Anda di halaman 1dari 6

p

KERTAS KERJA PROGRAM BIMBINGAN KELOMPOK KEMAHIRAN PENGURUSAN MASA TAHUN 2012
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERI PANDAN 2 JALAN PERWIRA, KUALA LUMPUR 57000 KUALA LUMPUR

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERI PANDAN 2 JALAN PERWIRA, 57000 KUALA LUMPUR

PROGRAM BIMBINGAN KELOMPOK KEMAHIRAN PENGURUSAN MASA TAHUN 2012 PENDAHULUAN Program Bimbingan Kelompok Kemahiran Menguruskan Masa merupakan salah satu usaha yang dilakukan bagi membantu murid-murid Tahun 5 untuk menguruskan masa dengan cara yang betul sebelum melangkah ke Tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR. Tujuan Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk membantu murid-murid yang terpilih ini supaya dapat menguruskan dan menggunakan masa dengan bijak dan berkesan. Oleh itu beberapa aktiviti telah dirancang supaya pelajar boleh melibatkan diri secara aktif selaras dengan teori kemahiran belajar MATLAMAT Program ini bertujuan untuk mendedahkan murid-murid dengan maklumat-maklumat pengendalian masa dengan betul, membuat jadual harian demi memudahkan murid untuk memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR dan seterusnya dalam kehidupan yang mendatang. OBJEKTIF 1. Murid-murid dapat mengendalikan dan membahagikan masa dengan baik dengan tidak membuang masa membuat aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. 2. Murid-murid dapat menggunakan masa yang terluang dengan bijaksana. 3. Melatih pelajar berdikari, yakin diri dan berkemahiran dalam menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR.

SASARAN Murid-murid yang disasarkan bagi program ini adalah 8 hingga 10 orang murid Tahun 5 yang mempunyai keputusan akademik yang baik dan mempunyai potensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. TARIKH Proram ini akan dilaksanakan selama satu sesi ( 3 jam ) pada 13 Februari 2012. TEMPAT Dewan Sekolah Kebangsaan Puteri Pandan 2 AKTIVITI DALAM PROGRAM Aktiviti yang dijalankan adalah seperti pengenalan kepada pengurusan masa, teknikteknik menguruskan masa, aktiviti-aktiviti yang digalakkan untuk dilakukan. Kesemua aktviti yang dijalankan di dalam program adalah menyeluruh dan holistik. Segala penekanan akan dijalankan demi memastikan murid mendapat 1001 manfaat dari program ini.

TENTATIF PROGRAM BIMBINGAN KELOMPOK PENGURUSAN MASA TARIKH 13 Feb 2012 Isnin 9-10-10.00 MASA 9.00-9.10 AKTIVITI Aktiviti 1 - Ice Breaking Aktiviti 2 - pengenalan kepada konsep pengurusan masa. - teknik-teknik, matlamat dan kepentingan menguruskan masa. - rehat Aktiviti 3 - Rancangan Tindakan - Alat Pengurusan Masa Aktiviti 4 - Latihan perancangan masa - Jangka masa panjang - Jangka masa pendek Penutup / Bersurai - Penyelaras program TINDAKAN - Penyelaras program

- Penyelaras program

10.00-1030 10.30-11.15

11.15-12.00

- Penyelaras program

12.00

ANGGARAN PERBELANJAAN BIL 1. 2. 3. PERKARA Edaran Nota Kertas bersaiz A3 Minuman JUMLAH BESAR JUMLAH RM5 RM5 RM15 RM20.00

SUMBER KEWANGAN

PCG Kaunseling PENUTUP Program Bimbingan Kelompok Kemahiran Menguruskan Masa diharap akan dapat berjalan lancar dengan adanya kerjasama dari semua pihak. Diharap dalam program ini, murid-murid akan mendapat manfaat dan mengaplikasikannya sepanjang masa pembelajaran berlaku serta seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR kelak.

Disediakan oleh; (SYAFIQ BIN SULIMAN) Penyelaras Program Sek. Keb. Puteri Pandan 2

Diluluskan oleh: Cik Azira A. Aziz Guru Penolon Kanan HEM Sek. Keb. Puteri Pandan 2

Ulasan Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai