Anda di halaman 1dari 3

PENDIDIKAN KESIHATAN

TINGKATAN TUNJANG PEMBELAJARAN TAJUK

:5 : 3 ( KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN ) : KESELAMATAN

OBJEKTIF : Di sepanjang proses pembelajaran pelajar dapat, Kognitif : 1) Menyenaraikan 3 daripada 5 peranan diri dalam menentukan hak sebagai pengguna. 2) Menyebut secara lisan peranan akta peranan perlindungan pengguna.

Psikomotor : 1) Melakonkan gaya seorang pengguna yang bijak dalam memilih barangan keperluan harian. 2) Membincang dan membentangkan hasil kerja kumpulan tentang peranan diri sebagai pengguna.

Afektif

: 1) Menghormati dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah tugasan. 2) Menunjukkan rasa minat dan seronok semasa melakukan aktiviti kumpulan.

Pendahuluan :
1. Menunjukkan beberapa poster mengenai senarai harga sebenar beberapa barangan keperluan harian seperti makanan, alat tulis, pakaian

dan juga alat sukan dan juga menerangkan mengenai hak sebagai pengguna.

Langkah 1 :
1. Pelajar mengenalpasti definisi kepenggunaan.

Kepenggunaan bermaksud usaha yang bersistem yang melibatkan orang ramai dan agensi-agensi kerajaan untuk memperbaik dan melindungi hak-hak pengguna.

Langkah 2 :
1. Pelajar mengenalpasti peranan akta perlindungan pengguna yang diperkenalkan.

Menentukan supaya semua barang dan perkhidmatan yang ditawarkan atau dibekalkan kepada pengguna bagi maksud diri, rumahtangga atau isi rumah adalah saksama, tidak mengelirukan dan representasi palsu serta selamat digunakan.

Langkah 3 :
1. Menyelesaikan soalan-soalan yang diberikan semasa akhir pembelajaran dan menjawab soalan yang ditanya secara lisan.

2. Murid melakonkan situasi yang diberikan dan membentangkan hasil kerja kumpulan..

Anda mungkin juga menyukai