Anda di halaman 1dari 10

1.

Kanak-kanak cuba untuk melakukan aktiviti fizikal sendirian secara bebas tanpa bantuan orang lain iaitu dia ingin mempunyai autonomi ke atas perlakuannya. 2. Ia satu permulaan kepada pembentukan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut.

3. Kanak-kanak akan terdedah kepada persekitaran, mereka akan meneroka persekitaran, mencuba kemahiran baru, mula berinteraksi, mengambil banyak inisiatif atau daya usaha untuk melakukan sesuatu bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka, mereka lebih cenderung untuk bertanya dan meminta penjelasan tentang sesuatu peristiwa dan situasi yang mereka lalui.

4. Ibu bapa perlu memberi peluang yang bersesuaian dengan kanak-kanak kerana sokongan dan peluang yang di berikan oleh orang yang lebih dewasa akan menggalakkan inisiatif atau daya usaha dalam diri kanak-kanak tersebut dan hasil kerja kanak-kanak tersebut perlu dihargai oleh ibubapa atau penjaga.

5. Pemikiran mereka mula mencapai operasi konkrit dan mereka berupaya membuat tranformasi dan pertalian antara dua situasi yang berkaitan dan mula berfikir dengan logik.

Emosi bayi,

dilahirkan melalui gerak badan

reaksi kepada rangsangan.

3 BULAN

emosi suka dan duka lebih jelas kelihatan

12 BULAN

emosi suka mengambil bentuk gembira

18 BULAN

rasa cemburunya mulai kelihatan.

Bayi bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk hidup. Bayi bukan sahaja bergantung kepada orang yang menjaganya untuk keperluan fisiologi seperti makan, rehat, keselesaan dan kemesraan, tetapi ia juga bergantung kepadanya sentuhan-sentuhan, pujukan dan interaksi manusia.

Kualiti kemanusiaan yang ditunjukkan sebagai kasih dan sayang untuk memberikan bayi perasaan selamat dan tenteram

Bayi juga akan mula belajar membezakan ahli keluarga dengan orang lain. Mereka juga mula menunjukkan reaksi marah apabila kehendak mereka dibantah. Bayi akan belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain,Mereka juga berasa takut apabila mendengar bunyi di luar kebiasaan pada tahap ini.

1. Menurut Sigmund Freud (1856-1939), peringkat akhir kanak-kanak ini lebih dikenali sebagai latency iaitu pendaman. Mereka lebih gemar memendamkan sesuatu perkara berbanding berkongsi dengan orang ramai.

2. Kanak-kanak telah mula cuba mengambil tahu tentang rakan sebaya mereka dan mereka akan lebih gemar bergaul semasa rakan sebaya bagi mengenali hati budi dan perasaan orang lain.

3. Mereka mula menyayangi rakan sebaya mereka, guru-guru mereka, dan sesiapa sahaja yang rapat dengan mereka seperti adik-beradik mereka. Hubungan mereka dengan masyarakat juga bertambah akrab dengan lahirnya perasaan kasih sayang ini.

4. Mereka mula menjauhkan diri daripada anggota keluarga mereka sendiri dan mengalirkan perasaan sentiment kepada orang lain. Mereka akan berkongsi segala masalah kepada rakan sebaya mereka terlebih dahulu sebelum anggota keluarga mereka. Mereka hanya menganggap bahawa rakan sebaya mampu mendampingi dan membantu mereka sepanjang perkenalan mereka.

1. Kanak kanak yang meningkat dewasa mengalami pergolakan emosi dalam diri mereka. Pada peringkat umur ini emosi mereka cepat berubah

2. Mereka juga bimbang terhadap perubahan diri mereka

3. Mereka sudah mula mempunyai tarikan terhadap jantina lain iaitu

lelaki tertarik kepada perempuan dan sebaliknya

Anda mungkin juga menyukai