Anda di halaman 1dari 1

Keberkesanan Program Latihan Sangkutan Ke Industri Di Kalangan Pensyarah Politeknik

oleh Wan Zalia binti Wan Zahari Penyelia : Tuan Haji Md. Yusof bin Jamar Pensyarah perlu menguasai kemahiran teori dan latihan amali dengan sebaikbaiknya untuk melahirkan pelajar-pelajar yang benar-benar dikehendaki oleh industri. Pensyarah politeknik digalakkan mengikuti latihan industri agar segala perubahan teknologi dan perkembangan pesat industri dapat diikuti. Kajian yang berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk melihat sejaumana keberkesanan Program Latihan Sangkutan ke Industri di kalangan pensyarah politeknik. Penilaian dilakukan ke atas persepsi pensyarah, keberkesanan manual latihan, penglibatan majikan dan tempoh masa yang sesuai untuk menjalani latihan industri. Sampel kajian berjumlah 50 orang dan instrumen kajian ialah soalselidik dan temubual. Data-data dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences Version 11.5 (SPSS ). Analisis data adalah melibatkan skor min. Dari segi persepsi pensyarah, dapatan kajian menunjukkan bahawa Latihan Sangkutan ke Industri yang diikuti banyak memberi kebaikan kepada diri mereka terutama profesion sebagai pensyarah. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa aspek keberkesanan manual latihan berada di tahap sederhana dengan skor min 3.70, sementara penglibatan majikan berada di tahap tinggi dengan skor min 4.22. Dapatan kajian juga mendapati bahawa 28 orang pensyarah mencadangkan enam bulan sebagai tempoh yang sesuai untuk menjalani latihan di industri. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa latihan industri ini adalah berkesan berdasarkan skor min keseluruhan yang berada pada tahap tinggi. Abstract Vocational and Technical Education needs knowledgeable and highly skilled lecturers to ensure that graduates fulll the industrial requirement. As such, polytechnic lecturers are given the opportunity to undergo attachment programme in industry in order to catch up with the latest technologies in industry. The purpose of this study is to gauge on the eectiveness of industrial attachment programme amongst polytechnic lecturers. It is a survey method. Four aspects of particular interests are perception of lecturers on industrial attachment programme, eectiveness of attachment manual, employer involvement and the best time period for attachment programme. Sample for this study consist 50 respondents and the instruments used are questionnaires and interviews. The data collected were analyzed using Statistical Packages for Social Sciences Version 11.5 (SPSS). Analysis were made on mean scores. From the ndings, it is found that the industrial attachment gives advantages to lecturers. This study also shows that the eectiveness of the attachment manual are at a medium level with mean score 3.70, while the employer involvement are at a high level with mean score 4.22. On the other hand, most of lecturers agreed six month time period for industrial attachment is appropriate. It can be concluded that the industrial attachment programme is eective due to overall mean score are at high level.

Anda mungkin juga menyukai