Anda di halaman 1dari 2

BAHASA MELAYU - TATABAHASA PENANDA WACANA

Objektif : Murid dapat memperluas pengetahuan tentang penanda wacana dengan membuat latihan yang disediakan dan merujuk nota yang diberikan. Penanda wacana ialah rangkai kata yang digunakan untuk menghubungkan dua ayat atau idea. Hubungan ini terjadi dalam bentuk ayat baru atau perenggan baru. Penanda wacana juga dikenali sebagai perangkai ayat. Pengulangan kata atau rangkai kata utama, terutamanya dalam subjek dan predikat ayat juga berfungsi sebagai penanda wacana. Fungsi 1. Tambahan 2. Urutan 3. Penyataan semula 4. Contoh 5. Rumusan 6. Tempat 7. Waktu 8. Sebab dan kesan 9. Bandingan 10. Pertentangan 11. Pengesahan Contoh dan, serta, lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping itu pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya oleh itu, oleh sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya

Anda mungkin juga menyukai