Anda di halaman 1dari 1

Kata alu-aluan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Semua sekolah berasrama penuh mendukung amanah yang amat besar dan penting untuk melahirkan modal insan cemerlang dalam semua aspek iaitu akademik, kokurikulum dan sahsiah. Sebagai pusat kecemerlangan, di sinilah lahirnya bakal pemimpin yang berwibawa , berketerampilan, kreatif, inovatif dan mampu merealisasikan wadah negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Objektif Program Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) yang dijalankan pada setiap tahun adalah untuk member pengiktirafan dan penghargaan kepada para pelajar SBp yang telah mempamirkan kecemerlangan seperti yang diharap-harapkan. Selain itu, HKSBP mampu menjadi kayu ukur yang membolehkan para pelajar bersaingn secara sihat dalam bidang sukan iaitu bola keranjang.

Pengisian pertandingan perbahasan pula, dapat mencungkil bakat pemidato yang pintar dan bijak berhujah dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Sesungguhnya kefasihan berpidato dalam kedua-dua bahasa merupakan pemangkin sebagai seorang pemimpin yang berani berhujah dan berani memberi pendapat berdasarkan fakta-fakta yang relevan dan konkrit, bukan berdasarkan fakta andaian sahaja. Kementerian Pendidikan Malaysia, mengucapkan tahniah kepada Sekolah Berasrama Penuh kerana telah mampu melahirkan ramai cendiakawan dan pemimpin masyarakat yang berilmu dan berwibawa. Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada warga Kolej Tunku Kurshiah kerana dapat menjayakan Program HKSBP bagi kali ke 38 ini dengan meriah dan penuh komitmen.

Saekian. Terima kasih.

Y.A.B. TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN B. MOHD YASSIN.

Anda mungkin juga menyukai