Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR



Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Jaya
Bilangan Pelajar : 32 orang
Tarikh : 23 Oktober 2011
Masa : 9.15 pagi 10.15 pagi (60 minit)
Tajuk : Cincin Kesayangan Datin

Fokus Utama : 4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang
sesuatu perkara secara terperinci,tetap, dan tersusun.
Aras 3
i. Menganalisis idea yang dikemukakan untuk memberikan
respon
ii. Mendengar dan menerima pendapat orang lain dengan rasional

Fokus Sampingan : 10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar atau
dibaca.
Aras 1
i. Mengecam dan menyusun idea utama daripada petikan yang
dibaca.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat :
1. Menghuraikan pendapat dengan tepat dan teliti berdasarkan
rangsangan kata yang diberi.
2. Menyatakan isi-isi penting mengikut urutan cerita.

Sistem Bahasa : Tatabahasa - Ayat penyata
- Ayat tanya
- Kata nama am
Kosa Kata : - keanggunan
- Perhiasan
- Menggayakan
- Keramat
- Mekanik


Pengisian Kurikulum : lmu - Pendidikan Moral
Nilai Murni - kesyukuran, jujur, baik hati, berhemah tinggi

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) :
Kemahiran Berfikir - menginterpretasi
- Mentafsir
- Membuat kesimpulan
Teori Kecerdasan Mental - nterpersonal
Kontekstual - pengalaman lalu dan sekarang

Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajar bentuk-bentuk benda dan sifat-sifat
benda.


PeIaksanaan Pengajaran Dan PembeIajaran:

Langkah / Isi
PeIajaran
Aktiviti Pengajaran Dan PembeIajaran Catatan

Set Induksi
(5 minit)



1. Guru menunjukkan genggaman dan bertanya apa yang
ada dalam genggaman tersebut.
2. Murid meneka apa yang ada dalam genggaman guru
3. Guru membuka genggaman dan mempamerkan cincin
bertatahkan permata dan berlian
4. Guru dan murid bersoal jawab tentang cincin, harga dan
nilai.




Langkah 1
(10 minit)



1. Setiap murid diminta menutup mata menggunakan sehelai
kain / skaf.
2. Murid diminta mendengar dan membuat gambaran mental
tentang situasi yang diberikan oleh guru.
3. Guru membacakan situasiyang berlaku di rumah Datin
Rafidah.



Kain / skaf
KB
menginterpretasi
TKP - intrapersonal


Senarai Ransangan Kata


Rumah Datin Rafidah

Di ruang tamu

Suka berhias, anggun, bergaya

Cincin berlian / RM50,000

anak gadis datin

suka bermewah-mewah

menggayakan cincing ibunya

orang gaji mahu kawin

gagal pinjam duit

tukang kebun, anak sakit

gagal pinjam duit

mekanik membaiki televisyen

Datin teringat cincin

Cincing hilang

Siapa yang mengambilnya

4. Murid membuka mata


Langkah 2
(10 minit)



1. Murid diagih kepada kumpulan kecil. (5-6 orang)
2. Setiap ahli kumpulan membuat sumbangsaran berdasrkan
kad arahan yang diberikan.
3. Minta kumpulan mencatat dapatan dalam bentuk grafik.
4. Kumpulan membuat rumusan alasan dan andaian tentang
kecurian.

KB membuat
ramalan, andaian.
Teknik
sumbangsaran,
Kad arahan
TKP
Pembelajaran
koperatif


Langkah 3
(10 minit)

1. Wakil kumpulan mempersembahkan hasil perbincangan
dalam bentuk lakonan
2. Ahli kumpulan memberi respon kepada soalan-soalan
atau pandangan dari kumpulan lain.


KP : kinestetik,
visual ruang, verbal
linguistik


Langkah 4
(10 minit)

1. Guru mengedarkan teks "Cincing Kesayangan Datin.
2. Murid membaca dan menghayati teks.
3. Murid menyatakan mesej serta nilai yang terdapat dalam
cerita.
4. Murid membuat rumusan.


Teks "Cincin
Kesayangan Datin
KB membuat
kesimpulan

Penutup
(5 minit)

1. Guru membaca soalan kuiz pendek berkaitan isi pelajaran
hari ini.
2. Murid yang menjawab dengan betul mendapat hadiah.
3. Guru menerapkan nilai murni.


Nilai murni : jujur,
menghormati, baik
hati





Cincin Kesayangan Datin



Baca petikan di bawah dengan teIiti

Nama Datin Rafidah memang sejak dahulu lagi. Beliau bukan sahaja sering diselubungi
keanggunan barangan perhiasan, malah amat bergaya dan manja sekali. Kemana sahaja
beliau pergi, kebanyakkan pandangan tertumpu kepada sebentuk cincin bertatahkan
permata berlian sebesar ibu jari di jari manisnya.
Kini, jejak Datin Rafidah sedang diwarisi anak gadisnya, Rina. Walaupun baru berusia
13 tahun, Rina sudah dilimpahi kemerlap perhiasan persis ibunya. Rina juga sering
mencuba-cuba menggayakan cincin keramat ibunya yang diletakkan diatas peti televisyen
diruang tamu rumahnya. Pada suatu petang, Datin Rafidah disapa orang gajinya.
"Datin, saya ini akan berumah tangga tidak lama lagi tetapi tidak cukup wang. Boleh
Datin pinjamkan saya barang RM 2,000. Nanti, kira tolak gaji sayalah.
Datin Rafidah mengerutkan mukanya. Dengan kesedihan yang dibuat-buat beliau
menyatakan tidak dapat membantu orang gajinya kerana beliau juga perlumenjelaskan
hutang syarikat.
Selang beberapa ketika, tukang kebunnya pula menghadapi masalah kewangan.
Beliau ingin meminjam wang untuk kos pembedahan anaknya. Namun begitu, harapannya
hampar kerana Datin Rafidah memberi jawapan yang sama.
Dalam pada itu, televisyen di ruang tamu rumah Datin Rafidah meragam pula. Mahu
tidak mahu, beliau terpaksa menelefon mekanik untuk membantu membaikinya. Mekanik
tersebut tiba dan mengambil masa selama satu jam untuk membaik pulih televisyen
tersebut.
Pada malam itu, barulah Datin teringat akan cincin berlian yang sering diletakkan di
atas peti televisyen tersebut. Alangkah terperanjatnya beliau kerana mendapati cincin
tersebut telah hilang. Siapakah yang mengambil cincin kesayangan Datin?
Pada mulanya Datin mengesyaki orang-orang yang terdapat didalam rumah itu kerana
semuanya mempunyai masalah kewangan. Tetapi, setelah disiasat, tidak ada bukti yang
menunjukkan mereka mencuri.
Pada petang itu, Rina pulang ke rumah dan memulangkan cincin Datin. Barulah Datin
menyedari bahawa cincinnya itu dipinjam oleh anaknya.Dia berasa bersyukur kerana
cincinnya tidak hilang.






Kad Arahan

O Pada pendapat kamu, siapakah yang mencuri cincin Datin?
O Bincangkan secara terperinci bagaimana peristiwa kecurian itu
berlaku.

Anda diminta melakonkan situasi tersebut

Anda mungkin juga menyukai