Anda di halaman 1dari 3

11 Jenis Manusia Di Doa Malaikat PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman .

Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk man usia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis man usia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah: 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersa man ya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci. 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia. 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan. 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf. 5. Kalangan malaikat mengucapkan amin ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Jika seorang imam membaca(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu aamiin kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu. 6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di man a ia melakukan solat. 7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: Bagai man a kalian meninggalkan hamba-Ku? Mereka menjawab: Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat. 8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan. 9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Tidak satu hari pun di man a pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak 10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur. 11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.

10 sebab doa ditolak Wahai Ibrahim Ibn Adham,kami telah berdoa kepada Allah..tetapi masih tidak diperkenankan-Nya.Beritahu kami apakah sebabnya?.Ibrahim menjawab: terhijabnya doa disebabkan 10 perkara.. 1. Kamu mengenal Allah tapi tidak mentaatiNYa 2. Kamu mengenali Rasulullah tetapi tidak mengikutiNYA 3. Kamu mengetahui Al-Quran tetapi tidak mengamalkannya 4. Kamu memakan kurniaanNYA tetapi tidak pernah mensyukuri 5. Kamu tahu syurga tetapi tidak mencarinya 6. Kamu tahu neraka namun tidak menghindarinya iaitu dengan meninggalkan maksiat dan dosa 7. Kamu mengenali syaitan namun tidak berusaha memeranginya bahkan menyambut ajakannya 8. Kamu tahu saat kematian semakin hampir namun tidak bersiap menghadapinya 9. Kamu pernah menguburkan mayat namun tidak mahu mengambil pengajaran daripadanya 10.Kamu bangun tidur lalu suka membetulkan kekurangan dan kesilapan orang lain tetapi tidak pernah membetulkan kesilapan diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai