Anda di halaman 1dari 29

LAPORAN PERCUMA:

Oleh:

Noor Shufaad Md Norani Admin www.melakafx.com www.shufaad.com

Kata-kata aluan daripada Syukor Hashim, Admin Jutawanemas.com Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahmatNya ebook saudara Shufaad ini dapat disiapkan. Tahniah saya ucapkan kepada saudara Shufaad kerana sanggup berkongsi ilmu analisis teknikal menggunakan perisian Meta Trader 4. Saudara Shufaad merupakan mentor saya di dalam bidang analisa teknikal menggunakan perisian Meta Trader4. Beliau merupakan seorang usahawan sepenuh masa dan juga mengajar kelas forex di Melaka. Jadi beliau merupakan orang yang berkebolehan mengajar anda teknik-teknik analisis teknikal sehingga anda semua boleh menguasai ilmu ini. Untuk pengetahuan anda semua, kebolehan membuat analisisi teknikal harga emas memberikan kelebihan tambahan kepada pelabur-pelabur emas. Ini kerana dengan menggunakan analisis teknikal ini anda boleh melihat trend harga emas dengan mudah serta boleh menjangkakan pergerakan harga emas pada masa akan datang. Ini membolehkan anda mengenal pasti buying opportunity (peluang membeli emas dengan banyak apabila harga emas jatuh dengan banyak). Anda juga boleh melihat momentum pergerakan harga emas serta membuat ramalan pergerakan harga emas. Saya percaya ilmu analisis teknikal ini sangat menarik dan perlu dikuasai oleh mereka yang benar-benar meminati pelaburan emas. Praktikkan ilmu yang anda pelajari ini bagi menjana keuntungan yang lumayan dengan emas.

Sekian, terima kasih. Syukor Hashim Admin www.jutawanemas.com SMS: 013-2126999

Kata-kata aluan daripada penulis. Salah satu kemahiran yang perlu ada pada setiap pelabur emas ialah kemahiran membuat analisis teknikal. Ini kerana trend pergerakan harga emas lebih mudah dikesan dan dianggar apabila menggunakan tools yang betul. Pada masa kini kemahiran membuat analisis teknikal boleh dikuasai dengan menggunakan perisian MetaTrader4. Jika anda mahir menggunakan perisian MetaTrader 4 maka anda boleh menggunakan ia untuk melihat buying opportunity (peluang membeli banyak emas apabila harga turun, melihat support Sebelum kita mengetahui bagaimana untuk membuat analisa teknikal pergerakan emas, kita harus memahami apakah yang menggerakkan harga emas tersebut. Maksudnya, kita harus faham faktor-faktor luaran yang boleh mempengaruhi peningkatan atau penurunan harga emas di pasaran dunia. Secara fundamentalnya, harga emas di pasaran banyak di pengaruhi oleh permintaan dan penawaran, kaitan dengan komoditi lain, kestabilan politik dan juga pengaruh mata wang utama dunia iaitu USD. Anda perlu memahami kesemua hubung kait ini kerana harga emas, seperti juga harga komoditi yang lain, sentiasa berubah-rubah. Dengan adanya pengetahuan fundamental ini, ianya kemudian boleh di terjemahkan ke dalam bentuk analisis teknikal (carta) yang seterusnya mampu mempengaruhi keputusan untuk membeli atau menjual emas. Anda juga perlu faham sekiranya anda berhasrat untuk menjadikan emas fizikal sebagai satu simpanan tetap, anda tidak boleh melihat kemungkinan keuntungan dalam masa terdekat. Hard asset investment ini biasanya akan mengambil masa minima 1 sehingga 4 tahun (jangka pendek), 5 sehingga 10 tahun (jangka sederhana) dan 10 tahun ke atas (jangka panjang). Pemerhatian anda terhadap keadaan ekonomi, politik dan bencana alam mampu menjadikan keputusan anda untuk membeli emas lebih signifikan dan menguntungkan. Selamat membaca! Noor Shufaad bin Md Norani
http://www.melakafx.com http://www.shufaad.com

TAJUK 2: ANALISIS TEKNIKAL Sebelum anda membuat analisis teknikal anda sendiri, apa kata anda lihat carta pergerakan emas yang saya ambil dari laman web http://www.kitco.com. Buat pengetahuan anda juga, laman web ini merupakan sumber utama berita dan perkara-perkara yang berkaitan dengan emas terutama sejarah harganya.

Gambar rajah 9: Pergerakan harga emas untuk 5 tahun

Gambar rajah 10: Pergerakan harga emas untuk 1 tahun

Gambar rajah 11: Pergerakan harga emas untuk 6 bulan

Berdasarkan kepada ketiga-tiga carta di atas, kita dapat melihat di dalam tempoh 5 tahun ini sahaja, harga emas telah pun meningkat dari USD430.30 kepada USD1256.50/oz. Ini merupakan peningkatan sebanyak USD826.2 atau 292%. Sehingga saya menulis ebook ini, harga emas di tutup pada aras USD1228.00/oz pada 20 Ogos 2010. Penurunan yang amat sedikit adalah biasa bagi mana-mana komoditi pun. Ia juga berlaku ketika anda bermain Forex. Jadi bagaimana Analisis Teknikal ini dapat membantu anda ? Secara ringkasnya, Analisis Teknikal akan mencatatkan pergerakan harga semasa dan yang telah lepas berdasarkan kepada masa sambil memberikan gambaran pergerakan harga di masa hadapan. Dengan adanya pengetahuan pergerakan harga ini, anda akan dapat membuat keputusan berdasarkan kepada : Bila anda patut Beli (Buy) dan Jual (Sell) dan Bila anda patut keluar (exit) dari order anda.

Anda juga perlu memahami bagaimana untuk menggunakan tools dan indicator yang di sediakan di dalam platform MetaTrader 4 untuk membuat analisis ini. Membuat analisis teknikal bukanlah berdasarkan kepada andaian. Gabungan kemahiran menggunakan tools dan indicator dan juga kepekaan anda terhadap faktor-faktor fundamental akan memastikan anda dapat membuat analisis dengan lebih baik.

2.1 MEMUAT TURUN PERISIAN METATRADER 4 Bagi mendapatkan platform untuk membuat analisa, anda hendaklah melayari mana-mana broker forex yang sah dan berdaftar yang ada di Internet. Untuk tujuan ini, saya menggunakan broker FxPro. Buat pengetahuan anda, broker ini mempunyai reputasi yang hebat apabila memenangi beberapa pengiktirafan seperti Best Forex Broker 2008, Best Forex Broker 2009, Best Global Trading Platform 2010 dan Fastest Growing Global Forex Broker 2010 selain telah menjadi penaja kepada pasukan bola sepak Fulham dan Aston Villa dari Liga Perdana Inggeris dan juga penaja kepada pasukan Virgin F1 Racing. Hebat bukan? Jadi, apa kata anda ikut langkah-langkah berikut: 1. Layari laman web http://www.fxpro.com untuk memuat turun platform Meta Trader 4

2. Kemudian klik pada butang Downloads seperti yang anda lihat di atas.

3. Seterusnya anda hanya perlu klik pada butang Download untuk pilihan FxPro Client Terminal.

4. Klik pada butang Save File untuk menyimpan fail setup tersebut.

5. Proses ini akan mengambil masa yang sangat singkat. Namun begitu, ia juga bergantung kepada kepantasan line Internet di rumah atau pejabat anda. Setelah file tersebut selesai di muat turun, tibalah masanya untuk anda memasang atau install platform tersebut di komputer anda. 6. Kebiasaannya semua file yang telah di muat turun akan di simpan di dalam folder Download di komputer anda. Anda hanya perlu double click pada ikon fxpro4setup.exe dan ikut segala arahannya.

7. Pastikan anda memilih English (United States). Tekan butang Next.

8. Klik Next

9. Jangan lupa untuk tandakan pada kotak Yes, I agree with.

10. Seterusnya, perisian akan mencadangkan tempat di mana proses instalasi akan di adakan. Kebiasaannya ialah seperti di bawah. Klik Next.

11. Kekalkan nama seperti yang di cadangkan, FxPro MetaTrader. Klik Next.

12. Tekan butang Next untuk memulakan proses instalasi. Mudah kan?

13. Klik Finish untuk terus melancarkan program ini.

2.2

MEMULAKAN PROGRAM META TRADER 4

1. Ini adalah antara muka pertama yang anda dapat lihat selepas anda melancarkan program MetaTrader 4.

Antara muka asal Meta Trader 4.

2. Anda boleh klik Login atau Cancel pada antara muka login yang ada. Ia tidak akan memberi sebarang kesan kerana anda belum lagi membuka sebarang akaun. Seterusnya klik pada File > Open an Account

3. Masukkan maklumat seperti di bawah. Tandakan sahaja pada kotak I agree to Subscribe.dan klik pada butang Next.

4. Di dalam skrin ini, anda akan dapat melihat Trading Servers yang ada. Perhatikan bahawa kedua-duanya ialah Demo Server, Demo1 dan Demo2. Klik butang Next untuk langkah seterusnya.

5. Pendaftaran akaun baru anda telah tamat. Anda akan mendapat Login dan Password anda sendiri. Sekali lagi, ini hanyalah akaun Demo jadi tak perlulah simpan. Ia akan auto upload setiap kali anda memulakan program MetaTrader ini. Klik Finish.

6. Anda akan melihat akaun baru anda telah di wujudkan. Anda juga akan dapat melihat ada 4 carta di sebelah kanan anda. Tiada carta GOLD kan? Yang ada cuma carta untuk Forex. Selepas ini kita akan masukkan carta GOLD pula.

Gambar: Yang ada cuma carta forex.

7. Klik File > New Chart > Metals > GOLD

8. Double klik pada carta GOLD yang anda lihat untuk membesarkan carta tersebut. Selain itu, anda juga klik pada butang Navigator dan Terminal untuk mendapat full chart view.

Terminal Navigator

a) Function Bar

c) Bar Chart b) Time Frame

d) Price Level

2.3

CUSTOMIZING META TRADER 4

1. Sekarang, Klik Kanan pada carta GOLD > Properties dan anda akan melihat tetingkap Properties GOLD,H1.

2. Di sini kita akan membuat sedikit pengubahsuaian dari segi warna. Tukarkan skema warna seperti yang saya lakukan. Klik OK.

Skema warna yang perlu diubah

Hasilnya, screen anda akan kelihatan seperti ini.

3. Selain dari menukar warna, ada beberapa bar yang mengandungi fungsi-fungsi penting yang perlu anda ketahui.

Bar chart Candlestick

Line chart

Zoom In

Zoom Out

Auto Scroll

Chart Shift

Indicators Periods

Templates

4. Anda boleh mencuba untuk menggunakan mana-mana fungsi pada bar yang ada. Klik sahaja dan anda akan dapat lihat perubahannya. Matlamat utama penggunaan fungsi ini ialah agar carta Gold anda mudah di baca dan tidak menyakitkan mata.

Menurun

Menaik Sekarang anda akan dapat melihat carta yang lebih besar dan mudah di lihat berbanding yang sebelum tadi. Candlestick yang berwarna Hijau maksudnya ialah pergerakan harga yang sedang menaik, manakala Candlestick berwarna Merah bermaksud sedang menurun. Mudah? 5. Selain dari memaparkan harga semasa, perisian ini juga mampu menyimpan dan memaparkan pergerakan harga emas di masa lepas. Maksudnya, anda juga boleh melihat harga emas tertinggi dan terendah pada minggu lepas, bulan lepas, 3 bulan lepas, tahun lepas dan tahun sebelumnya juga. Untuk tujuan ini, anda hanya perlu menggunakan fungsi: Candlestick Zoom out Auto Scroll dan Chart Shift

Hasilnya ialah seperti carta di bawah:

Time Frame = Monthly

Berdasarkan graf, data yang di simpan di dalam perisian Meta Trader ini bermula dari 1 Januari 2001.

Anda dapat lihat bagaimana harga emas naik pada tahun 2007 kemudian jatuh dengan banyak pada 2008 sebelum kemudiannya menyambung momentum menaik.

Dengan menggunakan fungsi Zoom Out , saya dapati data yang di kumpul bermula dari 1 Januari 1992 sehingga Januari 2010. Ini bermakna anda telah pun mempunyai set data yang berusia 18 tahun!

Untuk melihat tarikh yang terkini, anda perlu menggunakan time frame yang lebih kecil. Contohnya, H4, H1 dan boleh juga M30.

13 Sep = Tarikh 17:00 = Masa* *Masa yang di paparkan ialah masa server. Jika anda ingin mendapatkan masa yang betul, anda perlu menambah 6 jam dari masa server.

6. Anda juga boleh mendapatkan dengan tepat tarikh dan masa bagi setiap Candlestick dengan menggunakan butang Crosshair.

Crosshair Cara menggunakannya: Klik, dan gerakkan tetikus kepada manamana Candlestick yang anda inginkan.

Candlestick Menaik ini berlaku pada 21 September 2010, jam 21:00.

2.4 MENGGUNAKAN HISTORY PRICE SEBAGAI PANDUAN MERAMAL PERGERAKAN HARGA EMAS. Setelah anda mengetahui bagaimana Meta Trader mampu menyimpan rekod berkenaan harga tertinggi dan terendah untuk satu tempoh yang lama, anda juga perlu memahami dengan jelas bagaimana mahu memanipulasikan harga-harga tersebut. Harga-harga ini di gelar History Price. Bagaimana untuk mengenal pasti History Price? 1) Dapatkan harga tertinggi dan terendah bagi time frame yang anda pilih. Contohnya,pada time frame H1 saya dengan mudah boleh mengenal pasti harga emas tertinggi dan terendah pada waktu semalam. 2) Gunakan garisan Horizontal Line untuk menandakan harga tertinggi dan terendah tersebut.

Horizonal Line

Harga tertinggi pada 27 September 2010 ialah $1299.91 per ounce.

Harga terendah pada 28 September 2010 ialah $1282.32 per ounce.

Bagi tujuan analisis, anda memerlukan lebih banyak garisan harga tertinggi dan terendah. Lihat contoh di bawah:

Carta Gold 1 hour (H1)

Carta Gold 4 Hour (H4)

Carta Gold Daily (D1)

Carta Gold Weekly (W1)

Mengapa History Price adalah sangat penting? 1) Di dalam kajian Teknikal Analisis, harga yang pernah di cecah atau di lawati oleh komoditi ataupun currency, akan di lawati semula pada satu ketika nanti. Oleh yang demikian, harga itu akan menjadi satu titik penting sama ada untuk Beli (Buy) atau Jual (Sell). 2) Dengan mengetahui History Price, kita juga secara tidak langsung akan dapat belajar tentang apa yang menggerakkan harga emas, ataupun juga di sebut sebagai cause and effect faktor. Ini kerana Teknikal Analisis adalah kesan dari Fundamental terhadap emas. 3) History Price ialah asas kepada indicator-indikator yang sangat berguna di dalam Teknikal Analisis. Antaranya ialah Fibonacci level, Pivot level, Trend Trading, De Mark Trendline Trading dan banyak lagi. 4) Jikalau anda sudah mahir di dalam mengenal pasti History Price, di tambah pula dengan kemahiran memahami Candlestick Pattern (Bull, Bear dan Reverse) , anda tidak perlu lagi menggunakan mana-mana indicator lain!. Teknik ini merupakan suatu teknik yang sangat hebat dan digunakan oleh para profesional di dalam membuat analisis teknikal.

Dapatkan versi penuh ebook ini sekarang: Lawati www.jutawanemas.com atau emelkan

Anda mungkin juga menyukai