Anda di halaman 1dari 10

Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan - Tujuan & Kepentingan Psk -

Pembentangan oleh:Nurul Sakina Binti Sahid Siti Hajar Nabila Binti Shukri

Pengenalan

Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Manakala kewarganegaraan merujuk kepada hubungan individu dengan negaranya. Guru membantu murid menguasai pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Berdasarkan keadaan semasa yang melanda golongan remaja, kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi tumpuan utama pada isu perpaduan, patriotisme dan pemahaman kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia

Tujuan
PSK bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara Untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu,patriotik dan boleh menyumbang kearah kesejahteraan masyarakat,negara dan dunia Supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab

Kepentingan pendidikan sivik dan kewarganegaraan


KEMAHIRAN

PENGETAHUAN

NILAI

kepentingan mata pelajaran PSK

1-Pengetahuan :
Dapat mengenal pasti tingkah laku yang boleh menyumbang terhadap pembangunan watak yang mulia. Dapat menerangkan peranan dan tanggungjawab ke arah pembinaan keluarga yang bahagia. Dapat menjelaskan kepentingan hidup bersama secara harmoni. Dapat memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia. Dapat menerangkan sistem kerajaan Malaysia dan sumbangan pemimpin negara. Dapat mengenal pasti cabaran dan ancaman dalam masyarakat.

2-Kemahiran
Dapat menguruskan diri dengan baik dan bertanggungjawab. Dapat mengamalkan kesederhanaan dalam tingkah laku. Berinteraksi secara sopan dengan anggota keluarga, rakan dan masyarakat. Dapat menangani konflik diri, keluarga dan rakan. Dapat belajar hidup bersama untuk kesejahteraan diri dan masyarakat. Dapat menyertai aktiviti masyarakat untuk kebaikan bersama. Dapat membuat keputusan yang bijak dengan mengambil kira kepentingan diri dan orang lain.

3- Nilai
Meningkatkan keyakinan terhadap kebolehan diri. Dapat menghargai sumbangan ibu bapa dan anggota keluarga. Dapat melatih diri menghormati kaum dan budaya lain. Memupuk semangat sayang akan alam sekitar Menunjukkan semangat kekitaan. Melahirkan rasa hormat kepada pemimpin dan menghargai jasa mereka. Dapat menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara.

Rujukan
Roshayati Binti Hassan. (2008). Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Ee Ah Meng. (1996). Pendidikan Di Malaysia 1: Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah, Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Nik Azis Nik Pa & Noraini Idris. (2008). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan Di Malaysia Pejuangan 50 Tahun Merdeka. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd http://www.scribd.com/doc/41627033/1-2-Huraian-Matlamat-PSKEdit http://akses.skseriampang.net/SP/08_Pendidikan_Sivik_Kewargane garaan/sp_psk_kbsr.pdf

Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai