Anda di halaman 1dari 5

SEBARAN PRAKTIS

DEFINISI PRAKTIS MASSA & TERSEBAR

PRAKTIS MASSA
Massa didefinisikan sebagai meletakkan sesuatu benda itu bersama-sama. Contohnya, masa bekerja adalah terlalu rapat diantara satu dengan yang lain. Samada, tiada waktu berehat atau rehat yang berselang-seli dengan waktu kerja tetapi singkat.

PRAKTIS TERSEBAR
Bermaksud, memberi jarak di antara waktu bekerja dengan memasukkan waktu rehat yang lebih panjang. Cara ini tidak begitu memuaskan, walaubagaimanapun disebabkan pengkaji selalu menggunakan ia untuk menerangkan kedua-dua sebaran praktis di dalam eksperimen tertentu. Disebabkan kebanyakan eksperimen telah menggunakan lebih dari dua keadaan tersebar maka tugasan ini dikira berkait dengan keadaan lain di dalam mana-mana ekperimen tertentu.

Sesetengah pembelajaran telah direka mirip seperti praktis massa di mana ia melibatkan waktu kerja yang lebih panjang berbanding jumlah waktu rehat antara percubaan, ini akan membawa kepada keletihan atau kelesuan di dalam banyak tugasan. Untuk praktis tersebar pula, jumlah rehat di antara percubaan adalah biasanya sama atau lebih daripada jumlah kerja di antara percubaan. Ini akan membawa kepada keadaan yang berperingkat dan lebih bersifat rehat.

Hampir kesemua kajian tentang kesan ke atas sebaran praktis telah dijalankan melalui tugasan berterusan yang mana setiap waktu kerja berterusan selama 20 30 saat. Tugasan yang biasanya digunakan untuk kajian ini adalah pursuit rotor tracking task. Walaubagaimanapun tugasan seperti the bachman ladder dan inverted-alphabet printing juga adalah popular. Hanya sebilangan kecil tugasan yang menggunakan tugasan diskrit.

Anda mungkin juga menyukai