Anda di halaman 1dari 17

*

Atie Waniey Yvonne Izzat Nasrul

KATA GANTI NAMA

Kata ganti nama dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitu:


- ganti nama tunjuk - ganti nama diri

Ganti nama diri tanya terbahagi kepada dua:


- ganti nama diri tanya - ganti nama diri orang

Ganti nama diri orang pula ada tiga, iaitu:


- ganti nama diri orang pertama - ganti nama diri orang kedua - ganti diri nama orang ketiga

KATA KERJA
KATA KERJA TAK TRANSITIF KATA KERJA TRANSITIF

Berpelengkap (menjadi, berbantalkan)

Tak Berpelengkapan (bangun, menangis, tersenyum)

Ayat Aktif (diambil, dilihat)

Ayat Pasif (mengambil, melihat)

y Kata adjektif atau kata sifat ialah perkataan yang

menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif y Kata adjektif boleh dikenalpasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. y Contohnya:

amat, terlalu, sekali, sangat dan benar y Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat sesuatu kata nama atau frasa nama.

y Kata adjektif mempunyai sembilan

subgolongan, iaitu: - kata adjektif sifatan atau keadaan - kata adjektif warna - kata adjektif ukuran - kata adjektif bentuk - kata adjektif waktu - kata adjektif jarak - kata adjektif cara - kata adjektif perasaan - kata adjektif pancaindera

Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama. Contohnya:
i) ii) iii)

Budak baik selalu dipuji. Anak guru itu amat cerdik. Pelatih-pelatih baharu itu cukup sihat.

Kata adjektif warna terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian warna sebagai unsur keterangan. Contohnya:
i) ii) iii)

Kereta putih itu kepunyaan saya. Warna kuning warna diraja. Ana suka berbaju ungu.

KATA ADJEKTIF UKURAN


Kata adjektif ukuran ialah jenis perkataan yang memberi pengertian ukuran sebagai unsur keterangan. keterangan. Contohnya: Contohnya: i) Pokok itu renek kerana kekurangan baja. baja. ii) Pemuda itu tinggi orangnya.

KATA ADJEKTIF BENTUK


Kata adjektif bentuk ialah jenis perkataan yang memberi pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan. Contohnya: i) Gadis itu mudah dicam kerana berdagu lekuk. ii) Perut si Luncai buncit. iii) Meja bulat itu baru dibeli oleh ayah semalam.

Kata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang memberi pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan. Contohnya: i) Usah dikenang waktu yang lampau. ii) Jam dinding itu lambat setengah jam. iii) Adik menggayakan baju baharu.

Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep ruang antara dua benda atau keadaan sebagai penerang kata nama. Contohnya: i) Rumahnya paling hampir dengan sekolah. ii) Dalam kemalangan itu, mereka nyaris maut. iii) Rumah yang ditujui itu sungguh jauh.

KATA ADJEKTIF CARA


Kata adjektif cara ialah jenis perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, sebagai penerang kata nama. Contohnya: i) Kedatangan orang itu ke sini selalu benar. ii) Gerak-gerinya amat perlahan. iii) Air sungai itu mengalir deras.

KATA ADJEKTIF PERASAAN


Kata adjektif perasaan ialah jenis perkataan yang memberi pengertian konsep perasaan, sebagai penerang kata nama dan harus diikuti oleh kata sendi nama. Contohnya: i) ii) iii) iv) Dia amat rindu akan emaknya. Dia malu untuk datang ke rumah saya. Ali masih ragu-ragu terhadap kejujuran Ani. Anak raja itu berahi akan Puteri Bongsu.

KATA ADJEKTIF PANCAINDERA


Kata adjektif pancaindera ialah jenis perkataan yang memberi pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh, atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama. a) Indera rasa: i. Wajah perawan itu manis. ii. Kopi ini pahit rasanya.

b) Indera pandang: i. Pemuda lawa itu berasal dari Perak. ii. Rumah buruk itu masih didiami orang. c) Indera dengar: i. Suara Ziana Zain sungguh nyaring. ii. Bunyi biolanya amat mersik. d) Indera bau: i. Pemuda itu suka memakai minyak wangi. ii. Pakaian yang tidak dicuci baunya hapak.

e) Indera sentuh: i. Baju yang harus diangkatnya masih lembab. ii. Kain halus itu hasil tenunan tangan. f) Gabungan Indera: i. Indera sentuh + pandang + bau; Islam menggalakkan umatnya berpakaian bersih. ii. Indera sentuh + pandang; Rumah kepunyaan Ali itu selesa benar. iii. Indera dengar + pandang; Kehidupan keluarga Ana amat tenteram.

Anda mungkin juga menyukai