Anda di halaman 1dari 11

BAB 4 : PENGENALAN KOMPUTER.

Buta komputer pada zaman kini adalah sama dengan buta huruf pada tahun 1960- an walaupun seorang pemegang ijazah dari institusi pengajian tinggi. Penguasaan ilmu dalam bidang komputer atau teknologi maklumat merupakan satu kemestian dalam zaman era kemajuan, pembangunan dan pemodenan ini. Komputer juga secara umumnya dianggap sebagai suatu lambing permodenan dam pembangunan sesebuah Negara. Ini adalah kerana komputer memainkan peranan yang amat penting pelbagai bidang kehidupan manusia seperti ekonomi, pentadbiran, kemanusiaan, pendidikan dan sebagainya. Atas dasar tersebut, setiap individu sama ada secara sedar mahupun tidak sedar pastinya berurusan dengan teknologi maklumat setiap hari dan sedikit sebanyak mereka harus sekurang kurangnya mengenali apa itu komputer itu sebenarnya. Komputer merupakan sejenis alat serbaguna dan fleksible yang dibina dari sumber teknologi berasakan elektronik dan kadangkala elektro mekanikal. Komputer boleh diprogramkan bagi membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah secara lebih spesifik dan teratur. Komputer juga boleh dikatakan sebagai suatu alat elektronik atau mesin yang digunakan bagi merakam dan memproses data mentah bagi menghasilkan maklumat yang lebih bermanfaat yang diperlukan oleh manusia.

4.1 Apa yang dimaksudkan dengan komputer. 95

Komputer secara amnya bolehlah dikatakan sebagai suatu alat mesin elektronik yang telah diprogramkan oleh manusia bagi melaksanakan tugas tugas yang ditetapkan. Dua prinsip atau sifat komputer yang utama ialah :

Ia akan bertindakbalas kepada set arahan yang specifikasi mengikut keadaan atau turutan yang telah ditentukan.

Ia mampu menjalankan senarai arahan yang pelbagai bentuk dan aras secara lebih sistematik.

Secara umumnya, fungsi komputer ialah mengubah sesuatu data kepada maklumat. Data merujuk kepada sesuatu yang tidak tertusun atau tidak mempunyai organisasi yang teratur. Maklumat pula merujuk kepada data yang telah diubah kepada yang tersusun dan bermakna. Maklumat biasanya lebih tepat, sempurna dan menyakinkan.

4.2

Konsep literasi komputer.

96

Berikut dinyatakan tiga konsep utama yang di perlukan bagi menjalankan apa yang dimaksudkan dengan literasi komputer.

4.2.1 Kesedaran Kita menyedari akan kepentingan komputer, kepelbagaian penggunaannya seta kepentingannya didalam masyarakat.

4.2.3 Pegetahuan

Kita memahami konsep bagaimana sistem sesebuah komputer dibangunkan serta bagaimana ia berfungsi.

4.2.4

Interaksi

Kita mampu berinterasi dengan komputer atau erti kata lain, kita mampu menggunakan komputer dalam melaksanakan aplikasi aplikasi tertentu.

97

Secara umumnya pula, komputer boleh ditakrifkan sebagai pengetahuan yang secukupnya yang perlu ada pada seseorang untuk menggunakan aplikasi komputer dan hidup di dalam masyarakat yang berorentasikan komputer pada masa kini.

Kekurangan asas pengetahuan tersebut juga boleh menyebabkan seseorang dilanda sindrom Phobia Komputer (computer phobia), iaitu satu sindrom yang takut pada komputer.

4.3 Komputer beroperasi.

Kebanyakan sistem komputer pada masa kini beroperasi berdasarkan empat operasi asas seperti yang berikut :

4.3.1 Masukan (input) 98

Perabti masukan dan peranti input membolehkan seseorang untuk berkomunikasi dengan sistem komputer. Peranti input juga digunakan bagi membolehkan seseorang memasukkan data serta memberi arahan arahan kepada sesebuah system computer. Papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan kayuria (joystick) merupakan salah satu contoh peranti input yang sering digunakan.

4.3.2 Pemprosesan (Processing)

Unit Pemprosesan Pusat atau CPU (Central Processing Unit) berperanan untuk memprosesan arahan, melaksanaka pengiraan dan menguruskan laluan informasi menerusi sistem komputer. Unit atau peranti pemprosesan juga akn berkomunikasi dengan peranti input, output dan storan bagi melaksanakan arahan- arahan berkaitan yang di perlukan.

4.3.3 Keluaran (Output)

Peranti output membolehkan sesebuah sistem komputer berkomunikasi dengan penggunanya. Peranti ini memaparkan maklumat pada skrin komputer, menghasilkan salinan bercetak atau menghasilkan bunyi bunyian. Skrin paparan (monitor), pencetak

99

(printer) dan pembesar suara merupakan adalah contoh peranti output yang utama.

4.3.4 Storan (Storage)

Peranti storan berperanan untuk menyimpan data dan maklumat. Computer menggunakan maklumat yang disimpan dari peranti ini untuk melaksanakan arahan arahan lain yang berkaitan. Cakera keras (hard disk), cakera liut (floppy disk) dan CD-ROM merupakan contoh contoh peranti storan yang utama .

4.4 Elemen di dalam Komputer.

Terdapat enam elemen utama didalam sesebuah komputer :

4.4.1 Perkakasan (Hardware) 100

bahagian fizikal komputer yang boleh disentuh dan dilihat. Contohnya seperti skrin paparan, tetikus dan papan kekunci.

4.4.2 Perisian (Sofware) set arahan atau prosedur yang membantu perkakasan untuk beroperasi. Contoh perisian antaranya ialah Microsoft Office, Netcape Communicator dan sebagainya.

4.4.3 Data bahan atau sumber mentah yang akan di proses menjadi maklumat yang di gunakan.

4.4.4

Prosedur Langkah lankah yang harus di ikuti bagi melengkapkan satu kitaran tugas komputer.

4.4.5

Komunikasi

101

Apabila sesebuak computer disediakan bagi membolehkan ianya berkongsi data dan maklumat dengan sistem komputer yang lain secara elektronik, komunikasi menjadi elemen yang keenam didalam sesebuah komputer.

4.5 Sifat Semulajadi Komputer.

Terdapat tiga jenis sifat semulajadi yang ada pada sesebuah komputer yang menjadikan ianya semakin penting di dalam kehidupan manusia. Sifat sifat tersebut ialah :

a) Kepantasan

Komputer menawarkan pemprosesan maklumat yang pantas dan bermakna. Kebanyakan urusniaga dan aktiviti manusia seharian bergantung kepada kepantasan system computer bagi memproses sesuatu maklumat. Contohnya urusniaga, kewangan, panggilan telefon, tempahan tiket perjalanan dan sebagainya.

102

b) Kebolehkepercayaan

Komputer merupakan sejenis mesin yang boleh dipercayai. Walaupun kadangkala berlakunya kesilapan atau computer error namun demikian, biasanya kebanyakan kesilapan tersebut berpunca dari kesilapan manusia itu sendiri(human error).

c) Kemampuan Storan

Sistem Komputer berkemampuan untuk menyediakan ruang bagi menyimpan sejumlah data yang besar. Ianya juga mampu dicapai dan digunakan semula dengan cepat dan berkesan.

4.6 Perkakasan Komputer

Seperti yang telah dibincangkan sebalum ini, computer merupakan sejenis mesin yang boleh diprogamkan untuk memasukkkan data (INPUT) yang kemudiannya diproses (PROSES) menjadi maklumat yang berguna. Maklumat 103

yang telah sipa di proses kemudiannya dikeluarkan (OUTPUT) semula samaada dalam bentuk paparan pada skrin, hasil cetakan dan sebagainya untuk perhatian pengguna. Akhirnya, maklumat tersebut boleh juga disimpan (STORAN) untuk kegunaan selanjutnya di masa hadapan.

Tuntutan proses ini juga dikenali sebagai kitaran IPOS (Input, Proses, Output dan Storan). Walau bagaimanapun langkah pengoperasian tidak semestinya perlu dilaksanakan mengikut urutan I-P-O-S. Program komputer mungkin mengikutinya seboleh mungkin dalam keadaan tertentu, sebarang urutan proses boleh dilaksana mengikut keperluan semasa terutamanya semasa melakukan operasi yang besar.

Bagi setiap aktiviti yang dinyatakan tadi, perlaksanaannya memerlukan kombinasi antara pengguna perkakasan dan juga perisian. Perkakasan komputer secara am boleh diketagorikan kepada lima kumpulan yang utama iaitu :

Peranti masukan (INPUT) Peranti keluaran (OUTPUT) Peranti pemprosesan Peranti storan Peranti komunikasi

104

4.7 Perisian Komputer

Komputer mampu melaksanakan kebabyakan tugas yang mampu diimaniginasikan oleh seseorang manusia. Namun demikian terdapatnya kekangan kekangan yang tidak dapat dielakkan. Setiap tugas yang ingin dilakukan oleh sesebuah komputer biasanya dilaksanakan oleh aplikasi, program atau perisian komputer yang tertentu. Misalnya bagi tujuan permainan, maka perisian berbentuk permainan diperlukan. Begitu juga bagi tujuan meneroka kemudahan internet maka perisian yang berkaitan dengan internet diperlukan. Antara perisian Komputer yang utama ialah :

pemprosesan perkataan hamparan elektronik persembahan multimedia pangkalan data telekomunukasi grafik dan animasi pendidikan dan hiburan utuliti dan sebagainya

105

Anda mungkin juga menyukai