Anda di halaman 1dari 12

VISUAL BASIC PENGGUNAAN OBJEK DAN KAWALAN ATUR CARA

UNIT 2 BAB 8

BAB 8 PENGGUNAAN OBJEK DAN KAWALAN ATUR CARA


PENGENALAN
Bagaimana pengalaman anda membaca Bab 7 sebelum ini? Ia hanyalah satu permulaan. Jika anda telah menguasainya maka anda telah bermula dengan asas yang baik. Jika tidak ambil sedikit masa anda untuk mengulangi bab sebelum ini. Kalau anda masih ingat Bab 7 yang lalu, apabila satu projek dimulakan dalam VB maka satu form terhasil. Kita hanya meletakkan objek-objek lain di atas form itu. Dalam keadaan sebenar satu projek boleh terdapat banyak objek form dan setiap form pula terdapat banyak objek. Tumpuan bab ini adalah kepada penggunaan beberapa objek dalam satu form. Satu objek dalam pengaturcaraan VB6 biasanya digunakan untuk mengawal objek-objek lain. Setiap objek mempunyai ciri (properties) tersendiri. Ini telah dijelaskan dalam bab sebelum ini. Kali ini anda akan diperkenalkan dengan Acara atau Event. Beri tumpuan sepenuhnya dalam bab ini terutama kaitan ciri dan acara.

OBJEKTIF
Di akhir bab ini anda seharusnya dapat : 1. 2. mengaplikasi 3 objek ke atas satu form; dan mengawal objek dengan membina atur cara ringkas berpandukan

8.1

PENGGUNAAN OBJEK BUTANG KAWALAN

Kita mulakan dengan contoh VB kali ini dengan menggunakan objek butang kawalan. Mulakan perisian VB anda. Umumnya objek tanpa kawalan tidak akan membawa apaapa makna. Contohnya apabila anda letakkan satu objek butang kawalan pada form ia tidak akan memberi sebarang kesan jika tidak dibuat atur cara ke atasnya. Anda sebagai juruaturcara mestilah tahu mengendalikan penggunaan objek tersebut dan juga kawalan atur cara dengan berkesan.

8.1.1

Objek Butang Kawalan

Cuba anda fahamkan masalah ini. Anda diberikan suatu masalah untuk mencetak beberapa ayat di atas form yang anda bina dengan klik butang cetak. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini? Buka satu projek baru dengan Standard EXE dan tukarkan nama form kepada frmpengenalan. Rujuk Bab 7 jika anda masih belum mahir melakukan tugasan iniLakukan langkah-langkah berikut:

64

OUM

UNIT 2 BAB 8

VISUAL BASIC PENGGUNAAN OBJEK DAN KAWALAN ATUR CARA

1. 2. 3. 4. 5.

Klikkan ikon butang kawalan (CommandButton) pada ToolBox dengan menggunakan tetikus. Bawa tetikus ke atas form. Heret (drag) tetikus ke tempat untuk meletakkan butang tersebut dan kemudian lepaskan klik. Untuk mengalihkan kedudukan butang, klik tanpa lepas di atas butang tersebut, dan heret ke lokasi di sekitar form. Alihkan pandangan anda ke tetingkap ciri (properties) dan tukarkan nama(name) Command1 kepada btncetak. Tukarkan paparan di atas butang daripada Command1 kepada Cetak. Masih lagi pada tetingkap ciri, lihat pada Caption buang perkataan Command1 dan taip perkataan Cetak. Jika anda menaip tanda &, sebelum huruf C, maka paparan menjadi Cetak.

6.

Rajah 8.1: Objek butang kawalan

OUM

65

VISUAL BASIC PENGGUNAAN OBJEK DAN KAWALAN ATUR CARA

UNIT 2 BAB 8

7.

Setelah Cetak terpapar pada butang, klik dua kali (dwi-klik) dengan pantas butang dan anda akan dipaparkan dengan kod atur cara seperti berikut:

Satu contoh acara Contoh nama objek

Rajah 8.2: Gambar selepas dwiklik butang Cetak

8.

Taipkan arahan seperti berikut: Private Sub btncetak_Click( ) print Klik butang arahan End Sub

9.

Tujuan arahan print supaya apabila butang btncetak diklik, maka sistem akan mencetak ayat Klik butang arahan di atas form.

Setelah selesai anda perlu melarikan atur cara VB yang telah anda siapkan tadi. Tetapi bagaimana? Teruskan pembacaan! Sebelum meneruskan perbincangan seterusnya, anda sudah semestinya sudah boleh membayangkan apakah yang akan terhasil setiap langkah yang telah anda ikuti itu. Tuliskan bayangan anda itu.

66

OUM

UNIT 2 BAB 8

VISUAL BASIC PENGGUNAAN OBJEK DAN KAWALAN ATUR CARA

8.1.2

Melarikan Atur Cara VB

Klikkan butang run. Butang run tersebut ditunjukkan dalam Rajah 8.3.

Rajah 8.3: Butang run, pause dan stop

Butang pause dan stop dalam Rajah 8.3 tidak aktif kerana pada masa ini atur cara belum dilarikan lagi. Apabila butang run diklik, anda akan dapati bahawa butang run pula tidak aktif sementara butang pause dan butang stop pula aktif. Larikan atur cara dan anda akan memperolehi form dengan di atasnya mempunyai satu butang kawalan untuk mencetak. Klikkan butang Cetak beberapa kali. Perhatikan bahawa ayat Klik butang arahan terpapar setiap kali anda klik. Lihat Rajah 8.4 di bawah. Untuk menamatkan atur cara, klikkan butang stop, dan atur cara kembali kepada mod pengaturcaraan.

Rajah 8.4: Contoh output bagi masalah dalam 8.1.1

Bolehkah anda menambah butang kawalan yang lain dalam satu form yang sama ? Jika Ya, buktikan dengan alasan yang kukuh.

OUM

67

VISUAL BASIC PENGGUNAAN OBJEK DAN KAWALAN ATUR CARA

UNIT 2 BAB 8

Langkah-langkah untuk menambahkan butang kawalan baru: 1. 2. 3. 4. Kini, tambahkan satu butang kawalan lagi di atas form supaya anda dapat mengawal atur cara untuk menamatkan larian. Tambah butang arahan, namakan butang sebagai btnkeluar. Paparkan Keluar di atas butang tersebut. Dwiklik untuk ke mod pengaturcaraan. Dalam fungsi btnkeluar_Click taipkan, End atau Unload Me. Private Sub btnkeluar_Click( ) End End Sub 5. Larikan atur cara.

Rajah 8.5: Form ditambah dengan satu butang Keluar

Bagaimana perasaan anda sekarang? Anda telah mula bermain dengan atur cara. Sekurang-kurangnya kini anda telah tahu untuk membezakan mod reka bentuk dan mod pengaturcaraan serta bagaimana untuk menulis atur cara mudah dan melarikannya. Bagi memantapkan kefahaman anda jawab soalan latihan di bawah.

68

OUM

UNIT 2 BAB 8

VISUAL BASIC PENGGUNAAN OBJEK DAN KAWALAN ATUR CARA

Latihan 8.1
Jika setiap arahan berikut memerlukan butang tersendiri. Tuliskan ruang kosong: 1. KuasaDua

2.

Tamat

8.2

PENGGUNAAN OBJEK LABEL

Setelah anda diperkenalkan dengan objek butang kawalan, kali ini kita lihat satu lagi objek iaitu objek label. Objek label digunakan untuk memaparkan teks. Ia juga mempunyai acara yang sama dengan butang kawalan. Label tidak boleh mengubah paparan teks. Mari kita ikuti langkah demi langkah untuk menghasilkan label. 1. 2. 3. 4. 5. Klikkan Butang Label dalam Window Toolbox. Klik dan tarik di atas form. Satu kotak segiempat dengan paparan Label1 di atasnya. Tetingkap ciri (properties) mempunyai maklumat mengenai Label1 ini. Masukkan nama dalam ruangan (name) di dalam properties. Gunakan nama lbltajuk. Taipkan perkataan Mesin Nombor dalam ruangan Caption pada tetingkap ciri.

OUM

69

VISUAL BASIC PENGGUNAAN OBJEK DAN KAWALAN ATUR CARA

UNIT 2 BAB 8

6.

Anda akan dapati bahawa perkataan Mesin Nombor terpapar didalam ruangan Label tersebut. Ubah suai saiz label jika perkataan yang ditaip tidak kelihatan sepenuhnya. Gunakan tetikus klik pada satu daripada titik di sekeliling objek label itu. Larikan atur cara dan anda dapati bahawa perkataan tersebut terpapar di atas form dan tidak mempunyai apa-apa kesan apabila diklik. Lihat Rajah 8.6 untuk lebih jelas.

7.

Rajah 8.6: Contoh penggunaan objek Label

Anda sudah diperkenal dengan label. Jadi nyatakan apa lagi manipulasi yang boleh dibuat ke atas objek Label. Tuliskan dengan jelas.

8.3

OBJEK KOTAK TEKS

Ada satu lagi objek yang agak penting yang perlu diperkenalkan iaitu kotak teks. Kotak teks biasanya digunakan sebagai lokasi untuk memasukkan input atur cara. Ia juga boleh digunakan untuk memaparkan teks. Mari kita lihat bagaimana langkah untuk menggunakan kotak teks.

70

OUM

UNIT 2 BAB 8

VISUAL BASIC PENGGUNAAN OBJEK DAN KAWALAN ATUR CARA

Berikut adalah contoh untuk menggunakannya: 1. 2. 3. 4. Klik butang kotak teks (TextBox) dan bawa ke atas form. Berikan nama kotak teks ini sebagai teksinput. Pergi ke ruangan text dalam tetiingkap properties dan hapuskan perkataan text1. Cipta kembali butang kawalan cetak dan butang kawalan keluar. Dwiklik pada butang cetak (dengan kadar yang cepat) dan taipkan teks yang dimasukkan adalah &teksinput.text dalam fungsi btncetak_Click seperti berikut:
Private Sub btncetak_Click() Private Sub btncetak_Click() Print "Teks dimasukkan adalah " & teksinput.Text Print Teks dimasukkan adalah & teksinput.Text End Sub

End Sub

5. 6. 7. 8. 9.

Sistem akan memaparkan ayat Teks dimasukkan adalah dan diikuti dengan teks yang terdapat dalam kotak teks. Tanda & merupakan tanda untuk menyambungkan dua perkataan. teksinput.Text pula bermaksud, teks yang terkandung dalam kotak yang bernama teksinput. Klik pada objek kotak teks untuk mendapatkan tetingkap properties bagi kotak teks. Dapatkan ruangan TabIndex di tetingkap properties dan pastikan nilai yang dipegang oleh TabIndex untuk tetingkap properties kotak teks teksinput adalah 0. Nilai TabIndex adalah nilai untuk menunjukkan fokus kedudukkan kursor apabila atur cara dilarikan pertama kali.

10. Apabila atur cara berada dalam mod larian, kursor berada pada kedudukan objek yang memegang nilai 0, apabila pengguna menekan kunci tab di papan kekunci, kursor akan berpindah kepada kedudukan objek yang memegang nilai 1. Pergerakkan kursor adalah 0,1,2 dan ulang kembali putaran bermula daripada 0 11. Semak juga nilai yang dipegang oleh butang cetak dan butang keluar. Butang cetak sepatutnya memegang nilai TabIndex 1 dan butang keluar memegang nilai 2. 12. Larikan atur cara. 13. Letakkan perkataan dalam kotak teks dan klik butang cetak. Contoh output boleh dirujuk pada Rajah 8.7:

OUM

71

VISUAL BASIC PENGGUNAAN OBJEK DAN KAWALAN ATUR CARA

UNIT 2 BAB 8

Rajah 8.7: Penggunaan TextBox

Latihan 8.2
TextBox juga merupakan objek yang penting dalam atur cara VB. Tuliskan langkah-langkah yang sesuai untuk anda mengubah warna latar belakang TextBox.

8.4

PENGGUNAAN BUTANG KAWALAN, LABEL DAN KOTAK TEKS

Anda telah mengikuti proses untuk menggunakan butang kawalan, label dan kotak teks. Pada topik kali ini kita integrasikan ketiga-tiga objek itu dalam satu form. Penggunaan tiga objek yang asas yang telah dibincangkan di atas akan digunakan dalam bab ini.

Rajah 8.8: Susunan objek butang kawalan, label dan kotak teks

72

OUM

UNIT 2 BAB 8

VISUAL BASIC PENGGUNAAN OBJEK DAN KAWALAN ATUR CARA

Langkah-langkahnya untuk membina projek adalah seperti di Rajah 8.8: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Cipta projek baru dengan Standard Exe. Tukarkan nama form kepada frmMKira. Paparkan Sistem Demo pada kepala form frmMkira. Gunakan tetingkap properties dan taipkan perkataan tersebut pada Caption. Letakkan label dengan paparkan Nombor Ouput di bahagian atas form frmMkira. Gunakan huruf Arial dengan saiz 14. Namakan label sebagai lbloutput. Letakkan satu kotak teks di bawah paparan Label. Berikan nama teksoutput dan kosongkan nilai teks di dalamnya. Letakkan sembilan butang kawalan di atas form. Namakan sebagai btnsatu hingga btnsembilan. Paparkan 1 di atas btnsatu, 2 di atas btndua hingga 9 di atas btnsembilan. Letakkan satu lagi butang kawalan dan namakan sebagai btnkeluar. Paparkan perkataan Keluar di atasnya. Susun objek seperti Rajah 8.8.

Setelah anda menyiapkan objek-objek itu di dalam mod reka bentuk, kini kita beralih kepada mod pengaturcaraan. 1. Klik dua kali btnsatu dan taipkan teksoutput.Text = 1.

2. 3. 4.

Lakukan aktiviti yang sama pada semua butang kawalan. Klik dua kali btnkeluar dan taip End dalam fungsi btnkeluar_Click( ). Susun TabIndex mengikut susunan berikut:

OUM

73

VISUAL BASIC PENGGUNAAN OBJEK DAN KAWALAN ATUR CARA

UNIT 2 BAB 8

Objek btnsatu btndua btntiga btnempat btnlima btnenam btntujuh btnlapan btnsembilan btnkeluar lbloutput teksoutput

TabIndex 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

5. 6.

Larikan atur cara. Klikkan mana-mana btnsatu hingga btnsembilan berulang kali. Perhatikan bahawa teks dalam kotak teks berubah mengikut butang yang anda klik.

Latihan 8.3
Gunakan masalah yang dibincangkan dalam 8.4 di atas supaya: 1. 2. Paparan teks dalam kotak teks berada di sebelah kanan kotak teks. Apabila mengelik butang nombor, teks paparan semasa tidak dihilangkan untuk memaparkan nombor baru, tetapi ia akan mencantumkan teks nombor semasa dengan nombor yang diklik. Paparan teks dalam kotak teks akan hilang secara automatik apabila pengguna mengelik dalam kotak teks.

3.

Tips:

VB akan memproses semua baris-baris arahan yang telah ditulis. VB akan memaparkan mesej kesalahan jika berlaku masalah ke atas baris arahan tersebut. Cipta folder baru untuk siap projek yang disimpan.

74

OUM

UNIT 2 BAB 8

VISUAL BASIC PENGGUNAAN OBJEK DAN KAWALAN ATUR CARA

Anda digalakkan membuat latihan tambahan dengan melayari web di alamat http://www.vbtutor.net/vbtutor.html.

Anda diberikan satu antara muka seperti berikut:

Apabila butang KLIK!!! ditekan sekali semua warna putih bertukar ke hitam, manakala warna hitam bertukar ke putih. Fikirkan bagaimana anda boleh melakukan perkara tersebut. Aplikasikan masalah ini pada komputer anda.

RUMUSAN
Sehingga akhir bab ini anda telah diperkenalkan beberapa objek utama dan contoh aplikasi beberapa objek di atas satu form. Selain itu anda juga telah didedahkan beberapa arahan kod atur cara dalam VB. Mahirkan dengan aplikasi yang anda pelajari sebelum ini. Bab seterusnya nanti anda akan berhadapan dengan masalah yang lebih mencabar. Cuba dapatkan bahan bacaan tambahan untuk mengukuhkan konsep anda.

OUM

75

Anda mungkin juga menyukai