Jika kita melihat kepada tradisi kerohanian Kristian berlaku dalam beberapa fasa yang
menyatakan tentang kecintaan terhadap Tuhan. Sebagai contoh pada zaman awal Kristian “Clement
of Alexandria” yang lahir pada tahun 150 A.D cuba membentuk satu falsafah agama. Beliau telah
memperkatakan tentang “Gnosis” (Marifat) yang mana bagi beliau jika seseorang itu memperolehi
Gnosis dalam erti kata yang sebenar, maka ia akan tenggelam dalam suatu misteri keimanan yang
tinggi. Gnostic yang sebenar bagi beliau melalui ilmu mistik dikatakan lebih tinggi daripada
keinginan yang bersifat keduniaan iaitu seseorang itu akan mencapai apa yang diistilahkan sebagai
“Contemplation of God” . Beliau telah mengatakan;

“Pengajaran yang sebenar adalah untuk mengetahui diri-sendiri, jika seseorang itu mengenali
dirinya sendiri, maka dia akan mengenali Tuhan dan jika Tuhan dikenali, dia akan menjadi Tuhan”.
(http://www.loveChrist.htm 1/10/2006).
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 14

Menurut beliau juga, ilmu ini bukan semata-mata bersifat intelektual, tetapi ia diperolehi melalui
penyisihan terhadap dunia dan juga pembersihan diri dan ia diinspirasikan melalui Love. Jika cinta
seseorang itu melebihi, maka lebih dalamlah dia akan menembusi ke dalam Tuhan (Hampir kepada
Tuhan) (Smith,1976: 46-47). Melalui kenyataan ini, jelas menunjukkan bahawa proses untuk
mendekati Tuhan mesti melalui cinta kerana tanpa cinta segala usaha-usaha yang dilakukan
sepanjang tahap “The Mystical Way” akan menjadi sia-sia.

Dalam membincangkan “Mysticism” F.C Happold telah menyatakan bahawa pengalaman


mistikal boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

1. “Mysticism of Love and Union”


2. “Mysticism of Knowledge and Understanding”

Melalui pembahagian ini tidaklah dianggap eksklusif kerana dalam tahap-tahap tertentu ia
boleh digabungkan dan perbezaannya hanyalah boleh dilihat dari sudut dorongan yang tertentu.
Menurut tahap pertama tersebut, ia mendorong seseorang itu menghindari diri daripada bentuk
pemisahan “Sense of Separation” atau “Lonneliness of Selfhood” (meminggirkan diri) kepada satu
partisipasi yang lebih hampir atau bersatu dengan Nature atau Tuhan di mana ia akan memberi
kedamaian dan ketenangan kepada jiwa. Tahap kedua ialah lahir daripada dorongan yang ada di
dalam diri manusia untuk mencari rahsia alam semesta dan untuk memahaminya bukan secara
sebahagian kecil tetapi dengan secara keseluruhannya (F.C Happold, 1963: 40-41). Namun demikian
penampilan bentuk pengorbanan oleh golongan Kristian ini terhadap Tuhan merupakan faktor utama
dalam menyucikan diri mereka melalui konsep kecintaan yang agak esktrim jika dilihat daripada
pelbagai individu yang berpengalaaman dalam mistik mereka sendiri melalui konsep tersebut.
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 15

5. TASAWWUF DAN AL-HUB AL-ILAHI

5.1 Pengenalan Tasawwuf

Amalan tradisi kerohanian di dalam Islam dikenali dengan nama panggilan Tasawwuf atau lebih
dikenali dengan sebutan Mistisisme di mana ia merupakan salah satu aktiviti keagamaan yang
diamalkan dengan tujuan mencari pengetahuan dan kebenaran untuk mendekati Tuhan ( melalui
meditasi dan sembahyang ) (Kamus Dewan, 2005: 1037). Manakala maksud perkataan Tasawwuf
menurut Kamus Dewan telah menyatakan bahawa ia merupakan ajaran ( usaha, jalan ) untuk
mengenal Tuhan dengan benar-benar dan mendekatkan diri dengan Tuhan.(Kamus Dewan 2005:
1613). Sehubungan itu golongan orientalis Barat menamakannya dengan sebutan Sufisme di mana ia
merupakan sebuah perkataan yang dikhususkan terhadap golongan Sufi yang berbentuk tradisi
amalan kerohanian Islam. Menurut pandangan Imam Al-Ghazali,beliau telah mendefinisikan
tasawwuf iaitu:

” Mengosongkan hati dari segala sesuatu yang selain Allah, menganggap rendah segala
sesuatu selain Allah dan akibat daripada sikap mempengaruhi pekerjaan hati dan anggota
badan”
(Ahmad, Abdul Fatah Sayyid. 2005: 104)

Menurut beberapa pendapat ulama Islam yang lain mengenai definisi Tasawwuf sendiri iaitu
seperti Al-Junaid telah mengatakan bahawa Tasawwuf merupakan pendirian seseorang yang sentiasa
bersama Allah S.W.T. Manakala al-Kitani telah menyatakan bahawa, tasawwuf merupakan akhlak, di
mana barangsiapa berkelakuan baik terhadap Tuhan, maka akan bertambah mulia dan dirinya
bertambah jernih. Sehubungan itu, Abdullah al-Thusturi menyatakan bahawa, tasawwuf bererti
mengurangkan makan, menuju ke jalan Allah dan meninggalkan segala yang berkaitan dengan
dirinya (Ahmad, Abdul Fatah Sayyid.2005: 105) Sementara al-Thusi telah menjawab persoalan
ketika ditanya mengenai siapakah sebenarnya ahli sufi itu. Beliau menjawab:
Mereka adalah orang-orang yang mengetahui Allah dan hukum-hukum Allah. Mereka
melaksanakan segala yang diajar oleh Allah kepada mereka untuk merealisasikan apa yang
diinginkan oleh Allah terhadap diri mereka. Mereka menjumpai apa-apa yang telah mereka
temui dan menegakkan semuanya kerana setiap orang mungkin akan lenyap dengan apa
yang dijumpainya.
(Ahmad, Abdul Fatah Sayyid. 2005: 106)
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 16

Sebahagian golongan ahli Sufi berpendapat bahawa perkataan sufi adalah berasal daripada bahasa
Arab yang bererti kemurnian. Namun demikian, para sarjana Barat mereka berpendapat bahawa ia
berasal daripada perkataan Sophos (bahasaYunani). Justeru itu, ada juga yang telah mengatakan ia
berasal daripada perkataan Sufi (bahasa Arab) yang bererti bulu kambing. (Reynold A.Nicholson
1998: 3). Menurut catatan sejarah orang yang pertama sekali menggunakan perkataan sufi dikenali
sebagai Abu Hasyim al-Kufi di Iraq (Nasution, Harun 1973: 50).

Ajaran tasawwuf muncul selari dengan perutusan Rasulullah S.A.W iaitu berdasarkan ayat-
ayat suci al-Qur’an dan al-Hadith yang berkait-rapat dengan kerohanian dan penyucian jiwa. Namun
demikian, terdapat beberapa pertikaian mengenai faktor-faktor kemunculan aliran sufisme ini dalam
Islam. Pelbagai telahan dibuat dan ada yang mengatakan bahawa kemunculannya adalah disebabkan
dari pengaruh Kristian, falsafat mistik Pythagoras dan falsafat emanasi Plotinus ataupun Hinduisme
( Nasution, Harun 1973 hlm 52-53). Namun bagi diri penulis menganggapkan bahawa sufisme
adalah perkataan yang berasal dari Islam. Kemungkinan telahan itu dibuat adalah disebabkan
kelihatan wujudnya pelbagai persamaan di antara ajaran tasawwuf dengan beberapa doktrin-doktrin
lain yang selain dari Islam dan sememang pada hakikatnya adalah tidak sama.

Jika dilihat daripada segi matlamat tasawwuf dan mistisisme agama lain terdapat beberapa
ciri persamaan yang khusus dalam menjalinkan hubungan secara langsung dengan Tuhan. Ia
merupakan salah satu ajaran dalam menimbulkan kesedaran akan adanya komunikasi dan dialog
antara roh manusia dengan Tuhan sehingga mencapai ke tahap wujudnya al-ittihad ( ‫ )الءدتحادد‬iaitu
bersatu dengan Tuhan ( Nasution, Harun.1973: 50). Dalam mencapai tahap tersebut, terdapat
beberapa proses yang perlu dilalui oleh seseorang sufi demi untuk mencapai matlamatnya iaitu
dengan memiliki rasa kecintaan atau al-Hub (al-mahabbah) terhadap Tuhan. Pengaruh cinta adalah
sangat besar di dalam kehidupan manusia sehingga timbul pelbagai ungkapan mengenai cinta dan ia
merupakan satu anugerah Ilahi kepada hambanya.
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 17

5.2 Ajaran Tasawwuf

Tasawwuf merupakan salah satu cabang ilmu pengetahuan yang tersendiri dan mempunyai kaedah
tentang cara bagaimana seseorang muslim itu dapat mendekatkan diri serapat mungkin dengan Allah
S.W.T. Terdapat beberapa golongan pengamal tarikat di mana mereka ini adalah sangat akrab dengan
kegiatan mujahadah1 dan riadhah. 2 Kedua-duanya merupakan suluk atau jalan yang lazim diadakan
dalam tarikat dan ia mesti diamalkan oleh pengikutnya. ( Achmad Suyuti.2003 hlm 117-118). Dalam
proses untuk menjadi seorang sufi yang sebenar, seseorang salik atau pengamal sufi harus
menempuh pelbagai maqam3 ((‫ مقام‬dan ahwal4 ( ‫( أحوال‬. Ertinya, untuk mencapai tujuan akhir yang
disebut makrifat Allah, ahli sufi mesti menempuh suatu jalan ( thariq ) yang terdiri dari beberapa
tingkatan (maqamat- (‫مقامات‬. Dan dalam perjalanan yang memakan waktu yang panjang dan berat
itu mereka akan mengalami berbagai keadaan batin yang disebut ahwal (‫) أحوال‬. Jadi, maqamat dan
ahwal merupakan beberapa tahap lazim yang perlu dilalui oleh para pengamal sufi dalam tujuan
mencapai kemuncaknya iaitu makrifatullah (Achmad Suyuti.2003: 121-122). Peringkat maqamat (
‫ ) مقامات‬dan ahwal (‫ ) أحوال‬menurut seseorang ahli sufi dengan ahli sufi yang lain adalah berbeza
dari segi bilangan dan kandungannya. Berikutan merupakan beberapa pendapat ulama Islam
mengenainya:

1
Mujahadah ertinya mengekang hawa nafsu, keinginan serta segala jenis cita-cita peribadi. Ia merupakan proses
perlawanan terhadap hawa nafsu dan keinginan itu sebagaimana usaha memerangi semua sifat dan perilaku buruk yang
ditimbulkan oleh nafsu amarah, yang kebiasaannya disebut mujahadah al-nafsi atau mujahadah. Pendek kata, proses
mujahadah ini mempunyai makna membersihkan nafsu dari sifat-sifat tercela dan menghiasainya dengan sifat-sifat
terpuji. (Achmad Suyuti.2003: 117 ).
2
Riadhah yang bermaksud latihan merupakan latihan rohaniah untuk menyucikan jiwa dengan memerangi
keinginan-keinginan jasad. Proses latihannya adalah melalui pembersihan atau pengosongan jiwa dari segala sesuatu
selain Allah, kemudian menghiasi jiwa dengan zikir, ibadah, beramal soleh dan berakhlak mulia. Termasuk dalam
perilaku riadhah yang banyak digemari oleh pengamal tasawwuf adalah mengurangi makan, mengurangi tidur untuk
solat malam, menghindari ucapan yang sia-sia, dan suka berkhalwat iaitu menjauhi pergaulan dengan orang ramai
(Achmad Suyuti.2003: 118).

3
Maqam adalah istilah teknik dalam sufisme yang bererti peringkat. Dalam terminologi sufi ia merupakan suatu
tahap pencapaian rohaniah para salik atau perjalanan mutasawwif dalam mendekatkan diri kepada Tuhan. ( Ibid.: 122)
Menurut pendapat Syeikh Abu Nashr Al- Sarraj, maqamat ialah tingkat seorang hamba di hadapan Allah, mujahadah dan
riadhah dan pemusatan diri untuk mencurahkan segala-galanya kepada Allah. Maqam adalah hasil usaha salik ( makasib
) (Al-sarraj .2002: 87)
4
Ahwal yang ertinya keadaan, adalah suasana batiniah atau gerak hati manusia ataupun pengalaman-pengalaman
batin yang ditemui dalam perjalanan itu. Ia merupakan kurniaan Allah ( mawahib). (Op.cit.:.122 )
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 18

Bagi Syeikh Abu Nasr Al-Sarraj, beliau telah menyatakan bahawa terdapat tujuh jenis maqamat dan
sepuluh ahwal. Antara Tujuh Maqamat tersebut ialah taubat, wara’, zuhud, faqr, sabar, tawakal dan
redha ‫ ورع – زهد – فقر( صبر – توكل – رضا‬-‫ ( )توبة‬dan manakala 10 ahwal pula ialah muraqabah, Qarb,
mahabbah, khauf, raja’, shawq, uns, toma’ninah, musyahadah dan yaqin – ‫مراقبة – قرب – محبة – خوف‬
‫ يقين‬- ‫( )رجاء – ( شوق – أنس – طمأنينة – مشاهدة – يان‬.

Menurut Al-Ghazali dalam Ihya’ al-Ulum al-din, terdapat lebih daripada sepuluh maqamat
iaitu terdiri daripada taubat, sabar, syukur, raja’, khauf, faqir, zuhud, tauhid, tawakkal, mahabbah,
ma’rifat dan redha. ( - ‫ التوكل – المحبة – المعرفة‬- ‫ الفقر – الزهد –التوحيد‬- ‫التوبة – الصبر –الشكر –الرجاء – الخوف‬
‫( ادلدردضداد‬. Manakala menurut Abu Bakar Muhammad al-Kalabadi pula, terdapat sepuluh tahap yang
perlu dilalui oleh ahli sufi iaitu taubat, zuhud, sabar, faqir, tawaddhu’, taqwa, sabar, tawakkal, redha,
mahabbah dan ma’rifat. ( ‫ المحبة – المعرفة‬- ‫ الرضا‬-‫ التوكل‬- ‫ التقوى‬-‫ التواضع‬-‫ الفقر‬-‫ الصبر‬-‫ الزهد‬-‫ ( ) التوبة‬Ali
Haji Mohamed. 2004: 117-118 ).

Islam merupakan sebuah agama yang mengamalkan cara hidup yang lengkap. Justeru itu
ajarannya jelas dalam membina seluruh potensi yang ada pada manusia untuk melahirkan insan yang
kāmil iaitu insan yang sempurna dalam membina potensi jasmani, rohani dan intelektual. Oleh
demikian itu, ajaran tasawwuf yang memfokuskan kepada aspek jiwa atau kerohanian manusia ini
adalah sangat perlu diambil perhatian oleh generasi pada hari ini.

5.3 KONSEP AL-HUB AL-ILAHI

Ajaran Islam amat menitikberatkan penjagaan kerohanian dalam melahirkan ketenteraman jiwa yang
merupakan salah satu keperluan asasi manusia. Terdapat pelbagai penyakit rohani dan fizikal muncul
pada hari ini adalah disebabkan oleh jiwa manusia yang terabai dan di antara langkah-langkah yang
perlu diambil dalam menanganinya ialah dengan menanamkan perasaan cinta di dalam sanubari hati
seseorang manusia itu sendiri. Perasaan cinta yang lahir daripada hati itu dapat memberikan
kebahagiaan yang sempurna terhadap manusia dan sebaliknya cinta yang sejati ialah cinta kepada
Allah (hub al-Ilahi ) yang merupakan misteri dalam kehidupan ini. Cinta Ilahi merupakan salah satu
bentuk kecintaan dan kerinduan terhadap asal segala sesuatu iaitu Allah S.W.T dan kerana cinta Allah
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 19

itulah maka manusia itu diciptakan termasuk juga pelbagai ciptaanNya yang lain (Achmad Suyuti
2003: 177).

Para ulama’ telah sepakat mengatakan bahawa cinta kepada Allah S.W.T adalah satu
kewajipan dalam membuktikan kecintaan seseorang manusia kepadaNya iaitu melalui ketaatan dan
ketaqwaan. Cinta seseorang mukmin terhadap Allah dan RasulNya harus ditunjukkan melalui sikap
kehidupannya yang lebih mementingkan urusan agama dari kepentingan peribadinya sendiri. Oleh
yang demikian hakikat cinta yang sebenar hanyalah untuk Allah S.W.T semata-mata dan ia perlu
dihayati dalam setiap denyut nadi kehidupan oleh seseorang mukmin tersebut. Kita perlu menyintai
Allah dengan seluruh hati, segenap jiwa dan pemikiran kita adalah tertumpu kerana cinta kepada
Allah yang merupakan puncak keluhuran dan ketulusan seseorang hamba terhadap Penciptanya.

5.4. Pengertian al-Hub (al- Mahabbah)

Pengertian cinta merupakan perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada ( Negara, orang tua,
kebebasan dan lain-lain ) (Kamus Dewan 2005: 280). Menurut pelbagai ahli tasawwuf banyak
membincangkan pengertian al-hub dan berbagai takrif diberikan untuk menggambarkan perasaan
cinta mereka antaranya ialah :

• Samnun telah menyatakan bahawa: “Mahabbah merupakan kejernihan cinta dengan


mengingatNya (Tuhan) dengan cara terus-menerus oleh kerana orang yang mencintai
sesuatu itu akan menyebutnya berulang kali”.

• Sahl bin Abdullah telah menyatakan bahawa: “Mahabbah adalah satu keserasian hati
dengan Allah S.W.T. serta mengikuti Rasulullah S.A.W dan mencintainya dengan
sentiasa berzikir kepada Allah dan merasai kemanisannya apabila bermunajat
kepadaNya.”

• Abu al Hussain al-Nuri telah menyatakan bahawa: Mahabbah adalah menghancurkan


segala penghalang dan menyingkap segala rahsia”.
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 20

• Ibrahim Al Khawwas telah menyatakan bahawa: “Mahabbah ialah menghapuskan


segala sifat dan keinginan”.

• Dzun Nun telah menyatakan bahawa: “Cinta kepada Allah yang murni ialah
hilangnya rasa cinta dari dalam hati dan anggota tubuh badan sehingga tidak ada lagi
rasa cinta. Segala sesuatu itu hanya pada Allah dan inilah orang yang sebenar-benar
mencintai Allah” (Abu Nashr Al-sarraj 2002: 119-121).

• Al-Junaid telah menyatakan bahawa: “mahabbah adalah masuknya sifat-sifat zat


yang dicintai sebagai pengganti dari sifat-sifat orang yang mencintai”.

• Al–Syibli telah menyatakan bahawa: “Dinamakan cinta itu kerana cinta; kerana cinta
menghilangkan dari hati selain dari yang dicintai.”( Al-Qusyairi, 1998: 399)

• Al-Muhasibi telah menyatakan bahawa: Cinta adalah simpati kamu kepada kekasih,
kemudian mengutamakannya lebih daripada dirimu sendiri, jiwamu dan hartamu.
Kemudian engkau sesuaikan dengannya secara zahir dan batin, selepas itu engkau
mengetahui bahawa engkau sangat mencintainya” (ai-Darimy, 1999: 355).

Berdasarkan beberapa pengertian di atas telah menjelaskan bahawa cinta atau mahabbah adalah
kecenderungan hati kepada sesuatu yang menyenangkan iaitu cinta kepada Allah s.w.t. dengan
sepenuh jiwa raga pada setiap saat dan tidak kira di mana jua berada.

5.5. Dalil-Dalil al-Hub ( al-Mahabbah ) berdasarkan al-Qur’an dan Al-Hadith

Terdapat beberapa perkataan al-Hub yang terkandung di dalam al-Qur’an dan Al-Hadith untuk
menunjukkan kepentingan dan keprihatinan Islam terhadap sifat terpuji ini. Berikut adalah beberapa
ayat-ayat al-Qur’an yang menyatakan perkataan al-Mahabbah:
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 21

5.6. Dalil-Dalil al-Hub (al-Mahabbah )di dalam al-Qur’an

Maksudnya: Dan ada juga di antara manusia yang mengambil selain Allah menjadi sekutu-kutu
Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, sedangkan orang-orang yang
beriman itu lebih cinta kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik)
itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesunggunya kekuatan
dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab
seksaNya (nescaya mereka tidak akan melakukan kezaliman itu).”.
( Al-Baqarah 2: 165 )

Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) Haid.
Katakanlah: ”Darah Haid itu satu benda yang menjijikkan dan) mendatangkan mudharat”. Oleh
sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isterimu)
dalam masa datang haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum
mereka bersuci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan
yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang
banyak bertaubat dan orang-orang yang sentiasa mensucikan dirinya.
( Al-Baqarah 2: 222)
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 22

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari
agamanya, maka Allah akan mendatangkan pula suatu kaum yang dia kasihkan mereka dan juga
mereka kasihkan kepadaNya, kaum yang bersifat lemah lembut terhadap orang-orang beriman dan
berlaku tegas terhadap orang-orang kafir maka mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada
jalan Allah dan mereka tidak takutkepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah
limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya kerana Allah Maha Luas
limpah kurnia lagi meliputi pengetahuanNya”.
( Al-Maidah 5: 54 )

Ertinya : Katakanlah Wahai Muhammad: “ jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku,
nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.
( Ali Imran 3: 31 )

5. 7. Dalil-dalil al-Hub di dalam al-Hadith

5
.‫( ل يؤمن أحدكم حتي أكون أحب اليه من والده وولده والناس أجمعين‬1

Ertinya : Tidaklah beriman seseorang di antara kamu, sebelum dia mencintai aku lebih dari
mencintai anak-anaknya dan semua manusia.

6
‫(ل يؤمن أحدكم حتي يحب لخيه ما يحب لنفسه‬2

Ertinya : Tidak beriman seseorang di antara kamu, sehingga dia mencintai saudaranya
lebih dari dia mencintai dirinya sendiri.

7
‫ ومن لم يحب لقاء ال لم يحب ال لقاءه‬، ‫من أحب لقاء ال أحب ال لقاءه‬3)

Ertinya : Sesiapa yang cinta untuk menemui Allah, Allah cinta untuk menemuinya.
Manakala sesiapa yang tidak suka untuk menemui Allah maka Allah juga tidak suka untuk
bertemu dengannya.

5
Bukhari. Sahih Bukhari.Kitab Iman (14) Jld 1 hlm 10
6
Bukhari. Sahih Bukhari Kitab Iman(13) jld 1.hlm 10
7
Hadis sahih riwayat Bukhari, Muslim, Al-Tirmizi, al-Nasai dan Imam Ahmad
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 23

8
‫ وأنت مع من أحببت‬، ‫) الرء مع من أحب‬4

Ertinya : Seseorang itu akan bersama orang yang dicintainya, maka kamu akan bersama
sesiapa yang mencintai kamu."

Berdasarkan dalil-dalil yang dinyatakan di atas jelas menunjukkan bahawa sifat al-hub dan
mahabbah merupakan sifat terpuji yang perlu ada dalam jiwa setiap insan. Ini juga membuktikan
cinta kepada Allah dan rasulNya adalah satu kewajipan.

5.8. Faktor-Faktor Penguat Cinta Kepada Allah

1. Memutuskan segala hubungan daripada unsur-unsur keduniaan. Ini bermakna seseorang itu
perlu menghapuskan perasaan cinta selain Allah dari hatinya oleh kerana cinta kepada dunia
menyebabkan kelalaian dan leka. Memutuskan hubungan keduniaan menjadikan seseorang
itu menjadi zuhud, sabar, dan sentiasa mengharapkan Allah S.W.T.

2. Mengenali Allah S.W.T dapat menimbulkan rasa cinta kepadaNya iaitu seseorang itu tidak
akan mengnali Allah jika dia sentiasa berada di dalam kesibukan dengan hal-hal keduniaan.
Untuk mengenali Allah seseorang itu perlu merenung segala sifat-sifat kebesaran Allah
seperti Maha Berkuasa, Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Maha Pemurah dan lain-lain.
Renungan ini akan membangkitkan rasa getar di hati dan akan dapat melahirkan rasa cinta
kepadaNya ( Ibnu Qudamah1978: 328).

3. Membaca al-Qur’an, memahami dan menghayati isi kandungannya di mana al-Qur’an itu
adalah mukjizat Allah dan merupakan kitab panduan kepada manusia. Dengan membaca,
merenungi dan mengkaji isi kandungannya, seseorang itu akan dapat merasai kehebatan dan
kebesaran Allah S.W.T di samping akan melahirkan rasa cinta terhadapNya.

8
Bukhari.Sahih .Kitab Iman . 8/49
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 24

4. Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dengan melakukan segala ibadat-ibadat sunat sebagai
tambahan kepada yang fardhu seperti sentiasa bangun malam untuk bermunajat kepadaNya
(Ibnu Qayyim Al-Jauziyah 2003: 16-17).

5.9. Tanda-Tanda Cinta

Di antara tanda-tanda cinta ialah :


1. Selalu berzikir.dengan sentiasa membasahi lidahnya menyebut nama Allah, bercakap
perkara yang baik-baik dan menjaga diri daripada menyebut perkara keji.
2. Selalu bermunajat kepada Allah.
3. Rajin mendirikan solat Tahajud
4. Rajin membaca al-Qur’an
5. Sentiasa melawan hawa nafsu .
6. Merasai nikmat beribadah
7. Mengasihi semua yang dikasihi Allah.
8. Membenci semua yang dibenci Allah.
9. Menyahut seruan Allah dan melakukan perintahnya dengan segera.
10. Berkeinginan untuk sentiasa dekat dengan Allah.
11. Selalu rindu kepada Allah dan terus bermunajat kepadaNya dan akhirnya
12. Apabila mendengar nama Allah bergetarlah jiwa raganya dan bangkitlah rasa rindunya.
13. Menurut ahli sufi, getaran cinta dapat diketahui juga melalui tanda-tandanya yang
terdapat pada bisikan hati dan lafaz-lafaz zikir yang keluar dari mulut yang menyintai
Tuhannya.
14. Tidak merasai keluh kesah jika kehilangan sesuatu selain Allah.(Abdul Fattah 2005 :
144).
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 25

Di samping itu, tanda-tanda kecintaan kepada Allah S.W.T juga boleh dilihat dari sikapnya iaitu :

1. Sanggup berkorban apa sahaja untuk yang dicintainya iaitu Allah.


2. Ingatannya kepada Allah tidak pernah putus, sentiasa segar di dalam hatinya.
3. Hidupnya sentiasa berzuhud dan sangat suka beruzlah dan sangat suka tibanya malam, kerana
dia dapat mendekatkan dirinya dengan Allah.
4. segala mujahadah dan ibadahnya itu dirasakan ringan dan nikmat bagi dirinya.
5. Menyenangi penerangan dan penjelasan tentang rahsia-rahsia ketuhanan, kematian, alam
barzakh dan alam akhirat.
6. Manakala tanda-tanda cinta yang boleh dilihat secara fizikal ialah melalui kepucatan
wajahnya, kulitnya yang kering dan wajah yang cengkung dan badanya yang kurus.

5.10. Jenis-Jenis Cinta

Menurut Abu Nasr al-Sarraj hal mahabbah tergolong kepada tiga jenis:

1. Cinta orang awam: Mahabbah ini lahir kerana kebaikan dan kasih sayang Allah S.W.T.
Keadaan cinta ini memerlukan syarat sebagaimana diungkapkan oleh Samnun ketika ditanya
tentang cinta. Katanya: “Mahabbah adalah kejernihan cinta dengan disertai mengingatkanNya
secara terus menerus dan orang yang menyintai sesuatu itu akan banyak menyebutnya
berulang-kali”.

2. Cinta Orang Siddiqin dan Mutahaqqiqin : iaitu cinta yang muncul kerana hati yang selalu
melihat keagungan dan kebesaran Allah, Ilmu dan kekuasaanNya. Allah Maha Kaya yang
tidak memerlu apa pun. Mahabbah jenis ini adalah sebagaimana jawapan Ibrahim bin
Khawas tentang cinta iaitu katanya: “ Mahabbah adalah menghapuskan segala keinginan dan
menghanguskan seluruh sifat dan keperluannya”.
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 26

3. Cinta Orang-orang Al-Siddiqin al-‘Arifin: Rasa cinta golongan ini muncul kerana mereka
melihat dan mengetahui keqadiman cinta Allah yang tanpa sebab dan alasan.(Qasim Ghani.
1970: 468-469)

5.11. Kesan Cinta

Sesungguhnya cinta rohani mampu mengubah sesuatu yang pahit menjadi manis, yang sukar menjadi
mudah, yang sakit menjadi sembuh, penderitaan menjadi kenikmatan, dan kemarahan menjadi kasih
sayang. Cinta pada Allah S.W.T dapat menghilangkan kesombongan dan kebanggaan diri,
menghapuskan kesedihan dan dukacita, ketakutan dan kedengkian. Apa yang ada di hatinya adalah
segala sifat-sifat kemuliaan dan perasaan cinta kepada Allah itu menyebabkan lahirnya perasaan
sayang kepada sesama makhluk (Achmad Suyuti 2003: 188-189).

Oleh yang demikian, kelahiran cinta yang sejati dari golongan sufi adalah bertujuan untuk
mendekatkan diri mereka kepada Allah S.W.T demi mengecapi kenikmatan dan kemanisan melalui
cinta apabila dapat berdamping denganNya. Pengorbanan sufi dalam menyisihkan diri dari hal-ehwal
keduniaan demi untuk menumpukan perhatian mereka dalam ibadat yang tertumpu kepada Allah
S.W.T semata-mata. Terdapat pelbagai syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh golongan sufi sendiri
dalam mencapai ke tahap kemuncak yang paling tinggi di sisi Allah Ta’ala. Berikutan beberapa
luahan kata-kata ahli sufi berdasarkan cinta mereka kepada Allah S.W.T:

• Munajat Rabiatul Adawiyah:


“ Ya Rabbi, apabila aku menyembahMu kerana takutkan neraka, maka bakarlah diriku di
dalam neraka itu ; dan apabila aku menyembahMu kerana mengharapkan syurgaMu, maka
jauhkanlah aku darinya. Namun jika aku menyembahmu kanya demi cinta kepadamu, maka
janganlah Engkau tutup Keindahan AbadiMu”.

• Luahan rasa Jalal al-Din al-Rumi:


Wahai jiwaku, aku mencarimu dari hujung ke hujung
Kulihat di dalamnya tiada menyelamatkan Yang Tercinta
Jangan panggil aku kafir, wahai jiwaku, bila kukatakan
Bahawa engkau sendiri sebenarnya Dia ( Reynold A. Nicholson 1998: 92)
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 27

Oleh yang demikian itu, melalui konsep cinta atau al-Hub yang dinyatakan oleh golongan
ahli sufi adalah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala yang perlu menempuhi
pelbagai tahap. Justeru itu, sebahagan ahli sufi sudah mencapai ahwal mahabbah yang kemuncak,
maka dalam hatinya tidak ada rasa sedikit pun untuk membenci semua benda yang di ciptakan oleh
Yang Tercinta. Ini sebagaimana yang diungkapkan oleh Rabiah Al-Adawiyah dan Jalal al-Din al-
Rumi.

6. ANALISIS PERBANDINGAN

Melalui huraian di atas, kita telah mengetahui secara ringkas mengenai ajaran dan doktrin-doktrin
yang ada dalam agama Kristian yang mana ia sangat berkait rapat dengan konsep love dalam ajaran
Kristian. Begitu juga dalam ilmu tasawwuf, kita juga telah mengetahui serba sedikit mengenai latar
belakang dan ajaran tasawwuf yang menyentuh mengenai konsep al-hub al-Ilahi dalam agama Islam.
Setelah kita meneliti kedua-dua konsep yang dibawa oleh ajaran Kristian dan juga agama Islam,
maka dapatlah dibuat satu perbandingan bahawa adanya persamaan dan perbezaan di antara kedua-
dua konsep tersebut, iaitu konsep love dalam Kristian dan konsep al-hub al-Ilahi dalam agama Islam.

Hasil daripada penilaian yang dibuat oleh penulis menunjukkan bahawa, antara persamaan
dan perbezaan yang terdapat dalam konsep love dengan al-hub al-Ilahi adalah merangkumi beberapa
aspek seperti pengertian love dengan al-hub al-Ilahi, dalil atau bukti mengenai konsep kecintaan
kepada Tuhan, tujuan atau matlamat kecintaan, dorongan kecintaan kepada Tuhan dan tanda-tanda
kecintaan kepada Tuhan. Melalui aspek yang telah dinyatakan tersebut, penulis telah membuat satu
perbandingan untuk menunjukkan beberapa ciri perbezaan dan persamaan di antara keduanya.

6.1. Pengertian Love dan al-Hub al-Ilahi

Dalam menghuraikan pengertian Love dalam ajaran Kristian dan al-hub al-Ilahi dalam agama Islam,
penulis telah mendatangkan ringkasan daripada pengertian kedua-dua konsep tersebut untuk dibuat
perbandingan di antara keduanya. Menurut ajaran Kristian, love atau cinta merupakan satu keinginan
di antara satu sama lain yang menyebabkan seseorang boleh berbuat apa saja kerananya. Selain itu,
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 28

ia juga merupakan suatu keinginan dan cinta juga memerlukan satu pengorbanan yang merupakan
asas dalam agama Kristian. Sebagaimana yang berlaku dalam agama Kristian, mengikut kepercayaan
agama mereka bahawa Tuhan Jesus telah mengorbankan anaknya, manakala Jesus pula sanggup
mengorbankan dirinya demi menghapuskan dosa kesalahan yang dibuat oleh orang lain iaitu Adam
dan Hawa yang menyebabkan mereka tersingkir dari syurga.
Selain itu, love dalam agama Kristian juga membawa maksud cinta kepada Tuhan dengan
mengorbankan segala kemewahan di dunia. Ini kerana Tuhan Jesus telah berkorban demi manusia,
sebagai bukti cinta dan pembalasan yang baik dari manusia, maka manusia perlu berkorban
segalanya demi menunjukkan cinta kepada Tuhannya.

Konsep love dalam Kristian juga membawa maksud penyelamatan umat manusia dengan
mengatakan bahawa Isa al-Masih telah melakukan penyelamatan kepada umat manusia dengan
mengorbankan dirinya.

Adapun, dalam ajaran tasawwuf konsep kecintaan dikenali dengan al-hub al-Ilahi. Menurut
ulama’ tasawwuf, al-hub al-Ilahi merupakan kecintaan yang mendalam kepada Allah S.W.T, disertai
dengan amalan wajib dan sunat serta zikir-zikir yang menyebut keesaan Allah S.W.T di mana amalan
sebegini boleh membawa kepada jiwa dan hati itu dekat dengan Allah S.W.T sehingga tidak ada lagi
dalam hatinya perkara-perkara yang melibatkan keduniaan, yang ada hanyalah Allah S.W.T. Apa
yang dapat dinyatakan di sini bahawa pengertian love dan al-hub al-Ilahi mempunyai perbezaan
yang amat ketara. Ini kerana, love dalam Kristian merupakan pengorbanan Tuhan kepada manusia,
disebabkan ini manusia perlu membalas budi baik dari Tuhan mereka. Tetapi sebaliknya al-Hub al-
Ilahi dalam Islam, manusia digesa untuk melakukan ketaatan kepada Allah adalah disebabkan untuk
mendapat rahmat dan kasih-sayang daripadaNya.

6.2. Bukti Kecintaan Kepada Tuhan

Dalam agama Islam, jelas kepada kita dalil-dalil daripada al-Qur’an dan al-Hadith yang
menunjukkan kepada perlunya ada hubungan cinta di antara manusia dengan Allah S.W.T, begitu
juga sesama manusia. Cuma ada sedikit perbezaan mengenai hubungan cinta sesama manusia dengan
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 29

kecintaan kepada Allah S.W.T. Kecintaan kepada Allah S.W.T adalah merangkumi semua perkara
dalam kehidupan yang menyentuh mengenai ketaatan kepada Allah S.W.T seperti mereka yang
mensucikan hati dan sentiasa bertaubat. Manakala cinta sesama manusia pula adalah merangkumi
hubungan baik sesama manusia seperti dalam perkahwinan, hubungan saudara sesama Islam,
hubungan kekeluargaan dan lain-lain lagi.

Adapun, dalam ajaran Kristian pula, bukti untuk menunjukkan kecintaan kepada Tuhan ada
sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab mereka namun demikian, mereka cuma menunjukkan
beberapa bukti kecintaan mereka kepada Tuhan berdasarkan apa yang ditulis di dalamnya. Justeru
itu, pengorbanan Tuhan terhadap sesuatu perkara yang amat disayanginya termasuk anaknya Jesus
Christ adalah suatu manifestasi terhadap manusia dalam menyampaikan pengorbanan kepada Tuhan.
Melalui konsep perngorbanan tersebut, akhirnya menimbulkan perasaan kecintaan kepada Tuhan
yang bersifat ekstrim, sehingga kesanggupan mereka dalam meninggalkan segala perkara yang
melibatkan keduniaan.

Oleh yang demikian, melalui penjelasan yang telah diberikan dapat difahami di sini dari
beberapa sudut perbandingan yang menyatakan bahawa bukti atau dalil kecintaan kepada Tuhan
melalui ajaran Kristian dan Islam adalah jauh berbeza. Ini kerana dalam Islam mempunyai dalil-dalil
yang jelas daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang mana nasnya tidak boleh dipertikaikan lagi.
Sementara ajaran Kristian pula, hanya berdalilkan kepada kitab yang telah diselewengkan oleh
mereka dengan menyatakan bahawa Tuhan telah melakukan pengorbanan, sedangkan orang Kristian
sendiri masih meragui tentang siapakah orang yang mereka salib tersebut. Sedangkan dalam masa
yang sama, mereka mengatakan bahawa Tuhan telah melakukan pengrobanan iaitu dengan
mengorbankan anaknya Isa al-Masih dan manusia perlu membalas pengorbanan tersebut dengan
menanam rasa kecintaan kepada Tuhan mereka. Bersesuaian dengan apa yang dikatakan oleh penulis
mengenai hujah di atas, sebagaimana firman Allah S.W.T,
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 30

Maksudnya: Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya


Kami telah membunuh Al-Masih (Isa) Ibn Maryam, Rasulullah. Pada hal mereka tidak
membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang salib), tenai tapi diserupakan bagi
mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti nabi Isa). Dan sesungguhnya orang-orang
yang telah berselisih faham, mengenai nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan
syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun
bagi mereka selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak
membunuhnya dengan yakin” ( An-Nisa’ 4: 157 )

6.3. Matlamat Kecintaan Kepada Tuhan

Konsep love dan al-hub al-Ilahi mempunyai banyak persamaan dalam mencapai matlamat kecintaan
kepada Tuhan. Ini kerana, kedua-dua konsep tersebut adalah bertujuan untuk mencapai tahap
keimanan yang tinggi iaitu dengan mendekatkan diri dengan Tuhan. Cuma kedua-dua konsep
tersebut adalah berbeza dari sudut pencapaian pada tahap tertinggi. Dalam agama Islam, manusia
akan mencapai tujuan untuk hampir dengan Allah S.W.T (taqarrub ila Allah), akan tetapi dalam
ajaran Kristian manusia akan dapat mencapai tahap bersatu dengan Tuhan (union).

Disebabkan kesatuan ini, ajaran Kristian dikatakan agak ekstrim dalam mencapai matlamat
tersebut, kerana manusia tidak mungkin mencapai tahap bersatu dengan Tuhan, melainkan manusia
dapat menghampiri Tuhan. Maka, jika manusia dapat hampir dengan Tuhan menyebabkan manusia
akan mendapat apa yang dikehendaki dari Tuhannya seperti kasih-sayang, rahmat, pengorbanan dan
lain-lain lagi. Inilah tujuan atau matlamat utama kecintaan kepada Tuhan dalam kedua-dua konsep di
atas. Melalui perbandingan di atas, dapatlah kita mengetahui bahawa terdapat beberapa ciri
persamaan dari segi matlamat di antara kedua-dua konsep tersebut iaitu demi untuk mencapai ke
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 31

tahap keimanan yang tinggi, akan tetapi ia berbeza pada akhirnya iaitu cara menghampiri Tuhan
sebagaimana yang telah dijelaskan di atas.

6.4. Dorongan Kecintaan Kepada Tuhan.

Dalam agama Islam, faktor-faktor yang membawa kepada kecintaan kepada Allah adalah
merangkumi beberapa perkara seperti berikut:

1) Cinta manusia terhadap dirinya sendiri menyebabkan dia mengenali Allah yang
menciptakannya. Ini kerana, apabila manusia mengenali dirinya dengan ciptaan yang
sempurna menyebabkan dia mengenali zat yang menciptakannya lebih dari mengenali
dirinya,
2) Perbuatan yang baik (ihsan). Manusia akan menyintai orang yang berbuat baik kepadanya.
Oleh sebab itu, manusia mengetahui orang yang berbuat baik kepadanya ialah Allah.
3) Mencintai kerana zat Allah, bukan kerana tujuan lain. Cinta sebegini menuntut agar tidak
mencintai perkara lain selain-Nya.
4) Mencintai setiap keindahan yang terdapat pada zat Allah, kerana zat Allah merupakan zat
yang Maha indah. (Ahmad, Abdul Fattah Sayyid. 2000: 139)

Adapun dalam ajaran Kristian, dorongan kecintaan kepada Tuhannya adalah meliputi kepada
beberapa perkara iaitu:

1) Penebusan dosa oleh Tuhan Jesus Christ, menyebabkan manusia perlu melakukan penebusan
dosa untuk mencapai tahap kecintaan kepada Tuhannya melalui pengorbanan.
2) Manusia mempunyai ciri-ciri yang sama sebagaimana Tuhannya. Oleh itu, jiwa manusia itu
sendiri terdorong ke arah melakukan perkara sebagaimana yang dikehendaki oleh Tuhannya.
3) Pengorbanan. Konsep cinta tercetus daripada konsep penyaliban Tuhan Jesus Christ, dan ini
merupakan pengorbanan yang dilakukan oleh Tuhan kepada manusia, maka manusia perlu
membalasnya dengan melalui penderitaan dalam proses kecintaan kepada Tuhan untuk
menyamai penderitaan yang dirasai oleh Jesus Christ sewaktu penyalibannya.
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 32

Justeru itu, apa yang dapat dinyatakan di sini bahawa timbulnya beberapa dorongan yang
mempunyai sedikit persamaan dari segi konsep yang dibawa oleh Islam dan adalah bagi Islam
sendiri sememangnya tidak mengiktirafkan konsep pengorbanan Isa itu sepertimana yang telah
dinyatakan oleh golongan Kristian yang berpaksikan dengan kecintaan mereka terhadap Tuhan.

6.5. Tanda-Tanda Kecintaan kepada Tuhan

Dalam agama Islam, tanda-tanda kecintaan kepada Tuhan adalah dengan melakukan ketaatan kepada
Allah seperti melakukan ibadah wajib dan sunat, sentiasa membaca al-Qur’an, mengamati,
menghayati ayat-ayat al-Qur’an, bermunajat dan sebagainya lagi yang membawa kepada
penghayatan kepada ajaran Islam yang sebenar supaya hati mereka menjadi khusyuk dan asyik
dalam kecintaan mereka kepada Allah.

Adapun dalam ajaran Kristian, tanda-tanda kecintaan mereka dibuktikan dengan ketaatan
kepada Tuhan mereka iaitu dengan melakukan ibadah (prayer) dan amalan doa. Menurut
kepercayaan mereka, sesungguhnya Tuhan mendengar dan menerima apa yang mereka mahukan,
cuma perlu kepada permintaan secara langsung kepada Tuhan mereka seperti berdoa. Di sini,
dapatlah dibuat perbandingan bahawa wujudnya persamaan di antara keduanya, kerana ia
meyampaikan tanda-tanda kecintaan tersebut melalui ketaatan kepada Tuhan dengan beribadah dan
berdoa.

Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa konsep love merupakan konsep


kecintaan yang berkaitan dengan penebusan dosa. Ia boleh dilihat melalui pengorbanan yang
ditunjukkan oleh Tuhan kepada manusia dengan melakukan penyaliban ke atas Jesus Christ. Oleh
yang demikian, perlu bagi manusia untuk berkorban dengan meninggalkan segala perkara keduniaan
yang penuh kegembiraan untuk menempuh alam penderitaan untuk menyamai penderitaan yang
dilakukan oleh Tuhan mereka. Di samping itu, cinta dalam Kristian amat berkait rapat dengan union.
Ini kerana untuk mencapai ke tahap union, manusia memerlukan kepada ketaatan dengan melakukan
ibadah (prayer) kepada Tuhannya.
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 33

Manakala dalam ilmu tasawwuf, al-hub al-Ilahi merupakan kecintaan kepada Allah dengan sebenar-
benarnya sehingga ia tidak dapat dilafazkan dengan kata-kata. Cinta kepada Allah adalah untuk
mengharapkan rahmat dan kasih-sayang daripada Allah. Ini terbukti sebagaimana yang berlaku pada
seorang wali Allah yang bernama Ibrahim Adham. Dalam pengalaman beliau, beliau sering
bermimpi, seolah-olah diperintahkan Allah berdiri di hadapanNya, dan Dia berkata kepadaku,

”bahawa engkau memohon kepadaku, supaya hatimu tenteram sebelum bertemu denganKu.
Apakah orang yang begitu cinta hatinya akan dapat tenang, tanpa bertemu dengan orang
yang dia rindukan. Maka, Ibrahim menjawab, bahawa dia bingung dan tidak tahu untuk
berbuat apa, kerana jiwanya betul-betul rindu. Lalu, Tuhan menjawab, katakanlah olehmu :
”wahai Tuhan, Engkau redhailah aku dengan keputusanMu, Engkau sabarkanlah aku atas
cubaanMu, Engkau ilhamkan aku untuk mensyukuri nikmatMu.”(K.H.Muhibbudin Waly.
1994 : 544)

Rajah Perbandingan di antara Konsep al-hub al-Ilahi dengan Konsep Love.

ELEMEN KONSEP AL-HUB AL-ILAHI KONSEP LOVE DALAM


DALAM ILMU TASAWWUF KRISTIANITI

Kecintaan kepada Allah S.W.T Keinginan dan cinta kepada Tuhan


secara mendalam sehingga tidak merupakan satu pengorbanan yang
Pengertian ada lagi rasa cinta kepada perkara perlu dilakukan oleh manusia kerana
lain selain Allah S.W.T. Ia diikuti ia berkaitan dengan penebusan dosa.
dengan amalan wajib dan sunat
yang merangkumi zikir dan munajat
kepada Allah S.W.T.

Berdasarkan kepada nas al-Qur’an Berdasarkan kepada pengorbanan


dan al-Hadith yang menyeru kepada yang telah dilakukan oleh Tuhan Jesus
Bukti kecintaan kepada Allah S.W.T dan Christ kepada manusia yang
kewujudan sesama makhluk. dinyatakan dalam Bible.
kecintaan
kepada Tuhan
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 34

Untuk mencapai kepada tahap Untuk mencapai tahap pengorbanan


mengenal Allah (makrifat Allah) dan keimanan yang tinggi terhadap
Tujuan atau yang kemudiannya membawa Tuhannya sehingga boleh mencapai
matlamat manusia hampir kepada Allah tahap bersatu dengan Tuhan (union)
(taqarrub ila Allah) melalui proses
kecintaan kepada Allah.

- Kecintaan manusia terhadap - Penebusan dosa


dirinya menyebabkan kecintaannya
Dorongan kepada Allah yang menciptakan - Ciri-ciri manusia yang menyamai
kecintaan dirinya dengan sempurna ciri-ciri ketuhanan.
kepada Tuhan
- Ihsan Allah kepada manusia - Untuk merasai penderitaan yang
ditanggung oleh Tuhan Jesus Christ
- Allah Maha Indah dan manusia sewaktu penyaliban.
suka kepada keindahan

- Melakukan ibadah wajib dan - Melakukan ketaatan kepada Tuhan


sunat. dengan beribadah dan berdoa (prayer)
Tanda-tanda
Kecintaan - Sentiasa bermunajat kepada Allah.
Kepada Tuhan
- Membaca al-Qur’an dan lain-lain
lagi yang berkaitan dengan ketaatan
kepada Allah

Hasil daripada rajah di atas menunjukkan bahawa ada persamaan dan perbezaan yang jelas di
antara kedua-dua konsep tersebut, tetapi perbezaannya tidak terlalu ketara terutamanya dalam
menerapkan konsep kecintaan kepada Tuhan. Namun begitu, dari sudut perbandingan, kita akan
mendapati bahawa persamaan dan perbezaan yang dimaksudkan adalah merangkumi proses
kecintaan kepada Tuhan, bukan berdasarkan kepada akidah yang dibawa dalam agama masing-
masing.
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 35

7. KESIMPULAN

Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa konsep love dalam tradisi kerohanian Kristianiti
dengan konsep al-hub al-Ilahi dalam ilmu tasawuf mempunyai banyak perbezaan di antara
keduanya. Tidak dinafikan, memang ada persamaan di antara keduanya, tetapi persamaan tersebut
lebih menjurus kepada konsep sahaja, tetapi tidak kepada pendekatan yang ingin dibawa.

Sebagaimana kita ketahui, konsep love dalam tradisi kerohanian Kristian adalah lebih
menjurus kepada pengorbanan manusia kepada Tuhannya sebagai tanda membalas budi dengan
menunjukkan rasa kecintaan yang mendalam. Ia berbeza dengan konsep al-hub al-Ilahi dalam ilmu
tasawwuf kerana, al-hub al-Ilahi lebih menjurus kepada kecintaan manusia kepada Allah S.W.T
dengan sebenar-benar kecintaan sehingga ke tahap paling hampir dengan Allah S.W.T. Melalui
perbandingan yang dibuat, menunjukkan kepada kita cara pendekatan yang diamalkan dalam amalan
tradisi kerohanian mengikut agama masing-masing dalam mencapai tahap kemuncak kecintaan yang
sebenar di sisi Tuhan. Semoga Allah merahmati kita dengan limpahan nikmatNya dan kasih
sayangNya ke atas kita demi kebahgaian di dunia dan di akhirat. Sekian.
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 36

RUJUKAN

Al-Qur’an al-Karim dan Terjemahannya

Achmad Suyuti.2003. Percikan Kesufian: Dialog Ajaran Tasawwuf. Terjemahan Bahasa Malaysia.
Thinkers Library. Batu Caves, Selangor. Thinkers Library Sdn. Bhd.
.
Ahmad Daudy.1983.Allah dan Manusia. Jakarta.Penerbit Rajawali.

Al-Darimi, Abu Sheikh Abd Aziz. 1999. Thaharah al-Qulub. Trj. Abu Izzah Ferhd. Kuala Lumpur.
Turabah Publishing

Ali, Haji Mohamed. 2004. Mengenal Tasawwuf dan Tarekat. Batu Caves, Selangor. Thinker’s
Library Sdn. Bhd.

Al-Jauzi, Ibn Qayyim. 2003. Madarij al-Salikin. Qaherah. Dar al-Al-Hadith.

Al-Qusyairi. Abi al-Qasim Abdul Karim.1998. Risalah Qusyairiyyah fi al Ilmi al-Tasawwuf.Beirut,


Lubnan. Dar al- Ihya’ al-Turas al-Arabi.

Budiman Radhi, 1964. Islam Dan Kristian. Kelantan. Pustaka Aman Press.

Al-Sarraj, Abu Nashr. Al-luma’ trj. Wasmukan dan Samson Rahman.2002. Surabaya. Risalah Gusti.

F.C Happold, 1963. Mysticism a Study and an Anthology. Britain: Penguin Books

Ferguson, John. 1997. An Illustrated Encyclopedia of Mysticism And The Mystery Religions. USA

http://s13.invisionfree.com/mysahabat/ar/t96.htm (2/10/2006)
Ustaz Mohd.Riduan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 2006 37

http://www.owlnet.rice.edu/~ckchan/loveChrist.htm (1/10/2006)

Ibnu Qudamah.Ahmad bin Abd Rahman. 1978. Minhaj al-Qasidin.Lubnan Muassah al-Kutub al-
saqafah

Ibnu Taimiyah. Al-Ubudiyyah. Trj Mu’ammal Hamidy.1983. Surabaya. Pustaka Nasional Pte. Ltd.

Kamus Dewan Edisi Baru. 2005. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Sayyid Ahmad, Abdul Fattah. 2005. Tasawuf Antara Al-Ghazali & Ibnu Taimiyah.
Jakarta Timur. Penerbit: Khalifa.

Nasution, Harun 1973. Falsafat dan Misticisme Dalam Islam. Jakarta. Penerbit Bulan Bintang.

Qasim Ghani, Dr. 1970. Tarikh Tasawwuf fi al-Islam. Kaherah. Maktabah al-Nahdhah al-Misriah.

Reynold A. Nicholson. 1998. Tasawuf Cinta. Yogjakarta. Serambi

Wolters, Clifton 1966. Julian of Norwich – Revelation of Divine Love. England. Penguin Book.

Shalaby, Ahmad 1966. Perbandingan Agama-Agama Masehi. Singapura: Penerbitan Pustaka


Nasional.

Smith, Margaret. 1976. An Introduction to the History of Mysticism. New York: Gordon Pres
Publisher.

Anda mungkin juga menyukai