Anda di halaman 1dari 9

TEORI PEMBELAJARAN BRUNER

Pembelajaran adalah satu proses sosial yang aktif di mana murid-murid kita akan membina atau konsep baru berasaskan pengetahuan sedia ada. Mereka akan memilih maklumat yang diperlukan, kemudian membentuk hipotesis dan seterusnya mengintegrasikan bahan yang baru ke dalam pengetahuan sedia ada serta konstruk mental masing-masing.

PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN PENEMUAN.


Pembelajaran

adalah satu proses sosial yang aktif di mana murid-murid kita akan membina atau konsep baru berasaskan pengetahuan sedia ada. Mereka akan memilih maklumat yang diperlukan, kemudian membentuk hipotesis dan seterusnya mengintegrasikan bahan yang baru ke dalam pengetahuan sedia ada serta konstruk mental masing-masing.

Pembelajaran berlaku mengikut tiga langkah: Enaktif (berasaskan tindakan) Ikonik (berasaskan imej) Simbolik (berasaskan bahasa)

Pengetahuan dan kemahiran diperoleh mengikut satu pola yang disifatkan sebagai pecutan dan rehat. Pecutan disebabkan oleh pemahaman satu-satu konsep yang mengambil masa untuk dikuasai sebelum berlakunya pergerakan ke langkah seterusnya.

Persekitaran di mana kita berada memainkan peranan yang penting dalam menentukan kadar proses pemahaman dan penguasaan satu-saru konsep, iaitu sama ada mempercepatkan atau melambatkan Murid-murid akan lebih mudah untuk memperoleh pengetahuan apabila mereka menemuinya sendiri.

PEMBELAJARAN PENEMUAN
Pembelajaran penemuan menggalakkan murid-murid untuk menggunakan intuisi, imaginasi dan kreativiti secara aktif. Dengan kata lain, pendekatan pembelajaran penemuan ini menggunakan penaakulan induktif.

LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN KONSEP SECARA INDUKTIF


1)

2)

3)

4)

Sediakan data yang berupa contoh-contoh positif Sediakan data yang mewakili contoh-contoh negatif. Telitikan ciri-ciri. Buat perbandingan contoh positif dan contoh negatif. Berdasarkan ciri-ciri persamaan buat pengelompokan atau kategori.

5)

6) 7)

Buat rumusan mengikut kategori yang dibentuk. Bina definisi konsep. Kukuhkan dengan contoh tambahan untuk menguji pemahaman.

Anda mungkin juga menyukai