Anda di halaman 1dari 3

Persekitaran Selain daripada baka, persekitaran juga turut menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah kejadian manusia

dari segi latar belakang keluarga, pengaruh rakan sebaya, kebudayaan dan kepercayaan, sumber teknologi serta guru dan sekolah. Perbezaan individu dari segi persekitaran bermaksud ketidaksamaan yang dimiliki oleh seseorang berbanding dengan individu lain dan suasana persekitaran yang berlainan ini menjadikan mereka berbeza. Perbezaan ini menyebabkan seseorang itu tidak mempunyai sikap atau perangai yang sama, cara bergaul atau bersosialis dengan orang lain tidak serupa serta kepercayaan yang berbeza-beza. Latar belakang keluarga merupakan faktor utama yang mempengaruhi perbezaan individu. Seseorang kanak-kanak itu menjadi dirinya yang sekarang adalah disebabkan oleh cara asuhan ibu bapa di rumah. Oleh itu, ibu bapa bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka dari kecil kerana pendidikan yang betul dan baik akan membantu perkembangan tumbesaran yang sempurna. Sekiranya dari kecil anak-anak tersebut didedahkan dengan perkaraperkara negatif seperti pergaduhan antara ibu bapa atau kurangnya kasih sayang yang diberikan, maka potensi untuk anak-anak tersebut untuk menjadi seorang yang panas baran adalah tinggi. Ibu bapa harus menyediakan suasana isi rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang, makanan yang berzat dan seimbang, keselamatan terjamin serta keperluan asas yang mencukupi seperti peralatan sekolah serta pakaian. Dengan itu, kanak-kanak akan membesar dengan baik serta mempunyai emosi yang stabil kerana didikan yang sempurna telah diberikan oleh kedua ibu bapa. Pengaruh rakan sebaya turut mendorong kepada perkembangan intelek dan potensi diri individu. Seseorang perlu berhati-hati semasa memilih kawan kerana kawan-kawan itulah yang sering menjadi ikutan. Ibu bapa perlu memantau setiap pergerakan anak-anak mereka serta mengenali rakan-rakannya agar perkara negatif dapat dielakkan. Hal ini demikian kerana kanak-kanak yang sedang meningkat dewasa mempunyai tahap keinginan yang tinggi dan mencuba sesuatu yang baru bagi mereka. Disebabkan itulah, ramai dikalangan remaja sekarang melakukan gejala yang tidak elok seperti merokok dan mencuri. Oleh itu, seseorang perlu bijak memilih kawan kerana

kawan yang baik akhlaknya dan tinggi kecerdasannya dapat membentuk keperibadian yang positif. Seterusnya, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat turut mempengaruhi perbezaan individu kerana ia menyumbang kepada pembentukan falsafah hidup yang berbeza. Di negara kita terutamanya, terdapat tiga kaum yang berbeza serta etnik yang pelbagai daripada Sabah dan Sarawak. Oleh itu, sudah semestinya rakyat di Malaysia mempunyai pegangan, kepercayaan dan kebudayaan yang berbeza-beza mengikut agama masing-masing. Dengan itu, akan lahirlah individu yang mempunyai perbezaan dari segi cara hidup. Semua agama menyeru agar pengikutnya mengamalkan nilai-nilai murni yang baik seperti yang terkandung dalam kitab mereka. Bagi masyarakat yang betul-betul menghayati ajaran agama mereka maka mereka akan menjadi masyarakat yang sihat, bertanggungjawab, rajin berusaha, mempunyai sikap serta moral yang baik, kuat agama dan mempunyai pegangan nilai kerohanian yang tinggi. Selain itu, sumber teknologi menyebabkan seseorang itu berbeza dari segi pengetahuan. Ini bermaksud mereka yang kerap menggunakan teknologi seperti internet, televisyen dan radio atau bahan bacaan seperti surat khabar dan majalah akan mempunyai pengetahuan yang lebih serta mengetahui isu-isu semasa dari dalam mahupun luar negeri. Berbeza dengan mereka yang kurang terdedah kepada sumber teknologi, perkembangan minda mereka akan menjadi lambat serta kurang input ataupun maklumat terkini yang diterima menyebabkan mereka ketinggalan jauh dengan orang lain. Ini sering terjadi kepada pelajar yang tinggal luar bandar. Perbezaan pelajar di bandar dan luar bandar amat ketara kerana salah satu faktor yang menyebabkan semua ini berlaku adalah kurangnya kemajuan teknologi yang disediakan. Sumber teknologi akan mampu mencorakkan pelaburan pelajar kerana sumber teknologi mampu memberikan banyak maklumat kepada orang ramai terutama sekali bagi mereka yang masih bersekolah. Faktor terakhir yang menyumbang kepada perbezaan individu ialah guru dan sekolah. Guru merupakan orang terpenting disekolah dan tugas mereka ialah untuk memberikan ilmu pengetahuan serta menyuburkan nilai-nilai murni yang baik dalam kalangan pelajar. Guru yang baik serta penyayang, cekap menguruskan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Bagaimana sekiranya seorang guru itu tidak menunjukkan ciri-ciri pendidik yang baik? Sudah tentu pelajar akan mengikuti perlakuan guru tersebut kerana persepsi murid terhadap gurunya adalah baik dan setiap perbuatan guru akan ditiru oleh anak muridnya. Oleh itu, seorang guru harus mempunyai nilai-nilai murni yang baik dan penyayang kepada anak muridnya agar ilmu yang diberikan mudah untuk diikuti oleh pelajar. Kesimpulannya, aspek persekitaran amat mempengaruhi perbezaan individu kerana setiap individu itu mempunyai latar belakang yang berbeza dan sudah tentu mereka mempunyai pendedahan yang berlainan. Oleh itu, orang terdekat memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan peribadi yang seseorang. Jika persekitaran memberikan contoh yang baik maka seorang individu akan membesar dalam suasana yang baik dan sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai