Anda di halaman 1dari 3

NOTA Bahasa Malaysia Pengetahuan Asas Bahasa Malaysia A. Memperkenalkan Jenis Kata 1.

Kata nama Am dan Kata Nama Khas 2. Kata ganti nama Diri 3. kata Adjektif 4. Kata Hubung 5. Kata Kerja 6. Kata Seru 7. Kata Ganda 8. Penjodoh Bilangan 9. Cajap Ajuk Cakap Pindah 10. Ayat Aktif dan Ayat Pasif 11. Ayat Majmuk dan Ayat Tunggal 12. Simpulan Bahasa 13. Imbuhan Awalan 14. Imbuhan Akhiran 15. Imbuhan Apitan 16. Imbuhan Pinjaman 17. Sinonim 18. Antonim 19. Tanda Baca 20. Perumpamaan Kata nama Am dan Kata nama Khas Memperkenalkan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas. Contohnya: Kata nama Am sekolah, rumah, jalan, kedai dan sebagainya. Kata Nama Am tidak ditulis dengan huruf besar. Kata nama Khas - Sekolah Kebangsaan Pulai Condong, Kereta Proton Wira, Jalan Damai. Kata nama Khas ditulis dengan huruf besar. Mengenalpasti agar murid-murid dapat membezakan antara Kata Nama Am dengan Kata nama Khas. Memberi soalan untuk mengetahui sama ada murid memahami antara Kata nama Am dan Kata Nama Khas.

1.

Jenis-jenis Soalan: a. Menggariskan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas Rumah itu masih elok kerana baru dibina.

b.

Kereta Proton Saga itu sedang menuju ke jalan raya.

Soalan Objektif Pilih Kata Nama Khas Abang saya masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9. A bersekolah C Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 B Abang D saya

2.

Kata Ganti Nama Diri Jenis Kata Ganti Nama Diri a. b. c. Kata ganti Nama Diri Pertama Contoh: aku, saya, beta, patik, hamba, kami, kita Kata ganti Diri Kedua - awak, engkau, anda, tuanku, kamu kata ganti Diri Ketiga - dia, beliau, baginda, mereka Mengenalpasti agar murid-murid dapat memahami Kata Ganti Nama Memberi soalan untuk mengetahui sama ada murid memahami Kata Ganti Nama

Jenis-jenis Soalan: a. Menggariskan Kata Ganti Nama b. Saya akan mula bersekolah esok. Ke manakah kita akan pergi pada musim cuti sekolah nanti?

Soalan Objektif Pilih Kata Ganti Diri yang Betul Mengapakah ___________ tidak datang ke sekolah semalam? A engkau C tuanku B kamu D beta

3.

Kata Adjektif Dikenali juga sebagai kata yang menunjukkan sifat sama ada benda atau manusia. Contohnya: panjang, pendek, bulat, tirus, besar, kecil, tipis, hijau, kuning, berani, penakut, kacak, hodoh, jernih, kotor, bersih, mahal, murah dan sebagainya. Mengenalpasti agar murid-murid dapat mengenali Kata Adjektif Memberi soalan untuk mengetahui sama ada murid memahami Kata Adjektif

Jenis-jenis Soalan: a. Menggariskan Adjektif b. Rumah itu sangat besar.. Jalan yang sempit itu sukar dilalui.

Soalan Objektif Pilih Kata Adjektif Siapakah nama gadis yang cantik itu? A nama C cantik B siapakah D yang Pilih Kata Adjektif yang Betul I II III IV A Orang tua itu sudah terlampau nyanyuk Saya tidak suka akan dia kerana dia terlalu bongkak Oleh sebab bongkak, orang tua berjalan menggunakan tongkat Padi yang ditanaknya itu sudah hangit I, II B I, II, III C II, III, IV D I, II, IV

Jawapan: D

Anda mungkin juga menyukai