Anda di halaman 1dari 4

ّ‫ أَ ْش َهدُ َأ نْ لَ إِلَ هَ اِل‬،ً‫سنُ عَ َمل‬

َ ْ‫ح ْمدُ لِلّ هِ اّلذِىْ َجعَلَ اْلحَيَاةَ وَاْلمَوْ تَ لِيَبْلُوَكُ مْ اَيّكُ مْ اَح‬
َ ‫اَْل‬
ّ‫ َأرْ سَ َلهُ بِاْل ُهدَى َودِيْ نِ اْلحَق‬،ُ‫ وَأَ ْش َهدُ أَنّ ُمحَ ّمدًا عَبْدُ هُ َورَ سُوُله‬،ُ‫الُ وَ ْحدَ هُ لَ َشرِيْ كَ لَ ه‬
َ‫صلّ وَ سَ ّل ْم عَلَى عَبْدِ كَ َورَ سُوِلك‬
َ ّ‫ اَل ّل ُهم‬،َ‫شرِكُوْ ن‬
ْ ‫لُِي ْظهِرَ ُه عَلَى الدّيْ نِ كُلّ هِ وََلوْ َكرِ هَ اْل ُم‬
.ِ‫صحِْبهِ أَ ْج َمعِي‬
َ َ‫حمّدٍ َوعَلَى آِلهِ و‬
َ ‫ُم‬

.َ‫ ُأوْصِيْ ُكمْ وَإِيّايَ بَِتقْوَى الِ َف َقدْ فَازَ اْلمُّتقُوْن‬،َ‫ اِّتقُوا ال‬،ِ‫ فَيَا عِبَادَ ال‬،ُ‫َأمّا َبعْد‬
SIDANG JUMAAT YANG RAHMATI ALLAH,

Marilah kita sama-sama tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah


dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang bertakwa, kerana sesungguhnya
orang yang paling berjaya di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.
Sekali gus, sebagai pelajar mudah-mudahan kita sentiasa mempertingkatkan
kekuatan jiwa kita untuk menghadapi liku-liku kehidupan di perantauan ini

‘Demam imtihan’ kembali melanda warga mahasiswa di Perlembahan Nil ini. Di sana-sini,
majoriti dari kita sudah mula bercakap-cakap tentang fatrah imtihan yang makin mendekat dan
tidak kurang juga yang mula merancang pelbagai strategi belajar. Namun, apa yang pasti, walau
apa pun cara atau strategi, kita sama-sama inginkan kecemerlangan dalam imtihan kali ini. Bagi
sahabat-sahabat dalam kuliah perubatan pula, mereka terlebih dahulu telah merasai demam
imtihan bagi fasa ini.

Saban tahun, setiap kali menjelangnya fatrah imtihan, kita sering diajak untuk merenung kembali
diri masing-masing sejauh mana persiapan kita untuk menghadapi imtihan yang menjelang. Dan
begitu juga saban tahun, kita diajak bermuhasabah tentang kelemahan atau kecuaian kita pada
musim imtihan pada tahun sudah. Setiap kali berakhirnya musim imtihan, ramai dari kita yang
menaruh azam dan tekad untuk melakukan yang lebih baik dalam fasa imtihan seterusnya.
Namun sayang, tidak ramai dari kita yang mampu mengekalkan azam tersebut pada fasa imtihan
yang seterusnya.

Sahabat yang dikasihi,


Sesungguhnya kecemerlangan dalam peperiksaan merupakan suatu perkara yang cukup penting
dalam diari kehidupan seorang mahasiswa khususnya mahasiswa muslim. Keperluan umat Islam
kepada mahasiswa muslim yang cemerlang dari sudut akademik terutamanya dalam bidang
pengajian agama merupakan suatu yang bersifat mendesak. Ini lebih-lebih lagi dalam keadaan
umat Islam yang tidak keterlaluan jika dikatakan ketinggalan dalam banyak bidang. Peri
pentingnya kepada kecemerlangan akademik dapat kita soroti daripada lipatan sirah agung tokoh
ilmuwan Islam sendiri. Nama-nama seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Al-Khindi dan banyak
lagi tokoh-tokoh cendekiawan muslim cukup dikenali baik dalam dunia Islam mahupun barat.
Mereka bukan sahaja faqih dalam ilmu agama, tetapi juga turut menguasai pelbagai ilmu alat
yang lain seperti perubatan, kira-kira dan astronomi.

Justeru, adalah menjadi kewajipan bagi setiap dari kita yang bergelar mahasiswa muslim dalam
apa jua bidang untuk mengembalikan keagungan tamadun ilmu kepada dunia Islam. Baginda Ar-
Rasul (saw) telah mengajarkan kepada kita melalui sirahnya yang mulia bahawa sesungguhnya
umat Islam tidak pernah mengenal erti usaha melainkan bersama-sama usaha itu adanya
mujahadah dan kesungguhan. Renungilah peristiwa kesungguhan Nabi (saw) berdakwah di Thaif
sehingga baginda dilempar dengan batu, namun untuk baginda berputus asa, tidak sama sekali.

Sahabat yang dirahmati Allah,


Marilah kita sama-sama lemparkan persoalan kepada diri masing-masing, adakah aku telah
bersungguh-sungguh dalam jihad ilmu ini sebagaimana kekasihku, Muhammad (saw) telah
bersungguh-sungguh dalam menyampaikan amanah risalah? Dan adakah aku telah merasai
peritnya mujahadah dalam kesungguhanku sebagaimana kekasihku, Muhammad (saw) merasai
peritnya mujahadah dalam kesungguhannya?

Ya Allah, bantulah kami dalam mujahadah kami dan tetapkanlah niat kami semata-mata
keranaMu sebagaimana ikrar kami; sesungguhnya solat kami, ibadah kami, kehidupan kami dan
kematian kami adalah semata-mata keranaMu, Tuhan sekelian alam.

ِ‫ وََن َفعَنِ يْ وَإِيّاكُ مْ بِمَا فِيْ هِ مِ نَ اليَا تِ وَالذّ ْكر‬،ِ‫بَا َر كَ الُ لِ يْ وَلَكُ مْ فِ يْ اْل ُقرْءَا نِ اْل َعظِيْ م‬
َ‫ أَقُوْلُ قَوْلِي َهذَا وَأَ سَْتغْ ِفرُ ال‬،ُ‫سمِيْعُ اْلعَلِيْ م‬
ّ ‫ وََتقَبّلَ مِنّي َومِنْكُ مْ ِتلَوَتَ هُ إِنّ هُ ُهوَ ال‬،ِ‫اْلحَكِيْ م‬
ُ‫ فَا سَْت ْغ ِفرُوه‬،ِ‫ وَاْلمُ ْؤمِنِيْ نَ وَاْلمُ ْؤمِنَا ت‬،ِ‫ وَلِ سَاِئرِ اْلمُ سْلِمِ ْينَ وَاْلمُ سْ ِلمَات‬،ْ‫اْلعَظِيْ مَ لِ يْ وَلَكُ م‬
.ُ‫إِّنهُ هُوَ اْل َغفُوْرُ الرّحِ ْيم‬

Khutbah 2

َ‫ أ ْش َهدُ أنْ لَ إله‬,َ‫ل عَلَى الظّاِلمِ ْين‬


ّ ‫ح ْمدُ لِ رَبّ اْلعَاَلمِ ْينَ وَاْلعَاقَِبةُ لِ ْلمُّتقِيْنَ وَل ُعدْوَا َن غ‬
َ ‫اْل‬
‫ أللهُمّ صَلّ وَسَ ّلمْ عَلى‬.ُ‫ وَأ ْش َهدُ َأ ّن ممدًا عَبْدُهُ وَرَسُوُْله‬،ُ‫إلّ الُ وَ ْحدَهُ ل َشرِيْكَ َله‬
َ‫صحَاِبهِ أَ ْج َمعِيْن‬
ْ ‫سَّيدِنَا ممدٍ َوعَلَى آِلهِ وَأ‬
َ‫ أُوْصِيْ ُكمْ وَإيّايَ بَِتقْوَى الِ َفقَدْ فَازَ اْلمُّتقُوْن‬،ِ‫ فيَا عِبَادَ ال‬،ُ‫أمّا َبعْد‬

Sidang pendengar yang dimuliakan,

SETIAP orang mendambakan kejayaan atau kebahagiaan dalam kehidupan


dengan memperoleh kesemua yang diinginkan dan dicita-citakannya.

Kejayaan ini boleh berbentuk kebendaan, pangkat, ilmu intelektual,


atau sukses emosional (kejayaan emosi). Setiap kesuksesan (kejayaan)
tersebut bagi seorang Muslim tidak hanya diperoleh dengan ikhtiar,
namun juga disertai doa.

Doa merupakan pendorong rohaniah untuk terus berusaha kerana meyakini


bahawa setiap usaha yang dibarengi (diiringi) doa pasti akan sukses.

Allah berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku jawab. (Surah


Al-Mukmin: 60)

Dengan keyakinan ini, setiap ikhtiar yang kita usahakan akan dilakukan
dengan sebaik mungkin, kalau bisa sampai sempurna atau minimal
mendekati kesempurnaan.

Dalam sebuah hadis Qudsi, Rasulullah saw bersabda: 'Sesungguhnya Allah


berfirman: Aku akan mengikuti prasangka hamba-Ku dan Aku akan
senantiasa menyertainya apabila berdoa kepada-Ku.' (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim)

Para nabi dan rasul, sebagaimana dikisahkan secara indah dalam


Al-Quran, senantiasa berdoa untuk sukses dalam misinya sebagai
peribadi atau sebagai pemimpin umat.

Nabi Ayub berdoa untuk sembuh daripada penyakit; Nabi Isa berdoa untuk
mendapat rezeki yang halal; Nabi Zakaria berdoa untuk mendapatkan
keturunan yang baik; dan Nabi Sulaiman berdoa untuk mendapatkan kekuasaan.

Doa-doa mereka merupakan doa-doa yang baik (makthurat) yang dapat kita
contoh dengan mengikuti dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.
Doa juga dinilai sebagai ibadah yang utama di sisi Allah: 'Tidak ada
satu pun amal yang lebih mulia pada pandangan Allah daripada doa.'
(Hadis riwayat Bukhari).

Bahkan, Allah membenci orang-orang yang enggan berdoa kepada-Nya:


Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku
(tidak mahu berdoa), akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina
dina. (Surah Al-Mukmin: 60).

Betapa tingginya nilai doa bagi seorang Muslim sehingga rasul


menyatakan doa merupakan intinya ibadah (mukhul ibadah) dan senjata
bagi orang yang beriman.

Agar kita senantiasa berjaya dalam hidup, marilah kita berdoa, baik
sewaktu susah mahupun senang, ketika miskin atau kaya, dalam keadaan
lapang atau sempit.

Doa yang dipanjatkan secara dawam (rutin) inilah yang paling Allah sukai.

'Barangsiapa yang menginginkan doanya dipenuhi Allah ketika dia dalam


kesulitan, hendaknya dia memperbanyak doa pada waktu lapang.' (Hadis
riwayat Tirmidzi dan Hakim)

Ayat quran tntg selawat

Selawat

Doa muslimun

Penutup

Anda mungkin juga menyukai