Anda di halaman 1dari 29

KPD3026

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2

PENGENALAN
Visual elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran? Visual akan membantu murid menangkap maksud sesuatu yang sedang diperkatakan guru. Visual yang sesuai perlu disedia untuk memudahkan kefahaman. Chalk and talk merupakan kaedah visual. Penggunaan perkataan dan lisan yang terlalu banyak mencerminkan kurangnya usaha guru dalam memanfaatkan visual dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid memerlukan sokongan bahan bantu belajar yang berbentuk visual kerana kekuatan yang ada pada bahan berbentuk visual membantu murid memahami dengan lebih baik. Murid, memerlukan bukti nyata yang dapat dilihat atau didengar atau dirasai, bagi membantu mereka membina kefahaman.

Peranan visual dalam instruksi


Visual menjadikan idea lebih konkrit serta memudahkan murid untuk mengingati. Visual berperanan memotivasikan murid serta mampu mengekalkan perhatian mereka kepada pengajaran. Visual membantu menjelaskan penerangan.

Teori realisme visual dan kepentingan media instruksional


Dwyer, 1978 dalam Yusup (2005) menyatakan bahawa gambar foto berwarna sangat berkesan dalam mempamerkan visual kerana guru tidak perlu membuat penjelasan berbanding bentuk visual yang lain.

Apakah matlamat visual dalam instruksi?


Kebolehbacaan (teks) dan kejelasan (imej) Mudah menterjemahkan mesej Meningkatkan perhatian aktif murid Pembelajaran menjadi lebih fokus

Jenis-jenis visual
Visual realistik Serupa atau hampir serupa objek asal. Contoh fotografi, 3D Visual analogik Mengguna simbol untuk mewakili sesuatu. Visual organisasional contoh: carta alir, graf, carta organisasi

Typography
Sans Serif / Serif ? Serif sesuai untuk bahan cetak. Contoh: surat khabar. Memperbagaikan font tidak digalakkan. HURUF BESAR untuk keseluruhan ayat perlu dielakkan, kecuali pada tajuk yang mempunyai lebih dari 3 perkataan. Warna font perlu kontras dari warna latar. Pertimbang murid rabun / buta warna. Saiz huruf perlu sesuai dengan jarak pandang.

Mengikut Yusup (2005), saiz huruf komputer yang sesuai bagi bahan tayang adalah seperti dalam Jadual 9.3.

Elakkan menaip dengan menggunakan jarak m e k a n i k a l kerana penulisan seumpama ini boleh mengganggu pembacaan. Jarak antara baris (line spacing) perlu sesuai dengan keupayaan membaca seseorang.

Elemen visual lain


Kesatuan Elemen visual kelihatan berkait rapat antara satu dengan lain tetapi tidak mengelirukan, sama ada sudut pandang menegak atau melintang, murid mudah membaca maklumat yang disajikan. Contoh Model ASSURE dalam Rajah 9.9 di bawah, perkaitan antara elemen dapat dilihat dengan jelas.

Susunan
Visual sebaiknya disusun mengikut rentak pandangan sama ada mendatar dari kiri ke kanan atau menegak dari atas ke bawah atau mengikut pusingan jam. Susunan visual juga akan kelihatan selesa sekiranya guru mengaplikasi prinsip aturan sepertiga yang menjadi amalan seni fotografi. Rajah 9.10 di bawah dibuat dengan prinsip aturan sepertiga, visual kelihatan hidup dan bergerak ke ruang hadapan.

Keseimbangan Terdapat dua jenis keseimbangan visual skrin iaitu keseimbangan formal dan tidak formal. Keseimbangan formal: penyusunan elemen visual yang sama berat sama ada kiri dengan kanan atau atas dan bawah atau kedudukan elemen itu kelihatan seimbang. Keseimbangan tidak formal: elemen visual yang tidak mengambil kira kedudukan di samping saiz dan bentuk juga berbeza-beza. Paparan skrin yang tidak seimbang seperti yang di gambarkan oleh visual sebelah kanan di bawah kerana paparan menjadi tidak kemas dan mengganggu perhatian.

Media baru teknologi digital


Kamera Digital Pengimbas Alatan lain?

Apakah kelas-kelas media instruksional?

Media tayang gerak

Bahan internet Laman web video pengajaran: eduwebtv.com, youtube.com/education Multimedia Merujuk kepada penggunaan pelbagai format media dalam pengajaran atau pembelajaran. Misalnya guru menggunakan lebih daripada satu media dalam satu pengajaran, misalnya persembahan power point yang bukan sahaja mengandungi teks tetapi juga disertai dengan audio dan gambar. P

Hypermedia Hypermedia merujuk kepada konsep multimedia yang popular digunakan dalam pendidikan iaitu media yang mampu menggabungkan elemen-elemen seperti teks, audio, video dan grafik untuk mendapat maklumat yang lebih jelas secara serentak, seperti siaran televisyen. Hypermedia merujuk kepada cara skrin-skrin multimedia dirangkaikan atau dihubungkan antara satu sama lain. Rangkaian ini dapat dicapai dengan cara klik pada gambar, ikon, video atau lain-lain media, kemudian skrin multimedia yang berkaitan dipaparkan pada skrin baru (Vivi, 2004).

Kelebihan video
Pergerakan visual bergerak lebih menarik berbanding dengan visual kaku. Menunjukkan proses visual yang menunjukkan sesuatu operasi atau proses seperti topik-topik dalam mata pelajaran kemahiran hidup, sains, pendidikan Islam dan seumpamanya. Selamat pengalaman berbahaya seperti gambaran peperangan, kebakaran, kemalangan jalan raya dan seumpamanya yang ingin disampaikan kepada murid. Peristiwa sejarah anda boleh membawa murid mengembara ke zaman lampau melalui rakaman video yang telah tersedia. Misalnya sejarah menyambut kemerdekaan Negara. Pembelajaran kemahiran mempelajari sesuatu kemahiran adalah lebih berkesan sekiranya dapat ditunjukkan secara berulang kali. Hanya menggunakan video sesuatu kemahiran dapat diulang tayang berkali-kali sehingga murid dapat menguasainya. Pembentukan nilai dan sikap video boleh digunakan untuk memupuk sikap dan nilai-nilai baik seperti dalam mata pelajaran pendidikan Islam, sivik dan moral. Video-video propaganda dan dokumentari tentang nilainilai ini banyak disiarkan melalui televisyen. Memahami kebudayaan kehidupan harian sebenar sesuatu bangsa atau

Media tayang kaku


Media tayang kaku merujuk kepada bahan-bahan tayangan yang tidak bergerak seperti visual yang disediakan di dalam slaid, transparensi, bahan web dan juga bahan pembelajaran berasaskan komputer. Media bukan tayang

Manipulatif
Manipulatif merujuk kepada penggunaan bahan bantu mengajar yang boleh dilihat dan dipegang murid. Manipulatif terbahagi kepada benda sebenar, model dan mock-up. Bahan sebenar - Bahan ini merujuk kepada bahan sebenar yang dibawa ke kelas sebagai bahan bantu mengajar guru. Umpamanya guru membawa buah-buahan atau wang kertas, wang syiling, pepatung atau bunga dan seumpamanya bergantung kepada mata pelajaran dan topik masing- masing. Model - Sama seperti bahan sebenar yang kita bincangkan di atas, model juga ditampilkan dalam bentuk 3 dimensi. Model boleh datang dalam saiz tertentu bagi mewakili suatu bahan yang besar seperti model rumah atau kapal terbang atau kereta atau bahagian dalam badan manusia. Atau dalam sains ada model mata, jantung, atau telinga. Mock-up - Guru biasanya menggunakan mock-up untuk memudahkan sesuatu konsep disampaikan. Misalnya bagaimana sesebuah komputer berfungsi maka guru akan menyambung komponen dalaman komputer di atas sekeping papan plywoods dan membuktikan

RUMUSAN
Komunikasi terancang berlangsung dengan menggunakan semua enam elemen media yang dibincangkan iaitu teks, audio, manipulatif, pergerakan, visual dan manusia (guru dan murid). Kekurangan salah satu elemen yang berkenaan boleh membantutkan usaha guru untuk menyampaikan dan menyukarkan murid untuk menerima dan memahami mesej guru. Penampilan bahan bantu mengajar yang menarik seharusnya menjadi keinginan semua guru.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN
TMK atau ICT telah berkembang begitu pesat. Kepesatannya ini memberi manfaat kepada pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat pengajian. Kejayaan pelaksanaan ICT bergantung kepada kesediaan dan kebolehan para guru mengintegrasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Amalan pengintegrasian ICT bertujuan meningkatkan mutu dan keberkesanan pembelajaran.

Apakah teknologi maklumat?


Teknologi maklumat membawa maksud yang luas iaitu teknik, kaedah, proses dan alatan yang boleh digunakan untuk menjalankan tugas bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan bagi faedah kehidupan manusia. Perkataan maklumat merujuk kepada data bermaklumat dalam bentuk yang boleh difahami pernerima. Data tersebut mungkin dalam bentuk bunyi, visual, elektronik atau gelombang elektromagnet yang boleh ditafsir sasaran yang ditentukan. Maklumat diuruskan oleh teknologi yang mampu memproses, menyimpan, mendapatkan semula, menghantar dan menerima maklumat.

Apakah teknologi maklumat dan komunikasi?


Komunikasi bermaksud berhubungan antara penyampai dengan penerima dalam bentuk yang difahami. Dalam keadaan tertentu, penerima tidak perlu hadir ataupun tanpa menyedari maksud penghantar untuk berkomunikasi pada saat sebenar ketika maklumat dihantar. Keadaan ini berlaku dalam konteks komunikasi jarak jauh. Syarat utama komunikasi adalah untuk berkongsi tafsiran yang sama antara penghantar dengan penerima maklumat.

Terdapat tiga aspek utama dalam penggunaan ICT


Mengumpul Maklumat - Mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber dan bahan dijalinkan serta dilakukan suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh, dengan menggunakan komputer memasukkan gambar dari clipart dan menggunakan perakam untuk merakam bunyi Selamat hari jadi. Memanipulasi maklumat dan memproses semula imej. Contohnya teknologi komputer menggabungkan kedua-dua maklumat tersebut, iaitu gambar dan bunyi menjadi gambar yang berbunyi seperti Rajah 10.3. Untuk berkomunikasi iaitu digunakan bagi menghantar dan mendapatkan maklumat di antara penghantar dengan penerima dan sebaliknya. Sebagai contoh gambar burung yang mempunyai bunyi dikirim kepada seorang kawan untuk dikongsi bersama.

Peranan komputer dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)?


Komputer digunakan dalam ICT kerana keupayaannya mengumpul, menyimpan, memanipulasi, memproses, mendapatkan semula, menghantar dan menerima maklumat.

Peranan guru mengintegrasi TMK dalam pendidikan?


Bagi mengintegrasikan TMK dalam pendidikan, pelajar dan guru harus celik TMK sebelum menggunakannya dalam pengajaran. Celik TMK boleh didefinisikan sebagai keupayaan individu menguasai pengetahuan serta kemahiran teknikal dan kemahiran kognitif. ICT literacy is using digital technology, communication tools, and/or networks to access, manage, integrate and create information in order to function in a knowledge society (International ICT Literacy Panel, 2002)

Perlunya kemahiran ICT dalam pendidikan?


Persaingan antara guru dan murid. Murid pada masa kini merupakan pencari dan pengguna maklumat yang aktif dan interaktif. Proses pembelajaran harus selari dengan proses mencari maklumat dan menghasilkan maklumat baru. Pengetahuan menjadi komoditi penting untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Globalisasi telah menjadikan dunia tanpa sempadan dari segi perolehan maklumat.

Bagaimana mengintegrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran?


Aplikasi Microsoft : Words, Excel, PowerPoint, Access. Perisian lain seperti untuk tujuan grafik dan komunikasi. Penggunaan perisian pemprosesan perkataan mambantu guru menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk yang menarik dan kemas seperti nota, soalan latihan, lembaran kerja, hebahan, laporan, buletin, buku program, brosur, berita semasa dan sebagainya. Murid boleh menggunakan kemudahan perisian ini seperti untuk menyiapkan tugasan, nota, peta minda dan sebagainya.

RUMUSAN
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terdiri daripada gabungan teknologi, maklumat, dan komunikasi. Bagi mengintegrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, guru harus mempunyai kemahiran literasi TMK dan mereka bentuk pengajaran. Terdapat empat peringkat kemahiran mengintegrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu peringkat pengenalan, aplikasi, integrasi, dan transformasi

Anda mungkin juga menyukai