Anda di halaman 1dari 2

PASANGAN ILMU dari siri Tanyalah Ustaz Hebatnya Seseorang Kerana Ilmunya, hebatnya ilmu kerana amalnya, hebatnya

amal kerana syumulnya - al-fakir Ila Rabbihi Penulis Hari ini, 12 Disember 09 merupakan hari kedua saya memenuhi program Tanyalah Ustaz di TV9. Memang sejak balik dari Mekah, saya ada sedikit selsema, tetapi hari ini adalah hari yang agak kuat selsema ini. Tapi, dengan kasih sayang Allah, Alhamdulillah, program dapat disempurnakan dengan baik. Kesempatan ini, saya ingin berkongsi isi penting di dalam program Tanyalah Ustaz kali ini. Tajuk kali ini ialah Ilmu Yang Tidak Boleh Dipisahkan Pengajarannya. Tetapi, jika tajuk ini ingin dituliskan di kaca television, maka sudah tentu ia panjang. Maka, tajuk ini diringkaskan kepada Pasangan Ilmu. Ada 15 pasangan ilmu yang terpenting sekali. 1. Pengajian mengenai ilmu tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai amalan. 2. Pengajian mengenai amalan tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai ikhlas 3. Pengajian mengenai ikhlas tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai hak. 4. Pengajian mengenai hak tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai ihsan. 5. Pengajian mengenai ihsan tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai kemanusiaan. 6. Pengajian mengenai kemanusiaan tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai Amar Maaruf Nahi Mungkar. 7. Pengajian mengenai amar maaruf nahi mungkar tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai hikmah di dalam menegur. 8. Pengajian mengenai hikmah dalam menegur tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai sangka baik. 9. Pengajian mengenai sangka baik tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai memahami tipu daya manusia.

10. Pengajian mengenai memahami tipu daya manusia tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai doa dan tawakkal 11. Pengajian mengenai doa dan tawakkal tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai usaha. 12. Pengajian mengenai usaha tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai sunnatullah. 13. Pengajian mengenai sunnatullah tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai memahami dunia. 14. Pengajian mengenai memahami dunia tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai memahami akhirat. 15. Pengajian mengenai akhirat tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai keimanan. Inilah pengajian yang tidak boleh dipisahkan. Apakah kesimpulannya?. Walau apapun yang kita lalui, akhirnya, hidup ini membawa kita kepada beriman. Dengan kekuatan keimananlah, kita akan sentiasa dibantu di dalam mengharungi hidup di dunia ini, lebih-lebih lagi, di akhirat nanti. Ilmu Pelita Hati Al-fakir Ila Rabbihi Muhamad bin Abdullah

Anda mungkin juga menyukai