Anda di halaman 1dari 2

Hubungan Sikap, Kebimbangan Dan Tabiat Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik

Tambahan
Berdasarkan artikel yang dikarang oleh Arsaythamby Veloo dan Shamsuddin
Muhammad, terdapat beberapa perkara yang boleh diulas.Jurnal ini merupakan satu penulisan
ilmiah yang mengkaji mengenai Hubungan Sikap, Kebimbangan Dan Tabiat Pembelajaran
Dengan Pencapaian Matematik Tambahan. Para penulis bersetuju bahawa pemboleh ubah
sikap dan tabiat enunjukkan hubungan positif terhadap pencapaian manakala kebimbangan
menunjukkan hubungan negatif terhadap pencapaian Matematik Tambahan. Hasil dapatan
mereka dikaji melalui 3 pemboleh ubah iaitu sikap, kebimbangan dan tabiat.
Hubungan antara sikap dan kebimbangan adalah negatif dimana semakin tinggi sikap
seseorang murid mempelajari matematik tambahan maka semakin rendah tahap kebimbangan
murid. Semakin tinggi tahap kebimbangan maka keyakinan murid terhadap subjek ini menjadi
berkurangan. Kebimbangan yang rendah akan memberikan motivasi yang tinggi kepada murid.
Berbeza pula hubungan antara sikap dan tabiat yang menunjukkan semakin tinggi sikap
mempelajari matematik tambahan maka semakin tinggi tabiat mempelajari subjek tersebut dan
sebaliknya. Sikap yang positif terhadap matematik tambahan menghasilkan kesan yang positif
terhadap peratusan lulus manakala sikap yang negatif menjurus kepada kegagalan murid. Ini
terbukti apabila tabiat mempelajari matematik mempunyai nilai kolerasi yang tinggi iaitu 0.68.
Sikap belajar yang tinggi akan mengurangkan kebimbangan seorang murid seterusnya
meningkatkan tabiat belajar seseorang murid. Apabila sikap belajar murid adalah rendah maka
tahap kebimbangan menjadi tinggi menjadikan tabiat belajar murid menurun dan menjurus
kepada kegagalan. Apabila tabiat seorang murid tinggi sebagai contoh rajin membuat latihan
menghasilkan pencapaian yang tinggi dan tidak bermasalah dalam menyiapkan kerja rumah
yang diberi.
Terdapat beberapa kekuatan dalam jurnal ini iaitu penulis menggunakan data Orientasi
Pembelajaran Matematik (OPM) bagi mengukur tingkahlaku berkaitan dengan pencapaian
matematik tambahan. OPM adalah satu faktor yang berperanan dalam menentukan tahap
pencapaian matematik tambahan murid. Data dianalisis melalui perisian Statistical Package for

Sosial Science (SPSS). Statistik deskriptif, ujian korelasi Pearson dan regasi digunakan untuk
menganalisis data.
Arsaythamby (2006), dalam artikel menyatakan bahawa sikap, kebimbangan dan tabiat
yang bertindak sebagai kebilehan afektif adalah penting dalam pembelajaran. Kebolehan afektif
adalah sebagai pencetus bagi menimbulkan perasaan ingin belajar serta mendorong dan
menggalak kebolehan kognitif untuk meransang murid menyelesaikan masalah.Kebolehan
Afektif menjadi pencetus ingatan yang secara lansung mempengaruhi kebolehan kognitif yang
meningkatkan pencapaian matematik.
Namun, terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti daripada jurnal ini. Penulis
hanya menggunakan tiga pembolehubah. Penulis boleh menambahkan lagi pembolehubah
yang afektif. Pengkaji juga boleh memperluaskan kajian di seluruh Malaysia. Cadangan
penambahan kajian adalah melibatkan fakotor jantina, bangsa, lokasi, taraf sekolah dan
sebagainya.
Dapat dirumuskan bahawa sikap yang positif menjadikan minat murid tinggi untuk
mempelajari matemtik tambahan bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang dan
sebaliknya.Setiap guru perlu mewujudkan sikap yang positif dikalangan murid bagi
meningkatkat kecemerlangan murid seterusnya akan mengurangkan kebimbangan murid
terhadap matematik tambahan. Sikap yang positif ini turut menghasilkan tabiat yang positif di
kalangan murid.

Anda mungkin juga menyukai