Anda di halaman 1dari 8

MAJLIS IMBAUAN KENANGAN , JASAMU DIKENANG

PERKARA KETIBAAN YH DATO PENGARAH Mengumumkan ketibaan YH Dato Hj Abdul Aziz B Hj Abdul Latif Pengarah Pelajaran Pahang. DUDUK Bismillahhirrahmanirahim Assalamualaikum w.b.r 1 YH Dato Hj Abdul Aziz B Hj Abdul Latif Pengarah Pelajaran Pahang. Ybhg En Jaafar b Idris Ketua Sektor , Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Pahang Ketua-ketua sektor Pegawai-pegawai Pelajaran daerah Seluruh Pahang Pegawai-pegawai Unit Sukan Jabatan pelajaran Pahang Ketua-ketua unit SPK Daerah Penyelia-penyelia Sukan daerah Atlet-atlet

CATATAN

3 4 5 6 7 8

Alhamdulillah kita panjatkan syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya kita dapat berhimpun di sini di Majlis Imbauan Kenangan Jasamu dikenang khas buat YH Dato Hj Abdul Aziz b Hj.Abdul Latif Pengarah Pelajaran

Pahang. Majlis merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana kesudian YH Dato hadir bersama-sama kita pada hari yang penuh bermakna ini.

2 .BACAAN DOA OLEH TH HJ AHMAD NAZLAN BIN IDRIS

Bagi memulakan majlis saya persilakan Tn Hj Ahmad Nazlan b Idris Ketua Unit SPK PPD Jerantut untuk mengetui bacaan doa - Dipersilakan ----------------DOA-----------------------Majlis merakamkan ucapan terimakasih kepada Tn Hj Ahmad Nazlan b Idris 3.JAMUAN MAKAN Yh Dato , tuan-tuan & puan-puan yang saya hormati. Majlis diteruskan dengan jamuan makan tengah hari. Oleh itu saya persilakan YH Dato , tuan-tuan & puan-puan untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.-------------------makan---------------------------

Yh Dato , tuan-tuan & puan-puan - Sambil menjamu juadah terhidang - Izinkan saya meneruskan acara - Imbauan kenangan Jasamu dikenang - Selingan paparan , Mengungkap rasa

SEBUTIR MUTIARA BERCAHAYA SEORANG KETUA YANG MESRA PADA SAAT BERSAMA ADA PERISTIWA TAK TERKATA

Terimalah paparan cuplikan kenangan bersama YH Dato Pengarah Pelajaran Pahang dari Unit Sukan JPN.

4.UCAPAN ALU-ALUAN EN JAAFAR BIN IDRIS KETUA SEKTOR, SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN JABATAN PELAJARAN PAHANG.

YH Dato tuan-tuan & puan-puan. Izinkan saya meneruskan acara Majlis dengan hormatnya mempersilakan Ybhg En Jaafar b Idris Ketua Sektor , Sektor Pembangunan Kemanusiaan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan --------------UCAPAN----------------Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

5. UCAPAN YH DATO PENGARAH ANAK UDANG DIRAWA-RAWA BUAT PERENCAH SAYUR PERIA DIPERSILAKAN TUAN MENYUSUN BICARA SEBAGAI AZIMAT SEPANJANG MASA Untuk itu Majlis dengan hormat dan penuh takzim mempersilakan Yh Dato Hj Abdul Aziz b Hj Abdul Latif, Pengarah Pelajaran Pahang untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan.

-----------------UCAPAN-------------------------Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yh Dato yang telah menyampaiakan ucapan itu tadi, sesungguhnya pesanan dan nasihat yang telah disampaikan tadi akan terus tersemat dihati kami semua untuk meneruskan perjuangan yang murni ini.

6 . TAYANGAN SLID PENCAPAIAN ATLET

Seterusnya marilah sama-sama kita saksikan tayangan slide Pencapaian Atlet MSS Pahang yang telah mewakili Negara ke Peringkat Antarabangsa pada tahun 2010 ini.

----------------------TAYANGAN SLIDE--------------------------

Demikian tadi secebis paparan kejayaan atlet kita yang telah membawa cabaran Malaysia kepersada antarabangsa. Maka wajarlah anak-anak kita ini diberi penghargaan di atas sumbangan mereka mengharumkan Negeri Pahang yang tercinta ini.

Untuk menyempurnakan Majlis Penyampaian Insentif dan Anugarah Pencapaian Atlet Cemerlang MSS Pahang 2010. Majlis mempersilakan Ybhg En Jaafar b Idris

Ketua Sektor , Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNP menjemput dan mengiringi Yh Dato Hj Abdul Aziz b Hj Abdul Latif Pengarah Pelajaran Pahang ke pentas bagi menyampaikan anugerah , hadiah dan sijil . Dipersilakan

----------------------penyampaian 1 ---- 14 atlet --------------------------------------

Seterusnya adalah penyampaian cenderamata dari unit sukan kepada pegawaipegawai yang telah memberi sumbangan dan bakti kepada unit ini tetapi di atas keperluan perkhidmatan , mereka tidak lagi bersama-sama dengan unit sukan samada di JPN mahupun di PPD

Dipersilakan --------------- 1 hingga 7 -----------------

Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka kerana komitmen yang dicurahkan demi kejayaan dan kemajuan sukan JPN.

7. CENDERAMATA UNTUK YH DATO PENGARAH Akhirnya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kamimyang berkhidmat di bawah naungan dan tunjuk ajar Yh dato , tiada yang dapat kami ungkapkan dengan kata-kata hanya pemberian ikhlas dari kami sebagai tanda hormat dan terima kasih untuk YH Dato.

Terimalah cenderamata dari kami Pertama Dipersilakan En Husaini n Abdul Aziz mewakili semua Pengerusi Teknik Permainan JPN Pahang. 2. Dipersilakan En Mohd Othman b Sairi mewakili semua Penyelia Sukan PPD Seluruh Pahang. 3. Dipersilakan En Shahrom b Osman mewakili semua Ketua Unit SPK PPD seluruh Pahang 4. Dipersilakan En Jalaluddin b Ismail mewakili Unit Sukan JPN Pahang.

Anda mungkin juga menyukai