Anda di halaman 1dari 47

MINGGU 2

KURIKULUM

1.0

PENDAHULUAN

Terdapat perkaitan antara konsep kurikulum dengan falsafah dan ianya boleh dilihat melalui sains dan teknologi yang telah berkembang dengan pesat, teknologi yang semakin canggih dan aplikasi saintifik yang semakin meluas serta kompleks. Kebolehan manusia memahami ilmu juga berkembang, oleh itu teori epistemologi turut berkembang untuk mencari perhubungan diantara mereka. Teori epistemologi atau dikenali sebagai teori ilmu merupakan salah satu cabang falsafah. Perkembangan teori ini akan membawa kepada perubahan dalam penggubalan dan proses pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah.

Melalui teori epistemologi ini, terdapat beberapa persoalan yang menjadi asas kepada pembentukan kurikulum iaitu Siapa yang mengajar?, Mengajar siapa? Bagaimana hendak mengajar? dan Mengajar apa? (Mok Song Sang, 2003) Persoalan inilah yang akan membantu dalam penyediaan matlamat, objektif, kaedah, teknik dan isi kandungan kurikulum agar membolehkan pertumbuhan dan perkembangan pelajar lebih sistematik dan sesuai mengikut peringkat umur dan tidap membebankan pelajar.

Penyusunan dan perkembangan kurikulum tidak boleh dilakukan secara sebarangan. Ia memerlukan landasan yang kukuh dan kuat untuk memastikan kurikulum itu dapat bertahan lama. Menurut Robert S. Zaiz (1976) terdapat empat

landasan dalam pengembangan kurikulum iaitu philosophy and the nature of knowledge, society and culture, the individual dan learning theory.

1.1

PENGERTIAN KURIKULUM

Kurikulum merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan. Tanpa kurikulum suatu pendidikan tidak dapat dikatakan sebagai sistem pendidikan yang sempurna. Menurut M Ihsan Dacholfany dan Ayi Sofyan (2010), kurikulum memiliki fungsi yang holistik dalam sistem pendidikan sebagai media transformasi pengetahuan, teknologi, seni dan nilai-nilai kehidupan kepada manusia.

Terdapat pelbagai definasi tentang kurikulum dan akhirnya membawa kepada satu pengertian yang sama antara kesemuanya. Menurut pandangan ahli sosiologi, kurikulum ialah alat untuk menyampaikan dan meneruskan sistem budaya dan menilai ilmu penilaian (Abd. Rahim,2007). Selain itu, kurikulum juga dilihat sebagai pelan perancangan dalam pendidikan yang melihat dua perkara utama iaitu visi dan struktur atau organisasi dalam pendidikan.

Menurut Mok Soon Sang (2004), ada ahli pendidik yang berpendapat kurikulum adalah mata pelajaran yang diajarkan di dalam bilik darjah sahaja manakala pelajaran di luar bilik darjah dikenali sebagai extra-curricular. Berdasarkan perbincangan di dalam kelas, pandangan kurikulum sebagai mata pelajaran di dalam bilik darjah sahaja tidak tepat. Ini kerana aktiviti pembelajaran di sekolah hendaklah dipandang secara keseluruhan. Oleh itu, tidak wajar jika hendak di bahagiakan kurikulum itu di dalam atau di luar bilik darjah.

Tambahan pula, terdapat beberapa mata pelajaran yang bukan sahaja dijalankan di dalam bilik darjah seperti lawatan, kajian luar, mengumpul data dan

sebagainya malah pendidikan jasmani yang di masukan sebagai mata pelajaran kurikulum juga di jalankan di luar bilik darjah. Selain itu, pendidikan formal dan tidak formal juga di rujuk sebagai aktiviti kurikulum. Guru akan menyampaikan pengajaran kepada pelajar secara formal dan tidak formal seiringan.

Secara kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang dipilih, diorganisasi dan disusun oleh ahli pendidikan dan pakar kurikulum dengan teliti dengan profesioanal, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah untuk semua peringkat persekolahan.

Walker (1990) menyebutkan lima konsep am yang terdapat di dalam kurikulum sekolah seperti pembelajaran yang diinginkan iaitu merangkumi matlamat, tujuan dan objektif pengajaran, mata pelajaran iaiatu jenis kursus yang disenaraika dan dihuraikan dalam sukatan pelajaran, aktiviti pendidikan sama ada di jalankan di dalam dan di luar bilik darjah yang disenaraikan dalam buku huraian sukatan pelajaran, pengalaman pelajar merangkumi pengalaman sebenar pelajar di bawah arahan dan kawalan pihak sekolah serta pencapaian pembelajaran merujuk kepada pembelajaran sebenar yang telah dipelajari termasuk isi kandungan, kebudayaan dan sikap positif pelajar (Mok Soon Sang, 1994).

1.2

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP KURIKULUM

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Sistem pendidikan di Malaysia adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara.

Kewujudan Falsafah Pendidikan Kebangsaan membawa kepada implikasiimplikasi kepada sistem pendidikan seperti perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu, perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni yang diserapkan dalam semua mata pelajara, perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.

1.3

PERBINCANGAN

Falsafah merupakan prinsip atau pegangan yang diperlukan untuk mencapai tujuan akhir pendidikan menjelaskan kebenaran hakikat kewujudan. Tujuan berfalsafah adalah untuk mencari hakikat kewujudan dan kebenaran dan member arah tujuan, menangani masalah yang tidak dapat dijawab oleh bidang ilmu yang terbatas dan melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

Kurikulum pula dikenali sebagai satu bidang mata pelajaran yang dirancang serta dikendalikan oleh pihak sekolah dan tidak terhad di dalam bilik darjah sahaja. Ia juga meliputi keseluruhan aktiviti yang ada dalam satu sistem pendidikan yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak.

Terdapat beberapa jenis falsafah yang mempengaruhi kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasinal iaitu Essensialisme, Parenialisme, Progressive dan Eksistensialisme. Kurikulum essensialisme berbentuk fleksible kerana ia menerima perubahan dan tidak terikat dengan doktrin-doktrin tertentu. Nilai yang jelas dan tahan lama serta guru yang memiliki sifat authoriti. Ia mementingkan pembentukan peribadi, disusun dari topic yang mudah kepada yang lebih kompleks serta menekankan kemahiran 3M iaitu menulis, mengira dan membaca.

Selain itu, kurikulum essensialisme di bahagikan kepada dua bahagian kepada mata pelajaran penting seperti matematik dan sains manakala mata pelajaran yang kurang penting ialah seni, musik, Pendidikan jasmani dan vokasional. Bahan pengajaran juga disediakan dengan rapi bagi memudahkan pelajar menerima pelajaran. Cara pengajaran berpusatkan guru serta berpusatkan peperiksaan.

Sumbangan kurikulum essensialisme yang dapat dilihat dalam perkembangan sistem pendidikan di Malaysia ialah guru sebagai model, penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran, mata pelajaran di bahagikan kepada teras dan elektif dimana menggambarkan mata pelajaran penting dan kurang penting, penekanan 3M dalam pelaksanaa KBSR serta pengembangan potensi manusia secara keseluruhan.

Kurikulum parenialisme pula berpegang kepada kembali ke asal kerana yang asal itulah yang benar. Pendidkan adalah sama bagi semua orang kerana manusia mempunyai potensi yang sama dan guru mempunyai kuasa autoriti di dalam kelas. Isi kandungan kurikulum adalah tetap dan tidak berubah tetapi ia menggalakan kaedah pembelajaran Socrates. Kebenran dalam kurikulum parenialisme adalah sejarah. Sekolah merupakan agensi masyarakat yang bertujuan untuk membentuk manusia menjadi manusia yang rational. Mata pelajaran yang di utamakan adalah matematik, bahasa, doktrin-doktrin dan buku-buku ternama. Ia juga menekankan 3M dalam kurikulum dan mewujudkan kelas vokasional bagi pelajar yang kurang pandai. Kaedah pengajaran yang dicadangkan adalah ingatan, pembacaan, penulisan, latih tubi dan ulangkaji.

Bagi progressive pula, mereka menggunakan pendekatan induktif dalam mencapai matlamat pendidikan kerana pendekatan induktif tidak memerlukan teori tetapi memerlukan mereka membentuk penerangan sendiri yang akan menerangkan fenomena yang didedahkan. Guru hanyalah berfungsi sebagai pembimbing atau penasihat dalam penyelesaian masalah. Kurikulum mereka memberi tumpuan kepada proses pelajaran manakala kurikulum essensialisme dan parenialisme memberi tumpuan kepada mata pelajaran. Pelajar bebas memilih dan membuat keputusan ke atas dirinya jika ianya dianggap baik. Mereka menggambarkan pendidikan adalah penghidupan dan bukan persedian untuk hidup.

Pencarian kebenarannya melalui pengalaman dan isi kandungan kurikulum adalah pengetahuan asas dan pengalaman. Kaedah pengajaran secara inquiri iaitu secara penyelidikan. Kebenaran merupakan milik masyarakat. Sekolah merupakan tempat menggalakan kerjasama bukannya persaingan serta sekolah juga menggalakkan demokrasi.

Bagi kurikulum eksistensialisme pula mementingkan kebebasan. Mereka tiada kurikulum yang tetap kerana kurikulumnya berdasarkan minat pelajar itu sendiri. Pelajar akan memilih program pelajaran tanpa ada paksaan atau hasutan dari sesiapa.Guru bukan penyebar ilmu tetapi membantu pelajar berjaya dalam usaha mencari kesedaran kendiri. Mereka menyokong kaedah pembelajaran Socrates. Kebenaran eksistensialisme berakhir pada diri.

1.4

PENUTUP

Secara kesimpulannya falsafah memberi sumbangan yang besar dalam pembentukan kurikulum di Negara kita. Falsafah juga digunakan untuk mencari penyelesaian masalah pendidikan. Daripada himpunan falsafah ini, perkara yang baik

di ambil dan yang sebaliknya di tapis maka muncul pula Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi arah dan tujuan bagi membentuk kurikulum yang seimbang. Kurikulum yang dibentuk dapat mengembangkan potensi manusia dengan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek serta manusia dapat menyedari hakikat kebenaran kewujudan dan berusaha untuk merealisasikan matlamat pendidikan iaitu mencapai self-actualisation.

1.5

RUJUKAN

1. Abdul Rahim Hamdan (2007). Pengajian Kurikulum. Universiti Teknologi

Malaysia: Skudai, Johor.


2. Mok Soon Sang (2004). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Edisi ketiga). Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.


3. Mok Soon Sang (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia (Edisi ketiga).

Perak: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

MINGGU 3

PEMBANGUNAN KURIKULUM

2.0

PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Pendidikan teknik dan vokasional (PTV) merupakan satu cabang dalam pendidikan di Malaysia. Teknikal bermaksud perlaksanaan sesuatu kerja yang mengkhusus kepada sesuatu pengetahuan manakala menurut Kamus Dewan vokasional pula bemaksud bidang yang berkaitan dengan aspek praktik sesuatu pendidikan. PTV bermula daripada kaedah pendidikan aperentis secara tidak formal seperti bapa akan mengajarkan anak dalam bidang kemahiran mencari sara hidup mereka. Apabila masyarakat berkembang maju, Pendidikan Teknik dan Vokasional telah disusun menjadi pendidikan yang formal dengan tertubuhnya Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) oleh kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 1974 (Ghazali, 2006). Fungsi utama bahagian ini ialah merancang, melaksana dan menyelia program pendidikan teknik dan vokasional di peringkat sekolah dan politeknik dan pada tahun 1995 BPTV telah dinaiktaraf menjadi Jabatan Pendidikan Teknikal (Yahya Emat, 1993).

Matlamat utama PTV adalah untuk menyediakan bidang latihan dalam memperkembangkan asas-asas kemahiran vokasional bagi tujuan pekerjaan dan untuk pelajar yang tamat pelajaran menengah rendah serta mempunyai minat dan kecenderungan untuk memperolehi kemahiran dan pengetahuan teknik asas dengan tujuan bagi mendapatkan pekerjaan di industri sebagai pekerja ketukangan (Naza, 2010).

2.1

CIRI KURIKULUM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Terdapat beberapa ciri penting dalam kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional yang membolehkan kurikulum ini dapat dibezakan dengan kurikulum yang lain. Kebanyakan ciri-ciri ini lebih cenderung berfokuskan kepada persedian kepada pekerjaan dan mengembangkan potensi individu dalam bidang kemahiran. Menurut Curtis dan John (1999) antara ciri-ciri kurikulum PTV ialah orientasi kurikulum, justifikasi, fokus, piawai kejayaan dalam sekolah, piawai kejayaan luar sekolah, perhubungan sekolah, industri dan masyarakat, penglibatan kerajaan, anggapan, logik dan perbelanjaan.

Secara umumnya, kurikulum Pendidikan Teknik Vokasional merupakan kurikulum yang akan menghasilkan produk atau graduan. Keutamaan kurikulum PTV adalah pelajar dapat mencapai kejayaan dalam hasil pembelajaran. Kejayaan pelajar diukur berdasarkan hasil atau kemahiran yang dihasilkan selepas pembelajaran bukan sekadar kejayaan akademik sahaja. Kurikulum Pendidikan Teknik Vokasional berorientasikan proses dan produk dimana proses dalam mancari, mengajarkan pengalaman, aktiviti dan kemahiran manakala produk daripada kesan dari pengalaman dan aktiviti yang dilakukan.

Kurikulum PTV berkaitan dengan mengajarkan kemahiran dan keperluan pekerjaan yang diperlukan dalam industri. Keperluan ini akan dipenuhi sehinggalah tiada persoalan yang timbul tentang pekerja dalam pemilihan dunia pekerjaan. Maka, jusifikasi kurikulum akan menjangkau rancangan sekolah kepada kemasyarakatan.

Oleh itu, kurikulum PTV akan berorientasikan pelajar serta dapat menyediakan pelajar kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh industri dalam dunia pekerjaan.

Pendidikan

Teknik

Vokasional

tidak

menghadkan

perkembangan

pengetahuan sesuatu perkara. Pendidikan Teknik Vokasional membantu pelajar dalam mengembangkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan perlakuan yang diberi keutamaan dalam pemilihan pekerja. Pendidikan Teknik Vokasional juga mementingkan pengalaman pelajar dalam menghadapi dunia dan cara menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Kejayaan akademik dan pengetahuan tentang selok belok pekerjaan penting kepada pelajar dalam kursus yang diambilnya tetapi dalam penilaian sebenar dalam kejayaan pelajar adalah melalui kemahiran hands-on atau kemahiran-kemahiran generik yang diperolehinnya. Piawai kejayaan dalam sekolah hendaklah seiring dengan kemahiran yang di jangkakan dalam dunia pekerjaan dan kriteria yang digunakan oleh tenaga pengajar dalam proses pengajaran.

Piawai kejayaan luar sekolah pula dimaksudkan dengan kejayaan seseorang pelajar selepas tamat pelajaran. Kemahiran-kemahiran yang telah diajarkan digunakan untuk kebaikan bersama. Antara kemahiran diluar sekolah adalah kemahiran dalam pekerjaan, kemahiran teknikal, kemahiran mencari pekerjaan, kemahiran peniagaan dan kemahiran dalam kelangsungan hidup.

Pendidikan Teknik Vokasional bertanggungjawab dalam menjalinkan hubungan antara dunia pertanian. Perniangaan dan pelbagai jenis hubungan pekerjaan dengan industri. Ini kerana industry berminat dalam pengambilan graduan sebagai pekerja mereka. Oleh itu, kurikulum Pendidikan Teknik Vokasional hendaklah memenuhi kehendak industri dalam menyediakan graduan yang berkebolehan dalam bidang yang dipilih.

Pihak berkuasa telah terlibat ke atas Pendidikan Teknik Vokasional sejak dahulu lagi. Pihak berkuasa akan menyokong proses pendidikan vokasional agar ia

menepati kehendak industri. Penglibatan pihak berkuasa akan membawa kesan kepada kurikulum PendidikanTeknik Vokasional dengan penyusunan kurikulum PTV bertambah jelas dan licin dan menepati kehendak pihak berkuasa.

Selain itu, ciri kurikulum Pendidikan Teknik Vokasional yang lain pula ialah tanggapan perubahan teknologi dalam kehidupan masyarakat. Ini kerana perubahan dalam teknologi amat pesat. Oleh itu, kurikulum PTV hendaklah bersedia dengan perubahan teknologi pada masa akan datang. Kurikulum PTV juga hendaklah diserapkan dengan perkembangan baru teknologi agar para graduan dapat bersaing dalam mencari pekerjaan.

Logistik dalam penglibatan menjaga kesesuaian kurikulum kadangkala akan membawa kepada situasi yang kompleks dan ia juga mengambil masa yang lama tetapi faktor ini juga yang membawa kepada kejayaan atau kegagalan dalam pelaksanaan kurikulum teknik dan vokasional. logistik akan mengambil berat tentang keperluan dan kehendak pelajaran. Peralatan dan bahan Fizik dan Kimia mestila cukup untuk dilakukan semasa membuat eksperimen di makmal. Peralatan elektronik yang disediakan juga hendaklah berfungsi dan diselenggara. Bahan dan peralatan yang digunakan bagi kurikulum hendaklah dibeli, disimpan, dibuat inventori, diganti dan kadangkala akan dijual. kesemua perkara seperti di atas hendaklah dijaga untuk mengelakkan berlakunya masalah logistik.

Kos dalam meyelenggara kurikulum Pendidikan Teknik Vokasional tidaklah begitu tinggi tetapi kos dalam operasi sesetengah kurikulum vokasional sangat tinggi sehingga melebihi kos pengajian akademik. Kos ini meliputi kos elektrik, air, pembelian, peyelenggaraan, penggantian peralatan dan sebagainya. Kos pendidikan vokasioanal tinggi disebabkan penggunaan mesin-mesin yang digunakan semasa proses pembelajaran seperti welding dan lain-lain. Selain itu, untuk membeli peralatan kurikulum vokasional juga memerlukan kos yang besar disebabkan untuk pembelian barangan yang berkualiti tinggi memerlukan kos yang tinggi.

2.2

RASIONAL PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKAN

TEKNIK DAN VOKASIONAL

Terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada perubahan sesuatu kurikulum. Kadang kala faktor itu bergerak sendiri atau bergabung. Antara faktorfaktor itu ialah kewujudan atau perkembangan ilmu-ilmu yang baru. Seperti yang sedia maklum, kedudukan ilmu sentiasa berkembang dan pelbagai ilmu telah Berjaya dikaji olah para saintis terutamanya berkaitan dengan kehidupan harian manusia. Kurikulum yang telah dibentuk perlu sentiasa dikemaskini supaya pelajar-pelajar dapat mempelajari ilmu-ilmu terkini dan tidak terkongkong dengan ilmu yang sudah ketinggalan zaman dan lapuk serta tidak releven digunakan lagi.

Seterusnya kehendak masyarakat yang berubah. Kehendak masyarakat sentiasa berubah dan pelbagai ragamnya. Begitu juga dengan keadaan sesuatu benda tiada yang kekal dan sering berubah. Perubahan ini menyebabkan perbezaan diantara zaman dahulu dan kini. Banyak perkara yang boleh mempengaruhi perubahan dalam kehendak masyarakat seperti elemen pendewasaan ahli-ahli masyarakat itu sendiri.

Kurikulum akan berubah mengikut keperluan masa. Terdapat beberapa rasional dalam pembangunan kurikulum pendidikan teknik dan vokasional. Menurut Curtis dan John (1999) rasional pengembangan kurikulum Pendidikan Teknik Vokasional berkaitan dengan pangkalan data, dinamik, hasil eksplisit, kejelasan penuh, realistik, berpusatkan pelajar, penilaian terancang, berpusatkan masa hadapan dan fokus kepada world class.

Pangkalan data digunakan untuk membentuk kurikulum PTV pada masa dahulu. Data akan dikaji dan dikumpul daripada masyarakat sekitar sebelum memutuskan untuk membuat kursus-kursus PTV agar kursus yang akan digubal ini sesuai bagi memajukan kehidupan masyarakat. Data yang dikumpul berkaitan dengan ciri-ciri pelajar dan peluang pekerjaan yang bakal disediakan pada masa itu. Data ini akan dikumpul dan di kaji dengan teliti bagi menghasilkan kualiti kurikulum

yang sempurna. Oleh itu, tanpa mengumpul dan menganalisis data, kurikulum PTV sukar untuk dibangunkan.

Kurikulum yang dinamik diperlukan dalam PTV. Ini kerana, kurikulum secara statik samalah dikatakan sebagai kurikulum yang mati. Pentadbir, pengajar dan penggubal kurikulum hendaklah terlibat dalam mengetahui sejauh mana keberkesanan kurikulum dalam mencapai kehendak pelajar. Penilaian berterusan juga hendaklah di lakukan keatas pelajar bagi melihat hasil pengajaran yang telah dirancang samaada ia telah mencapai matlamat dan objektif kurikulum atau tidak.

Kurikulum PTV bukan sekadar untuk menyediakan peluang pekerjaan sahaja tetapi ia juga ada menerapkan kemahiran-kemahiran generik untuk menjadikan pelajar itu lebih fleksible. Seseorang itu juga perlu tahu cara berkomunikasi dengan pentadbir, guru, pelajar, keluarga dan pekerja. Dalam mencapai matlamat kurikulum ini, hasil yang tersirat seperti kemahiran generik ini akan diserapkan kepada pelajar agar dapat menghasilkan pekerja yang lebih berkualiti.

Kejelasan kurikulum melibatkan penerangan aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti organisasi pelajar vokasional, menjadi pendukung kurikulum atau kursus teknikal. Ia hendaklah jelas antara isi kandungan kurikulum vokasional dan teknikal serta kursus pendidikan umum. Kejelasan ini juga melibatkan keseluruhan peringkat sekolah. Ianya dilakukan agar tidak berlaku perulangan pelajaran pada peringkat menengah mahupun rendah. Kejelasan ini juga diperlukan bagi menentukan apa yang terbaik yang perlu diajar oleh tenaga pengajar kepada para pelajar dan pengajar juga dapat mengajar dengan penuh berhemah.

Kurikulum dalam pendidikan vokasional tidak hanya memfokuskan kepada apa yang perlu pelajar tahu, malah kurikulum ini mementingkan tentang apa yang boleh pelajar lakukan. Isi kandungan Pendidikan Teknik dan Vokasional ini mestilah menggambarkan situasi sebenar pekerja seperti pemberian tugasan yang relevan, pengetahuan, kemahiran, perlakuan dan nilai sebagai asas kepada pelajaran.

Pengajaran secara hands-on juga diamalkan kepada pelajar untuk memberikan pelajar pengalaman dengan memantapkan kemahiran pelajar.

Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional juga hendaklah berpusatkan kepada pelajar serta memenuhi keperluan dan kehendak pelajar. Kaedah yang digunakan dalam kurikulum ini ialah pengajaran secara kumpulan dan pengajaran individu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan pelajar. Kurikulum berpusatkan pelajar dapat membantu pelajar bersifat kretif dalam menyelesaikan pelbagai kerja dan memberikan mereka pengalaman dan kemahiran dalam dunia perkerjaan pada masa akan datang.

Penilaian tidak dirancang oleh pihak pentadbiran dan tenaga pengajar dilakukan bagi mengukur sejauh mana pelajar itu dapat menguasai pelajaran yang diajarkan kepadanya. Penilaian yang dibuat hendaklah dilakukan secara sistematik dan ia hendaklah dilakukan secara berterusan kerana Pendidikan Tenknik dan Vokasional melibatkan prestasi kemahiran dan kemahiran ini tidak boleh di ukur pada peperiksaan akhir sahaja. Setelah penilaian dibuat, data-data yang telah diperolehi akan dikumpul dan dianalisis untuk melihat hasil pembelajaran pelajar dan tindakan susulan akan dibuat untuk menambahbaik sesuatu kurikulum itu.

Pengajaran Pendidikan Teknik Vokasional juga amat mementingkan masa hadapan pelajar. Mereka akan memikiran soalan-soalan seperti Apakah kesan kepada pelajar ke atas perubahan teknologi? Apakah jenis bengkel yang sesuai yang diperlukan oleh pelajar? dan Apakah pelajaran yang sesuai bagi pelajar pada setiap peringkat? dalam menentukan masa depan pelajar. Kurikulum yang digubal hendaklah mempunyai kaitan dengan kehidupan masa depan pelajar. Oleh itu, penggubalan kurikulum Pendidikan Teknik Vokasional hendaklah Berjaya dilaksanakan dan tetap dalam jangka masa yang lama bergantung kepada keperluan masa depan pelajar. Apa yang dikatakan sebagai fokus kepada world class ialah dimana kurikulum ini dapat melahirkan seseorang yang berkemahiran tinggi, berkualiti, mempunyai pencapaian akademik yang baik, menyediakan perkhidmatan yang baik

dan bertaraf kelas pertama. Kurikulum ini mementingkan world class fokus kerana untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengalaman dalam dunia pekerjaan kerana alam pekerjaan mempunyai banyak cabaran dan halangan. Pengalaman pelajar dalam menempuh alam pekerjaan akan membuatkan pelajar itu matang dan tidak mudah berputus asa dalam pekerjaannya. Kurikulum ini akan menjadikan pelajar besifat fleksibel dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Semakin banyak cabaran dalam pekerjaan semakin luas pengalaman yang akan diperolehi oleh pelajar serta dapat mematangkan cara pemikiran pelajar.

2.3

PERBINCANGAN

Tujuan pembangunan kurikulum Pendidikan Teknik Vokasional adalah untuk menyediakan kemahiran, etika kerja dan sikap pelakar supaya dapat menghasilkan tenaga kerja yang berguna dan produktif. Susunan kandungan kurikulum juga dapat menyediakan asas kepada pelajar untuk menyambung pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi jika mereka masih berminat untuk belajar. Kurikulum ini juga dapat memantapkan lagi proses perindustrian dan permodenan.

Disini dapat dibincangkan bahawa ciri-ciri kurikulum Pendidikan Teknik Vokasional menjurus kepada pengembangan kemahiran pelajar. Kemahiran ini diperolehi melalui aktiviti hands-on dan aktiviti yang telah dirancang. Selain itu, kemahiran generik juga diterapkan dalam kurikulum kerana industri memerlukan seorang pekerja yang berkebolehan. Bukan dari segi akademik malah dari segi komunikasi juga. Kemahiran-kemahiran yang telah diajar juga akan membolehkan pelajar mengaplikasikan ke dalam kehidupan harian mereka. Kurikulum yang digubal akan membekalkan pelajar dengan ilmu dan kemahiran dalam dunia pekerjaan serta melahirkan pelajar yang mampu hidup berdikari dan boleh meneruskan kelangsungan hidup.

Kurikulum ini juga mempunyai hubungan antara sekolah, industri dan masyarakat. Disini dapat dilihat bahawa dalam penggubalan kurikulum, pihak

sekolah akan berhubungan dengan pihak industri untuk mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri pekerja yang dikehendaki oleh industri. Jadi peluang pekerjaan bagi graduan akan terbuka luas. Graduan yang telah diterima bekerja pula akan bertanggungjawab dalam menyediakan keperluan masyarakat. Graduan ini akan menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk menyediakan keperluan masyarakat supaya kehidupan masyarakat lebih mudah dan selesa.

Untuk menghasilkan graduan yang berjaya, proses penghasilan graduan juga hendaklah diambilkira. Bagi melengkapkan pelajar dengan pelbagai kemahiran, pihak sekolah hendaklah menyediakan peralatan dan bahan yang secukupnya kepada pelajar agar pelajar berpeluang menimba pengalaman dalam penggunan teknologi yang ada. Pihak sekolah akan menyediakan pelbagai keperluan pelajar untuk membantu mereka menajamkan lagi kemahiran praktikal. Untuk mendapatkan peralatan-peralatan ini, modal yang besar diperlukan. Penglibatan pihak berkuasa atau badan kerajaan atau swasta secara tidak langsung dapat memberikan dana dan sokongan bagi pihak sekolah untuk mendapatkan peralatan dan bahan. Peralatanperalatan yang telah dibeli ini hendaklah dijaga dan diselenggara atau ditukar bagi memastikan ia boleh berfungsi dengan baik.

Melalui rasional kurikulum yang telah dibincangkan, pengumpulan data amat penting dalam perangkaan kurikulum kerana data yang dikumpulkan ini hanya untuk mengetahui apakah jenis keperluan pekerjaan yang diperlukan di kawasan itu. Sekiranya kurikulum yang digubal tidak mempunyai sebarang data, maka graduan yang dihasilkan sukar untuk mendapat pekerjaan kerana graduan itu tidak memenuhi ciri-ciri pekerja yang dikehendaki oleh industri. Situasi ini akan membawa kepada pembaziran masa, wang dan tenaga kerana ia tidak membawa sebarang hasil atas sekeping sijil yang diperolehi oleh graduan. Oleh itu, kepentingan data sebelum penggubalan kurikulum diutamakan untuk melihat peluang pekerjaan yang wujud di kawasan tersebut.

Kerasionalan kurikulum yang dinamik akan menjadikan isi pelajaran lebih menarik kerana pelajar akan sentiasa dipantau untuk melihat pencapaian pelajar tersebut. Kurikulum ini juga dapat melihat sejauh mana ia dapat memenuhi

keperluan pelajar dan mudah untuk diubah bagi memperbaiki isi kandungan kurikulum itu.

Jika tenaga pengajar kerap memantau pelajar, maka mereka boleh menjangka kebolehan dan kemahiran yang ada pada pelajar. Secara tidak langsung, pengajar boleh membantu pelajar dalam mengembangkan lagi kemahiran mereka dan kejayaan pelajar itu akan terjamin. Hubungan tenaga pengajar dan pelajar akan menjadi rapat dan mereka akan sentiasa berinteraksi. Keadaan ini membolehkan pelajar mengasah kemahiran komunikasi mereka. Pengalaman ini akan dibawa ke dunia pekerjaan akan datang antara pekerja dan ketua.

Kurikulum yang mempunyai kandungan yang jelas dan tersusun akan melicinkan pelaksaan pengajaran. Ini kerana, tenaga pengajar tahu apa yang hendak di ajarkannya mengikut peringkat umur. Jika isi kandungan kurikulum tidak jelas dan kabur, kemungkinan tenaga pengajar akan mengajar topik pelajaran yang sama pada tahun yang berlainan. Ia menyebabkan pelajar akan mengulangi pelajaran yang sama dan ia membuang masa atas pertindanan pelajaran. Oleh itu, kejelasan kurikulum memudahkan pengajaran dilakukan dengan lebih terancang dan teliti.

Jika kurikulum ini jelas, tersusun dan terancang, maka mudah untuk membuat penilaian keatas pelajar. Melalui proses penilaian, kebaikan dan keburukan kurikulum boleh dilihat dan penambahbaikan kurikulum akan dilakukan jika terdapatnya ralat dalam penggubalan sesuatu kurikulum. Kurikulum akan berubah untuk memenuhi keperluan industri dalam menyediakan graduan yang berkemahiran dan berilmu tinggi pada masa akan datang. Menurut Mohamed Nor (1990), dengan penilaian yang telah dilakukan akan diketahui keperluan dan masalah dan hendaklah digubal kurikulum yang baru agar dapat memberikan pengajaran dan pengalaman dengan lebih berkesan.

2.4

PENUTUP

Diketahui bahawa, fungsi Pendidikan Teknik Vokasional adalah untuk menyediakan pelajar ke alam pekerjaan, oleh itu kurikulum pendidikan ini hendaklah selari dengan pemintaan industri masa kini. Kurikulum PTV hendaklah menghasilkan pelajar yang bersifat universal kerana pemimpin yang berkualiti adalah pemimpin yang universal maka ciri kurikulum yang diperlukan oleh PTV hendaklah cenderung kepada kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri.

Rasional pembangunan kurikulum PTV penting bagi membentuk kemahiran, kebolehan, kefahaman, sikap, tabiat kerja dan tanggungjawab dalam diri pelajar supaya dapat digunakan dengan lebih berfaedah dan produktiviti. Selain itu, kurikulum ini juga dapat membantu mempercepatkan proses pembangunan dan mempertingkatkan daya pengeluaran di sektor perindustrian dengan memberi sumbangan guna tenaga untuk menjadikan industri lebih produktif serta membantu mengembangkan potensi pelajar dan memperbaiki taraf hidup mereka dengan cara meluaskan alam kecerdasan sambil memperbaiki kemahiran dan pengetahuan.

2.5

RUJUKAN

1. Muhamad Ghazali bin Mohd Saaid, persepsi guru pelatih tahun lima

pendidikan teknik dan vokasional (awam, elektrik dan jentera) terhadap tahap pengetahuan dan kemahiran mereka dalam kursus kejuruteraan di fakulti pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.
2. Naza idris bin saadon Bahagian pembangunan kurikulum (ptv) Kementerian

pelajaran Malaysia Perkembangan aliran kemahiran di smt


3. Mohamed Nor Che Nor (1990). Asas-asas Pendidikan Satu Pengenalan

(Edidi Pertama). Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

4. Curtis R.Finch dan John R. Crunkilton (1999). Curriculum Development in

Vocational and Technical Education (Edisi kelima). United States, America: Allyn and Bacon, a Viacom Company.

MINGGU 4 & 5

MODEL PEMBANGUNAN KURIKULUM

3.0

PENDAHULUAN

Unruh dan Unruh (1984) mengatakan bahawa proses pembangunan kurikulum sebagai a complex process af assessing needs, identifying desired learning outcomes, preparing for instruction to achieve the outcomes, and meeting the cultural, social and personal needs that the curriculum is to serve. Secara ringkas dapat dikatakan bahawa dalam pembangunan kurikulum memberi pertunjuk apakah kurikulum yang dikembangkan itu dalam pandangan tradisional atau moden.

Model pembangunan biasanya digunkan dalam proses perkembangan kurikulum. Dalam model ini kurikulum digunakan sebagai rencana dan kegiatan. Idea dalam perkembangan ini mengutamakan kepada kualiti yang harus dimiliki dalam memperlajari suatu ilmu, teknologi, agama, seni dan sebagainya.

Dalam peringkat pengembangan idea, masalah pendidikan hanya terbatas kepada permasalahan pemindahan. Kemudian kegiatan penilaian dijalankan untuk mencari kelemahan kurikulum yang ada pada model yang tersedia ada dan dianggap tidak sesuai untuk kurikulum baru dan diakhiri dengan melihat hasil kurikulum berdasarkan tujuan yang terbatas.

3.1

A SYSTEM VIEW OF CURRICULUM DEVELOPMENT

Berdasarkan teori kurikulum dari model sistem, terdapat empat sistem dalam pelaksanaan pengajaran iaitu kurikulum, pengajaran, mengajar dan belajar. Penggunaan model sistem dapat membantu ahli teori kurikulum jenis dan lingkungan konsep kurikulum yang diperlukan. Kurikulum pula dikata sebagai suatu dokumen atau rencana yang mengandungi kualiti pendidikan yang perlu ada oleh pelajar melalui pengalaman pembelajaran mereka.

3.2

MODEL TERPILIH

3.2.1

SYSTEM MODEL FOR PERFORMANCE IMPROVEMENT

Sejak 400 tahun dahulu kajian sains telah bermula untuk mempengaruhi pemahaman kita tentang bagaimana bumi ini bekerja. Kajian sains ini cuba menjelaskan cara dunia bekerja sebagai satu mesin yang besar. Manusia selalu bekerja pada bahagian mesin, maka para saintis mempelajari setiap bahagian mesin secara berasingan untuk memahaminya. Para saintis percaya bahawa dengan meningkatkan beberapa bahagian akan meningkatkan keseluruhan prestasi sesuatu mesin. Pendekatan yang dilakukan ini telah berjaya dan mampu meningkatkan prestasi dan kemampuan indutri untuk membuat produk melalui kilang pemasangan dan pengurusan.

Idea ini kemudian dibawa dan dipindahkan ke atas sekolah bagi membangunkan tingkatan kelas, tujuan pelajaran dan struktur institusi berdasarkan hirarki. Maka mereka percaya bahawa kita boleh memecahkan barang dan bekerja ke atas satu-satu barang sahaja dan kita dapat menjangka perkara yang baru dan dimasukkan kedalam barang tersebut.

Pendekatan model ini memfokuskan kepada interaksi antara bahagian dan keseluruhan yang lebih besar yang dikenali sebagai pendekatan sistem. Para saintis juga mula memahami tentang alam dan masyarakat dan harus melihat bahagianbahagian individu.

Secara umumnya sistem teori merupakan sebuah sistem yang mempunyai bahagian-bahagian yang saling berkaitan dan bersama-sama bekerja dalam satu kumpulan yang besar. Bahagian komponen atau elemen dalam sistem ini akan berkait rapat antara satu sama lain sama ada secara langsung atau secara tidak langsung dan setiap perubahan elemen ini akan mempengaruhi prestasi keseluruhan sistem.

Sistem model digunakan untuk menunjukkan bagaimana setiap fasa berpadanan ke langkah seterusnya dan bertindak balas bagi memudahkan proses semakan dan penilaian. Halangan daripada persekitaran semasa proses pengajaran dan persekolahan dipertimbangkan dan kesesuaian yang sistematik dalam penyelesaian masalah pertimbangan berbanding daripada alternatif yang dilakukan.

Kelas dikatakan sebagai suatu sistem dimana guru akan berkolaberasi bersama pelajar untuk pengembangan ilmu dan mencari makna pendidikan dalam konteks menjadi harapam masyarakat dan ia terikat dengan halangan masa dan sumber yang diperlukan.

Rajah 3.1: System Model For Performance Improvement. Kebaikan model ini ialah ianya tidak khusus kepada sesebuah organisasi. Oleh itu, model ini boleh digunakan dalam seua proses organisasi. Selain itu ia juga merupakan satu langkah proses yang sistematik kerana model ini akan menerangkan dan memandu organisasi sehingga mendapatkan produk yang diharapkan. Selain itu, tindak balas yang diambil adalah untuk meningkatkan prestasi sesebuah organisasi. Model ini juga tidak memfokuskan kepada produk dan ia dapat digunakan di manamana peringkat dalam organisasi.

Kelemahan yang dapat dilihat pada model ini ialah terdapa tekanan daripada persekitaran terutama dalam pembangunan ekomomi, meringankan beban kewangan dan pada industri, masyarakat dan kerajaan. Guru pula tidak diutamakan dan digunakan sebagai robot yang bekerja menyampaikan ilmu dan segala keputusan hanya terletak ditangan pihak berkuasa seperti pemaju dan pengurus sahaja.

3.2.2

CURRICULUM PEDAGOGY ASSESMENT MODEL Konsep asas model Curriculum Pedagogy Assesment ialah pengetahuan,

kemahiran dan hasil pembelajaran dibincangkan terlebih dahulu. Kandungan kursus akan menentukan penggunaan model dan hasilnya perkara yang dipelajari dan diajarkan akan dikenalpasti secara sistematik.

Selain itu, tenaga pengajar yang menilai dan mengajar akan terlibat dalam perancangan kurikulum dan ia akan memaksimumkan peluang untuk menjayakan pelaksanaan kurikulum manakala pelajar adalah sasaran untuk perancangan kandungan, penyampaian dan penilaian.

Setiap tujuan kandungan yang dianalisa oleh pengajar untuk domain, tahap frekuensi, kesulitan, tujuan dan aturan pelajaran. Analisis ini akan menghasilkan check and balance untuk menentukan apa, mengapa, dimana dan bila kandungan dibekalkan atau dikeluarkan dari kursus.

Cara penyampaian kandungan dilakukan secaradipilih

berhati-hati dan

dimanipulasikan untuk memastikan bahawa perancangan, penyampaian dan penilaian terhadap pengajaran adalah sejajar. Hasilnya, segala yang telah dirancang diajarkan dan seterusnya setiap pengajaran akan dinilai.

Setiap tujuan kandungan memerlukan sekitar tiga jam dari masa belajar pelajar. Hal ini akan menghasilkan perbandingan langsung antara tujuan kandungan dan sasaran perstasi. Selain itu ia juga akan menghasilakan perbandingan langsung antara isi pelajaran dan tujuan kuliah atau makmal dan sistuasi yang memudahkan perkongsian bahan pengajaran dan item penilaian.

Keputusan mikro yang dibuat tentang program kandungan pengajian akan menghasilkan data makro yang boleh digunakan untuk menggambarkan dan menentukan sistem pembelajaran kerana data ini boleh diagregasi oleh program,

institusi dan Negara. Pengajar dapat saling berkongsi perancangan pembelajaran data, bahan pengajaran dan item ujian.

Terdapat lapan konsep yang diintegrasikan dalam model Curriculum Pedagogy Assesment (CPA) dari segi perancangan, penyampaian dan penilaian dengan menggunakan perisisan computer (IPSI). IPSI ini dapat membantu tenaga pengajar membina silibus, pelan mengajar, modul serta membantu membina bahan untuk ujian. Berikut merupakan rajah Curriculum Pedagogy Assesment (CPA).

Rajah 3.2: Curriculum Pedagogy Assesment (CPA)

3.2.3

INTEGRATED SYSTEM FOR WORKFORCE EDUCATION CURICULA Integrated System for Workforce Education Curicula or ISWEC telah

reka oleh Edling dan Roling pada tahun 1996. Projek yang telah dirancang ini dilakukan untuk menyambung dunia pekerjaan dan pendidikan dalam pendekatan pembangunan kurikulum.

Tujuan model ini adalah untuk mengintegrasikan pendidikan akademik dan pekerjaan dalam merangka kurikulum dari umur pelajar 9 tahun sehingga 14 tahun. Kurikulum tradisional hanya mengorganisasikan sekitar bahan pengajaran dan integrasi tidak diambil berat dalam merekabentuk kursus.

Rajah 3.3: Model ISWEC

Integrasi menegak berkaitan antara pendidikan menengah dan menengah atas manakala integrasi mendatar pula antara kursus, sekolah kepada pekerjaan yang menyokong pelbagai strategi untuk mengaitkan pendidikan dan pekerjaan.

Kelemahan model ini ialah gred atau tahap pendidikan yang tidak sesuai dengan pendidikan di Malaysia. Kemudian, tiada integrasi antara pendidikan awal, model ini berdasarkan orientasi kerjaya dan garis pengintegrasian tidak memiliki kesinambungan antara satu sama lain.

3.2.4

SISTEM PERFORMANCE-BASED INSTRUCTIONAL DESIGN

Sistem Performance Based Instructional Design (PBID) dianjurkan kerana ia merupakan system yang menyeluruh dari kurikulum pembangunan termasuk analisis isi, pemilihan kandungan, susunan isi, penataan pelajaran, pembelajaran format penghantaran dan penilaian prosedur pembangunan (Pucel, 1989).

PBID akan digunakan untuk membuat program individu atau modul yang dirangka secara berkaitan antara satu isi dengan isi yang lain. Hasil daripada kursus ini akan menghasilkan kurikulum program dengan tujuan belajar yang ditakrifkan sebagai perubahan perilaku dan membawa pemahaman melalui arahan (Pucel, 1989). Setiap komponen didalam sistem PBID ini akan menyumbang kepada hasil kurikulum.

Dalam sistem PBID, keterangan program akan mendefinasikan tujuan pembelajaran akan dibangunkan. Dua komponen utama yang akan dijelaskan adalah keterangan kandungan dunia pekerjaan dan kandungan tentang apa yang perlu diajarkan kepada pelajar. Kemahiran dan pengetahuan dalam bidang kerja merancang, membina, mengendalikan peralatan akan membentuk isi kurikulum pelajaran. Berikut merupakan gambaran Sistem Performance Based Instructional Design (PBID).

Rajah 3.4 Sistem Performance Based Instructional Design (PBID)

Terdapat tujuh komponen Sistem Performance Based Instructional Design (PBID) iaitu penerangan program, analisis isi, isi pilihan, kendungan sekuensing, penataan pelajaran, pelajaran format penghantaran dan evaluasi pembangunan prosedur maklum balas. Setiap daripada komponen ini telah dijelaskan dengan cara terperinci bagi memudahkan proses pelaksanaannya.

Penerangan progam meliputi menerangkan tentang tujuan sesuatu program dan konteks itu dilakukan dari sudut tahap setiap program, tempoh program yang akan dilaksanakan, tumpuan program yang dibuat, tetapan pembelajaran, hubungan progam yang dibuat dengan program yang lain serta kusus pelajar yang istimewa.

Analisis isi mencari isi yang sesuai untuk disampaikan kepada pelajar. ia juga akan memfokuskan kepada psikomotor dan kognitif dari segi fungsi pengenalan,

analisis kelakuan dan perilaku terperinci. Selain itu, pengalaman latihan hands-on yang disediakan hendaklah serupa dengan kerja nyata. Analisi ini juga dapat membantu mengenali potensi masalah dan mengesahkan punca khusus dari masalah yang timbul.

Isi pilihan meliputi jenis maklumat yang akan diajarkan kepada pelajar. prosedur pemilihan isi kandungan ini juga ditentukan dari perlakuan pelajar kemudian menggangarkan masa yang diperlukan bagi setiap arahan untuk mengajar tentang perilaku. Seterusnya menentukan perlakuan yang hendak diterapkan berdasarkan kepentingan dan masa membentukknya, diikuti dengan keutamaan yang tinggi dalam menentukan perilaku yang boleh diajar.

Bagi

kandungan

sekuensing

pula

menentukan

kepentingan

stategi

pembelajaran yang hendak dilakukan. Perlakuan yang hendak diajarkan hendaklah digabungkan dalam urutan pengajaran supaya ia lebih tersusun. Isi kandungan sekuensing ini membolehkan pelajar menerima ilmu secara berperingkat dan tidak akan membebankan pelajar dengan meyampaikan pelajaran secara keseluruhan pada masa yang singkat.

Penataan pelajaran adalah kaedah mempelajari rancangan program dan kandungan. Ia menjawab persoalan Bagaimana rancangan program akan disampaikan kepada pelajar dan Bagaimana penilaian akan dilakukan. Pelajaran juga hendaklah berstruktur dan disampaikan melalui pengembangan perilaku objektif, menentukan kandungan yang akan diajarkan, pemilihan format penghantaran pelajaran, pemilihan kaedah pembelajaran, pemilihan media pembelajaran bagi setiap peringkat sekolah, pemilihan prosedur penilaian dan pemilihan prosedur maklum balas.

Pelajaran format penghantaran pula merupakan langkah-langkah atau proses untuk melaksanakan rancangan pelajaran. Selain itu, ia akan membangunkan kaedah khusus, media, penilaian dan prosedur maklum balas.

Konteks yang terakhir pula berkaitan dengan evaluasi dan pembangunan prosedur maklum balas. Evaluasi yang dilakukan bertujuan untuk melihat sama ada pelajaran yang telah disampaikan telah mencapai tujuan dan sasaran yang telah ditetapkan atau tidak, ia juga dilakukan bagi mengenalpasti kesulitan belajar selama proses pembelajaran yang telah dilakukan serta untuk mengetahui pelajar sudah menguasai isi kurikulum, laporan kemajuan dan dapat memberikan maklum balas kepada pelajaran yang telah disampaikan kepadanya.

3.2.5

THE THEMATIC CURRICULUM FRAMEWORK

Sebelum mendalami model ini, perlu diketahui definisi yang menjadi prinsip bagi model ini iaitu Thematic, Curriculum dan Framework. Menurut Kamus Dewan (2002), Thematik merupakan tema, topik, bidang atau pengkhususan, curriculum ialah bidang pelajaran di sekolah atau sukatan pelajaran dan framework bermaksud kerangka, keseluruhan prinsip atau idea.

Oleh itu, The Thematic Curriculum Framework merupakan satu prinsip yang mengkaji tentang sukatan pelajaran bagi sesuatu bidang pengkhususan tertentu contohnya fesyen, elektronik, mekanikal, pertanian dan sebagainya. Kurikulum ini dipecahkan secara fokus dalam bidang-bidang yang dipilih mengikut sukatan yang telah digubal atau dirancang.

The Thematic Curriculum Framework juga merupakan satu set pengalaman belajar yang terancang melalui program-program, aktiviti, yang mendedahkan pelajar kepada satu tema atau bidang atau pengkhususan sesuatu pelajaran supaya mereka dapat menonjolkan bakat dan memotivasikan diri mereka apabila keluar ke dunia pekerjaan mengikut bidang yang mereka pilih.

Nilai yang diterapkan dalam Thematic Curriculum ini ialah peluang pelajar untuk belajar melalui pengalaman. Selain itu, ia juga akan memaparkan hubungan

antara pembelajaran berasaskan sekolah dan pengalaman sebenar ditempat kerja. Model ini juga memberi peluang untuk meneroka pelbagai pengalaman dalam bidang yang diceburi.

Pelajar juga mendapat pendedahan yang mendalam dalam bidang yang diminati dan dapat memilih dan mengkaji peluang yang ditawarkan dalam pekerjaan. Mereka juga akan berpotensi besar dalam menyiapkan diri keperingkat yang lebih tinggi dan berkeupayaan menentukan sesuatu yang baru. Berikut merupakan model Thematic Curriculum Framework:

Rajah 3.5 The Thematic Curriculum Framework

3.3

PERBINCANGAN

Berdasarkan model-model yang telah disenaraikan diatas, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Antara kelima-lima model ini, model Thematic Curriculum bersesuaian dengan kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional kerana model ini lebih cenderung kepada mengembangkan potensi dan kemahiran pelajar. walaubagaimanapun, model ini mempunyai kelemahan dan penambahbaikan diperlukan bagi memperolehi model yang terbaik. Dalam perbincangan ini, penulis akan memberikan pandangan terhadap pembaikan model yang dirasakan sesuai.

Kelebihan model Curriculum Pedagogy Assesment ialah guru atau pengajar itu sendiri terlibat secara langsug dalam penggubalan kurikulum. Selain itu, penggubalan kurikulum yang dilakukan adalah bersifat progresif. Model ini dapat mengenalpasti apa yang hendak diajarkan secara sistematik serta terdapatnya piawai dalam penggubalan model ini.

Kelemahan yang dapat dilihat dalam model ini pula model ini terlalu bergantung kepada perisian computer (IPSI). Para pelajar juga sentiasa dijadikan bahan ujikaji dalam penghasilan kurikulum malah dalam kurikulum ini, mereka tidak menerapkan nilai-nilai murni didalamnya serta dalam menggunakan perisian IPSI ini ia memerlukan kepakaran yang tinggi dan masa yang lama untuk menguasai kemahiran menggunakan perisian IPSI.

Model yang seterusnya ialah Sistem Performance Based Instructional Design (PBID). Kelebihan ialah model ini telah direka untuk membantu pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka dengan lebih berkesan. Selain itu, setiap komponen yang dirancang akan saling berkaitan dan memberi kesan kepada output. Model ini juga akan memberikan kefahaman yang jelas tentang isi pelajaran dengan cara member arahan atau panduan secara berperingkat.

Selain itu, model ini juga memfokuskan pelajaran terhadap perkembangan psikomotor dan kognitif pelajar dengan memperbanyakkan latihan hands-on. Pengajaran yang disampaikan juga dilakukan mengikut peringkat umur pelajar agar ia tidak membebankan mereka dan model ini juga menetapkan jangka masa yang sesuai bagi pelajar itu menamatkan pelajaran mereka serta ia juga memfokuskan program yang dirancang dengan keperluan pekerjaan semasa.

Seterusnya, program yang disediakan sesuai untuk pelajar normal dan juga yang kurang upaya (OKU). Kurikulum yang dirangka akan mengajar pelajar dalam mendapatkan pengalaman dan kemahiran dalam dunia pekerjaan yang sebenar. PBID merupakan sistem yang lengkap dan menyeluru dari kurikulum pembangunan.

Terdapat tiga kelemahan yang dapat dikesan melalui model Sistem Performance Based Instructional Design (PBID). Pertama, model ini kurang menerapkan nilai-nilai murni dalam kurikulum serta tidak mempunyai matlamat yang jelas. Menurut model ini, pelaksaanan model ini tidak akan dipengaruhi atau tergugat dengan anasir luar atau persekitaran. Dan yang terakhir ialah dalam model ini tiadanya tindakan balik atau maklum balas keatas penilaian yang telah dilakukan. Ini menunjukan model ini tidak akan melalui penambahbaikan atau pembahruan dalam perangkaan kurikulum.

Melihat kelebihan atau kelebihannmodel The Thematic Curriculum Framework pula, didapati bahawa model ini menunjukkan bahawa guru dapat bekerjasama dengan pelajar sebagai satu pasukan professional dalam menggunakan strategi belajar yang mendalam. Kaunselor juga dapat memberikan kesan yang positif terhadap tingkah laku pelajar serta model ini juga membantu dalam menunjukkan kepimpinan pentadbiran sekolah dalam meningkatkan iklim sekolah dan membantu pelajar memiliki pengalaman belajar yang menyeronokan.

Kelemahan model ini pula menunjukkan tidak terdapatnya unsur persekitaran yang boleh mempengaruhi dalam pelaksanaan kurikulum serta model ini tidak menunjukkan matlamat pendidikan yang jelas dalam penggubalan kurikulum ini.

Oleh itu, bagi penambahbaikan model ini, unsur-unsur persekitaran hendaklah dimasukan didalam model ini. Selain itu, penambahan matlamat yang jelas juga hendaklah disertakan malah penerapan nilai-nilai murni juga tidak dilupanakan.

Berikut merupakan rangka model thematic yang telah diubahsuai. Penulis mencadangkan menggubalan advance holistic thematic curriculum.

MATLAMAT Sedar kendiri Mengambil Kira Keperluan Industri Jenis-jenis Keperluan Kurikulum

Memahami Thematic Curriculum

Mengambil kira Keperluan Kontekstual

Mengambil Kira Keperluan Organisasi

Mengambil Kira Keperluan Penyampaia n

Mengambil Kira Keperluan Kandungan Kurikulum

Mengaitkan Kurikulum dengan Panduan

Penilaian dan Kajian Semula Kurikulum

PRODUK Pelajar Berkemahiran dan Berpotensi

Rajah 3.6

Advance Holistic Thematic Curriculum

PERSEKITARAN DAN PENYERAPAN NILAI

3.4

KESIMPULAN Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan model-model yang telah

dibincangkan ialah setiap menggubalan model ini mempunyai tujuan yang tersendiri. Semua model kurikulum yang telah dirangka menginginkan agar kaedah pengjaran yang diajarkan boleh sampai kepada semua pelajar. Mereka berharap segala perancangan pelaksanaan kurikulum ini akan Berjaya mencapai matlamat atau objektif yang telah dirancang.

Selain itu, model-model ini juga bertujuan dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih sistematik dan lebih tersusun agar pejalanan pelaksanaan kurikulum bertambah licin dan barjaya. Kurikulum ini juga bertujuan untuk melahirkan pekajar yang Berjaya dari segi akademik dan juga kemahiran dan seterusnya mempunyai persediaan dalam dunia pekerjaan.

3.5 RUJUKAN

1. Pucel, David E. Performance-Based Instructional Design. New York:

McGraw-Hill, 1989. 2. Kamus Dewan (2002). Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Unruh G.G dan Unruh. A (1984). Curriculum Development: Problem,

Process and Progress. California:McCutchan Publishing Corporation.

MINGGU 6

PENYUSUNAN KURIKULUM, MATLAMAT DAN OBJEKTIF

4.0

PENGENALAN

Kurikulum merupakan satu perkataan yang tidak asing lagi terutamanya dalam bidang pendidikan. Terdapat pelbagai andaian dan definisi yang boleh dibuat berdasarkan perkataan ini kerana kurikulum mempunyai pengertian yang sangat luas. Menurut kajian Kamarudin dan Siti Hajar (2004), Kurikulum berasal daripada perkataan latin curere yang membawa maksud laluan atau jejak. Perkataan ini memghasilkan kurikulum sebagai laluan dari satu peringkat ke satu peringkat.

Kurikulum ialah rancangan yang dilakukan dengan terancang dalam pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum boleh dibina dan digubal semula untuk kesesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru menjadikan kurikulum itu sebagai panduan bagi merancang pengajaran dan menyusun aktiviti pelajar supaya matlamat dan objektif pengajaran dapat dicapai.

Dalam sistem pendidikan Malaysia, segala bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah berpandukan objektif pembelajaran yang dibina dan dibentuk oleh pakar-pakar pendidikan. Setiap aktiviti pendidikan perlu menyatakan objektif pendidikan dengan jelas dan boleh dicapai apabila dilaksanakan (Abdul Rahim, 2007).

4.1

HASIL KURIKULUM

Penentuan hasil pembelajaran penting dalam menyatakan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar, menolong member tumpauan dalam penguasaan hasil, membantu merancang dan menggunakan kaedah pembelajaran dan alat bantu mengajar yang berkesan untuk pelajar menguasai hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran ialah hasil daripada pengetahuan yang telah disampaikan kepada pelajar melalui kebolehannya membuat sesuatu perkara.

Hasil kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional menunjukkan bahawa pelajar dapat mengaplikasikan sesuatu perkara yang telah dipelajarinya kadalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, penggubal kurikulum hendaklah mengenali beberapa jenis hasil kurikulum seperti hasil yang boleh diukur atau tidak.

Menurut Curtis dan John (1999), hasil kurikulum yang boleh diukur dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional ialah seperti pelajar dapat mengenal, melakukan, menambah, memberi sebab dan menerangkan. Hasil yang boleh diukur membawa maksud dimana hasil pembelajarannya boleh dinilai dalam pengukuran data secara objektif.

Manakala bagi hasil kurikulum yang tidak dapat diukur ialah dimana pelajar itu menghargai nilai pekerjaannya, mengembangkan potensi kemahirannya dan mengarahkan pergerakan kumpulan. Untuk mengukur penghargaan nilai sukar untuk dilakukan maka ia dikatakan sebagai nilai yang tidak boleh diukur.

Dalam kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional, hasil pembelajaran pembelajaran hendakah mempunyai jenis yang boleh diukur dan tidak boleh diukur. Penggubal kurikulum PTV hendaklah dapat menyenaraikan beberapa hasil pembelajaran yang boleh diukur agar prestasi pelajar dapat dikenalpasti. Ia

memudahkan pihak pentadbir untuk menilai pelajar dan mengetahui sejauh mana pelajar menguasai sesuatu kemahiran atau pelajaran. 4.2 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Matlamat digunakan bagi merujuk kepada deskripsi matlamat umum atau secara menyeluruh bagi sesebuah kurikulum manakala objektif pula merujuk kepada deskripsi matlamat yang lebih spesifik dan konkrit (Jack C. Richard, 2001).

Menurut Mohd Ridhuan (2006) tujuan matlamat dibina adalah untuk menyediakan definisi yang jelas daripada tujuan pembelajaran, untuk menyediakan garis panduan guru, pelajar dan penggubal subjek atau kurikulum, untuk membantu melengkapi tumpuan terhadap pembelajaran dan untuk menggambarkan kepentingan dan kesedaran terhadap pembelajaran.

Objektif berasal daripada penyata falsafah iaitu hasil pengajaran dan penilaian. Perancangan kurikulum adalah berharap supaya pelajar dapat mencapainya sebagai hasil pendedahan segmen-segmen atau semua program di sekolah. Objektif kurikulum menentukan standard pencapaian pelajar di mana kurikulum telah dirangka.

Setelah objektif pendidikan ditetapkan, maka aktiviti pendidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menurut Tyler (1950), terdapat lima pendidikan untuk menentukan objektif pendidikan dan pembelajaran iaitu mengkaji pelajar sebagai sumber objektif. Ia bermaksud kajian yang dilakukan ke atas pelajar membolehkan mereka mengesan perubahan yang berlaku dan perubahan ke atas kurikulum perlu dilakukan agar ia bersesuaian dengan kemajuan teknologi kini.

Selain itu, cara penentuan objektif dengan cara mengkaji cara hidup diluar sekolah. Apabila kajian tentang cara hidup diluar sekolah, mereka boleh menentukan apa jenis pengetahuab, kemahiran, sikap dan kebolehan yang diperlukan oleh masyarakat dalam pendidikan.

Seterusnya ialah mengkaji cadangan yang telah dikemukakan oleh pakar mata pelajaran kerana cadangan mereka amat berpengaruh dan mereka selalu digunakan sebagai penjana idea untuk membentuk objektif pendidikan. Objektif ini akan menjadi lebih mantap dan menyeluruh dan menggambarkan sistem pendidikan yang sedia ada.

Dengan menggunakan falsafah untuk memilih dan menentukan objektif dapat mentafsir dan mencirikan penghidupan masyarakat yang baik dan cara yang terakhir dalam penentuan objektif ialah dengan menggunakan psikologi pembelajaran untuk memilih dan menentukan objektif. Berdasarkan psikologi pembelajaran, objektif pendidikan diperlukan kerana objektif pendidikan merupakan satu matlamat pendidikan yang perlu dicapai melalui proses pembelajaran.

Jika matlamat pendidikan tidak seimbang dengan keadaan pembelajaran, maka matlamat pendidikan itu tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tujuan pendidikan. Oleh itu, penggubal objektif hendaklah mengambil kira peringkat umur pelajar yang ada dalam sistem pendidikan kerana objektif pendidikan yang hendak digubal perlu mengikut turutan yang logik dan sesuai.

4.3

ASAS PEMBENTUKAN MATLAMAT PENDIDIKAN

Peranan dan matlamat pendidikan akan berubah dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman. Menurut Yahya (1993), bagi mencapai matlamat perpaduan Negara dan penghasilan tenaga rakyat untuk keperluan pembangunan Negara, pelaksanaan sistem pendidikan telah ditumpukan kepada keutamaankeutamaan tertentu.

Sistem pendidikan di Malaysia perlu melihat peranannya dalam konteks yang lebih luas dengan menumpukan kepada pembentukan suatu bangsa Malaysia yang

berdaya maju, berdaya saing, dinamik dan Berjaya.

Ia adalah asas ke arah

merealisasikan cita-cita pedidikan Malaysia bagi membentuk insan yang sempurna.

Falsafah Pendidikan Negara telah digubal untuk merealisasikan cita-cita ini. Falafah Pendidikan Negara menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Pendidikan vokasional pula ditakrifkan sebagai sebarang pendidikan pada mana-mana peringkat yang cuba menyediakan manusia untuk kerjaya-kerjaya tertentu. Jelasnya pendidikan vokasional bererti sebarang bentuk pendidikan yang dirancang dengan tujuan utama untuk menyediakan manusia dalam bidang pekerjaan sosial yang berfaedah (Yahya,1993).

Pendidikan vokasional dapat memenuhi kehendak individu dan Negara dalam menyediakan peluang pekerjaan yang memerlukan kemahiran dalam sesuatu bidang dan hasrat Negara yang memerlukan pekerja-pekerja mahir. Oleh itu, satu program pendidikan vokasional yang baik hendaklah dirancang untuk memenuhi keperluan kemahiran individu dan masyarakat.

Terdapat dua objektif pendidikan vokasional iaitu sesuai dengan kehendak masyarakat atau Negara dan ianya disediakan untuk menjamin keperluan latihan kemahiran masyarakat iaitu untuk mempertingkatkan kualiti hidup manusia supaya mereka menjadi lebih produktif, berdikari, boleh menyumbang dan dan menjadi rakyat yang dapat memenuhi kehendak diri serta membantu memenuhi keperluan ekonomi masyrakat.

Objektif kedua ialah untuk memenuhi keperluan individu dalam masyarakat seperti mengadakan latihan awal bagi individu supaya mereka berpeluang memilih kerjaya. Selain itu, menyediakan latihan untuk mengemaskinikan kemahiran pekerja dan mewujudkan peluang latihan semula bagi pekerja-pekerja yang ingin menukar kerja mereka atas sebab peribadi (Yahya, 1993).

4.4

PERSEDIAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Matlamat pendidikan digunakan oleh guru bagi menyelidik perkara yang dilakukan oleh meeka, menetapkan keutamaan, memberikan sepenuh perhatian dan membuang semua perkara yang tidak relevan semasa pengajaran. Matlamat penting bagi menentukan kejayaan atau kegagalan pendidikan (Najeemah, 2007). Matlamat mencadangkan penyusunan aktiviti mengikut arah tertentu. Prosedur pula ialah proses yang mengandungi arahan berkaitan dengannya.

Menurut Mohd Ridhuan (2006), panduan memilih objektif mestilah berkaitan dengan spesifikasi tujuan dan objektif kurikulum yang sedia ada, mengenalpasti kedua-dua tahap tinggi dan rendah dalam pendidikan dengan penekanan yang lebih dan menggunakan cara penulisan yang ringkas. Tiga penekanan yang perlu diambil perhatian dalam spesifikasi objektif ialah pembangunan kemahiran pemikiran, integrasi kurikulum melalui unit disiplin dan mengiktiraf kebijaksanaan sebagai kelebihan berbanding global.

Terdapat tiga faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan perkembangan matlamat Pendidikan Teknik dan Vokasional iaitu kesan perkembangan matlamat ke atas individu seseorang, perkembangan matlamat adalah seragam dengan matlamat asal dan setiap perkembangan matlamat yang digubal diambil perhatian.

Pendidikan Teknik dan Vokasional yang digubal adalah kurikulum yang direka untuk pelajar dan falsafah pendidikan ini melibatkan pelajar secara aktif semasa aktiviti pembelajaran diadakan. Seseorang itu akan lebih cenderung mengikuti sesuatu matlamat sekiranya ia terlibat secara langsung dalam penyedian matlamat pendidikan.

Beberapa faktor hendaklah diberi pertimbangan dalam penyediaan objektif yang boleh diukur seperti pengenalan, pemilihan, klasifikasi dan spesifikasi objektif. Dalam pengenalan objektif, penggubal hendaklah mengenalpasti jenis objektif yang hendak disediakan. Disebabkan kurikulum PTV cenderung kepada kemahiran, maka penyediaan objektif hendaklah memfokuskan tentang kecekapan tahap prestasi pelajar bagi memenuhi kehendak mereka Curtis dan John (1999).

Setelah pengenalan objektif dibuat, ia diikuti dengan proses pemilihan. Dalam proses pemilihan terdapat tiga kriteria yang diambil kira iaitu berkaitan dengan isi kandungan, pelajar dan sumber yang releven.

Setelah objektif disediakan, pengelasannya dilakukan berdasarkan mengikut susunan agar ia tidak hanya menumpukan pada satu atau dua kategori sahaja, untuk memastikan bahawa arahan yang diberikan untuk tujuan prasyarat sebelum mencuba teknologi yang lebih kompleks dan untuk memastiksn bahawa instrumen yang tepat digunakan sebelum membuat keputusan.

Dalam penyediaan objektif supaya ia dapat dilaksanakan dengan jayanya, maka spesifikasi cara pelaksanaan hendaklah diterangkan dengan jelas. Spesifikasi ini mengandungi tiga elemen utama iaitu aktiviti, keadaan dan piawai. Dalam elemen aktiviti mengandungi perkara-perkara yang boleh dilakukan pelajar dan perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar.

Pelaksaan yang berjaya memerlukan keadaan dimana ia selalu dipantau untuk melihat sejauh mana keberhasilan sesuatu progam itu dijayakan manakala piawai yang dikehendaki ialah piawai dalam menentukan prestasi yang dikehendaki

daripada pelajar. Prestasi pelajar boleh diukur dalam kecekapan, ketepatan, frekuansi dan penghasilan pelajar itu sendiri.

4.5

URUTAN OBJEKTIF DALAM KURIKULUM

Langkah terbaik bagi memikirkan tentang urutan objektif dalam kurikulum adalah dengan menggunaana susunan akal logik dalam penyusunan. Semasa penyusunan objektif ini terdapat beberapa faktor mempengaruhi penyusunan objektif yang perlu dipertimbangkan. Faktor yang boleh memberikan kesan dalam penyusunan objektif adalah logistik, persedian kerja dan pengesahan muka.

Penyusunan objektif mestilah dilakukan dan dibuat ujian mengikut logik akal dalam sesebuah sekolah. Logik akal akan memberi arahan berkaitan dengan keperluan kemudahan, arahan kepada pekerja yang disediakan, perkakasan yang disediakan serta tatacara perjalanan. Perkara-perkara ini hendaklah dikaji dengan lebih teliti kerana ia boleh memberikan pengaruh kepada penyusunan objektif.

Penyusunan objektif ini juga memerlukan penekanan kepada penyediaan kemahiran yang perlu dipelajari oleh pelajar. ini kerana apabila pelajar meninggalkan sekolah, mereka dapat bersaing dalam dunia pekerjaan. Yang terakhir ialah pengesahan muka. Tidak kira seberapa logik sesuatu objektif itu ia tidak bermakna jika tidak dilaksanakan. Maka pengesahan ini meliputi penerimaan pengajar dalam penyusunan objektif dan mereka rela melaksanakan objektif ini di dalam kelas.

4.6

PERBINCANGAN Objektif secara keseluruhannya banyak membantu proses perancangan

kepada guru-guru. Objektif adalah asas dalam perancangan mengajar dengan lebih berkesan. Sesetengah guru enggan menggunakan objektif kerana mereka merasakan objektif terlalu menghadkan atau tidak sesuai untuk kandungan tertentu.

Dalam erti peranan, pengajaran, objektif dapat memberi peluang kepada guru untuk merangka pernyataan tentang tujuan pelajar belajar melalui arahan. Perbezaan antara standard kandungan dan pencapaian ialah standard pencapaian merupakan tugas yang perlu dilakukan oleh pelajar dimana pengetahuan diperkukuhkan di dalam tugas dan pengetahuan kemahiran digunakan secara tertentu oleh pelajar.

Kebaikan objektif ialah ia merupakan pernyataan-pernyataan yang jelas tentang apa yang boleh dilakuka oleh pelajar, ia juga membolehkan guru merancang pelajaran mereka dengan lebih fleksibel. Kurang penekanan dalam kandungan yang perlu dirangkumi dan lebih penekanan ke atas kemahiran yang perlu dicapai. Ia juga memberikan butiran yang lebih konkrit mengenai prestasi pelajar serta membolehkan pihak pentadbiran menitikberatkan standard pelajar. Objektif juga membolehkan pelajar mengemukakan kemahiran berfikir dengan lebih tinggi.

Walaubagaimanapun, objektif menyebabkan kerja atau beban guru semakin meningkat tetapi ia dapat menyediakan latihan perkembangan professional yang mencukupi kepada guru-guru. Ia juga dapat menyediakan penyataan hasil-hasil yang bermakna dan boleh dinilai serta dapat menyediakan sistem ekonomikal untuk memantau sama ada hasil telah dicapai atau tidak. Selain itu, objektif membolehkan pihak pentadbiran mendapatkan bukti dimana pendekatan hasil pembelajaran akan meningkatkan pembelajaran.

4.7

KESIMPULAN

Sistem pendidikan di Malaysia terlibat dalam tugas pengkhususan tujuan dan objektif kurikulum. Tujuan kurikulum adalah program yang luas dan hadilnya dijangka tanpa cirri-ciri pencapaian. Objektif kurikulum adalah khusus kepada hasil penguasaan dan situasi sama ada rumusan atau situasi itu untuk dicapai oleh pelajar dalam kumpulan sekolah.

Tujuan kurikulum dan objektif penting adalah untuk mengadakan keperluan penilaian yang lengkap untuk mengetahui keperluan tidak dicapai, melaksanakan fasa model cadangan untuk peningkatan kurikulum, mengeluarkan tujuan dan objektif pengajaran, menyediakan asas untuk menilai kurikulum dan member arahan kepada program atau kursus.

Objektif dan matlamat hendaklah diberi penekanan dalam penggubalan kurikulum. Ini kerana objektif bertujuan untuk membimbing pemilihan isi, bahan dan kaedah yang harus dirujuk setiap masa apabila penentuan-penentuan mengenai kurikulum hendak dilakukan.

4.8

RUJUKAN

1. Mohd Ridhuan Hj Jusoh (2006). Matlamat dan Objektif Kulrikulum Bahasa

Arab. Universiti Kebangsaan Malaysia.


2. Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Abd Aziz (2004). Pedagogi Asas

Pendidikan. Kuala Lumpur: Karyazano Enterprise.


3. Jack C. Richards (2001). Curriculum Development in Language Teaching.

Cambridge University Press.


4. Abdul Rahim Hamdan (2007). Pengajian Kurikulum. Universiti Teknologi

Malaysia: Skudai, Johor.

5. Curtis R.Finch dan John R. Crunkilton (1999). Curriculum Development in

Vocational and Technical Education (Edisi kelima). United States, America: Allyn and Bacon, a Viacom Company.
6. Tayler R. W (1950). Basic Principle of Curriculum and Instruction. Chicago:

University of Chicago Press.


7. Najeemah Md Yusof (2007). Konsep Pendidikan (Edisi Kedua). Kuala

Lumpur: PTS Profesional Publishing. Sdn Bhd 8. Yahya Emat (1993). Pendidikan Teknik Vokasional di Malaysia. Selangor: IBS Buku Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai