Anda di halaman 1dari 5

VISUAL BASIC UNIT 2

PENGENALAN KEPADA VISUAL BASIC BAB 6

BAB 6 PENGENALAN KEPADA VISUAL BASIC

PENGENALAN
Sudahkah anda bersedia untuk mengikuti Bab 6 ini? Sebelum ini anda telah mengenali
apakah itu pengaturcaraan, konsep pengaturcaraan dan jenis-jenis pengaturcaraan
dalam bab-bab yang lalu. Kali ini kita akan mempelajari pengaturcaraan visual. Dalam
banyak bahasa pengaturcaraan visual kita akan mempelajari satu daripadanya dengan
lebih mendalam iaitu bahasa pengaturcaraan Visual Basic. Sebelum kita lihat
kemampuan bahasa pengaturcaraan Visual Basic, mari kita lihat sejarah dan perkara-
perkara asas tentangnya.

OBJEKTIF
Di akhir bab ini anda seharusnya dapat:

1. menerangkan sejarah awal penciptaan pengaturcaraan Visual Basic; dan

2. mengenal pasti tiga unsur asas objek Visual Basic.

6.1 SEJARAH VISUAL BASIC


Bahasa pengaturcaraan Visual Basic adalah evolusi daripada bahasa pengaturcaraan
BASIC (Beginner’s All-purpose Symbolic Instruction Code). Bahasa Basic ini telah
diperkenalkan oleh Prof. John Kemeny dan Thomas Kurtz daripada Dartmouth College,
USA.

Rajah 6.1: Pencipta bahasa pengaturcaraan Basic

48 OUM
UNIT 2 VISUAL BASIC
BAB 6 PENGENALAN KEPADA VISUAL BASIC

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut sejarah pencipta
- pencipta ini anda boleh layari internet pada alamat http://www.devx.com/
premier/mgznarch/vbpj/1993/Marapr93/Kemeny2.pdf dan http://
www.digitalcentury.com/encyclo/update/kurtz.html atau mana - mana
laman web yang berkaitan.

VB adalah bahasa yang menggunakan mekanisma “penterjemah” apabila dilarikan.


Namun apabila ia perlu dipakejkan dalam satu sistem, pengkompil akan melaksanakan
tugasnya terhadap atur cara Visual Basic. VB merupakan satu bahasa pengaturcaraan
yang perlu dilarikan dalam persekitaran Microsoft Windows. VB mempunyai banyak
kelebihan di antaranya:

(i) menyediakan antara muka grafik dengan mudah;


(ii) boleh mengawal perlaksanaan aplikasi menggunakan atur cara;
(iii) berupaya untuk mencapai API (Application Program Interface)
(iv) kemudahan atur cara berorientasikankan objek,
(v) kawalan ralat; dan
(vi) boleh melaksanakan atur cara berstruktur.

Percaya dan yakinkan diri anda bahawa Visual Basic adalah pilihan terbaik
untuk mempelajari pengaturcaraan. Tuliskan lima perkara yang anda takuti
dalam mempelajari bahasa pengaturcaraan.

6.2 UNSUR OBJEK DALAM VB


Mungkin anda pernah menggunakan bahasa pengaturcaraan lain sebelum ini.
Contohnya jika anda merupakan seorang juruaturcara C atau seorang yang pernah
belajar bahasa C, anda mungkin berasa kekok pada pertama kali menggunakan VB.
Fungsi-fungsi yang dibangunkan dalam atur cara C merupakan komponen atur cara
yang dipanggil daripada atur cara utama.

iIni berlainan dalam pengaturcaraan VB. Setiap fungsi yang dibangunkan adalah untuk
mengarahkan sesuatu objek melaksanakan tindakan berasaskan satu acara atau
peristiwa yang berlaku. Fungsi ini dinamakan sebagai method oleh bahasa-bahasa
pengaturcaraan yang berbantukan objek.

Apa yang penting dalam pengaturcaraan VB ialah anda perlu mereka bentuk antara
muka aplikasi yang mengandungi objek-objek bergrafik. Anda juga perlu menyertakan
fungsi-fungsi berdasarkan acara yang berlaku apabila pengguna melakukan tindakan
terhadap objek tersebut.

Objek ini telah disediakan oleh VB, anda hanya perlu memilih dan menggunakan objek-
objek tersebut. Objek-objek ini diletakkan di atas satu objek yang dinamakan sebagai
form. Seterusnya, setiap objek di dalam VB dikawal melalui atur cara.

OUM 49
VISUAL BASIC UNIT 2
PENGENALAN KEPADA VISUAL BASIC BAB 6

Anda amat digalakkan melawat laman web http://www.saddleback.edu/


faculty/rmathuro/falloowebsite/vbwebsts.htm. Dapatkan sedikit idea
tentang objek-objek yang terdapat dalam VB.

Mungkin anda bertanya pada diri anda apa itu objek, acara, method dalam konteks
pengaturcaraan VB? Teruskan pembacaan anda dengan tenang kerana penerangan
berkaitan dengannya berada pada muka surat seterusnya.

Anda telah biasa dengan antara muka pengguna Microsoft Word 2000.
Pilih arahan Save As. Bincangkan dengan jelas apakah objek-objek yang
wujud di dalam antara mukanya serta berikan tugas-tugas setiap objek-
objek tersebut.

Anda juga boleh mencipta objek sendiri dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan
VB. VB menyediakan kemudahan mencipta kelas (class).

Kelas merupakan kemudahan yang diberikan untuk juruaturcara membina


satu objek yang baru.

Dalam pengaturcaraan berorentasikan objek, objek-objek yang dicipta boleh diguna


semula dalam aplikasi-aplikasi yang lain. Objek tersebut diubah suai mengikut
kesesuaian sistem apabila juruaturcara memerlukan objek ini dalam sistem lain.

Berikut adalah tiga contoh objek asas yang disediakan oleh VB.

Rajah 6.2: Contoh objek

Berdasarkan kepada objek-objek di atas, setiap objek mempunyai ciri asas seperti
nama, saiz, warna dan paparan. Contoh objek “butang kawalan” perlu diberi nama
seperti btnKeluar, btnOk dan sebagainya. Nama ini membolehkan objek tersebut dikenali
di atas form VB.

50 OUM
UNIT 2 VISUAL BASIC
BAB 6 PENGENALAN KEPADA VISUAL BASIC

Selain daripada ciri, satu objek adalah berkait rapat dengan tindakan yang boleh diambil
oleh pengguna atur cara.

Tindakan pengguna terhadap objek, kita namakan sebagai acara.

Tugas anda sebagai juruaturcara VB pada peringkat awal adalah mengenal pasti acara-
acara yang berlaku terhadap objek-objek yang disediakan. Dengan memahami acara,
juruaturcara boleh menulis kod atur cara mengikut kesesuaian masalah.

Untuk menguji kefahaman anda, jawab soalan-soalan di bawah.

Latihan 6.1

Di dalam teks di atas ada dinyatakan istilah-istilah berikut. Terangkan


secara ringkas maksud istilah di bawah.

1. IDE adalah __________________________________ .

2. API adalah __________________________________ .

3. Apakah itu CIRI (Properties) dan ACARA (Events)?

Sebagai contoh, berikut adalah acara yang boleh berlaku terhadap tiga objek yang
dinyatakan di atas:

Jadual 6.1: Contoh hubungan objek dan acara

Objek Acara
Butang • diklik sekali dengan tetikus (click)
kawalan • diklik dua kali dengan tetikus (doubleclick)
• tetikus dilalukan di atasnya (mouse over)
Kotak teks • kursor difokuskan dalamnya (setfocus)
• kursor ditinggalkan daripadanya (lostfocus)
Butang radio • taipkan teks di dalamnya(change)

Kawalan terhadap sifat objek ini merupakan kod atur cara yang ditulis oleh juruaturcara.
Sebagai contoh, apabila mengklik sekali di atas butang kawalan bernama btnKeluar,
sistem ditamatkan (Tapi ingat! Perlukan atur cara disebalik tindakan itu).

OUM 51
VISUAL BASIC UNIT 2
PENGENALAN KEPADA VISUAL BASIC BAB 6

VB membenarkan atur cara Windows dibina tanpa memerlukan


kemahiran dalam konsep pengaturcaraan Windows. Berikan pendapat
tentang diri anda tentang apakah yang anda risaukan apabila anda akan
menggunakan perisian Visual Basic nanti ?

Tidak faham konsep

Fobia pada atur cara

Tidak cukup masa

Kurang bimbingan

Sukar dapatkan rujukan

Lain- lain. Nyatakan: ___________

RUMUSAN
Setelah anda membaca bab ini diharapkan anda dapat satu gambaran kasar tentang
pengaturcaraan Visual Basic. Untuk pembacaan bab-bab seterusnya sekali lagi anda
digalakkan bersedia dengan komputer yang dilarikan program Ms Visual Basic 6.0.
Selamat meneruskan pembacaan anda ke bab berikutnya.

52 OUM

Anda mungkin juga menyukai