Anda di halaman 1dari 28

KANDUNGAN

1.0 Penghargaan 2.0 Huraian Sukatan Pelajaran 3.0 Analisis Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan Objektif Organisasi kandungan

4.0 Rancangan Pelajaran Tahunan 5.0 Rancangan Pelajaran Harian (1 Minggu) Refleksi Rancangan Pelajaran Harian

6.0 Refleksi Keseluruhan 7.0 Bibliografi 8.0 Lampiran

Analisis Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Ianya membawa maksud bahawa semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK. Oleh yang demikian, setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Elemen utama dalam FTK ini ialah untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang sering disebut sebagai JERI. Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan. "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Seperti yang diperkatakan tadi, FPK merupakan panduan kepada semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan citacita negara. Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk

membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

Analisis Objektif Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Berikut merupakan objektif yang terkandung dalam Kandungan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Objektif ini mensasarkan bahawa pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu KBSR, murid-murid anda sepatutnya dapat: 1) Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi forma. 2) Bertutur dan menyebut perkataan secara petah serta berintonasi dalam pelbagai situasi. 3) Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara. 4) Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai serta berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis. 5) Memupuk minat membaca satu amalan kea rah membina budaya pembelajaran berterusan. 6) Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis. 7) Mengenali dan menghasilkan pelbagai penulisan jenis kreatif dan berunsur pengetahuan, menggunakan kemahiran menulis yang sesuai dan betul; 8) menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis; 9) Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan 10) Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan negara.

Daripada objektif-objektif yang telah dinyatakan tadi, jelaslah bahawa Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah digubal adalah untuk menyediakan murid-murid untuk menghadapi cabaran pendidikan abad 21 yang memberi tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis.. Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan Kemahiran Bahasa berteraskan Bahasa Melayu Baku. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan jelas menyenaraikan matlamat dan objektif mata pelajaran Bahasa Melayu. Matlamat yang hendak dicapai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan murid yang berketrampilan, berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.

Analisis Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Malayu Sekolah Rendah.

Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah mempunyai beberapa bahagian, iaitu Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. (a) Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Kemahiran Mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memberikan maklum balas dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan. Kemahiran Bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan pendapat, perasaan, maklumat serta idea yang bernas dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Lazimnya Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur dijalankan serentak dan dikenali sebagai Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Hal ini disebabkan, dalam Kemahiran Mendengar akan melibatkan pertuturan. Kemahiran Membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca ayat dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Manakala, Kemahiran Menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan cantik. Murid juga digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka bagi menghasilkan penulisan bahan berunsurkan pengetahuan dan penulisan imaginatif.

(b) Hasil Pembelajaran Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dicapai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran bahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, hasil pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai hasil pembelajaran. Selain itu, hasil pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid. (c) Sistem Bahasa Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, kosa kata, peribahasa, ejaan, dan sebutan dan intonasi. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat mata-mata pelajaran di peringkat rendah. (d) Pengisian Kurikulum Pengisian kurikulum terdiri dar ipada elemen yang mencantumkan teras utama dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan perkembangan terkini dalam pendidikan, iaitu ilmu, nilai murni, kew arganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, nilai murni, serta patriotisme dan kewarganegaraan diberikan penekanan selaras dengan matlamat negara untuk membangunkan masyarakat madani

Sistem bahasa Sistem bahasa merujuk Bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.

SISTEM BAHASA
Sistem Ejaan -Pola Keselarasan Vokal -Ejaan kata pinjaman -Ejaan kata dasar dan kata pinjaman

Kosa Kata -Umum -Istilah

Sebutan -Bahasa Melayu Baku

Tatabahasa

Peribahasa -Bahasa Kiasan

-Morfologi
-Sintaksis

-Simpulan Bahasa
-Perumpamaan -Pepatah -PERBILANGAN

Konsep Hasil Pembelajaran

Membantu guru membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid Ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Melayu

Dapat dicapai dengan mengabungjalinkan Kemahiran Bahasa, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum Membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran Petunjuk tentang kemahiran yang perlu dikuasai murid

Konsep 5P

a) PENGGABUNGJALINAN Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran- kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa, atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

b) PENYERAPAN Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti Sains, Matematik, Sejarah, dan lain-lain.

c) PENGAYAAN Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid ini hendaklah diberikan bahan-bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan,

dan bahan-bahan aktivit boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang telah ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

d) PEMULIHAN Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahirankemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang telah ditetapkan lebih sukar. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Perlaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

e) PENILAIAN Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.

Sebab kenapa FPK didokumentasikan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ataupun dikenali dengan nama singkatannya FPK merupukan falsafah yang digunapakai dalam bidang pendidikan di Negara kita. Antara sebab utama ianya didokumentasikan adalah kerana ianya ianya digambarkan sebagai medium penghasilan produk (anak-anak murid) yang menepati citarasa masyarakat dan hasrat negara. FPK menjadi rujukan para guru dalam meralisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara yang rancak membangun. Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan.

Selain itu, FPK didokumentasikan kerana ianya menujukkan landasan pendidikan tidak berubah-rubah dan tidak berlainan. Sebagai contoh, FPK menggariskan kesemua pemikiran dan prinsip berkaitan bidang pendidikan di Malaysia. Panduan peraturan ini menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalanamalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal (tidak bersifat nisbi atau berubah-ubah), jelas dan logik. Gabungan kesemua item tersebut berkemampuan menghasilkan masyarakat yang dihasratkan oleh negara Malaysia.

Selain itu juga, FPK didokumtasikan kerana ianya dapat menekankan perubahan sikap pendidik dan profesional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Dengan adanya FPK, ia dapat menekankan perubahan sikap pendidik dan professional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima audiens (para pelajar).

Selain itu juga, FPK didokumentasikan kerana ianya menyumbang implikasi kepada institusi pendidikan. Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu, perubahan aktiviti budaya sekolah yang lebih kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif demi pelahiran pelajar yang cintakan ilmu, lantas membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka.

Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang menjadi hasrat negara. Ia sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan Huraian Sukatan Pelajaran khasnya dalam beberapa aspek. Dengan beberapa sebab yang dinyatakan diatas, maka terbuktilah bahawa FPK memang patut didokumentasikan. Ini kerana FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah ini amat penting dalam penghasilan individu yang dihasratkan negara Malaysia.

Perbandingan p&p pelajar yang mengikuti KBSR dan KSSR

KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri manakala KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) berbeza dengan KBSR dimana kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) . Daripada ayat diatas, kita boleh lihat secara kasar perbezaan diantara keduadua kurikulum tersebut. Masing-masing mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Namun jelas kelihatan bahawa KSSR lebih menumpukan pelbagai aspek berbanding KBSR. Berdasarkan pemerhatian saya dan soal jawab bersama guru-guru di sekolah yang saya lakukan PBS (pengalaman berasaskan sekolah), guru-guru amat menyokong penuh KSSR. Ini kerana guru berangapan bahawa murid-murid akan lebih berketampilan serta punyai nilai-nilai murni. Ini kerana KSSR menekankan enam tunjang utama dan salah satu daripada tunjang tersebut ialah ketrampilan diri dan kerohanian, sikap dan nilai kemanusian. Selain itu juga, KSSR turut menekankan sains dan teknologi didalam kurikulum yang telah direka bentuk. Dengan ini murid-murid lebih mengenali dunia teknologi. Cara ini boleh dilaksanakan dengan cara guru-guru menggunakan ICT sebagai media pengajaran semasa pembelajaran dilakukan. Senario ini merupakan pendekatan awal yang baik kerana ianya melatih murid tahu lebih awal akan kewujudan teknologi dan kepentingannya. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pada pendapat saya, ianya merupakan satu situasi yang bagus kerana pada masa kini orang yang tidak ketahui apa-apa mengenai dunia ICT ialah orang yang ketingalan didalam arus pemodenan.

Bahan kurikulum yang digunakan dalam melaksanakan KSSR sama sekali berlainan dengan KBSR, ianya ditukar dan terbahagi kepada tiga iaitu dokumen standard, modul pengajaran dan modul pembelajaran. Melalui cara ini, guru-guru lebih mudah untuk menyampaikan pengajaran dan adanya pengukuhan terhadap pemahaman murid terhadap sesuatu isi pembelajaran.Penggunaan modul-modul dalam KSSR ini dapat meningkatkan penguasaan murid dalam fokus 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kesimpulannya, kurikulum KBSR dan KSSR ialah rancangan yang dilakukan dengan terancang dalam pengajaran dan pembelajaran. Asasnya, kurikulum KBSR dan KSSR dibina dan digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Guru memainkan peranan yang penting di dalam bilik darjah dan sebagai pembimbing, guru menjadikan kurikulum sebagai panduan bagi merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mengikut mata pelajaran yang diajar. Kandungan kurikulum membantu guru dalam membina perancangan pengajaran dan menyusun aktiviti pelajar supaya matlamat dan objektif pengajaran dapat dicapai. Berteraskan FPK, konsep kurikulum yang dibina tidak hanya menfokus kepada akademik semata-mata tetapi juga kepada kerohanian dan kemahiran serta perkembangan pelajar dalam membentuk insan yang berketrampilan. Kurikulum yang terbaru digubal dengan penambahbaikan dan elemen-elemen baru serta memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran supaya aktivit P&P didalam bilik darjah menjadi lebih berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai disamping menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran persepadu dan bertema, Kurikulum sekolah adalah bidang yang sentiasa berkembang sesuai dengan keperluan dan tuntutan semasa. Keseluruhannya, ini bagi memastikan para pelajar di sekolah dapat diberikan pengalaman sewajarnya bagi keperluan masa hadapan mereka yang semakin mencabar

.RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Mata Pelajaran Tahun Bilangan Murid Tema Tajuk Tarikh Masa

:Bahasa Melayu :5 Mutiara : 28 orang : Patriotisme : Setia Kepada Negara : 3 September 2012 : 60 minit (0810-0910)

Objektif

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: I. Murid boleh menyampaikan maklumat kepada pihak lain dengan intonasi dan sebutan yang betul . II. Membuat andaian tentang sesuatu perkara yang tersirat berdasarkan maklumat yang tersirat. III. Murid dapat memahami maksud sebenar pidato

Fokus utama

: 3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang. Aras 1(i) Mengemukakan hujah yang bernas tentang sesuatu topik dengan intonasi dan sebutan yang terkini.

Fokus sampingan

: 9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca. Aras 1 (i) Membuat catat ringkas daripada maklumat yang diperoleh.

Kemahiran Bahasa : Mendengar, membaca dan menulis Ilmu Nilai KBT : Kajian Tempatan, Sivik : Berani, bertanggungjawab, yakin dan bersungguh-sungguh : a) Kemahiran berfikir Menganalisis, mencirikan, membuat kesimpulan b) Pembelajaran Kontekstual Membuat keputusan Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar tahu akan maksud Patriotik Bahan Bantu Mengajar : Multimedia Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Set induksi (5 minit) Memperkenalkan tajuk Setia Kepada Negara Guru bertanyakan murid beberapa soalan seperti: 1. Apakah yang anda faham mengenai setia kepada negara? 2. Bagaimana cara menunjukkan keetiaan kepada negara? Murid menjawab pertanyaan guru berdasarkan pengalamaan yang dilalui. KBKK : Menjana idea. Nilai : Berani, yakin, bersungguhsungguh. Catatan

Langkah 1 Menunjukkan contoh (15 minit) pidato kemerdekaan menggunakan multimedia.

Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan besar.

.BCB

Mendengar arahan dengan aktif

Murid-murid diminta Mencatat isi-sisi penting serta cara berpidato termasuklah gerakgeri badan Murid-murid diminta menulis apa yang meraka dapati selepas video tamat ditayangkan memperhatikan video yang ditanyangkan secara berkumpulan. BBM : Multimedia Nilai: kerjasama, patuh dan disiplin

Langkah 2 (20 minit)

Pembentangan hasil dalam kumpulan

Guru memanggil murid untuk membacakan hasil yang diperolehi oleh setiap

Nilai : Memberi perhatian, yakin, patuh, bertanggungjawab.

Menyalin semula isiisi penting ke dalam buku latihan

kumpulan.

Guru menyalin isi-isi penting yang dibaca murid pada papan tulis.

Guru meminta menyalin isiisi penting ke dalam buku latihan.

Langkah 3 Menghuraikan isi-isi (15 minit) penting. Contoh : Isi Bersatu padu Huraian Kita hendaklah bersatu padu untuk memajukan negara.

Murid diminta memilih mana-mana isi penting. Murid diminta mereka atau membina ayat yang sesuai dengan isi tersebut.

KBBK : Membuat keputusan, menjana idea.

Nilai : Guru meminta murid menulis isi-isi penting tersebut di dalam buku latihan. Patuh, bertanggungjawab.

Murid diwajibkan menulis sekurang-kurangnya satu daripada isi-isi penting yang diberikan.

Penutup (5 minit)

Merumuskan tajuk Setia kepada negara. Guru mengingatkan murid agar sentiasa berbangga menjadi rakyat Malaysia dan Menyatakan kepentingan setia kepada negara. sentiasa berusaha untuk membangunkannya pada masa hadapan. KBBK : Menjana idea. Nilai : Gembira, berani.

Mengingatkan murid tentang pentingnya semangat setia kepada negara

Refleksi. Sebelum P&P RPH sedaya upaya dirancang dengan teliti agar dapat memenuhi keperluan murid-murid. Dianggarkan sebanyak 80 % murid dapat mencapai objektif yang telah disasarkan. Diharapkan agar murid dapat memberikan sepenuh kerjasama dan melibatkan diri secara aktif dalam sesi P&P.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Mata Pelajaran Tahun Bilangan Murid Tema Tajuk Tarikh Masa

:Bahasa Melayu :5 Mutiara : 28 orang : Patriotisme : Setia Kepada Negara : 4 September 2012 : 90 minit (0740-0910)

Objektif

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: IV. Murid boleh menyampaikan maklumat kepada pihak lain dengan intonasi dan sebutan yang betul . V. VI. Membaca dan mengenal pasti pelbagai genre penulisan. Dapat mencari imbuhan apitan ke...an yag terdapat dalam teks.

Fokus utama

: 3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang. Aras 1(i) Mengemukakan hujah yang bernas tentang sesuatu topik dengan intonasi dan sebutan yang terkini.

Fokus sampingan

: 7.3 Membaca dan mengenal pasti pelbgai genre penulisan. Aras 1(i) Memilih bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai untuk dibaca. 9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.

Aras 1 (i) Membuat catat ringkas daripada maklumat yang diperoleh

Kemahiran Bahasa : Mendengar, membaca dan menulis Ilmu Nilai KBT : Kajian Tempatan, Sivik : Kerjasama, memberikan perhatian,menurut perintah,patuh. : a) Kemahiran berfikir Menganalisis, mencirikan, membuat kesimpulan b) Pembelajaran pelbagai kemahiran intrapersonal dan interpersonal Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar tahu akan Pidato berdasarkan pembelajaran yang lepas Bahan Bantu Mengajar : Buku Teks, lembaran kerja Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Set induksi (10 minit) Menanyakan kembali pembelajaran lepas Guru bertanyakan murid beberapa soalan seperti: 1. Apakah yang kita dapati pada pembelajaran lepas? 2. Bandingkan perbezaan berpidato dengan membaca secara KBKK : Menjana idea. Nilai : Berani, yakin, bersungguhsungguh, mendengar dengan aktif Catatan

biasa? Murid menjawab pertanyaan guru berdasarkan pengalamaan yang dilalui.

Langkah 1 (25 minit)

Membaca petikan pada halaman dalam buku teks.

Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan besar.

BCB :

Membaca dengan intonasi yang betul.

Mencari dan mencatat kata imbuhan apitan ke..an

Murid-murid diminta berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk mencari kata imbuhan Nilai: kerjasama, patuh dan disiplin Murid-murid diminta menulis kata imbuhan dalam kertas kosong yang disediakan. BBM : Buku teks Mendengar arahan denga aktif.

Langkah 2 (25 minit)

Pembentangan hasil dalam kumpulan

Guru memanggil murid untuk membacakan hasil yang diperolehi oleh

Nilai : Memberi perhatian, yakin, patuh, bertanggungjawab.

Menyalin semula kata imbuhan yang terdapat dalam teks ke dalam buku latihan

setiap kumpulan.

Guru menyalin kata imbuhan apitan ke...an yang dibaca murid pada papan tulis.

Guru meminta menyalin kata imbuhan tersebut ke dalam buku latihan. Langkah 3 (20 minit) Membina ayat yang sesuai dengan gambarajah dengan menggunakan kata imbuhan yang dijumpai. Murid diminta membina tiga ayat bagi setiap Contoh perkataan : 1. Kemerdekaan 2. Kecemerlangan 3. Kesetiaan 4. Kesukaran 5. Kemakmuran 6. Kestabilan Murid diminta membina ayat pada ruangan kosong yang disediakan pada lembaran kerja gambar dengan menggunakan perkataan atau frasa yang diberikan. Nilai : Patuh, bertanggungjawab Guru mengedarkan lembaran kerja (lampiran) kepada murid. KBBK : Membuat keputusan, menjana idea.

Penilaian. -Murid-murid dapat membina sekurang-

kurangnya empat daripada enam ayat yang berkatian dengan gambarajah.

Penutup (10 minit) Membuat rumusan tentang isi pembelajaran Guru mengingatkan murid agar sentiasa berbangga menjadi rakyat Malaysia dan sentiasa berusaha untuk membangunkannya pada masa hadapan. KBBK : Menjana idea. Nilai : Gembira, berani.

Refleksi. Sebelum P&P RPH ini dirancang agar memenuhi keperluan murid-murid. Saya berharap agar 70% murid dapat mencapai objektif yang disasarkan. Diharapkan agar murid-murid berasa seronok dan melibatkan diri dengan aktif dalam P&P.

Refleksi Rancangan Pembelajaran Harian RPH (Muhammad Nizam Bin Zamir) Untuk merancang sesuatu rancangan pembelajaran bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ianya memerlukan strategi dalam pelbagai aspek termasuklah didalam penggunaan waktu dan juga memerlukan pengalaman yang luas. Pembelajaran yang membosankan boleh mengakibatkan murid-murid hilang minat belajar seterusnya ketinggalan dalam tajuk yang dipelajari. Berdasarkan Rancangan Pembelajaran yang telah kami lakukan, saya dapati ianya mempunyai kekuatan dan juga kelemahannya yang tersendiri. Seperti yang saya katakan tadi, bukan mudah untuk menghasilkan RPH yang sempurna dengan hanya merujuk beberapa contoh RPH yang dilakukan oleh beberapa idividu lain. Antara kebaikkan ataupun kelebihan yang dimiliki oleh RPH kami ialah ianya tidak terlalu memberatkan murid. Maksudnya di sini ialah, pembelajaran yag kami cuba bawa disini ialah berpusatkan murid. Boleh dilihat bahawa kebannyakkan langkahlangkah didalam RPH ini banyak menggunakan cara menanya soalan kepada muridmurid dan murid-murid pula memberikan pendapat mereka berdasarkan pengalaman yang sedia ada untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Cara ini merupakan cara yang bagus untuk mendapatkan pembelajaran secara dua, dan ianya memberikan keyakinan kepada guru yang mengajar kerana murid memberi respon terhadap soalannya. RPH ini juga mempunyai kekuatannya yang lain. Kekuatan yang dimaksudkan ialah murid-murid lebih bersikap terbuka dan bersama-sama cuba menyelesaikan dan soalan yang diterima mereka semasa pembelajaran sedang berlaku. Murid-murid secara berkumpulan akan cuba menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru dan masing-masing akan berkongsi maklumat kepada rakan sekelas apabila guru memanggil setiap wakil dari kumpulan untuk membentangkan apa yang mereka dapati. Ianya satu amalan yang baik kerana mereka masing-masing menjalankan tanggungjawab mereka dan secara bersama menyelesaikan soalan yang diberikan kepada mereka.

Namun begitu setiap yang dilakukan mesti ada kelemahannya. Pada pendapat saya, beberapa kelemahan telah dikesan dalam RPH ini, antaranya ialah tidak banyak menggunakan alat bantuan mengajar. Melalui RPH yang disediakan, ternyata bahan yang ABM yang paling kerap digunakan ialah buku teks. Kalemahan ini menyebabkan murid-murid akan hilang minat dalam belajar. Walaupun kebanyakkan waktu belajar bermula pada pagi hari, namun tidak semestinya kadar penumpuan murid-murid berada di tahap yang tinggi. Oleh yang demikian penggunaan ABM amatlah penting dalam aktiviti pengajaran agar murid-murid dapat tertarik dengan pembelajaran dan memahami pembelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Selain itu juga, kelemahan yang ditemui didalam RPH ini ialah penggunaan masa yang agak lama dalam sesuatu langkah. Sebagai contoh, ianya mengambil masa selama 20 minit untuk murid-murid berbincang secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah. Ini akan menyebabkan murid-murid berada dalam keadaan bosan dan tidak tahu buat apa-apa jikalau mereka sudah mendapat jawapan untuk soalan yang diberikan kepada mereka dalam masa yang singkat. Berdasarkan beberapa kelemahan tersebut, saya mencadangkan beberapa penambahbaikan dalam RPH tersebut. Antaranya ialah dengan lebih melakukan aktiviti yang menarik didalam aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh melakukan nyayian dan lain-lain lagi. Ianya dapat menarik minat murid untuk lebih seronok dalam belajar. Selain itu juga, saya mencadangkan penggunaan ABM dalam pembelajaran. Seperti yang saya katakan tadi, pembelajaran akan lebih menarik dengan adanya ABM, murid tidaklah hanya duduk di kerusi sambil melihat buku teks sahaja. Penambahbaikkan yang terakhir ialah melakukan persediaan yang rapi dari aspek kelantangan suara dan kelengkapan ilmu pada diri saya. Walaupun ianya tidak ada pada RPH, namun pembelajaran yang baik hanya akan berlaku jikalau saya bersedia dengan rapi dari aspek-aspek tersebut. Secara jujur, suara saya yang tidak kuat dan perasaan gementar haruslah diperbaiki. Ini kerana gurulah yang menentukan samaada pembelajaran tersebut diterima oleh muri-murid atau tidak.

Refleksi (Muhammad Nizam bin Zamir) Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya, dapat saya menyiapkan tugasan dengan jayanya. Sejujurnya pelbagai rintangan dan dugaan yang telah saya tempuhi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun dengan bantuan oleh individu-individu tertente termasuklah pensyarah saya iaitu Encik Ramli dan rakan sepasukan saya, cabarancabaran tersebut dapat diatasi. Melalui tugasan ini, saya banyak belajar pelbagai perkara baru serta dapat memahami benda-benda yang perlu diketahui oleh seorang guru. Antaranya ialah saya faham akan maksud sebenar Falsafah Pendidika Kebangsaan. Walaupun sebelum ini saya tahu akan kewujudan FPK, namun saya tidak ketahui maksud sebenarnya dan tujuannya dihasilkan. Ternyata tugasan ini menyedarkan saya bahawa bertapa pentingnya ilmu pengetahuan dan keperluannya dalam menjadi bekalan sebagai seorang guru kelak. Selain itu, saya juga mempelajari cara untuk membuat Rancangan Pembelajaran Harian. Ternyata untuk membuat RPH bukanlah satu benda yang senang. Pelbagai rujukan yang saya rujuk untuk melakukan RPH di dalam tugasan ini. Saya berharap agar RPH yang dilakukan oleh saya dan rakan kumpulan saya dapat diterima oleh pensyarah. Ini kerana saya akui bahawa RPH yang dilakukan oleh kami berdua tidaklah sehebat RPH yang dilakukan oleh guru sebenar. Banyak ruang yang perlu diperbaiki untuk menjadikan RPH tersebut menarik dan baik. Antaranya kami sepatutnya memperbanyakkan aktiviti pembelajaran serta penggunaan masa dengan tepat. Melakukan kerja secara teratur juga antara benda yang saya pelajari sepanjang melakukan tugasan ini. Kerja yang dilakuka secara sambil lewa ternyata bukanlah sesuatu benda yang baik. Untuk menghasilkan sesuatu yang bagus, ianya perlulah dirancang secara rapi agar ianya tidak serabut dan lintang pukang. Ternyata selepas menyiapkan tugasan ini saya sedar akan kesilapan yang telah saya lakukan dan berharap ianya tidak akan berulang lagi supaya saya dapat menjadi seorang guru yang berkualiti kelak. Insyaallah.

Bibliografi

Choong Lean Keow. (2008). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Selangor: Kumpulan Budiman Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 SK
http://pgsripgmtuankubainun.blogspot.com/2011/06/pengajaran-sukatan-pelajaran-bahasa_07.html http://www.docstoc.com/docs/69435316/Rancangan-Pelajaran-Mingguan-Bahasa-Melayu-Tahun-5 http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/falsafah-pendidikan-negara.html

Anda mungkin juga menyukai