Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Eksperimen yang ketiga ini dilakukan secara berkumpulan.Penerangan yang lengkap daripada pensyarah,En.Teh Kah Hoe membantu memudahkan kefahaman kami.Setelah mengetahui selok-belok menggunakan mikroskop cahaya pada eksperimen kedua,kami telah dapat memahami pengunaan mikroskop cahaya dengan baik. Eksperimen dimulakan dengan mengambil sel daripada insang ikan untuk diperhatikan.Insang ikan yang berwarna merah terang menunjukkan ikan tersebut masih segar.Jika insang berwarna pucat dan berbau,ini bermakna ikan itu telah lama dan tidak segar lagi.Ini suatu ilmu yang baru kami pelajari daripada eksperimen ini.Larutan iodin digunakan untuk mewarnakan sel insang agar lebih mudah diperhatikan.Mikroskop cahaya perlu dilaraskan untuk mendapat cahaya yang betul dan sel dapat diperhatikan.Walaupun eksperimen ini kelihatan mudah,ia memerlukan penelitian agar keputusan yang tepat dapat diperolehi Pada permulaan kami mendapati agak sukar mendapatkan hasil yang memuaskan.Masalah gelembung udara sering kali mengganggu pemerhatian.Kami terpaksa melakukan ujian beberapa kali untuk mendapatkan hasil yang baik.disamping itu,kami juga dapat belajar menggunakan mikroskop cahaya dengan cara yang betul.Kami perlu berhati-hati semasa melaras ketinggian pentas mikroskop agar kanta tidak terlalu rapat dengan slaid dan memecahkannya. Dengan siapnya eksperimen ini,ia memberikan saya satu kefahaman yang baru tentang sel insang ikan.Kini saya lebih faham bagaimana hidupan akuatik menjalani kehidupan di dalam air.Ini menjadikan saya seorang yang lebih menghargai kehidupan dan setiap benda yang hidup.Saya berazam akan menerapkan sikap ini kepada murid-murid saya di sekolah kelak.

Anda mungkin juga menyukai