Anda di halaman 1dari 17

EDU 3104

HUBUNGAN GURU DENGAN MURID

DISEDIAKAN OLEH: ASFIZIANA BT MOHD SALLEH NAJIHAH AINI BT PUTEK

HUBUNGAN GURU DENGAN MURID


1. Faktor-faktor mempengaruhi hubungan guru dengan murid. 2. Kepentingan membina hubungan guru dengan murid. 3. Implikasi daripada hubungan guru dengan murid yang positif.

HUBUNGAN GURU MURID


Merupakan aspek yang sangat penting kepada murid-murid demi mewujudkan pembelajaran yang kondusif. Seorang guru dan murid yang mempunyai kualiti komunikasi yang baik, saling menghormati dalam bilik darjah akan dapat membentuk perhubungan dalam bilik darjah yang positif

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HUBUNGAN GURU DENGAN MURID

a) Penampilan dan bahasa badan


penampilan dan gerak badan guru menyampaikan mesej kepada pelajar tentang perwatakan seorang guru. b) Tingkah laku guru Melambangkan keperibadian diri. Bersopan, berhemah dan tegas, berempati dan menggunakan bahasa yang sesuai akan menghubungkan guru dan murid.

c) Menunjukkan contoh dan teladan yang baik menunjukkan minat, kelihatan ceria dan tenang dan komunikasi yang berkesan. Amalan seperti bertegur sapa, ingat nama murid, guna bahasa yang sesuai dan modelkan ucapan-ucapan yang baik.

d) Persekitaran pembelajaran di bilik darjah Ciri-ciri bilik darjah yang kondusif ialah ceria, bersih, menarik perhatian murid untuk belajar, dan lengkap dengan bahan bantu mengajar. e) Penerimaan tanpa syarat Sikap menerima dengan mesra serta menghormati guru dan murid sebagai sebuah kelompok.

f) Empati Keupayaan guru untuk memahami perasaan muridnya seolah-olah guru berada dalam situasi itu. g) Ketulenan dan kongruen Bermaksud sebenar, jujur dan tidak bermaksud jahat dalam hubungan interpersonal. Guru perlu menjadi dirinya yang sebenar dan tidak berpura-pura.

h) Kehadiran guru guru perlu menghadirkan diri semasa p&p di dalam atau luar bilik darjah. Menggambarkan sikap tidak prihatin serta tidak mengambil berat tentang para pelajar. i) Kesegeraan guru Melibatkan tingkah laku lisan dan bukan lisan yang mampu mempamerkan kesediaan guru untuk mendekati dan didekati.

KEPENTINGAN MEMBINA HUBUNGAN GURU-MURID

KEPENTINGAN MEMBINA HUBUNGAN GURU-MURID


KESAN KEPADA GURU
Menaikkan motivasi guru. Dapat mengawal murid dengan lebih baik. Meningkatkan kerjasama dengan murid. Imej guru lebih baik. p&p berjalan dengan lebih lancar.

KESAN KEPADA MURID


Minat murid untuk belajar meningkat. Murid lebih senang bekerjasama dengan guru. Pencapaian akademik murid meningkat. Murid lebih bermotivasi untuk belajar.

IMPLIKASI DARIPADA HUBUNGAN GURU-MURID YANG POSITIF

a) Hubungan guru-murid yang positif membuatkan pelajar rasa gembira untuk belajar. b) Perhubungan bersemuka membolehkan guru melayan keperluan individu melalui interaksi interpersonal dan membina hubungan yang rapport dengan murid.

c) Meningkatkan motivasi dan memudahkan murid untuk mengarahkan proses pembelajaran kendiri. d) Komunikasi yang baik antara guru dengan murid membolehkan murid membina hubungan yang baik ketika bersama dengan orang lain dalam masyarakat.

e) Hubungan guru-murid adalah medium yang baik kepada guru untuk menyampaikan ilmu dan kepada murid yang menimba ilmu. f) Merangsang minat murid untuk belajar dan membuat murid ingin hadir dan mengikuti pelajaran di sekolah. g) Kadar pelanggaran disiplin di sekolah dapat dikurangkan. h) Meningkatkan harga diri murid dan memantapkan keyakinan.

RUMUSAN
Kesimpulannya hubungan yang baik dan positif di antara guru dengan murid perlu dibina dan dijadikan sebagai salah satu daripada etos sekolah. Hal ini kerana hubungan yang baik secara tidak langsung akan melahirkan pelajar yang cemerlang dari pelbagai aspek terutamanya dari segi akademik dan pembentukan sahsiah.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai