Anda di halaman 1dari 8

M1L 3102 kUkIkULUM LNDIDIkAN MA1LMA1Ik 9,9

ARTIKEL :

PENGGUNAAN TEKNOLOGI
KOMPUTER DALAM
BIDANG PENDIDIKAN
MATEMATIK

OLEH : NOR ATIRAH MOHD RAPINGI
1 PISMP MATEMATIK 1
IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK




M1L 3102 kUkIkULUM LNDIDIkAN MA1LMA1Ik 9,9


PENGENALAN
Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang
baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah
sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus
pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya
mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat
untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua
mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan
yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di
Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya
usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap
perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang
berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang
dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan
melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali
gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (
Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang
seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti
dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan
perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan
memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

M1L 3102 kUkIkULUM LNDIDIkAN MA1LMA1Ik 9,9


ISI KANDUNGAN
PERANAN KOMPUTER DAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat
memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang lalu,
NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya
pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft
(1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran Matematik malah
penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus
matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting
dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika
seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan
Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada
sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti
ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam
masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan
setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan
komputer ( Lim, 1989 ).
Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and
Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:
M1L 3102 kUkIkULUM LNDIDIkAN MA1LMA1Ik 9,9

O Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih
positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan
masalah yang lebih kompleks.
O Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu
pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.
O Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.
O Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan
mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat
menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan
beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan
internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan
negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar
bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli
masyarakat yang prihatin.
Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan
maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada
semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra
dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui'
(virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat
menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam
suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan
kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara
kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial ekonomi di kalangan pelajar harus
M1L 3102 kUkIkULUM LNDIDIkAN MA1LMA1Ik 9,9

diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. al,
1996).
Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap
pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik
kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya boleh sampai dalam
masa beberapa minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati-hati semasa menulis mesej
supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima
dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya
bahasa nggeris. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel eletronik akan dapat
menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan
proses perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ).

nternet menjadi sebahagian dari sekolah bestari menjelang Januari 1999 yang lalu.
Telah pun diumumkan bahawa, semua sekolah menengah akan mendapat akses ke
internet menjelang tahun 2000. Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama serta
bantuan kepakaran MMOS, telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan (Sulaiman,
1996). Melalui projek ini, Kementerian Pendidikan telah menyediakan kemudahan dan
perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan
program latihan yang berterusan kepada guru-guru. Program ini, walaupun kurang berjaya,
tapi sekurang-kurangnya telah dapat memberi pendedahan awal kepada guru-guru dan
pelajar tentang penggunaan dan peranan internet kepada dunia pendidikan. Dalam
perkembangan terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia, melalui Bahagian Pendidikan
Guru, sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan (14 Minggu ) Bestari kepada guru-
guru di seluruh negara bertempat di beberapa buah maktab perguruan. Guru-guru ini dipilih
M1L 3102 kUkIkULUM LNDIDIkAN MA1LMA1Ik 9,9

daripada 90 buah sekolah yang dijangka akan melaksanakan kurikulum baru bestari mulai
tahun 1999. Dalam kursus ini, guru-guru akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran
generik termasuklah kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan menjadi asas
dan keperluan utama dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari. Para peserta akan
berpeluang menjadikan internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat
dan berkesan.

INTEGRASI INTERNET DALAM PENDIDIKAN
nternet atau 'nternasional Network of Networks' ialah sebuah rangkaian gergasi
komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer
berkomunikasi antara satu sama lain ( Crumlish, 1996 ). a mengandungi lebih daripada 50
ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih
daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara (Zoraini, 1995). Dalam
rangkaian nternet, terdapat berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa
bertambah dari sehari ke sehari. Bahan-bahan ini termasuklah artikel, imej grafik, perisian
komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan, projek dan sebagainya. Di
dalam nternet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini
mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang
berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah matematik. ( Keterangan lanjut
tentang internet boleh didapati dalam http://www.msn.com/tutorial/default.html )
Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik
berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Antaranya adalah internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam
M1L 3102 kUkIkULUM LNDIDIkAN MA1LMA1Ik 9,9

P&P. Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet
dapat digunakan dengan berkesan. Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru.
Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran mereka, khususnya dalam bidang T. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia
akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama. Penggunaan komputer dan internet dapat
mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan
dengan kemas, teratur dan sistematik. nternet amat bermanfaat kepada guru dan murid
serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran T dan era globalisasi. ndustri
berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu
diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan
para ibubapa. nternet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya:
O E mail (Mel Eletronik)
O Laman Web (WWW)
O nternet Relay Chat (RC)
O Telnet
O Kumpulan Diskusi dan Berita
O File Transfer Protocal (FTP)
Semua kemudahan di atas boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu,
perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting, supaya murid-murid dapat
menggunakan internet secara maksimum dan optimum. Semua aplikasi tersebut boleh
digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang
diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

M1L 3102 kUkIkULUM LNDIDIkAN MA1LMA1Ik 9,9

PENUTUP
Jelaslah bahawa internet mempunyai potensi untuk membuat pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Terpulang kepada guru untuk dapat membawa
penggunaan internet ini ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia
ada. Walaupun akses ke internet ini masih belum meluas di peringkat sekolah pada hari ini,
tetapi kemudahan untuk mengguna internet terdapat di-mana-mana; di rumah,
perpustakaan awam, pusat/kedai komputer dan lain-lain.
Penggunaan komputer dan internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan
suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self
paced , dan self directed, dan seterusnya akan menjayakan matlamat pelaksanaan sekolah
bestari, untuk melahirkan warga negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif serta
berakhlaq mulia.
Pendidikan hari ini untuk kehidupan masa hadapan

Anda mungkin juga menyukai